Friday, August 29, 2003

London bergelap

Malam semalam london bergelap. Blackout. Tube tak jalan..kalau jalan pun separuh jalan. org terperangkap dalam tube terpaksa ikut terowong tu keluar (mcm citer daylight pulak..ironically, the day before, they showed the movie on national TV). Train tak jalan. Traffic light tak nyala. Traffic jem sana sini. Bus sesak.

Ish ish ish. Sepanjang kawan kat UK ni, dah dekat 6 taun dah...tak pernah lagi kawan dengar kat England ni ada blackout (kalau kat msia selalu ^_^), ni tiba-tiba semalam, pukul 6.30 petang...kota London blackout. Haa...kelam kabut sumer manusia. Nasib baik time tu kawan kat kolej....ada hal skit ..heheheh. ada hikmahnye stay lama2 kat kolej ni. sekali kawan tiba rumah, tengok berita cakap tadi london blackout. patut la kawan tengok apsal bas yang kawan naik tu tiba2 penuh orang. selalu malam2 memang kawan sorang je dalam bas tu.

Dua minggu lepas new york blackout...sekarang london pulak. Baru diorang tau....tu baru ALlah nak kasik gelap je..dah teraba raba. belum ALlah terbalikkan lagi bumi ni. Baru skit tu. Belum kasik banjir besar atau pun kemarau panjang. dah bising2 cakap terrorist la apa la.

Teringat kawan perihal org yang ALlah tarik cahaya dari mereka dan biarkan mereka dalam kegelapan

[17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

[18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(al-Baqarah ayat 17-20)


hmmm...ALlah dah tunjukkan sekarang camne Dia tarik cahaya, kasik blackout skit...haa..teraba2 korang sumer. Hina la Islam lagi..cakap la Islam ni pengganas...nanti ALlah balas balik korang punya kata2 tu...baru tau.

No comments: