Tuesday, August 05, 2003

Jemari ini menulis lagi

Dah lama kawan tak tulis puisi/sajak so ada yang tertanya-tanya bila kawan nak menulis lagi. Semalam lepas semayang subuh tengah duduk-duduk tu terasa nak menulis pulak. So ni la hasilnya pukul 5 pagi semalam...puisi ni rentetan dari puisi yang duluuuuuuu kawan tulis.

Teman...ada hari harinya, ada detik waktunya, hati ini cetuskan rasa. Tiap waktu tiap ketika, tak henti henti berbicara, tak henti bertanya tanya, tak henti henti menduga. Lumrah insan hidup berjiwa...^_^

"ANDAI INGIN KAU TERUSKAN..."

Andai hati ingin mengadu
Apakah mahu engkau dengarkan?
Andai hati ingin merintih
Apakah mahu engkau tenangkan?
Andai hati rapat terkunci
Apakah mahu engkau leraikan?

Wahai hati yang merintih sayu
Titipkan rindumu pada Yang Satu
Daerah usang yang kau diami
Tinggalkan ia jauh menyendiri

Resah
Gelisah
Ceria
Gembira
Senyum
Tawa
Tangis
Duka
Untuk siapa?
Untuk apa?

Andai hati pernah terluka
Andai hati pernah dikecewa
Apa mungkin ada penawarnya?
Masih sempat untuk kau ubati?
Masih sempat untuk kau cari ganti?

Wahai hati yang merintih sepi
Rindu, pilu, ratap, hiba
Segala duka yang kau rasa
Pasti takkan terusan sengsara

Resah akan Dia tenangkan
Ratap akan Dia keringkan
Hiba akan Dia ceriakan
Pahit akan Dia maniskan

Wahai hati yang ingin mengadu
Wahai hati yang ingin merintih
Wahai hati yang rapat terkunci
Apa masih kau tunggu jawapan?
Apa masih ingin kau teruskan...?

050803 5.10 a.m


Begitulah ceritanya. Tak paham maksudnya? Tanya kat missapple...dah explain kat dia dah. Lukluk mesti pahamnye..dia lagi terer dari kawan. ^_^.

Pastu masa kawan d/l nasyid kat kazaa dulu...ada terd/l lagu ni....kuntum kasih. Sedap gak lagu dia tapi tak tau sapa nyanyi. Sapa-sapa tau leh bagitau kawan?

KUNTUM KASIH

Kuntum kasih berserakan
Daun daun berguguran
Gemeningan suasana
perpisahan yang menjelma
Betapa hatiku ini sedih pilu

Ku tatapi ku renungi
Kilas wajah kesayangan
Gemersik suaramu itu
Tak mungkin aku dengari
Bila tibanya suria pagi

Esok akan tiba menjemput engkau dan aku
Meleraikan kemesraan dua insan
Keluh dan kesahku mengorakkan langkah kaki
Berguguran air mata pilu hati

Biar jauh jarak itu
Kuntum kasih takkan layu
Andai ditakdirkan nanti
Tuhan menjemputku dulu
Titipkanlah doamu di pusaraku...


Pastu (baper banyak pastu aa), kawan tengok kan....ramai jugak yang dok copy paste lagu Nur Kasih kat blog diorang. Hehehe...kawan pun ingat nak copy paste jugak. Saja je...takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Just take it as a du'aa.....untuk mereka yang belum berumah tangga...semoga dapat serikandi penyejuk di mata penawar di hati. ^_^

NUR KASIH

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya ALlah kurniakanlah daku
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami nur kasih

Di Tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukkku
Relaku menjadi miliknya

No comments: