Saturday, December 31, 2005

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Assalamualaikum warahmatullah

Artikel ni kawan translate ke bahasa melayu dengan beberapa tambahan. Artikel asal bertajuk Fadhlun 'Ashara Zilhijjah (Fadhilat 10 hari dalam Zulhijjah) tulisan Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid, anak murid Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dan Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimeen.

KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

"Tidak ada hari di mana amalannya lebih dicintai oleh ALlah melainkan pada 10 hari ini." Sahabat bertanya, "walaupun berjihad kerana ALlah?" Baginda menjawab, "Walaupun berjihad di jalan ALlah, kecuali bagi seorang lelaki yang keluar untuk berperang dan menyerahkan seluruh dirinya dan harta bendanya untuk tujuan jihad, dan dia pulang tanpa semua itu" (Hadith riwayat Bukhari 2/457)

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda

"Tidak ada amalan yang lebih berharga di sisi ALlah, lebih besar ganjarannya dari amalan yang dilakukan pada 10 hari korban. " Baginda ditanya, "Walaupun jihad di jalan ALlah?". Baginda menjawab, "Walaupun jihad di jalan ALlah , melainkan seorang lelaki yang keluar untuk berperang dan menyerahkan seluruh dirinya dan harta bendanya untuk tujuan jihad, dan dia pulang tanpa semua itu" (Hadith riwayat ad-Daarimi, 1/357; Sanadnya dinyatakan Hasan di dalam al-Irwaa' 3/398)


Hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa 10 HARI ini adalah lebih baik dari hari-hari yang lain, walaupun 10 HARI terakhir dalam bulan Ramadhan. Tetapi 10 MALAM terakhir dalam bulan Ramadhan adalah lebih baik kerana mengandungi Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan. Maka hadith-hadith ini semuanya konsisten maksudnya (rujuk Tafsir Ibn Kathir, 5/142)

Kelebihan 10 hari ini boleh diasaskan dari pelbagai sudut:

ALlah bersumpah dengan 10 hari ini, menunjukkan kepentingannya dan kelebihannya. ALlah berfirman:

[1] Demi waktu fajar;
[2] Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)

(Surah al-Fajr ayat 1-2)


Ibn Abbas, Ibn al-Zubayr, Mujaahid dan lainnya menyatakan bahawa ini merujuk pada 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah. Ibn Kathir mengatakan, "Pendapat inilah yang benar." (Tafsir Ibn Kathir 8/413)

(Untuk pengetahuan semua, dari kalangan sahabat, Ibn Abbas adalah antara ahli tafsir yang terbaik dan di'recognize' oleh Rasulullah akan kehebatannya dalam bidang tafsir. Dari kalangan tabi'ien (golongan yang tak bertemu Rasulullah tapi bertemu dengan para Sahabat), Mujaahid adalah antara ahli tafsir terbaik. Maka in general, kalau tafsir ayat tu dari Ibn Abbas dan Mujaahid, memang antara tafsir terbaik utk kita guna pakai - pent.)

Rasulullah turut mengakui bahawa ini adalah hari terbaik di dalam dunia ini, seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini daripada hadith-hadith sahih

Rasulullah juga menggalakkan ummatnya agar melakukan amalan kebajikan kerana kelebihan musim haji ini pada manusia seluruh dunia, dan kerana kelebihan Ka'abatullahil Haram itu sendiri yang menjadi kunjungan jemaah haji

Rasulullah menyuruh kita supaya membaca berbanyak-banyak tasbih, tahmid dan takbir sepanjang hari-hari ini. Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi ALlah di mana amalan-amalan pada hari tersebut lebih dicintai oleh ALlah melainkan 10 hari ini, maka pada waktu-waktu ini, bacalah tahlil (Laa ilaaha Ill-ALlah), takbir dan tahmid." (Diriwayatkan oleh Ahmad, 7/224; Ahmad Shaakir menyatakan bahawa ianya Sahih)

10 hari ini termasuklah Hari Arafah di mana ALlah telah menyempurnakan agama-Nya. Berpuasa pada hari ini akan menghapuskan dosa selama 2 tahun. 10 hari ini juga termasuk Hari Nahar (Hari korban), hari terbaik sepanjang tahun dan hari terbaik dalam Ibadah Haji, yang terkandung di dalamnya ibadah-ibadah yang tidak terdapat pada hari-hari lain.

Wednesday, December 28, 2005

Ashabul Ukhdud : Keutuhan iman ummah terdahulu

Kisah Ashabul Ukhdud sudah sememangnya selalu kita dengar. Ianya diceritakan oleh Rasulullah secara terperinci di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Nasaa'i dan Muslim, serta disebut oleh ALlah di dalam al-Quran pada Surah al-Buruj yang berbunyi :

[1] Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

[2] Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

[3] Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;

[4] Celakalah kaum yang menggali parit,

[5] (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

[6] (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

[7] Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

[8] Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

[9] Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

[10] Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

[11] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

[12] Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Di dalam sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaa'iq, hadith #7148 diriwayatkan oleh Suhaib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ada seorang raja pada suatu masa dahulu sebelum kamu yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir itu semakin tua, berkata dia kepada raja tersebut, "Sesungguhnya aku sudah semakin tua, maka datangkanlah padaku seorang budak supaya dapat aku mengajarnya ilmu sihir". Maka didatangkan kepadanya seorang budak dan diajarnya. Suatu ketika dalam perjalanan budak tersebut (belajar dgn ahli sihir), dia berjumpa dengan seorang rahib, maka dia duduk di sisi rahib tersebut dan mendengar kata-katanya yang menakjubkan dia. Maka begitulah seterusnya apabila dia hendak berjumpa dengan ahli sihir, dia akan berselisih dengan rahib tersebut dan duduk disisinya. Apabila dia bertemu ahli sihir tersebut, dia dipukulnya (kerana terlewat). Maka budak tersebut mengadukan hal ini pada rahib tadi. Kata rahib tersebut, “Kalau kamu takut pada ahli sihir (kalau2 dipukul), maka katakan keluargaku menahanku. Kalau kamu takut pada keluargamu (kalau2 dipukul), maka katakan ahli sihir menahanku”. Maka begitulah seterusnya hingga pada suatu hari, muncullah seekor binatang yang besar yang menghalang manusia (daripada lalu lalang). Maka berkata budak tadi, "Hari ini aku akan mengetahui siapa yang lebih baik, ahli sihir ataupun rahib". Maka diambilnya sebiji batu dan berkata “ALlahumma kalau perbuatan rahib lebih kau cintai dari perbuatan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini hingga orang boleh lalu lalang seperti sediakala”. Maka dilemparnya (binatang tadi) dan terbunuhlah ia (binatang tadi) hingga membolehkan orang lalu lalang. Maka dia pun pergi kepada rahib dan menceritakan apa yang berlaku. Rahib pun berkata kepadanya, "Wahai anakku, pada hari ini, engkau sudah menjadi lebih baik dariku, hal ehwal dirimu telah sampai kepada satu tahap di mana engkau akan diuji. Dan apabila engkau diuji, maka jangan kau tunjukkan/dedahkan identiti aku."

Kemudian seterusnya, budak tersebut berjaya menyembuhkan pesakit2 kusta dan yang buta, dan mula mengubati orang ramai dari pelbagai penyakit. Maka seorang daripada pegawai/menteri/companion kepada raja tersebut mendengar (hal budak ini merawat orang sakit) sedang dia itu buta, lalu dia datang kepada budak tersebut dengan hadiah yang banyak dan berkata, “Apa yang ada disini semuanya untuk kau seandainya kau dapat menyembuhkan aku”. Kata budak tersebut “Sesungguhnya aku tak boleh menyembuhkan seseorang, tetapi yang menyembuhkan ialah Allah. Sekiranya engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah (supaya menyembuhkan kau).Dia pun beriman kepada Allah dan Allah menyembuhkan penyakitnya. Maka pembesar tadi pergi kepada raja dan duduk bersama-samanya seperti biasa. Maka raja berkata kepadanya, “Siapa yang mengembalikan penglihatan kau.” Pembesar tersebut berkata, “Rabbi”. Raja bertanya “Adakah kau mempunyai tuhan selainku”. Pembesar menjawab “Tuhanku dan tuhanmu ialah Allah”. Maka raja pun menyiksanya tanpa henti sehingga dia memberitahu perihal budak tadi. Maka budak tadi pun dipanggil. Raja berkata, "Wahai budak, telah sampai kepadaku berita tentang sihirmu yang menyembuhkan orang buta dan kusta dan kau berbuat begitu dan begini." Maka berkata budak tersebut, “Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan." Maka raja pun menyiksa budak tadi tanpa henti hingga dia akhirnya mendedahkan identiti rahib. Maka rahib pun diseru oleh raja dan dikatakan kepadanya, “Keluarlah daripada agamamu!” Dia membantah maka diletakkan gergaji di atas kepalanya kemudian digergajinya rahib tadi hingga terputus dua. Kemudian dibawa pula pembesar raja tadi dan dikatakan kepadanya, “Keluar daripada agamamu”. Dia membantah maka diletakkan gergaji di tengah kepalanya dan digergajinya hingga terputus dua.

Kemudian dibawa pula budak tadi dan dikatakan kepadanya “Keluar daripada agamamu!” Dia membantah, lalu diserahkan budak tadi kepada sekumpulan daripada pembantu-pembantu raja tersebut. Raja berkata, "Pergilah kamu semua dengan budak ini ke satu gunung, dakilah gunung tersebut, dan perintahkan lagi supaya budak ini keluar dari agamanya. Jika dia menolak, maka tolaklah dia jatuh dari gunung tersebut." Maka mereka pun pergi ke gunung tersebut dan mendakinya. Berkatalah budak tadi “ALlahummakfinihim bima shi’ta” (YA Allah, selamatkan aku dari mereka dengan apa cara jua yang kau inginkan). Gunung tersebut mula bergoncang hingga menyebabkan semua pembantu-pembantu raja tadi terjatuh ke bawah. Budak tersebut kembali kepada raja sambil berjalan. Raja bertanya kepadanya, “Apa terjadi pada kawan-kawan kamu?”. Budak tersebut menjawab, “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka”. Kemudian budak tadi diserahkan lagi kepada sekumpulan daripada pembantu-pembantu raja tersebut. Raja berkata, "Pergilah kamu dengan budak ini dan bawalah dia menaiki kapal kecil, kemudian apabila kamu sampai ke tengah lautan, perintahkan supaya budak ini keluar dari agamanya. Jika dia menolak, maka tolaklah dia ke dalam laut tersebut. Mereka pun pergi dan berkata lagi budak itu, "ALlahummakfinihim bima shi'ta". Kapal tersebut lalu terbalik, menenggelamkan mereka semua kecuali budak tadi, yang pulang berjalan kaki bertemu dengan raja. Berkata raja kepadanya, "Apa yang terjadi kepada kawan-kawan kamu?". Budak itu berkata, "ALlah telah menyelamatkan aku daripada mereka."

Budak tersebut kemudian berkata lagi kepada raja, "Kamu tidak akan dapat membunuh aku melainkan jika kamu melaksanakan apa yang aku perintahkan kepada kamu." Raja pun bertanya, "Apa dia perintahnya?" Budak tersebut menjawab, "Kumpulkan seluruh rakyat pada satu tanah lapang, kemudian ikatlah aku pada sebatang pokok. Ambillah sebatang anak panah dari bekas anak panahku, letakkan ia pada busurnya, kemudian katakanlah, "Bismillahi rabbil ghulam" (Dengan nama ALlah, Tuhan budak ini), kemudian panahlah aku. Kalau kamu melakukan sedemikian, maka kau akan dapat membunuh aku."

Raja pun memanggil seluruh rakyatnya untuk berkumpul di suatu tanah lapang dan diikatnya budak itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil sebatang anak panah dari bekas anak panah budak tadi, diletakkannya ke busur seraya berkata, "Bismillahi rabbil ghulam" dan dilepaskan anak panah tadi hingga terkena pada pelipis budak tersebut. Budak tersebut memegang tempat terkenanya panah tadi kemudian dia pun meninggal dunia. Serentak dengan itu juga, berkatalah seluruh rakyat, "Aamannaa birabbil ghulam! Aamannaa birabbil ghulam! Aamanna birabbil ghulam!" (Kami beriman dengan Tuhan budak ini! Kami beriman dengan Tuhan budak ini! Kami beriman dengan Tuhan budak ini!). Datanglah pembantu-pembantu raja tadi dan dikatakan kepadanya, "Tidakkah kau nampak terjadinya perkara yang engkau takuti selama ini? Sesungguhnya ALlah telah mendatangkan perkara yang paling engkau takuti selama ini, iaitu dengan berimannya seluruh manusia."

Maka raja pun memerintahkan agar digali parit-parit di beberapa laluan penting di kawasan tersebut. Apabila parit-parit digali dan api dinyalakan di dalamnya, dikatakan kepada sekelian manusia, "Sesiapa yang tidak mahu keluar dari agamanya (agama budak tadi) akan dicampakkan ke dalam api atau akan dikatakan kepadanya supaya terjun ke dalam api." Seluruh rakyat memilih untuk dicampakkan ke dalam api dan tidak menukar agama mereka hingga datanglah seorang wanita bersama bayinya yang teragak-agak untuk terjun ke dalam api. Maka berkatalah bayinya yang masih kecil itu kepadanya, "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran."

----------------------------------

Kenangkanlah contoh yang ditunjukkan oleh ummah terdahulu akan teguhnya iman mereka walau diuji dengan nyawa mereka sendiri, namun meninggalkan agama ini tidak sekali-kali. Beberapa pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah ini ialah:

1) Keimanan kita pasti akan diuji oleh ALlah sesuai dengan ayat-Nya dalam surah al-ankabut ayat 2-3

[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


2) Tidak melarikan diri dari usaha dakwah bahkan tetap terus berdakwah walaupun menghadapi cabaran yang getir. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh budak tadi, walaupun raja tersebut cuba untuk membunuhnya berkali-kali, namun setiap kali dia terselamat, dia tidak bersembunyi dan melarikan diri bahkan kembali kepada raja walaupun dia tahu raja pasti akan cuba untuk membunuhnya lagi

3) Rela berkorban apa saja untuk menegakkan Islam dan menyampaikan ajaran Islam kepada semua, termasuk berkorban harta dan nyawa.

4) Mendahulukan kepentingan ummah lebih dari kepentingan peribadi. Dalam kes budak tersebut, dia lebih mementingkan agar berimannya seluruh rakyat berbanding keselamatan dirinya sendiri, seandainya pengorbanannya itu menjadi sebab kepada berimannya seluruh rakyat.

5) ALlah memberi pertolongan dan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dalam pelbagai bentuk untuk menambah dan mengukuhkan lagi keimanan hamba-hamba-Nya. Contohnya diizinkan oleh ALlah agar bayi wanita tersebut berkata-kata supaya kembali kukuh pendiriannya, diizinkan oleh ALlah agar budak tersebut terselamat dari ancaman bunuh oleh raja dan pengikutnya dan sebagainya.

---------------------------------

Sahabat,

Sesungguhnya dalam kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang dijadikan ALlah ini, ada pengajaran yang sangat banyak untuk kita semua mendekatkan diri kepada ALlah dan menambahkan lagi ketaqwaan serta keimanan kita pada-Nya. Persoalannya, sejauh manakah kita telah mencontohi perwatakan mereka yang teguh imannya ini? Kita yang rata-ratanya lahir sebagai seorang Islam, mungkin ada yang take for granted anugerah nikmat Islam dan Iman yang telah ALlah kurniakan pada kita. Berapa ramaikah di antara kita yang menghargai Islam dan Iman kita seperti mana mereka yang telah disiksa kerana keimanan mereka suatu ketika dahulu? Mereka dibunuh kerana berimannya mereka kepada ALlah, mereka disiksa kerana tingginya taqwa mereka kepada ALlah - and for no other reasons.

Hargailah nikmat yang ALlah berikan pada kita ini, dan tetaplah berada di atas jalan-Nya yang lurus. Perjuangkanlah Islam di mana jua kita berada walau terpaksa berkorban nyawa sekalipun.

--------------------------------

Adakah kita sudah sampai ke tahap iman dan taqwa seperti budak itu dan mereka yang dicampakkan ke dalam api? Tepuk dada perbaharuilah iman...

Friday, December 23, 2005

Pergi dah kembali ^_^

Kawan tengok balik last entry tu, punya la lama kawan dah tak berblog. Sejak bulan 8 sampai bulan 12. Dah nak abis taun dah pun. Alasan biasa - busy. Huhu. Agaknya memang busy pun kot, ditambah pulak kat malaysia dulu, internet takde kat rumah. Jadi malas nak update dari office, nanti orang kata makan gaji buta pulak. Jadi sekarang ni, baru la nak gerakkan tulang2 jari ni menaip lagi dalam blog.

Banyak jugak yang kawan boleh update sejak 4 bulan yang lepas ni. Meh kita baca satu satu.

**Settling Down**

Alhamdulillah, boleh dikatakan dah settle down jugak la kat UK ni sekarang. Rumah pun ok, cuma mungkin nak pindah bila dah tamat contract nanti, cari rumah yang besar skit. Barang2 dapur rasanya dah cukup, untuk kami bertiga, tapi kalau rasa nak buat jamuan makan2 memang kena pinjam2 perkakas member2 kot. Internet pun dah ada, best giler sbb lagi laju dari streamyx.huhu. 2Mb tuh, tak sempat nak sebut 'pisang' dah keluar page google. Family kat msia pun senang le nak bercontact pakai YM la, googletalk la, skype la macam2. Sejajar dengan internet yang laju ni, kawan pun beli la external hard disk sebesar 250Gb sebagai menampung hard disk yg sedia ada (seciput 60Gb je). Best tu, boleh donlod ceramah2, nasyid2 pehtu save je kat hard disk tanpa risau akan ketidakcukupan space. Yang bestnya kawan jumpa website yg ada letak ceramah2 almarhum sheikh ahmad deedat. Ada jugak citer2 Islamic klasik macam citer umar mukhtar, ar-risalah etc. Best tuh. bukan senang nak dapat tengok. Kira sedap la jugak ada internet ni, senang nak buat keja dari rumah. Zaujah kawan pun boleh buat kerja2 secara online je. Boleh katakan agak lengkap jugak kehidupan skang, cuma ada dua benda je belum beli, TV dgn kereta. huhu. TV untuk mengikuti perkembangan semasa di UK yg melibatkan deria penglihatan dan pendengaran. Kereta pulak untuk berjalan2. Kat sini susah skit, kena naik keta sebab duduk jauh dari town. Sekarang ni dok pinjam kereta orang, best jugak berjalan2 kat uk ni. Banyak tempat2 menarik untuk dilawati. Cuma kena sediakan duit minyak je la.

**PhD**

Research dah lama start sejak sampai aritu dalam perjalanan nak menggenggam segulung ijazah PhD (aameen). Dulu masa sebulan dua baru sampai aritu, tiap2 hari gi jumpa supervisor. Rajin la katakan ehem ehem :P. Tapi macam tak efektif, so sekarang ni jumpa seminggu sekali. Tiap2 minggu supervisor tu dok kasik keja utk kawan buat. Bagus jugak. Takde le kawan mandom je tiap2 minggu, at least ada le keja skit, kalau tak most probably gi layan anime. Kawan2 yang kat sini ramai jugak dah nak siap phd, ada yang nak transfer dari MPhil ke PhD. Kawan ni kena hantar report lepas 9 bulan nanti, progress report. Transfer lambat lagi. Komputer pun baru sampai, tapi tokleh nak guna lagi sebab tak tau administrator password. Diorang pulak nak beraya krismas skang ni, lepas krismas la jawapnya kawan pi tanya apa password nak login komputer tu. Laptop kawan ni agak berat la jugak nak digunakan untuk programming & simulating, semput lak dia nanti. InsyaALlah lepas diorang beraya nanti boleh la kawan menggiatkan lagi proses simulating algorithm yang kawan nak guna utk research nanti.

**Handzalah**

Handzalah sekarang dah banyak cakap. Kalau dulu menangis senada je, sekarang ada merungut2 lagi. Wah wah, bukan main lagi anak abi ye ;). Skang ni dia dah nak masuk 9 bulan. Semua tanya dia dah jalan ke belum. Belum lagi nampaknya, tapi dah berdiri kejap2. Bila kita suh diri, dia tak nak. Tapi kadang2 bila dia excited tu, baru la dia berdiri secara tak sengaja. Agaknya takut lagi kot. Tapi kat rumah ni pun dah ada walker, jadi selalu la dia menyorong walker tu merayau2 dalam rumah. Bila tengok balik gambar2 Handzalah, memang nampak la perubahan muka dia. Dulu lain sekarang lain la bak kata dato' sm salim pun. Cuma sekarang ni masalah dari segi jadual tidur dia je. Asik berjaga malam, tidur siang (ni ikut perangai abi stay up masa bujang2 dulu la ni agaknye). Tidur pun asik terjaga je. Dah macam zombie pulak abi dgn ummi dua2 tak cukup tidur :). Ni pun Handzalah baru kebah skit demam dia, sejuk sangat sekarang ni. Abi pun tak tahan jugak sejuk. Dulu takde le sejuk sangat. Tiap tiap taun makin sejuk pulak UK ni. Tunggu weather best skit, boleh la bawak Handzalah jalan2 kat park main bola ye.

**Pendapatan sampingan**

Bila check2 balik duit dalam bank, nampak gayanya memang tak cukup duit biasiswa yg jpa kasik. Setakat nak survive je boleh la. Kalau nak extra, memang la takde. Kira kalau nak pegi shopping ke jawapnya memang kena pakai duit gaji kat malaysia la. Jadi untuk mendapatkan pendapatan sampingan, zaujah kawan dengan baik hatinya ingin la membantu dengan cara bekerja secara online ni. Aritu ada baca2 pasal buat survey online, tapi sikit je pulangannya. Kira kalau nak beli keta tokleh pakai duit survey tu la sebab sikit je dapat sebulan. Tapi ni ada satu breakthrough discovery ni, google adsense dgn adwords. Kitorang tengah dok stadi benda ni dari minggu lepas lagi, beli buku lagi. Nampaknya peluang agak cerah untuk mendapatkan pendapatan melalui kaedah adsense dan adwords ni. Kalau nak tau lagi lanjut pasal adsense dgn adwords, boleh la tanya pakcik google. Lagi satu mungkin kawan boleh suggestkan baca artikel2 tulisan Joel Comm. Dia ni kira antara yang terer le memanipulasi adsense sampai boleh dapat pulangan banyak (dia kata la, i've yet to try his advice). Kemudian mungkin nak jual gambar2 yang kawan pernah amik, kira nak jadikan photography as a sumber income la. Aritu kawan ada baca kat magazine, cara2 untuk menjadi photographer professional (cewah, belum terpikir nak jadi pro photographer kot). Salah satunya ialah menyediakan portfolio dan publish gambar2 kita kat mana yang boleh. Jadi kawan ada jumpa satu website tu yg katanya akan tolong jualkan gambar2 kita. So best jugak nak try. Mana la taukan, entah2 gambar kawan tu laku. huhu.

**Website baru**

Memandangkan kawan ada pengalaman dalam bidang photography especially landscape (nak kata expert tu belum boleh lagi :)), jadi kawan merancang untuk setup satu website berkenaan photography merangkumi teknik2 yg kawan belajar dari magazine dan equipment yang best2 utk digunakan. Satu fotopage jugak akan dibukak selaras dengan pembukaan website tu. Satu lagi website yang kawan teringin nak setup jugak ialah website review buku - merangkumi buku2 islamic bahasa melayu/inggeris/arab dan jugak buku2 serta magazine2 lain yang kawan suka baca cthnya. photography, computing dan jugak novel stephen king. Kawan terpikir nak buat website review buku ni sebab kawan selalu nak beli buku tapi jarang ada review pasal buku tu, bagus ke tidak, level sesuai ke tidak, especially buku2 agama dgn photography nih. Maka kawan rasa patut gak setup website camtu. Buku pun banyak kawan dah baca, jadi buleh la start dengan buku2 yang ada kat library kawan nih. Last but not least, nak buat website yang menyediakan nasyid arab, melayu, inggeris serta e-book buku2 agama dalam bahasa melayu, sebab buku2 arab banyak lagi yang tak ditranslate. Cuma dari segi legality, kena check balik. Sebab banyak kawan tengok website yang kasi download e-book for free nih.

**Pengunjung-pengunjung blog**

Kepada pengunjung lama, abuhandzalah insyaALlah akan kembali aktif beraksi di medan maya ini. Sori la lama tak update. Kepada pengunjung2 baru yang kawan pun tak sempat nak catch up untuk berkenalan dengan anda semua, salam ukhuwwah kawan ucapkan. Teruskan la melawat blog kawan yang tak seberapanya ni. Kepada en. PunkJunk, en. PunkJunk ni org muar/pernah belajar kat muar ke? ehem, entah2 kenal, muar tu bukan besar sangat :). Anyway, just to say, I'm back! ^_^

Sunday, August 28, 2005

Lagi artikel berkenaan dakwah

Search search lagi, jumpa lagi artikel menarik di laman web http://www.jim.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=139

-------------------------------------

DAKWAH UNTUK CEMERLANG BUKAN UNTUK GAGAL
Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin,

Berdakwah adalah wajib bagi lelaki dan wanita dan tidak akan ada kecemerlangan bagi umat tanpa dakwah. Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.” Dakwah adalah sebahagian daripada jihad. Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.




Imam Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”

Ketika mencegah kemungkaran kadar minimum yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Dalam kitab Dalilul Falihin telah disebutkan, “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan jika seseorang mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang reda dengan mungkar bererti dia bersekongkol dengannya.”

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja. Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep ‘kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga.’ Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Awasi Pendakwah Dari Pintu Neraka

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud, “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.” As-Syeikh Said Hawa dalam Al-Madkhal Ila Dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimin mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka.”

Salah satu aliran yang sedang menyerang dunia hari ini ialah Islam Liberal. Aliran ini menghendaki Islam ditafsirkan secara yang lebih terbuka dan bebas tanpa terikat kepada manhaj atau landasan yang bawa oleh nabi dan ulama salafusaleh. Antara ciri yang terdapat pada aliran ini ialah:

· Kesamaan agama. Islam adalah agama yang benar tetapi agama lain yang mengajar konsep ketuhanan dan kebaikan juga adalah benar.

· Tafsiran Al-Quran perlu bebas. Wahyu mempunyai dua kategori iaitu yang bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang tidak bertulis ialah akal, justeru akal perlu dibebaskan untuk mentafsir Al-Quran.

· Nabi manusia biasa. Nabi adalah manusia biasa yang boleh tersilap justeru baginda boleh dikritik. Sunah nabi hanya relevan untuk masyarakat Arab di zaman dahulu. Mukjizat nabi hanyalah cerita rekaan manusia yang kemudiannya diagung-agungkan.

· Hadis tidak lagi relevan. Hadis-hadis tidak berasal dari nabi. Ia hanyalah ciptaan orang-orang yang ada kepentingan. Hadis yang benar hanyalah yang bertaraf mutawatir. Namun kebenarannya hanya sesuai untuk diamalkan oleh orang Arab pada zaman nabi. Hadis-hadis yang berkaitan dengan alam ghaib seperti azab kubur dan israk-mikraj hanyalah cerita rekaan yang dibuat oleh perawi-perawi hadis.

Antara pelopor Islam Liberal yang terkenal di Timur Tengah ialah Rifaat Bik Al-Tantawi, Taha Husein, Ali Abdul Raziq, Mahmud Abu Rayya dan Ahmad Amin. Di Indonesia pula mereka ialah Harun Nasution, Nurcholis Majid dan Nasaruddin Umar. Pada hari ini terdapat wanita yang ingin menjadi khatib dan imam pada hari Jumaat sedangkan Allah, dengan kasih sayangnya, tidak mewajibkan solat Jumaat bagi wanita agar kaum wanita dapat memberikan fokus kepada perkara lain yang penting. Inilah antara cabaran bagi umat di akhir zaman. Agama hendak diubah, cara amalan nabi dan sahabat mahu dicabar....

Oleh sebab kecemerlangan tidak dapat dipisahkan dari kebenaran, berdakwah bertujuan untuk menegakkan kebenaran di penjuru masing-masing mendekatkan kita kepada rahmat Allah. Dengan itu kehidupan kita menjadi sejahtera.

Kewajiban berdakwah

Search berkenaan amr ma'ruf dan nahi mungkar, terjumpa pula artikel yang menarik ni di laman web http://muslimat.parti-pas.org/renungan_read.php?id=62

KEWAJIBAN BERDAKWAH


Oleh : Daulah Hijau-Putih

Tarikh : 9 Jul 2005, 12:55 pm




Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan
amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya
belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang
diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai
dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap
individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegaskan: “Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya.”

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang
berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud:

“Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ‘adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?’ Nabi menjawab,‘ya, apabila kekejian berleluasa.”

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

“Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim
dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.”

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

“Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada pada bahagian bawah,
apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, ‘alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan
dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas.’ Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat.”

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu-ilmu teras fardu ain wajib pelajari oleh setiap individu yang hendak berdakwah dan ilmu ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu kontemporari yang selari dengan ajaran Islam. Penguasaan ilmu memerlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk
itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan. Di dalam surah
al-Mukminun ayat 3 Allah berfinnan:

“Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi
perbuatan dan perkataan yang lagha.”

Istilah lagha mempunyai maksud tertentu. Imam Ibn Kathir mentafsirkannya sebagai, “segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik,
perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.”

Membuang masa pada perkara tidak berfaedah menjadi salah satu punca
kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam”. Beliau berkata: “Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri
nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan
kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi separah ini. Umat Islam bukan saja asyik membahaskan tentang sifat-sifat Allah, mereka juga asyik berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Semua ini
memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit... Hasil penemuan kaum
Muslimin sama ada dari sudut kuantiti ataupun kulitinya tidak mendatangkan apa-apa makna apabila dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas dan kelapan belas Masihi.” Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas. Hasilnya
adalah kejahilan dan kemunduran. Justeru, sudah sampai masanya bagi
umat Islam memfokuskan pada ilmu-ilmu penting demi masa depan umat yang gilang-gemilang.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa gelaran yang diberikan Allah kepada golongan berilmu sebagai lambang kemuliaan. Antara gelaran itu adalah rabbani. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah ali-Imran
ayat 79:

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmat dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan menyembah Allah’. Akan tetapi (dia
berkata): ‘Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani kerana kamu selalu mengajar al-Kitab dan disebabkan kamu terus mempelajarinya’ .”

Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata:
“Ayat ini merupakan dalil bahawa golongan rabbani adalah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil
ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya bagi
menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal.”

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Di dalam kitab lhya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib dituntut oleh setiap
hamba Allah yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian. Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah atau tauhid bertujuan
memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta akhlak dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan diharamkan. Ilmu fardu kifayah adalah Ilmu yang wajib dikuasai umat Islam dalam bidang-bidang yang amat diperlukan
masyarakat. Namun, tidak semua individu Muslim dan Muslimah perlu
menceburi dalam bidang-bidang ini apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Islam juga menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala teknologi yang perlu bagi menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu
kifayah yang disebutkan sebelum ini. Allah berfirman dalam surah
al-Anfal ayat 60:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.”

Umat Islam terdahulu benar-benar memahami dan menghayati ayat ini.
Contohnya, pada zaman khalifah Uthman, pada tahun 28 H bersarnaan
dengan 648 M, khalifah mengeluarkan arahan kepada Muawiyah supaya memberikan tumpuan
pada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari
tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima
armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahiriya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas armada Islam mengalahkannya dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Di samping itu, Islam juga menuntut umatnya mengenali jahiliah pada zaman mereka supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Khalifah
Omar al-Khattab mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau yang bermaksud:

“Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu dari diri
seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah.”

Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia termasuk dalam adat resam dan budaya bangsa Melayu. Sebahagian daripada adat resam dan budaya yang diamalkan pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul adalah kepercayaan yang tidak
bersandankan al-Quran dan Sunnah serta tidak dapat diterima akal yang waras. Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan yang mungkar lagi sesat. Kepercayaan ini menjadi pegangan segelintir umat Islam kesan daripada pengaruh budaya yang dibawa oleh penganut ajaran agama lain. Antara bentuk
khurafat dan tahayul yang dipegang adalah percaya kepada konsep sial
majal seperti sialnya bunyi burung hantu pada waktu siang, sialnya nombor 13 dan seumpamanya.

Di samping ilmu, pendakwah juga tidak boleh memperkecilkan keikhlasan, ibadah dan akhlak mulia kerana tanpanya dakwah akan gagal. Di dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah, Dr. Muhammad Jamil Ghazi menukilkan
perkataan Imam Sufyan at-Thauri berhubung dengan perkara ini yang
bermaksud:
“Janganlah seseorang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran melainkan jika ada padanya tiga ciri: 1. Berlemah lembut dengan apa yang diseru dan dicegah. 2. Adil dengan apa yang diseru dan dicegah. 3. Berilmu
berhubung apa yang diseru dan dicegah.”

Perkara yang sama juga ditekankan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau membahagikan persiapan umum
pendakwah kepada lima: “1: Ilmu. 2: Keikhlasan. 3: Kasih sayang dan kelembutan. 4: Kesabaran. 5: Mengamalkan apa yang disampaikan.”

Pendakwah yang asyik mengutuk dan mencanangkan kesalahan orang lain dan melupakan diri sendiri merupakan pendakwah yang terbabas danipada obor al-Quran dan Sunnah. Benarlah As-Syeikh Fathi Yakan semasa beliau berkata di dalam bukunya yang bertajuk Musykilat ad-Dakwah Wa ad-Daaiyah yang bermaksud:

“Seseorang pendakwah akan berada di dalam keadaan baik jika dia bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri walaupun musuhnya mempunyai kekuatan yang hebat.”


Sebenarnya, kenyataan seumpama ini pernah diucapkan oleh khalifah Omar al-Khattab suatu masa dahulu semasa beliau menyampaikan amanat kepada tentera-tentera Islam. Beliau berkata:

“Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang
dilakukan oleh tentera-tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan daripada Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh.... Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah.”

Hukum Berdakwah

Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas mulia
dan Allah mengamanahkan mereka supaya melaksanakan dakwah. Di dalam surah an-Nahl ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami utus bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, ‘sembahlah Allah dan jauhilah taghut’.”

Sesiapa yang melaksanakan tugas dakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33, yang bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah, serta beramal salih seraya berkata, ‘aku adalah dari kalangan orang-orang Muslim’.” Berhubung dengan ayat ini as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata: “Termasuk di dalam golongan ini adalah semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan mengikut Imam Ibn Kathir,
orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada yang makruf dan juga tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran.”

Oleh kerana dakwah adalah tugas yang mulia lagi penting, Allah
mengarahkan umat Islam melaksanakannya. Berhubung dengan ini, dalam surah ali-Imran ayat
110, Allah berfirman:

“Kamu adalah sebaikbaik umat yang dikeluarkan bagi manusia, kamu
mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran.”

Di dalam kitab Usul ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat ayat ini mempunyai dua penekanan. Pertama, Allah menjelaskan kebaikan umat ini dan kedua, kebaikan umat ini berkait rapat dengan pelaksanaan amar makruf
dan nahi mungkar. Berkaitan dengan ayat yang sama di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: “Barang siapa menepati sifat-sifat yang disebutkan dalam
ayat ini, dia tergolong dalam golongan umat terbaik.”

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf serta nahi mungkar. Makruf bermaksud perkara yang baik mengikut pandangan syarak dan akal, manakala mungkar bermaksud perkara yang berlawanan dengan segala yang
makruf sebagai contoh, meninggalkan amalan fardu ataupun melakukan perbuatan haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun dosa besar.

Salah satu golongan yang mendapat kutukan daripada Allah kerana gagal melaksanakan dakwah adalah golongan Bani Israel. Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

“Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan
Daud dan Isa putera Maryam. Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di
kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah mereka
lakukan.”

Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

“Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, ‘wahai pulan, tinggalkanlah apa yang sedang
kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu’. Kemudian pada keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah mi).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.

Secara dasarnya, hukum berdakwah dengan lisan dan tangan adalah wajib kecuali dalam situasi tertentu. Di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan:
“Apabila dikhuatiri harta benda dan diri seseorang akan ditimpa
kebinasaan, harus bagi seseorang itu sekadar melawan dengan hatinya sahaja. Jika kekhuatiran ini tidak wujud, dia diwajibkan berdakwah, walaupun dia belum mengamalkan apa yang diserukannya ataupun dia menyedari seruannya tidak akan
diterima.”

Sehubungan dengan ini, Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin
menyenaraikan empat keadaan yang mungkin ditempuhi pendakwah.

1. Tidak wajib berdakwah
Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dan berkemungkinan dia akan dipukul, dicederakan atau dibunuh. Dalam suasana seperti ini, tidak wajib baginya melaksanakan dakwah.

2. Wajib berdakwah Pendakwah menyedari dakwahnya boleh menyebabkan kemungkaran tercegah
dan tidak ada sesiapa pun yang berani melakukan sebarang tindak balas ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, dia wajib melaksanakan dakwah.

3. Sunat berdakwah 1 Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang kesan positif dan dia sanggup memikul sebarang risiko yang mungkin menimpa ke atas dirinya. Dalam situasi seperti ini, dia disunatkan menyampaikan dakwah
tetapi tidak diwajibkan ke atasnya.

4. Sunat berdakwah 2 Pendakwah menyedari dakwahnya akan memudaratkan dirinya tetapi jika
dilakukan juga ia dapat mencegah kebatilan yang sedang berlaku. Dalam keadaan seperti ini, dakwah disunatkan ke atasnya.

Dalam memperincikan perkara ini, as-Syeikh Said Hawa di dalam Jundullah Jihad Fi Sabilillah berkata: “Contoh-contoh keadaan bahaya atau mudarat yang dikira sebagai alasan yang sah untuk tidak melaksanakan amar makruf dan
nahi mungkar ialah dipukul dengan teruk, dimusnahkan rumah dan tempat tinggalnya, diambil segala harta bendanya dan yang seumpamanya. Jika kemudaratan
yang akan menimpanya hanyalah dalam bentuk dihina, caci, maki, kutuk, perli, sindir dan sebagainya, kewajipan berdakwah tetap dibebankan ke atasnya
kerana Allah mengarahkan agar kita bersabar ketika melaksanakan
kerja-kerja dakwah.”

Bagi individu yang sanggup menanggung sebarang risiko, syariat Islam mengizinkannya melaksanakan dakwah walaupun dia mungkin dibunuh. Walau bagaimanapun, kesanggupannya untuk berkorban perlu juga diimbangi
dengan hasil yang bakal diperolehi supaya pengorbanannya tidak dilakukan secara semberono yang bakal merugikan perjuangan. Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya
menjelaskan:

“Disebutkan dalam kitab Sharh al-Siyar diizinkan seseorang mencegah
bidaah dan kemungkaran walaupun besar kemungkinan dia akan dibunuh, dicederakan ataupun dikalahkan kerana ada di kalangan sahabat nabi yang melakukannya
pada zaman Rasulullah dan baginda memuji mereka. Walau bagaimanapun,
apabila individu itu mengetahui dia tidak akan dapat mengalahkan musuhnya dan penentangan yang akan dilakukannya tidak akan mendatangkan sebarang kemuliaan bagi agama, dia tidak diizinkan melakukan pencegahan itu secara
individu.”

Dalam berdakwah, setiap pendakwah perlu mengetahui isu-isu semasa bagi menangkis keraguan-keraguan yang timbul

Tuesday, August 16, 2005

Sejauh manakah Islam kita

Mungkin ramai yang dah tau tapi mungkin ada yang belum tau. Gambar-gambar Aleya (bekas pengacara Malaysian Idol) dan kekasihnya(khabarnya) tersebar dengan meluas sekarang ini. Yang kecohnya ialah cara mereka bergambar - berpeluk, bercium - yang kalau bukan superimpose, memang tidak berakhlak sebagai dua orang pemuda pemudi Islam. Kawan pun secara tak sengaja terberkunjung ke blog seseorang yang memaparkan gambar-gambar tersebut. Kawan berharap gambar-gambarnya superimpose, tapi jawapan yang diterima dari ibu kepada Aleya iaitu Fatimah Abu Bakar atau dikenali dengan nama cikgu Fatimah dari Akademi Fantasia, amat menyedihkan kawan. Ini dipetik dari website Bintang Popular Berita Harian

-------------------

SEMINGGU sebelum Konsert Akhir, Akademi Fantasia 3 (AF3), kebanyakan wartawan hiburan menerima kiriman e-mel berupa beberapa keping gambar aksi mesra yang membabitkan pelakon dan bekas pengacara Malaysia Idol (MI), Sharifah Aleya bersama teman lelakinya, Ashraf, pemain gitar bass kumpulan Indrani.

Aleya juga adalah anak gadis guru bahasa Inggeris AF3, Fatimah Abu Bakar.

Justeru, kesempatan menemui Kak Fati (Fatimah Abu Bakar) sebaik saja selesai konsert final AF3 minggu lalu, Zubir terus mendapatkan penjelasannya berhubung penyebaran gambar berkenaan “Aksi-aksi mesra yang Zubir lihat dalam e-mel tu, bagi Kak Fati perkara remeh... Kalau kita peluk dengan niat sebagai kawan, mak dengan anak, inilah yang Kak Fati namakan sebagai budaya kasih sayang. Bagi Kak Fati, mereka yang menyebarkan gambar itu, nakal.

“Sebenarnya gambar itu diambil dari laman web friendster yang juga gambar peribadi mereka. Gambar itu kalau diambil dan disiarkan dalam konteks yang jahat, akan jadi jahat. Terpulang kepada niat, baik jadi baik. Kak Fati tahu dengan siapa anak-anak Kak Fati berkawan. Apa saja yang mereka lakukan, semua Kak Fati tahu.

“Kak Fati dah anggap Ashraf macam anak sendiri. Cuma Kak Fati kesian dengan orang yang buat perkara ini (menyebarkan gambar) kerana mereka tak ada otak!

“Sehingga hari ini antara Leya (Aleya) dan Ashraf sekadar kawan saja. Sebagai ibu, Kak Fati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, Kak Fati selalu ingatkan anak-anak, dalam pergaulan perlu ada batasan,” katanya.

Justeru, Zubir harap orang di luar sana berpuas hati dengan penjelasan Fatimah. Kalau tak puas hati juga, Zubir tak mampu berkata apa-apa sebab ibu Leya sendiri yang memberi kenyataannya

----------------

Beberapa point kawan nak ulas

1) Untuk Zubir, kawan rasa janganlah diharap orang di luar sini akan berpuas hati dengan jawapan cikgu Fatimah. "Berpeluk dengan niat sebagai kawan"? Lelaki perempuan yang bukan mahram berpeluk, perlukah diharuskan kerana niatnya sebagai kawan? Bercium pulak tu. Setau kawan ALlah sebut dalam Quran surah al-Isra' ayat 32:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Antara perbuatan yang menghampiri zina - berpeluk bercium sesama bukan mahram.

Imam al-Qurtubi mengatakan: Ulama' telah mengatakan bahawa maksud ayat 'janganlah kamu menghampiri zina' adalah lebih tegas dan jelas dari 'janganlah kamu melakukan zina' kerana maksudnya, menghampiri ke arah zina pun dilarang apatah lagi melakukannya. Ini termasuklah melakukan sebarang perlakuan yang boleh menghampiri kepada zina atau mendorong kepada melakukan zina itu sendiri, contohnya lelaki perempuan berdua-duaan di tempat tertutup, bersentuh-sentuhan, pergi ke tempat-tempat maksiat, lelaki berbual-bual dengan gaya dan cara yang dilarang terhadap perempuan yang bukan mahramnya, berfantasi atau merancang untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan sebagainya

2) Dahulunya, apabila JAWI menggempur the Zouk untuk membanteras perilaku muslim Malaysia yang tak bermoral ni, ramai ibu bapa yang melenting. Kononnya JAWI tak ada hak untuk menentukan moral anak-anak mereka. Perihal pendidikan moral, akhlak dan tatasusila anak-anak mereka, biar mereka (ibu bapa) yang mengajar, bukan JAWI. Kalau inilah contohnya mengajar moral, alamatnya lingkup moral budak-budak melayu, langsung tak berakhlak dengan akhlak Islam. Sepatutnya perilaku anak-anak yang melanggar akhlak sebagai seorang muslim hendaklah ditegur, bukannya dibenarkan dan direlakan begitu sahaja. Nanti ada yang naik kepala, orang lain tegur dah buat tak layan. Mana taknye, mesti ada yang memberi alasan ala Jeslina hashim, "Mak bapak kitorang pun tak larang, apahal pulak orang lain nak sibuk-sibuk larang". Astaghfirullah. Semoga ALlah mengampunkan dosa kita semua dan menunjukkan kita ke jalan yang benar

3) Serentak dengan situasi ini, mungkin sepatutnya terdetik dalam hati kita, sejauh manakah Islamnya umat Islam di Malaysia? Dan sejauh manakah keberkesanan dakwah yang kita jalankan selama ini? Patut kita buat post mortem skit, check balik apa yang dah kita lakukan untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia ini. Mungkinkah Islamnya kita hanya setakat tau mengucap, sembahyang (yg mungkin ada kalanya tertinggal tinggal), puasa, pegi umrah, kawin cara islam, bersunat, doa selamat, tahlilan, yasinan, selamatan, kenduri arwah? Kalau inilah sahaja yang dinamakan Islam padahal isi dan core Islam itu sendiri tidak dihayati dan diamalkan, nampak gayanya gerak gempur dakwah perlu diusahakan lagi. Islamnya kita perlulah dari akar umbinya, dari isinya, bukan setakat kulitnya sahaja tapi isinya kosong tanpa sebarang erti. Kita patut kembali kepada kesedaran Aqidah yang suci, mengenal ALlah, Rasul dan Islam agar isi dan ruh Islam itu hidup dan menjalar dalam tubuh badan kita, dan insyaALlah bertitik tolak dari aqidah yang sejati, ibadah dan muamalah kita lebih jelas mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh ALlah, tanpa perlu kita tertanya-tanya bagaimanakah perlu kita beriltizam dengan amal islami, yang mana halal dan yang mana haram.

Aku dan LRT

Semalam kawan berpeluang untuk menikmati pengalaman menumpang lrt di waktu rush hour ketika warga kota berebut menuju ke tempat kerja. Tujuan kawan sekadar berkunjung ke Wisma MCA di Ampang Park untuk memohon visa ke UK, singgah sebentar di KL Sentral untuk bertemu seorang sahabat.

Dari Taman Bahagia, jam 7.15 pagi belum lagi ketara kesesakannya, walaupun kawan tak dapat duduk hingga ke KL Sentral. Biasanya lengang sahaja gerabak dari Taman Bahagia ke KL. Kawan tak merasa hairan sangat. Biasalah, waktu pagi memang busy. Tapi rupanya sepanjang perjalanan, semakin lama semakin sesak. Tu dia, barulah betul namanya rush hour. Sampai di KL Sentral, lega rasanya dapat meloloskan diri dari himpunan manusia yang padat.

Namun cabarannya bermula dari KL Sentral ke Ampang Park. Apabila escalator KL sentral membawa kawan naik ke platform, terlihatlah kawan akan barisan manusia yang beratur menanti LRT yang akan datang beberapa minit lagi. Fuh, hebat rupanya orang Malaysia. Mungkin iklan berbudi bahasa Adlin Aman Ramli berjaya meninggalkan kesan dalam hati mereka, bukan saja dalam LRT malahan ketika menunggu LRT. Kawan pun masuk baris, walaupun terasa sedikit janggal, tapi masuk kandang kambing, kena la mengembek.

Bila LRT sampai, rupanya kepadatannya melampaui jangkaan. Terimbas kembali kenangan belajar di kota London. Setiap hari bersesak-sesak dan berhimpit-himpit menaiki 'tube' atau 'underground' yang beberapa minggu lalu dibom oleh manusia-manusia misteri. Kepadatannya lebih kurang sama dengan di Malaysia. Di sana, menumpang tube sudah menjadi kebiasaan. Lebih-lebih lagi, rumah kawan dan universiti jaraknya agak jauh. Maklumlah, nak save budget. Memang berhimpit sampai tak boleh melangkah. Jadi kena pastikan kedudukan postur badan dan kaki dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan yang rata-ratanya tak boleh bergerak sangat. Tambah sesak nafas lagi, tube ni letaknya di bawah tanah. maka pengudaraannya pun tidaklah menyamankan. Berbeza dengan LRT malaysia yang melewati bumbung-bumbung kenderaan di jalan raya. Syabas untuk Malaysia.

Kembali ke KL Sentral.

Akibat kepadatan melampau, dalam berbaris panjang tu, hanya seorang dua saja yang berjaya meloloskan diri dan mengecilkan diri untuk dimuatkan dalam gerabak LRT. Begini rupanya keadaan rush hour yang sebenar. Mungkin patut dinamakan 'cramped hour'. Maka barisan yang semakin panjang itu pun tidak banyak bergerak. Setelah tiga LRT berlalu, maka dapatlah kawan berada di hadapan barisan. Bila LRT yang seterusnya sampai, keluarlah dua tiga penumpang, kawan pun beri laluan. Tiba-tiba, siren pun bunyi tanda pintu nak tutup. Apa lagi, hikmat mcgyver mencelah pintu pun terpaksa diamalkan. Ngam ngam je kawan masuk, pintu pun tutup. Teringat ketika di London, memang biasa mengamalkan hikmat menyelit pintu tube ni. Pernah sekali beg tersepit, mujur hanya beg, bukan tuan punya beg. Kelebihan tube di London, ada pemandunya, maka bolehlah pintu dibuka sedikit untuk melepaskan mereka yang tersepit ketika gagal mengamalkan hikmat menyelit.

Dalam LRT, kawan teringat kembali kenangan di London. Berdiri sepanjang perjalanan, sama saja keadaannya. Cuma yang bagusnya, di Malaysia, penumpangnya seolah-olah sedang menaiki lif. Semuanya tersusun memandang ke pintu. Baguslah. Kalau di sana, berterabur. Jadi kita pun serba salah juga. Takut nanti orang ingat kita stare kat orang.Alhamdulillah, di malaysia semuanya jenis malu-malu, pandang pun ke pintu.

Satu lagi hikmat yang dipelajari semasa pengalaman menumpang tube di london ialah hikmat tidur berdiri. Kawan pun tak percaya ada orang boleh tidur berdiri, hinggalah kawan sendiri yang tidur berdiri. Satu pencapaian yang membanggakan. Amat berguna di waktu-waktu kecemasan. Kawan nampak dalam LRT tu ada juga yang sudah pun khatam hikmat tidur berdiri ni. Rasanya penumpang-penumpang LRT di serata dunia masing-masing cuba mempelajari hikmat ini.

Dalam bersesak-sesak tu, kawan tergelak di dalam hati bila teringat situasi yang sering digambarkan dalam cerita lawak di kaca tv. Bersesak-sesak dalam lif, kemudian ada yang melepaskan 'bom' secara sengaja atau tidak, lantas bersikap baling bom sembunyi tangan. Sepanjang kawan berpengalaman menumpang LRT atau tube, belum pernah terserempak dengan keadaan sebegitu. Walaupun sebenarnya agak sukar meneka siapa pelontar bom dalam keadaan begitu, masing-masing masih menjaga maruah dan mementingkan tahap IPU di dalam LRT. Alhamdulillah

Mungkin kawan masih lagi merindui kesesakan dalam tube di london dan hikmat-hikmat yang dipelajari sepanjang menumpang kenderaan itu. Tapi rasanya, naik kereta tanpa traffic jam di Parit Raja lebih mendamaikan. Cukuplah bersemput-semputan dalam tube tu. Takut nanti satu ketika terserempak pula dengan kes baling bom sembunyi tangan :).

Sunday, August 14, 2005

Fakta yang mengejutkan

Surf kejap di harian metro online. Terpampanglah berita yang semakin hari semakin mengejutkan

---------------------------

Trend serah tubuh

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menyerahkan tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah seolah-olah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun.

Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18,805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 hingga 20 tahun paling aktif melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun, secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 23 tahun,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18,805 responden, 73 peratus (13,691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 peratus (1,361) pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Katanya, jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5,114, dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan seks.

“Ini bermakna 1,809 (9.6 peratus) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya.

Dr Rampal berkata, 38 daripada 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan seks mengaku kali pertama melakukannya pada usia 12 dan 15 tahun, manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu diberi perhatian serius, terutama oleh ibu bapa.

“Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah, kalau perlu, hari ini kita kena jaga tepi kain orang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

“Di laman web saya, banyak soalan dikemukakan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan.

“Antaranya, bolehkah seseorang mengandung jika melakukan seks di luar tabii (liwat),” katanya.

Sementara itu, Dr Rampal berkata, kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada dua topik utama, iaitu mengkaji pemahaman masyarakat mengenai penyakit jantung dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV, termasuk sejarah atau kehidupan seksual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10,599 orang, Cina (3,875), India (2104), Bumiputera Sabah (1302), Bumiputera Sarawak (692) dan lain-lain (233).

Beliau berkata, pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai Kementerian Kesihatan, 22 graduan pelbagai universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh negara.

“Responden dipilih secara rawak melalui maklumat daripada Jabatan Statistik Malaysia.

“Selain sesi soal jawab dijalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif,” katanya.

Dr Rampal berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan diambil dan selepas tiga tahun, penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat sama ada wujud perubahan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka yang melakukan hubungan seks supaya menggunakan kondom bagi mengelak penyebaran wabak HIV jika seseorang itu kerap bertukar pasangan, terutama dengan pelacur.

“Sebenarnya semua agama melarang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi jika ia terus berlaku, kondom adalah langkah terbaik, selain setiap pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin atau mengadakan seks,” katanya.


-------------------


Astaghfirullah. Semakin hari semakin banyak tanda-tanda qiamat yang jelas dipertontonkan ALlah di hadapan mata kita. Renunglah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim ini :

Daripada Anas r.a., "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith
yang tiada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah
sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum
perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki
akan mengurus lima puluh orang perempuan." - HR Imam Bukhari dan
Imam Muslim

Bersiap sedialah kita menghadapi hari yang telah dijanjikan. Dalam masa yang sama, dakwah perlu terus digiatkan lagi terhadap mereka yang tanpa segan silu, berbangga dengan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ini.

Saturday, August 13, 2005

Antara Jerebu dan Dukhan

Jerebu melanda Malaysia buat kesekian kalinya. Bukan pertama kali kita diuji ALlah dengan jerebu. Satu ketika dulu, di Malaysia Timur turut diisytiharkan darurat akibat jerebu. Di tempat kawan di Batu Pahat, alhamdulillah tidak ada jerebu yang melanda namun udaranya seakan-akan ada sisipan-sisipan jerebu yang terlepas ke sana. Kering, mata pedih, batuk-batuk, pun kawan ada terasa. Namun di Lembah Klang, teruk juga keadaannya. Sampai diisytiharkan darurat di Pelabuhan Klang. Memang kawan rasa patut juga diisytiharkan. Tengok di TV pun tak nampak apa, apatah lagi orang di sana yang merasainya. Maka berkurunglah penduduk lembah klang di rumah, ada juga yang pulang ke kampung halaman yang belum terkena jerebu lagi. Kawan pula, berkunjung ke lembah klang sebab nak menguruskan urusan permohonan visa, terbalik pulak. Alhamdulillah jerebu dah berkurangan, dah boleh nampak rumah seberang jalan.

Bagi kawan, hikmah jerebu dilandakan kepada kita ialah penggemar-penggemar maksiat yang sering berkeliaran di luar rumah, tersekat aktiviti mereka. Yang rajin bercouple, jalan-jalan tanpa arah tujuan, terpaksa postpone temu janji mereka. Yang mat rempit, mungkin asap jerebu tidak seharum asap motor, maka mereka pun tak keluar rumah. Yang suka berpeleseran sampai larut malam kat 'mapley' pun duduk di rumah tengok tv. Alhamdulillah, segala yang ALlah jadikan semuanya ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, aktiviti-aktiviti tak berfaedah yang biasanya dijalankan di luar rumah sudah dikurangkan. Selamat satu perkara.

Apabila menyebut jerebu, mungkin tidak ramai yang terfikir akan adanya sebuah surah di dalam al-Quran yang bernama ad-Dukhan. Dukhan boleh bermaksud asap, contohnya kalau dilarang merokok tu dalam arab disebut mamnu' at-tadkhin dari kata dukhan (kan rokok itu berkepul-kepul asapnya). Dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa salah satu daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya dukhan, ataupun boleh kita katakan jerebu/asap/kabus. Dipetik dari kata-kata sheikh s2s dalam mailing list alFikrah

"Jerebu adalah 10 tanda besar kiamat. alQur:an mmeperuntukkan satu
surah khas mengenai jerebu iaitu surah # 44. surah ini diberi nama
sempena ayatnya yg ke-10 " dan tunggulah hari ketika langit membawa
jerebu yg nyata."

Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA
" Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu
baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

Kata Imam Nawawi dalam syarhnya, jerebu yg menandakan Kiamat akan
berlansung selama 40 hari. ia membawa kesan selsema dan sesak nafas
kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar
dan haiwan. (syarh Muslim oleh Nawawi jld 18. "



Mungkin kita menisbahkan jerebu ini dengan kebakaran di Indonesia, dan mungkin jerebu yang kita hadapi sekarang bukan THE jerebu tanda kiamat. Tapi pastikah kita? Adakah kita hanya akan menunggu THE jerebu datang baru kita akan tersedar, atau masihkah kita terus dengan aktiviti kita yang tidak berfaedah tanpa menyiapkan diri sebelum datangnya kiamat? Mungkin kali ini bukan THE jerebu tapi kalau selepas ini, ada lagi jerebu, mungkin itu jerebunya. Persoalannya, perlukah kita dikejutkan baru kita tersedar dari lamunan? Bangkitlah sendiri dari sekarang, masa yang dijanjikan pasti akan tiba. Adakah kita sudah bersedia?

Tuesday, June 21, 2005

Balasan ALlah

Hari ni ada artikel menarik dalam berita harian :

Punca Allah turunkan bencana


ALLAH menurunkan bencana kepada umat manusia atas banyak faktor, termasuk sebagai menguji keimanan mereka atau menghukum di atas kesalahan yang dilakukan.

Firman Allah bermaksud: “Tidak berlaku sesuatu bencana di atas muka bumi ini, atau ke atas diri kamu, melainkan yang demikian itu tercatat dalam kitab sebelum kami melaksanakan terjadinya.

“Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah mudah sekali. Supaya kamu tiada berduka cita terhadap apa-apa yang terlepas daripada tanganmu dan tidak bangga pula dengan apa-apa yang diberikannya kepada kamu, dan Allah tidak menyintai orang yang sombong dan membanggakan dirinya.” (Surah al-Hadid, ayat 22-23)

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad SAW ada menerangkan mengapa manusia ditimpa bencana. Dalam hadis diriwayatkan at-Tirmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah bersabda bermaksud:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

- Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang tertentu saja.

- Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).

- Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

- Apabila suami terlalu mentaati isteri.

- Apabila anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

- Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

- Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

- Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan dalam masjid.

- Apabila sesuatu kaum itu daripada kalangan orang yang dihina oleh mereka.

- Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

- Apabila arak menjadi minuman biasa.

- Apabila lelaki memakai sutera.

- Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

- Apabila wanita memainkan alat muzik.

- Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting-beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak, kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

----------------------------------

nak tergelak pun ada. Dulu masa tsunami, bertungkus lumus mereka2 yang berkenaan menulis artikel berlambak2, membantah kenyataan yang menyatakan tsunami tu bala dari ALlah atas kesalahan umat Islam kat Malaysia. Semua pakat cakap tsunami tu bukan bala ALlah, bukan sebab org Malaysia buat dosa dan macam2 lagi. Alih2 hari ni pulak ada artikel cakap kalau ada bencana tu sebab kesalahan manusia. Ish belit betul. Ni kira mematahkan hujah sendiri la ni. Kuikuikui.

Monday, June 20, 2005

mandi safar ni ada lagi rupanya

Semalam lepas bertungkus lumus membasuh/mengemaskini rumah, berehat la kejap sambil menonton rancangan nona/wanita hari ini (tak ingat yg mana). Tengok tu sebab ada citer pasal parents yg ramai anak, best jugak tengok camne diorang manage family tu walaupun anak ramai, rapat2, pendapatan pun takde la lumayan mana tapi boleh survive dan anak2 pun berjaya. Boleh tiru ni ;). Lepas tu pulak, ada citer perkahwinan dua org tengku ni, kira keturunan raja la. Bagus tul tengok, yg pompuan pun bertudung litup, kira takde la macam yg selalu kita tengok, kalau yg golongan2 atasan ni macam tak menjaga sangat bab aurat semua.

Tapi yang slack nye pulak, lepas majlis walimah tu, ada la pulak upacara mandi sama2, yang tukang mandinya makcik2 (mak2 engku ke makcik2 jiran ke tak tau la pulak). Yang kena mandinya pengantin tadi la. Kata host tu, ni upacara mandi safar (walaupun skang bukan bulan safar). Laaa....abis kantoi. Tadi masa walimah dah elok dah. Ada pulak majlis khurafat ni. Ingatkan zaman ICT ni takde lagi. Yang pengantin pompuannya bukan main bertudung, abis kena bukak tudung, terpaksa rela la agaknya dek nak menjaga hati makcik2 tu. Tayang kat tv pulak tu. Sian kat dia. Abis la dipakaikan benang la mayang kelapa la. Ada pulak pakcik bersilat pakai parang panjang pastu tetak kelapa muda dengan sekali tetak terbelah dua...ish tak paham le apa ke pekdah nye buat benda2 tu. Di akhir upacara, ada pulak 'acara' menyimbah2 air dekat tetamu2 yang datang, kira semua pakat main jirus2 air la, lelaki pompuan semua basah kuyup bukan main suka lagi main jirus2 tu ye.

Teringat kawan masa stadi dulu, ada member Thailand bagitau, diorang ada satu pesta simbah2 air ni. Kira satu hari tu, duk tepi jalan main simbah2 la semua yang lalu lalang. Lelaki pompuan semua basah kuyup. Tau tau la kalau pakaian dah basah kuyup ni, nampak la bentuk badan semua, tak kira la tutup aurat ke tak. Ish, rupanya kat malaysia pun ada jugak macam tu. Dulu ada kes tak silap kawan pasal mandi buih, tak ingat la kat kelab malam ke kat mana ye, tapi ada la kes mandi buih. Rupanya kat rumah org kawin pun ada mandi2 jugak, cuma takde buih je.

Pesan kawan, nanti kalau sapa2 nak kawin, jangan la buat aktiviti mandi safar ye. Yg pengamal mandi safar ni dulunya berpendapat, nak mengelakkan bala bulan safar, so kena la mandi. Tak betul tu. Kesian kat bulan safar, apsal la time dia je ada bala. Kalau ada sedara2 yg nak buat tu, boleh la didakwahkan cepat2 supaya nanti takde kes paksa rela. Apatah lagi 'acara' simbah2 air di kalangan tetamu/sedara mara tu...lagi la tak payah. Kalau diorang tanya kenapa tokleh mandi safar, bacakan hadith ni kat diorang :

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa.
(Riwayat Bukhari)

Thursday, March 31, 2005

Betul ke?

Dipaparkan dalam Harian Metro 1/4/2005 :

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta pengajaran mata pelajaran pendidikan seksualiti di sekolah dipercepatkan bagi memberi maklumat kepada pelajar dan mengelak mereka terjebak dalam gejala sosial.

Bagi membantu usaha berkenaan, kementerian itu menyediakan draf Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan bagi menangani salah laku dan jenayah seksual yang membimbangkan di kalangan remaja.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata draf berkenaan dihasilkan sebagai keprihatinan kementerian berkaitan isu sosial seperti rogol, sumbang mahram, penderaan seksual dan hubungan seks bebas.

Beliau berkata, pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti.

“Pengetahuan ini menjadi benteng kepada mereka jangan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Konsultatif Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan anjuran beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, semalam.

Forum itu yang disertai 400 wakil agensi kerajaan, swasta, NGO, ahli akademik dan politik bertujuan mendapatkan pandangan pelbagai pihak mencari pendekatan terbaik melaksanakan pendidikan seksualiti.

Shahrizat berkata, draf berkenaan perlu dapat maklum balas sebanyak mungkin daripada orang ramai dan pakar pelbagai bidang supaya pendidikan itu dapat dilaksanakan secara berkesan.

Katanya, ia penting bagi menyalurkan maklumat sebenar memandangkan remaja kini terdedah kepada pelbagai maklumat negatif mengenai seksualiti terutama internet dan majalah lucah.

“Isu ini akan dibincangkan di peringkat kementerian dan jika isi kandungan draf dipersetujui, ia akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran segera untuk tindakan lanjut,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah Mohd Tahir.


-----------------------------------------------

Persoalan yang berlegar2 dalam kepala kawan :

1) Kenapa kalau kita kasik pendidikan seks, budak2 takkan terlibat dengan gejala sosial?

2) Adakah gejala sosial yang berlaku sekarang akibat daripada tak tau pasal seks? Rasanya sebab terlebih tau tu yang boleh buat benda2 tak senonoh tu.

3) Kenapa diwujudkan cadangan2 yang bermacam2 nak menangani gejala sosial (cthnya satu ketika dulu nak hukum bunuh la, penjara pelik2 la, sebat pelik2 la) tapi hukum Islam yang dah ada sejak zaman Rasulullah lagi SEBOLEH-BOLEHNYA TAK NAK dipakai? Kenapa? Masih tak percaya? Kan ALlah dah janji, akan diwujudkan rasa gerun kalau kita laksanakan hukum tu. Tapi tak nak jugak dibuat tu.


Sapa dapat jawab, dia terer :D. bole la dipanggil tereris

Tuesday, March 29, 2005

Sukarelawan AMAL - misi kemanusiaan ke Acheh

Peluang menjadi Sukarelawan AMAL (relawan) melalui Yayasan Amal Malaysia
(AMAL) sebuah NGO's yang bertemakan "Working for Humanity-To Serve Allah".
Keutamaan kepada bahagian perubatan atau pembantu doktor. Namun, Sosial
Workers juga kami mengalu-alukannya. Lokasi bertugas di Meulabuh, Acheh.

Berikut adalah jadual bulan April/Mei 2005 :
03 - 11 April (9 hari)
10 - 18 April (9 hari)
17 - 25 April (9 hari)
24 April - 02 Mei (9 hari)
01 - 09 Mei (9 hari)
08 - 16 Mei (9 hari)
15 - 23 Mei (9 hari)
22 - 30 Mei (9 hari)
29 Mei - 06 Jun (9 hari)

Air Ticket (KLIA-Medan-KLIA) : (RM200 - 50% Sukarelawan dan baki - 50%AMAL)
Pengangkutan (Medan-Meaulabuh-Medan) : di sediakan oleh pihak AMAL
Lain-lain kos i.e belanja duit pocket : Sekitar RM100~RM150 shj.
Makan minum di Meulabuh, Aceh tiada masalah. Akan di uruskan oleh pihakAMAL
di sana. Pakaian mengikut kesesuian keadaan dan bilangan hari di sana.

Sila berikan maklumat berikut :
1) Nama Penuh Dalam IC
2) No. IC
3) No. Passport
4) Tarikh Luput Passport (minima 6 bulan sebelum tarikh berlepas)
5) Profesyen
6) No. HP/Tel
7) No. Fax (jika ada)

Yang berminat untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan atau ingin
menyalurkan sumbangan, sila hubungi :
Hj. Husin - 019-9801860, 09-6225330-tel/fax
En. Faiz - 019-3396676
Drs Jamal - 019-6644796
En. Azri (Selangor) - 012-2837754, 03-78705040-pej,
azri.mohamad.arish@wdc.com
En. Sufian (Negeri Sembilan) - 013-3589328

SILA RESPONSE SEGERA !!!

Laman Web Yayasan Amal Malaysia : http://www.amalmalaysia.net

regards,
AMA
Bekas Relawan Banda Acheh
Misi Khas Korban Eid Adhah 1425 &
Lapangan Bulan Sabit Merah Indonesia, Lambaro, Acheh Besar.
20 Jan hingga 26 Jan 2005.

Gempa Lagi

Pagi Selasa hari tu berlaku lagi sekali gempa bumi dekat indonesia. Kali ni kat Sibolga pulak...dengar khabarnya pulau tu memang kawasan utk sukan rekreasi air. Mat saleh suka gi situ sebab ombak dia tinggi, boleh surf, boleh skuba diving dan macam2 lagi. Masa kejadian tu, kawan tengah lepak kat rumah persatuan cekak, sekali ada member hantar sms cakap ada gempa bumi. Masa kitorang prektis buah jatuh tak terasa goyang pun, agaknya sebab dah jatuh bergegar2 kot, sebab tu tak rasa gegar gempa tu.

Semalam, kawan punya member pegi la kat pusat kecemerlangan WARAS kat kuittho ni. Nak tengok whether akan berlaku lagi ke tak tsunami macam hari tu. Daripada waveform yang dipancarkan, menurut predictionnye tak berlaku tsunami, tapi tak tau la kan. Ni prediction, tapi ALlah yang menentukan semuanya. Bagus gak WARAS ni. WARAS stands for Wireless and Radio Science Centre. Antara teknik yang sedang dikaji ialah tengok gelombang yang dipancarkan dari ionosfera bumi....lebih kurang ceritanya, bumi ni ada pancarkan gelombang ..elektromagnet ke camtu la...pastu, dipantulkan balik melalui ionosfera. Ada la proses ionization kot kat ionosfera tu. Daripada pantulan tu la boleh tau apa yang berlaku kat bumi. Tapi teknik ni kelemahan dia tak efektif sangat waktu malam. Ntah le, katanya gelombang tu disperse waktu malam. Agaknye skang ni diorang tengah kaji camne nak tengok gelombang waktu malam kot.

Kesimpulannya : Lepas satu gempa ke satu gempa, tak paham2 lagi ke umat Islam kat nusantara ni? ALlah dah kasik warning first time, mula2 kununnya batalkan konsert sambut tahun baru la konsert sure heboh la. Macam2 konsert batal. Baguih dok ada. Pehtu dah lega skit, buat balik pulak konsert. Konsert force of nature mengenang mangsa tsunami....macam ironik aje bunyiknye. Kan dah ALlah kasik warning lagi sekali ni. Jangan sampai ALlah datangkan gempa kat tengah2 Malaysia baru nak beringat dah le. Ni baru tempias2 je kita rasa. Kalau pusat gegaran dia kat banjaran khatulistiwa camne? Tak biru muka dibuatnye? Ish jangan buat keja le org Islam Msia oi. Sedar2 le diri skit. Balik la kepada Quran dan Sunnah. Rentikan la mengejar dunia tu. Nanti kalau kena gempa bumi, abis tinggal semua dunia ni.

Wednesday, March 16, 2005

Handzalah bin Abi Handzalah

Alhamdulillah pada 01/03/05 bersamaan 20 Muharram 1426 yang lalu, hadirlah si dia yang dinanti-nantikan selama ini dalam hidup kami sekeluarga. Handzalah selamat dilahirkan pada pukul 10.24 pagi di Selangor Medical Centre dengan berat 3.30 kg.

Zaujah kawan mula rasa sakit waktu maghrib hari sebelumnya tapi sakit skit2 je. Takde rasa nak bersalin sangat. Tapi bila start tengah malam tu, mula dah terasa contraction yg makin kuat, sampai tidur skit terjaga berulang2 kali. Dalam pukul 5 camtu, zaujah kawan dah rasa sampai masanye utk pergi ke hospital. Kawan pun kejutkan mak mertua kawan, solat sunat dua raka'at mohon keselamatan semua, bersiap2 kemudian terus ke SMC. Lebih kurang pukul 6 pagi, kami register di SMC. Sebenarnya zaujah kawan dah overdue seminggu, jadi hari Selasa tu kata doktor, kalau tak bersalin jugak, nak di'induce'. Alhamdulillah, ALlah datangkan rasa sakit naturally, tak payah induce. Lepas register, nurse2 kat sana suruh tunggu sampai doktor sampai pukul 8.30. Kawan pun solat subuh dulu, lepas tu diorang pun prepare la semua equipment.

Sementara tunggu doktor, kawan stay sebelah zaujah kawan tu, ajar teknik breathing, picit2kan kaki dan sebagainya. Pukul 8.40 camtu doktor pun sampai. Dia check2 pintu rahim, dia cakap dah bukak 5 cm. Pastu dia pun pecahkan air ketuban. Dia cakap, maybe dalam pukul 1 baru bersalin. Pastu dia pun blah ntah ke mana. Kawan pun terpikir, takkan lama sangat. dah bukak 5 cm dah, tadi masa baru register, bukak 3 cm. Tunggu punya tunggu, zaujah kawan dah tak tahan sakit dah. Pukul 9.45 camtu, kawan panggil nurse cakap zaujah kawan dah rasa nak bersalin dah. Dia pun dah kelam kabut (tak ready ke apa ye?), dia cakap tunggu fully dilate dulu. Pastu dia check2, dia suruh teran pulak. Ish tak paham le kawan, suruh teran ada, suruh tunggu dilate ada, yang mana satu agaknye. Doktor pun tak sampai2 jugak. Heartbeat baby dah kejap2 turun....kami ni makin la risaunye.

Akhirnya, doktor pun datang la pukul ntah berapa ntah. Kesian kawan tengok zaujah kawan tu. Dah penat push dah. Doktor dok check2 lagi. Ish...tension tul. Tak baper lama, baru la buat position utk deliver. Lama la jugak nak push tu sebab ye la, zaujah kawan mana penah bersalin. Doktor dgn nurse tu asik suruh camni camtu. Kawan pun tak paham apa diorang cakap. Patutnye, masa baru2 register pagi tadi la ajar camne nak push. Ada ke orang tengah sakit yakmat tu nak diajar....mana le nak compute. Pandai betul. Ada la jugak doktor tu buat episiotomy. Setelah berhempas pulas, Handzalah pun lahirlah ke dunia. Mula2 tak bunyi, lepas tu nurse sedut cecair2 kat rongga dia tu, baru la dia menangis. Masa tu nervous jugak, tak tau jantina lagi. Lepas diorang tunjuk tu, haa baru la tau lelaki.

Pastu diorang pun jahit la tempat kena gunting tadi. Lama la jugak jahitnye. Kawan tak tengok pulak berapa jahitan. Bab2 jahit ni ngeri skit nak tengok. Tapi alhamdulillah tak pengsan pulak tengok darah. Lepas abis tu, doktor pun berlalu pergi. Ada la nurse cam keluarkan baki darah dgn uri. Lepas diorang keluar, kawan pun azankan/iqamahkan kat telinga Handzalah beserta tahnik sekali. Time ni zaujah kawan kata ada sakit lagi....kawan tanya nurse, dia cakap biasa sebab ada masukkan air utk contractkan rahim tu, biar abiskan keluar saki baki darah yg ada. Mak mertua kawan dgn mak sedara pun tanya, kawan cakap ok la, sebab nurse cakap memang camtu.

Bila bawak pegi ke bilik, sakit kat perut tu makin teruk. Sampai menggigil2 zaujah kawan. Ish tokleh jadik ni...panggil nurse dia suruh makan painkiller. Tapi zaujah kawan sakit sangat sampai pain killer pun tokleh nak makan. Panggil2 doktor, dia cakap, rahim tu tak kecut abis lagi, sebab tu rasa sakit. Ada darah lagi dalam tu. Dia pun kasi injection biar rahim tu kecut cepat2. Mak mertua kawan suh kawan pegi solat sunat mintak semuanya selamat. Time tu memang kawan dah cuak abis, tak tau nak buat apa dah. Doa banyak2 je dengan ALlah biar selamat semua. Sedara mara yang datang pun kawan tak sempat nak cakap apa. Yang ada dalam fikiran kawan cuma nak zaujah kawan tu selamat je.

Pegi balik kat bilik, kawan pegang tangan dia. Time tu dia dah antara sedar dgn tak. Isk isk...tokleh nak gambarkan perasaan kawan time tu. Tak penah lagi kawan tengok dia dalam keadaan yang sengsara camtu. Kejap lagi doktor pun masuk. Kawan ingat dia nak buat apa. Rupanya dia cakap dia nak keluarkan lagi darah beku dalam rahim. Dia cakap tak abis keluar lagi. Dia pun guna tangan dia seluk dalam rahim zaujah kawan tu. Berketul2 darah beku keluar + melimpah2 darah yang tak beku sampai ke level dada dia. Abis cadar katil tu. Ya ALlah, tuhan je yang tau macam mana kawan rasa tengok dia dalam keadaan tu. Doktor pun last2 bagitau, zaujah kawan ni tumpah darah banyak jugak. Tapi at the moment, dia tak perlukan blood tranfusion. Kena masuk air je takyah masuk darah. Mak mertua kawan banyak la question doktor tu, apsal boleh tumpah darah la blood clot tak abis keluar la. Kawan pun tension jugak. Org semua cakap, sepatutnya lepas deliver tu terus doktor keluarkan semua blood clot. Apsal dah lama baru nak keluarkan..keja tak abis la tu.

Zaujah kawan cuma terbujur je atas katil tu...kadang2 ada terbangun tanya Handzalah kat mana. Dia cakap dapat tengok sekali je. Tak dapat peluk pun. Kawan cakap kat dia, "Handzalah ada tunggu ummi sihat, nanti kita boleh balik rumah sama2. Jangan susah2 hati. Kuatkan semangat ye. Kita doa sama2 biar selamat semua". Lepas tu dia pun tidur balik. Memang doktor nasihatkan suruh tidur pun sebab dah banyak darah keluar.

Dalam lebih kurang pukul 4 camtu, baru la zaujah kawan sedar betul2. Boleh la berbual2 & boleh disuapkan nasi. Lega la sikit hati kawan, baru la kawan pun boleh makan sikit. Kalau tak memang tak terpikir pun pasal makan ke apa ke. Baru la boleh bercakap2 dengan sedara mara, yang dari tadi setia menanti. Tak lama lepas tu, lepas dah ok semua, kitorang pun request nak bawak Handzalah masuk bilik. Dapat la semua adik beradik sedara mara tengok Handzalah sebab dari tadi memang tengok dari cermin nursery je, tak dapat tengok dekat2. Ummi dia pun dapat pegang, peluk, siap bergambar lagi. Malam tu try susukan dia, jenuh jugak abi dgn ummi melayan Handzalah ;). Nurse memang banyak kali dijemput hadir la sebab tak reti lagi camne nak layan Handzalah ni..hehe. Kesian kat ummi dia tu, dah la siang berjuang antara hidup dan mati, alhamdulillah, ramai yang nak tolong. First night experience dgn Handzalah memang menarik. Tak tidur tu memang biasa, tapi berbaloi la kata orang. Ummi dia pun makin lama makin dapat tenaga balik, alhamdulillah.

Esoknya, doktor buat checkup lagi. Kawan tanya blood pressure dia ok ke sebab kawan tengok, macam rendah je. Ye la kawan bukannya doktor tapi tau la jugak yang mana rendah yang mana tak. Lepas tu kawan pun selalu cakap dengan nurse, bibir dia macam pucat je. Macam kurang darah. Tapi doktor cakap dia punya hemoglobin count normal jadi takyah buat blood transfer. Ok le dah doktor cakap camtu. Bila doktor buat check lagi sekali belah petang, dia cakap nak buat blood transfer pulak sebab dia cakap pressure dgn hemoglobin low, nanti pitam pulak bila balik rumah. Ceh, orang dah cakap tadi tak caya. Last2 kena call adik beradik zaujah kawan untuk donate blood. Bank darah tutup cam office hour, time tu dah pukul 3.30. Kan ke susah orang nak rush pegi hospital. Ish doktor ni pun, tak nak cakap awal2. Petang tu jugak, Handzalah selamat dikhitankan. Bagus jugak sunat kecik2 ni, dah besar nanti takde la main kejar2 dgn tok mudim ;). Tidur la kawan dengan zaujah lagi satu malam sebelum transfer darah tu. Dia cakap nak transfer esok pagi sebab nak buat prosedur2 screening darah tu la semua. Malam tu Handzalah tidur kat nursery sebab nak kasik ummi dia rehat.

Esok paginye, start blood transfusion, mula2 masuk 1 pint dulu, pastu zaujah kawan kata kat nurse tu dia ok je, takde apa2 side effect, masuk lagi 1 pint. Kawan tanya kat nurse tu, kalau masuk darah ni, boleh susukan baby jugak ke? Dia cakap ok je. Handzalah pun sekarang ni dah selalu ada dengan kitorang, tak best duduk kat nursery tu, takde geng. Semua baby pompuan je. Boring aa Handzalah kan? Duduk dengan ummi & abi lagi best. Kawan pun start la refresh balik memori pasal penjagaan bayi. Kira bedung bayi tu kira dah cantik la jugak..hehehe. Lepas masuk 2 pint darah tu, baru la berseri2 balik muka zaujah kawan, takde la pucat macam hari2 sebelumnya. Baru la ceria balik. Tu la orang dah cakap aritu, doktor ni biasa ni. Malam tu Handzalah kasik hadiah surprise pulak. Masa tengah nak tukar pampers tu, dia 'tembak' pulak ummi dengan abi..ish ish ish...abis kena tukar baju sekali. Heheh. Macam2 pengalaman jaga Handzalah ni.

Pagi Jumaat, doktor check lagi dan diluluskan utk discharge. Kawan pun pegi settlekan pasal bill, settlekan parking keta (yg dah baper hari tak bergerak2), settlekan pasal ubat Handzalah + ummi & pasal nak register kelahiran Handzalah. Akhirnya pulanglah kami ke rumah setelah berjuang berhari2 di hospital, especially zaujah kawan, yang berjuang bermati-matian antara hidup dan mati, ALlah je yang tahu macam mana beratnye beban yang ditanggung. Untuk para suami semua, hargailah jasa isteri2 anda. Peliharalah setiap hak mereka. Sesungguhnya kesakitan dan pengalaman yang mereka tanggung sewaktu melahirkan anak itu, belum tentu dapat kita lalui sepertimana yang mereka lalui. Untuk Umm Handzalah, jazakillahu khairal jazaa' for your jihad during those nerve-wrecking hours and for bringing Handzalah al-Mujahid as-Syahid insyaALlah, into this world. Utk Mama, Papa, Mak, Abah, Mak Tam, dan adik beradik semua, thank you for all your support, time and effort, and thank you for being there with us through the test that ALlah gave, a moment to ponder upon His Blessing and Mercy.

Thursday, February 03, 2005

Majlis ijazah

Semalam bermulalah era kawan secara officialnye menjadi ahli silat cekak hanafi selepas diijazahkan di majlis ijazah kat pusat latihan batu pahat...beberapa tapak je dari rumah kawan. Majlis ijazah sepatutnya bermula jam 8 malam. Kawan pun pegi la awal, memandangkan dekat je dgn rumah, mana la tau boleh tolong2 skit. Sampai2 je kat sana, takde sapa pun lagi. punya la penat datang cepat2. Nasib baik tak lama lepas tu, ada member kawan datang. Dia pun nak masuk cekak jugak, kawan la yang ajak tu . Dia datang je sibuk la kitorang bersembang. Lepas sejam, baru la ramai orang kat rumah tu. Malam tadi ada dua jenis ijazah yang dibuat, satu ijazah asas (untuk yang baru nak start belajar buah asas), satu lagi ijazah potong (untuk yg dah abis buah asas & jatuh, nak start belajar buah potong). Yang segannya, ramai la pulak student kuittho yg kawan ajar kat lab. heheh. tengok semua dah advance dah..pompuan pun ada jugak.

Lepas dah cukup semua datang, yang nak ijazah asas pun masuk dalam rumah. pastu Guru Utama cekak hanafi pun kasik ucapan skit, pastu sorang2 akan duduk depan dia sambil bersalam utk diijazahkan cf. baiah. Dengan cara ini, maka diperakuilah kami ni semua untuk belajar ilmu cekak hanafi. Kira cikgu dah perkenankan utk kami amik ilmu dia la. Kejap je proses ijazahnye. Lepas semua dah diijazahkan, ada taklimat sikit dari YDP cekak hanafi negeri johor, abang hakim. Ada la jugak diterangkan pasal latihan tangan dan kaki, nak kasik mahir dan cekap la kaki dan tangan tu. boleh buat sendiri di rumah lepas bangun tidur kata dia. Lepas citer lebih kurang, semua pun bersurai la. Tapi kawan tak balik, biasa la...dah rumah dekat, lepak2 jap. Tapi perut lapar la pulak, tak makan lagi dari pukul 8 tadi. Ajak member tu gi makan nasi goreng paprik jap....hehe..baru la lega skit.

dah kenyang perut, pegi balik ke rumah cekak tadi, tengok dah abis dah ijazah potong. tapi ramai berkumpul dalam rumah, buat apa la pulak tu? Rupanya tengah dengar Guru Utama aka Abang Mat bercerita. Bukan cerita apa tapi nasihat2 dan petua2 yang sangat berguna utk semua golongan umur. Abang Mat ni senang didekati, takde la macam citer2 dulu yang nak jumpa tok guru bukan main kecut lagi. ni kalau ada apa2 masalah nak tanya ke, petua ke, insyaALlah dia boleh kasik. dia ni banyak belajar petua2, amalan2 dari ayah dia yang jugak merupakan pengasas silat cekak hanafi ni. Dah la semalam ramai orang bujang, kawan dengan ada sorang pakcik tu je kot yg dah kawin. Macam2 la soalan pasal nak kawin keluar. Heheh...kawan gelak je. Kawan tanya petua nak mudah bersalin je . Dalam petua2 tu, Abang Mat pun ada jugak kasik tazkirah2 agama yg bagus utk budak2 muda ni (cewah, terasa tua la pulak ). Kira bagus la. Ramai yang cakap, kita belajar cekak hanafi dengan abang Mat ni, bukan setakat silat je dapat, tapi lebih dari itu pun dapat jugak. Betul jugak, selain dari pengisian jasmani, pengisian rohani pun dapat jugak semalam. Senior2 cekak cakap, beruntung betul budak2 asas taun ni, selalunya abang mat tak kasik banyak petua utk budak asas, bila dah tamat baru dapat banyak, tapi rezeki korang la dapat petua2 tu semua. Alhamdulillah.

Dalam pukul 2 pagi, baru Abang Mat balik ke JB sebab ada majlis kat JB pulak hari ni. Salam2 semua pastu ramai2 kitorang yg ahli cekak ni pegi makan2 pulak pagi2 buta tu . Cari2 kedai semua dah tutup. Nasib baik ada satu lagi kedai bukak. Ada la rezeki budak2 tu. Kawan minum teh tarik je, pun ada orang belanja . Dah selesai makan, baru la balik rumah tido. Fuh, penat betul semalam. Penat tak tido, bukan apa pun. Takpe la...penat2 pun seronok. InsyaALlah minggu depan stat la kawan training..cewah.