Sunday, November 30, 2003

Baru nak buat photoblog

Selamat berkunjung ke photoblog abuhandzalah di alamat http://abuhandzalah.buzznet.com. Website ni ada limit pulak baper gambar boleh post sehari, so sabo je le kalau nak tengok gambo kawan banyak2. sehari tengok skit je ye ^_^. insyaALlah akan dipost setiap hari, so sapa2 nak melapangkan minda tengok gambar2 pemandangan alam ciptaan ALlah tu boleh le selalu2 jengok.

Cuti puasa + raya punya pasal

Alhamdulillah, syukur sesangat sebab dapat tengok balik website abuhandzalah ni seperti dulu. kalo tak, macam pelik je ye....tulisan je, gambo pun takde, nak komen pun tokleh. Mintak maap le pada sumer yang tertanya2 tu, actually cenggini citer dia.

Aritu sebelum 10 terakhir ramadhan tu, kawan ingat nak join le exodus bloggers ni sumer ke sodeeq. hijrah sempena raya la kata org pun. so buat le macam yang dah ditunjukajarkan oleh muntalaq...hasilnya terpapar la text semata2 kat blog ni ...sbb mmg tu pun yang akan terjadi bila kita dah buat sumer2 tu kan. pastu, kawan pun agak bz skit dalam 10 malam terakhir ramadhan tu, tak sempat nak membetulkan balik blog ni ke bentuk asal dia. bila kawan nak betulkan balik aritu...sekali komputer rosak la pulak. hard disk rosak (memang dah lama nazak komputer ni, sampai ajal bulan ramadhan rupanya). dah le nak dekat raya...kedai sumer kalau boleh buat pun, lepas raya baru siap...sumer nak beraya le katakan. so terpaksa la kawan tak update sumer benda. baru la dua tiga hari lepas komputer dah dapat hard disk baru + OS baru...boleh la kawan main internet balik. sekali terlupa, file template lama yang kawan save dulu tu, ada kat hard disk lama, dah terkubur le jawabnya dgn hard disk tu sekali. pastu pulak, yahoo mail cam jeles dgn komputer kawan ni...asik tokleh bukak je. baru hari ni la boleh retrieve balik file template yang antor kat muntalaq tu. Maka dapatlah kawan restore balik muka blog ni ke muka asal. Tak larat la pulak nak ganti baju baru cam missapple tu. komputer semput lagi...heheh..nanti tengah ubah2 sekali hang...tak ke tension. takpe2..nanti le bila komputer kawan kat uk tu dah sampai, nanti kawan ganti baju raya haji pulak ye.

So harapnya sumer org takde yang rindu rinduan dgn blog pak abu (perasan la tu...hehehe) Actually banyak benda nak menulis time2 dekat nak raya + raya aritu. tapi dah lama sangat simpan dalam otak ni, dah tak best dah...nak perangatkan pun tak sama dengan yang baru lepas masak ye tak ^_^. Takpe le...citer skit2 mana yang teringat

Raya tahun ni alhamdulillah seronok sangat2 sebab first time raya kat sini selama 4 taun. dulu2 ada la balik msia tapi duluuuu sgt. Taun ni org kata raya sakan le. Abis sumer jenis kuih try, sumer rumah sedara pi, tak kira le yang kenal ke yang tak kenal ke. Yang best tu, dah tua2 ni pun dapat lagi duit raya, lagi banyak lak tu dari anak sedara kawan dapat..heheheh. Sumer pakat jeles dgn kawan. Rezki ALlah, terima + syukur je la kan? nikmat muka babyface kata sorang tu ^_^, dah tua pun muka cam budak2, tu yang dapat duit raya lagi tu.

Semalam gi konvoi beramai-ramai ke rumah ex-classmates kat Maahad Muar dulu. Bestnyeeee tak terkata. Kadang2 raya rumah kengkawan lagi seronot dari raya rumah sedara...sbb wavelength sama...nak lepak sampai maghrib pun takpe. Mula2 diorang la raya rumah kawan, tiga buah keta datang...best best. Laki ada pompuan pun ada. Yang laki sumer single...yang pompuan....sumeeeeeernya dah nak kawin. kemain lagi dia yeee. lama tak jumpa alih2 nak kawin dah sumer. muka pun dah lain...ye le..dah beso le katakan. ada yang jadi cikgu, ada yang jadi doktor...dah kaya2 dah sumer...kawan je miskin lagi. sempat le mengimbas balik memori zaman budak2 sekolah dulu...seronot ooo. Rasa cam nak jadi budak sekolah balik. Lawak jugak kadang2 citer2 pasal member2 yang dah kawin, pastu tanya kawin dgn sapa...tengok2 kawin dgn senior la, dgn kawan sekampung la...tapi sumer tak kawin dgn pasangan masing2 masa kat sekolah dulu..heheheh. tu le org suruh belajo tu pi le belajo...gi couple2 wakpe...kan dah..bukannya kawin pun...hehehe. Topik perbincangan hangat biasa le, tanya dah keja ke belum dgn tanya dah kawin ke belum. masing2 tunjuk cincin...cess, saja la tu. pegi beraya nak tunjuk cincin rupanya. pastu ramai ramai kasik kad jemputan nak kawin. takpe le...kawan pegi le nanti kalau sempat. best gak tengok org kawin ni, amik berkat , pastu leh belajar2...kos berapa, pakaian camne, posing2 nak bergambo camne, penting tu, nanti kang nak kawin dah tak reti susah jugak.

semalam beraya rumah budak2 pompuan je sbb budak2 pompuan ni dah nak kawin dah sumer. sementara lum kawin ni, gi beraya dulu. Nanti dah kawin, payah skit sbb suami ada...takut la kalau ada yang jeles2 nanti...kitorang ni kepala gila2 skit, nanti gurau lebih2 kang terus takleh datang rumah, suami tak kasik ^_^. Member kawan cakap, sementara lum kawin ni, nak amik gambo dgn budak2 pompuan ni, nanti dah kawin, badan dah naik, takmo amik gambo..hehehe (ye ke pompuan lepas kawin badan naik?)

Tapikan, di samping kawan hepi member2 kawan nak kawin, ada gak terasa kesedihan + kehilangan. Ntah la ye, kawan ni tak ramai member2 yang betul2 rapat. So bila hilang sorang tu terasa jugak kesedihan dia. Bukan la hilang tak jumpa gi nyorok kat hutan ke...tapi terasa cam terkurang rapat skit aa. Contohnya semalam gi rumah sorang tu yang dah kawin, budak pompuan le ni. Bila kat rumah dia tu, dulu ramai2 pegi, agak bising la jugak tapi sejak dia dah kawin ni, sumer takde idea nak sembang apa....satu sebab suami dia duk dgn kitorang sekali, so kitorang pun segan le nak cakap lebih2 takut suami dia tak biasa lagi dgn perangai budak2 cam kitorang ni. maka cakap pun adalah amat skema sekali sungguh. menyebabkan terasa tak best sesangat sbb tak semeriah dulu. yang pompuan tu pun kureng skit cakapnye..takut suami jeles kot. nak gurau2 sindir2 pun tak berani takut suami dia takleh terima. ish pendek kata serba tak kena le. kalau suami dia gi tido ke, gi main sepak takraw kat bawah ke ok skit...hehehe. Tapi tu le kan, that is the fact that we have to accept, bila kawan kita dah kawin ni, memang kita kena redi utk berenggang skit dgn kengkawan kita sbb maybe diorang ada tanggungjawab + kepentingan lain nak didulukan berbanding dengan layan member2 lama.

Ada sorang kawan tu lagi pulak, belum kawin lagi..baru tunang. dah siap jalan2 sumer ramai2...tengah2 jenjalan tu tunang call. terus gostan balik sbb tunang dia panggil tu. ceh..tension tul. Tunang tu pun satu, tak paham ke org tengah nak jenjalan dgn member. bukannye kawin lagi pun, baru bertunang. ish tak best le camtu. Kita kalau nak kawan ni kan, kawan bior rapat sampai akhirat, jangan lepas kawin dah hilang lesap terus. Tapi memang banyak member2 kawan yang hilang lepas kawin. seblum kawin riuh rendah, selalu jumpa, main badminton sekali. lepas kawin....terus menyepikan diri. Kalo ye pun best kawin tu jangan la bertapa pulak dalam rumah.

Hmm...takpe le. Cam kawan cakap tadi, orang dah kawin ni ada benda lain yang diorang pikir lagi penting gaknya selain dari kengkawan kan? nak buat camne. kita tak kawin lagi ni boleh le komplen. Nanti dah kawin sok baru tau. Tapi kawan berazam taknak buat camtu, kalo kawan buat camtu, piat skit tinge kawan ni ye. Kawan kalau dah kawin pun tak nak makin jauh dgn member2 lama, tapi nak stay jugak macam zaman sebelum kawin....tak nak bertapa dalam rumah berdua je. Zaujah zaujah jugak tapi member pun nak jugak bercontact2 cam dulu2. Doakan kawan biar tak lupa member2 lama yang makan setalam tido lain2 katil ye ^_^

Tuesday, November 11, 2003

IZINKAN AKU PULANG....

Sudah terlalu lama aku di sini
dalam gelap
mencari-cari
teraba-raba
bertemu jalan yang tidak kemana
Di heret serakah nafsu
dan syaitan yang memujuk rayu
tersasar dari landasan suci
terhumban ke daerah ini

dalam dingin hembusan angin malam
bersama deraian air mata
yang tak kunjung reda
hati ini bertanya lagi
untuk apa kita ke sini?
berulang kali, kisahnya masih sama
takkan ku jumpa titik penyudahnya
hanya jalan mati menanti
dalam selut dan kemelut kefasikan
bergelumang dengan noda kemunafikan
tercela dan mencela diri penuh kezaliman

Tuhan...
sucikan aku dari kekotoran ini
keluarkan aku dari kehinaan ini
bebaskan aku dari belenggu ini
demi setiap air mata yang menitis
takkan dapat membersihkan
diri yang telah ternoda
tanpa rahmat dan kasih sayang Mu
Bimbinglah aku ke jalan Mu
Pimpinlah aku ke pintu MaghfirahMu

Biar setiap urat nadi ku direntap
biar setiap butir nyawa ku dicabut
takkan ku jemu mencari jalan pulang
takkan ku jemu kembali padaMu
sungguh aku takkan jemu mengenalMu
dan aku takkan jemu mengetuk pintu taubatMu
walau mungkin terkadang
keikhlasan jarang Kau ketemu dalam diriku
namun takkan ku berhenti
dari terus mengharap cintaMu
demi Engkaulah Tuhanku
dan hidup dan mati ini hanya untukMu
takkan ku sekutukan cintaku padaMu
dengan cinta dunia yang palsu...

AKU SUDAH BOSAN DI SINI!
AKU TAK MAHU LAGI HIDUP DI SINI!
HANCURKANLAH FATAMORGANA DUNIA YANG MASIH MEMBELENGGU!
tanpa MardhiahMu
tiada erti setiap hari yang berlalu
kosong, sepi, hambar, mati...

Izinkan aku pulang
Keluarkan aku ya ALlah...
Bebaskan aku ya ALlah...
Aku ingin kembali ke lindungan kasih sayangMu
Aku mahu pulang ke dalam kemanisan cintaMu
Aku ingin bersama-sama mereka
yang merindukan pertemuan denganMu

Tuhan...
AKU INGIN PULANG!
AKU INGIN PULANG!
AKU INGIN PULANG!

sungguh...aku ingin pulang...


"yaa ayyatuhan nafsul mutma'innah....irji'iee ilaa rabbiki raadhiyatammardhiyyah....fadkhulee fee 'ibaadi....wadkhulee jannati...."

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! .....Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!....Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia..... Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!



'abdin dzolimin
16 Ramadhan 1424
111103 1804

Monday, November 10, 2003

Peringatan untuk para pendakwah

Adakah engkau semua memerintahkan kepada kebaikan, sedangkan engkau semua melalaikan dirimu sendiri, padahal engkau semua juga membaca al-Kitab, apakah engkau semua tidak menggunakan akal? - al-Baqarah:44

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan?Besar sekali dosanya di sisi ALlah, jikalau engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan. - as-Sof:2-3

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah radhiaLlahu 'anhuma katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
"Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya (usus-ususnya), terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keldai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: "Mengapakah engkau ini hai Fulan?Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?" Orang tersebut menjawab "Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran tetapi saya sendiri mengerjakannya" (Muttafaq 'alaih)



Dalam kawan tulis-tulis blog ni kan, ada diselitkan unsur-unsur dakwah,mengajak kepada kebaikan dan menegah kemungkaran....tiba-tiba satu malam tu terbaca ayat-ayat + hadith ni, lalu kawan pun terpikir..ish, kawan ni cakap + bagitau kat orang...takuuut sangat kalau kawan tak buat apa yang kawan cakap. Terasa berat sangat tanggungjawab tu, terasa macam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya apa-apa yang dicakapkan. Malam-malam sebelum tidur kadang2 teringat balik, ish..dah buat ke belum ni ye..semua yang dicakapkan dalam blog...ke sama je...cakap tapi tak buat..ish na'uzubillah.

Kadang-kadang bila terpikir, tugas berdakwah ni berat sangat nak pikul. Rasa cam tak terdaya nak buat. Tapi ingat-ingat balik pesan senior kawan, dia cakap, kita kena cakap kat orang dan kita kena buat...dua dua tu kena dilaksanakan serentak. Tak boleh cakap je tapi tak buat (as mentioned in the aayahs and hadeeth) dan tak boleh jugak tak cakap (meaning biarkan je orang sekeliling kita nak buat kemungkaran ke kealpaan ke keterlupaan ke). So tugas amar ma'ruf nahi mungkar tu memang dah kena buat.....dan susulan dari itu pulak datang lagi satu tanggungjawab yang tak kurang besarnya...iaitulah melaksanakan apa-apa yang kita dah cakapkan. Semoga kawan dapat laksanakan semua yang kawan cakapkan ni. Doakan ye utk semua. Kalau ada yang kawan cakap tak serupa bikin tu, tegur2 le. Jazakumullahu khayran katheera.

Sambung skit...

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya - aali Imran:104

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar ni bukannya senang kan? Pada kawan ...pendapat sendiri aa ni...amar ma'ruf ramai orang boleh buat, tapi nahi mungkar ni....tricky sikit and tak ramai orang sanggup buat. Ramai orang boleh ajak buat kebaikan, contohnya "Mat, jom gi masjid", "Awang, jom kita gotong-royong kat surau tu" dan sebagainya. Tapi nak tegur + tegah orang biar jangan buat kemungkaran ni...agak tricky dan complicated skit. Memerlukan kebijaksanaan dalam berhujah + berdakwah. Kadang2 yang kita nak tegur tu, kawan kita ke, keluarga kita ke.....nanti tegur takut ada yang kecik ati...takut putus kawan, takut lepas ni masam muka, ye tak? So in a way, dalam dilemma jugak. Tak tegur, dosa, tegur kang, takut tersilap tegur, putus kawan. So ramai yang master bab amar ma'ruf tapi tak ramai master bab nahi mungkar ni. Kawan pun tak tau sangat camne nak nahi mungkar ni ye...cuma yang sebolehnya, kita belajar dari sirah Rasulullah, camne Rasulullah tegur sahabat2...ada caranya, dgn sahabat yang paham Islam, Rasulullah tegas...dgn sahabat yang kurang skit, Rasulullah lembut skit, dengan orang-orang yang terkenal buat maksiat, Rasulullah cakap indirectly...kasik terasa skit etc. Belajar dgn ulama' + ustaz2 yang ramai kat msia ni pun salah satu cara jugak...sbb diorang lagi arif pasal hal2 ni kan? pengalaman tu pun penting jugak bagi kawan. Sebab dari pengalaman, kita tau camne nak handle different type of people. Macam kawan, kalau sahabat yang paham Islam, kasik ayat Quran + hadeeth amaran sekali, insyaALlah leh paham ^_^. Tak susah2 sgt insyaALlah. Tapi kalau yang lain2 tu yang susah skit rasanya. tapi jangan tak tegur pulak..main biar je. orang yang main biar je ni, ALlah dan Rasul-Nya dah kasik peringatan banyak

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. - al Maidah:78-79

Dari Abu Said al Khudri r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak dapat, maka dengan lisannya (nasihat), jikalau tidak dapat juga, maka dengan hatinya (hati yang tidak redha dengan kemungkaran tersebut). Yang demikian itu, iaitu dengan hatinya sahaja, adalah selemah-lemah keimanan (Muslim)

Teringat satu kisah, Sayyidina Hassan dan Hussain, cucu Rasulullah s.a.w membetulkan sorang tua yang amik wudhu' tak betul. Diorang tak tegur directly cakap "Pakcik amik air semayang tu salah tu pakcik. Tak sah! Abis la semayang pakcik selama ni kena qadha' balik. Camne ni pakcik?!" heheh...kalau camtu alamat kena penampo jepun sebijik gaknye dgn pakcik tu. kecik2 dah cakap banyak pulak. Tapi diorang dgn kebijaksanaan diorang, buat cenggini...sorang amik air semayang gaya2 pakcik tu....sorang lagi tegur, salah tu, camni cara amik wudhu' yang betul....pakcik tu pun tengok..eh..budak ni amik air semayang cam aku...tapi budak lagi sorang tu tegur....agaknya aku amik air semayang ni salah ni. baik aku tengok camne budak tu amik air semayang yang betul. haa..kan bagus gitu. pakcik tu pun tak sakit hati.

Lagi satu kisah Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ni cakap...Wahai Rasulullah...izinkan aku berzina. aik...apa ke pelik mamat ni. nak kena sebat ke? selamba je nak berzina siap mintak izin lagi dgn rasulullah. Tapi Rasulullah relaks je...takde marah2...bukan cam kita. Rasulullah dgn tenangnya jawab balik...
"Wahai orang muda, sukakah kamu kalau ibu kamu berzina?"
Lelaki tu jawab...tidak ya Rasulullah.
"Sukakah kamu kalau saudara perempuan kamu berzina?"
"Tidak ya Rasulullah"
Haa...Kalau kamu tak suka mereka berzina...kenapa kamu pulak nak berzina? macam mana pulak agaknye perasaan sedara mara perempuan yang kamu nak berzina dengannya tu?Tentu tak suka jugak kan?
Akhirnya lelaki tu pun tak berzina sejak dari itu sampai ke akhir hayatnye.

Kesimpulannya, menyuruh berbuat baik pun kena buat, mencegah kemungkaran pun kena buat tapi perlu kena dengan cara-caranya agar matlamat tercapai insyaALlah. dan lanjutan dari itu, sesudah amar ma'ruf dan nahi mungkar telah dilaksanakan...kenalah pulak yang bercakap tu, buat apa yang dilakukan. jangan hentam orang je tau tapi diri sendiri lupa. Mudah-mudahan kawan terselamat dari jadi golongan2 macam tu...doa2 la ye. ^_^

Saturday, November 08, 2003

Cinta dan pengharapan

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup ku teruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaranMu
Ya ALlah Tuhanku bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini...



KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum kutemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
APAKAH KAU AKAN MENERIMA PENYERAHAN INI
APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU DALAM KEADAAN BEGINI...



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit pun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit pun
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


balik terawih, dengar lagu ratu syahadah, syahdu dan terharu mendengarkan cinta umat zaman dulu pada ALlahu rabbi. Adakah cinta kita pada ALlah dah sampai ke tahap itu? Sedangkan cinta ALlah pada kita melangkaui seluruh langit dan bumi....

Dari Abu Dzar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda, Allah azzawajalla berfirman - dalam hadith Qudsi: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, maka baginya adalah pahala sepuluh kali ganda atau Aku tambahkan lagi, dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan, maka balasannya ialah keburukan yang seperti itu atau Aku ampunkan dosanya. Barangsiapa yang mendekati Aku sejengkal, maka Aku mendekatinya sehasta, barangsiapa yang mendekati Aku sehasta, maka aku mendekatinya sedepa. Barangsiapa yang datang padaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang padanya dengan bergegas-gegas. Barangsiapa yang menemui Aku dengan membawa kesalahan hampir sepenuh bumi, asalkan ia tidak menyengutukan sesuatu denganKu, tentu Aku akan menemuinya dengan pengampunan sebanyak kesalahan yang dilakukan olehnya." (Riwayat Muslim)

Tuhan, LERAIKANLAH DUNIA YANG MENDIAM DI DALAM HATIKU INI...kerana di situ, tidak mampu untukku kumpul dua cinta. Hanya cintaMu yang ku harap tumbuh, dibajai bangkai dunia yang ku bunuh...

Tuesday, November 04, 2003

Peringatan besar untuk kaum wanita

Forwarded email... bagus jugak utk peringatan semua

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Allahu A'lam

Monday, November 03, 2003

8 ke 20?

Bila terawih kat malaysia ni (selepas sekian lama), tiap2 taun mesti ada isu yang sama yang tak abis2 nak dibahaskan. Nak semayang terawih 8 rakaat ke 20 rakaat? Hmm.. isu sensitip ni. Ada yang sampai boikot2 lagi...tak pegi masjid tu sebab semayang 8 rakaat je, tak suka imam tu sebab semayang 20 rakaat dan macam macam lagi.
Kawan bukan la mufti/ulama' nak bahaskan pasal isu ni cuma kawan nak quote kata2 as syaheed imam Hassan al Banna bila mana orang2 di kawasan beliau bertelagah pasal nak semayang 8 rakaat ke 20 rakaat. Bila mereka bertanya pada as syaheed imam, beliau menjawab

"solat terawih itu sunat, sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat, tapi perpaduan sesama saudara seislam itu adalah wajib. Adakah kamu nak mengorbankan perkara yang wajib (tak bersatu padu, bertelagah pasal isu ni) semata2 kerana nak buat yang sunat?"

maka kesimpulannya, sapa yang nak buat 8 rakaat, buat la 8 rakaat, dan sapa yang nak buat 20 rakaat, buat la 20 rakaat. takyah nak bising2. 8 rakaat pun boleh, 20 rakaat pun boleh. bergantung pada kemampuan + maslahah masing2. Baca buku sirah, tengok balik bila yang umat Islam solat 8 rakaat, bila yang solat 20 rakaat, bila yang berjemaah dan bila yang tak berjemaah. Jangan main hentam je ikut2 orang ie. taqlid membabi buta. Yg pentingnya, walaupun ada yang buat 8 rakaat/20 rakaat, sahabat2 takde pun gaduh2 zaman Rasulullah dulu. Apsal la kita lak nak bising2 skang ni ye? ^_^

Muhasabah seminggu Ramadhan

Ramadhan dah berlalu seminggu. Jom kita check2 balik apa kita dah buat sepanjang seminggu dalam institut Ramadhan Kareem ni. Semoga kita semua grad dgn cemerlang di penghujung Ramadhan nanti.

- puasa tu adakah puasa seperti para Nabi dan Rasul, puasa seperti para Sahabat, puasa seperti para wali, puasa seperti para ulama'..atau puasa kita hanya setakat lapar dan dahaga sahaja

- puasa tu tahan mulut dari makan saje ke atau tahan mata dari pandang benda2 yang maksiat, tahan mulut dari bercakap perkara yang maksiat + lagha, tahan kaki dari pergi tempat2 maksiat, tahan tangan dari buat benda2 maksiat, tahan telinga dari dengar perkara2 maksiat?

- dah berapa ayat Quran agaknya kita baca sepanjang seminggu ni? dapat ke satu juzuk sehari atau pun masih berabuk lagi al Quran atas almari tu?

- baper banyak duit dah disedekahkan sepanjang seminggu ni? Rasulullah s.a.w bersedekah paling banyak bulan ni. kita takkan nak simpan dalam bank je duit tu. Dah sedekah kat masjid? dah sedekah kat faqir miskin? dah beri makan untuk orang2 yang berpuasa? tinggal 3 minggu je lagi ni

- baper banyak kali dah bangun tengah malam munajat pada ALlah? ke bangun malam nak tengok bola je lebih? Dah cukup ke kita hidupkan malam2 dalam seminggu ni? dah solat tasbih, solat hajat, solat tahajjud, solat taubat banyak2? ke tarawih pun asik miss je?

- berapa banyak air mata dah dititiskan kerana mengenang + menyesali dosa kita yang banyak tu? dah taubat ke belum? ataupun sama je macam dulu, tak kisah pun pasal dosa sumer?

- dah lepas seminggu ni, sedih ke happy? happy ke sebab tinggal 3 minggu lagi nak raya? tak sabar2 ke kita nak abiskan puasa? ataupun sedih sebab seminggu dah abis....sedih sebab tinggal 3 minggu je lagi sebelum berpisah dgn kekasih kita Ramadhan ni. Taun depan baru nak jumpa balik...itupun kalau jumpa...


bukanlah kawan nak mengajak kita semua ni menghitung amalan satu satu tapi cuma nak buat wakeup call bak kata omputih pun. seminggu dah berlalu...adakah kita puas dengan seminggu yang berlalu ni, ataupun kita rasa sedih sebab seminggu yang berlalu tu rasa macam takde apa sangat yang kita dah buat pun utk dipersembahkan pada ALlah. Tinggal 3 minggu je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita lagi. Adakah peluang yang ALlah dah beri pada kita taun ni, nak kita sia-siakan macam tu je? Semoga baki 3 minggu ni lebih baik dari seminggu yang telah berlalu...dan semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari Ramadhan taun lepas...sebab kita tak tau, adakah sempat utk kita bertemu kembali dgn Ramadhan pada taun hadapan. Ramai sedara mara kawan yang taun lepas sama2 menyambut Ramadhan tapi taun ni tak jumpa lagi Ramadhan. Rebutlah peluang sementara ada. Gunakan masa yang ALlah kasik ni secukup2nya. Taqabbalallahu minna wa minkum insyaALlah