Sunday, June 29, 2003

Penat fizikal dan mental

Mencari sesuap nasi...

Hari ni dah masuk hari kedua kawan keja jadi cleaner. Penat + lenguh kawan dibuatnya. Balik rumah terus terlena. Dari petang sampai ke senja. Kawan pun tak tau mana yang penatnya. Kawan rasa taun lepas kawan keja lagi teruk dari taun ni. Tapi taun ni pulak yang asik tidur. Bagus jugak, boleh kawan rehatkan muscle dan otak. Nanti sakit sapa yang susah...kawan jugak. Bukan ada yang nak ubatkan ye tak? ;)

Hari ni jugak ada makan-makan rumah sorang sahabat tu. Sedap. Makan sate + nasi himpit aka nasi kapit. Kawan dah le baru balik keja. Penatnye jangan citer le. Terus makan sepuas-puasnye. Dah lama tak pekena sate lagipun. Lepas sate ada coklat kek la pulak. Sedap lagi kawan makan. Lepas kenyang makan, kawan pun balik ke rumah. Kawan keja cleaner dapat duduk accommodation hall free, tapi tempat tu punya la buruk. rumah kawan yang buruk ni pun tak seburuk hall tu. nak buat camne, terima je le. Lepas tu yang kawan lagi sedih, internet connection pun takde. Kawan plan nak mintak keja. tapi kalau internet connection takde, kawan takleh le nak mintak keja permanent kat uk ni. Tu yang kawan susah ati sekarang ni. Dah plan nak cari keja lain pulak. Yang kawan boleh dapat internet access. Pada sapa2 yang suka chat dengan kawan tu, mintak maap le nak bagitau. Kawan dah takleh chat bermula hari isnin ni sebab internet connection dah potong. Boleh le email kawan hari hari kalau nak rasa macam chat lagi. :D

Penat fizikal tak abis, penat mental pun banyak jugak. Banyak pressure banyak benda nak fikir. Benda-benda yang silam dan benda-benda yang menyayat hati...semuanya datang kembali. Kawan sebenarnya dah letih asik dok pikir benda ni tak abis abis...sampai letih dibuatnya. Kawan pun sakit ati. Kawan dah nekad nak tamatkan problem ni. Apa nak jadi pun jadi le. Daripada kawan terus menyiksa diri, baik le kawan settle benda ni. Orang banyak tanya pasal problem kawan, tapi kawan kata, kawan dah makin suka pulak duduk bersendiri dan menyimpan rasa dalam hati. Ntah le ye. Kadang-kadang kawan rasa kawan suka simpan rasa sedih sorang-sorang. Kawan suka tak luahkan apa yang kawan rasa. Kawan suka ambik sikap...takpe le..biar le kawan je yang berduka. Kawan suka pun ..suka sorang-sorang...sedih pun..sedih sorang-sorang. Dalam sedih-sedih ni kawan ada tulis satu puisi...kawan dah tunjuk kat orang tapi kawan kata tak siap lagi. Bila siap nanti boleh la kawan pos kat sini. Zaman kawan muda-muda dulu orang kata kawan jiwang kemain. Tulis tu tulis ni. macam-macam puisi. Kawan rasa nak tulis balik semua yang kawan pernah tulis dulu kat dalam blog ni. Saja nak share dgn semua. Tengok kawan ni jiwang ke tak lagi. Hehehe (semalam ada yang kata kawan ni memang jiwang lagi :)...betul...kawan tak perasan ni)

Esok kawan dah takde internet. Tak selalu le nampaknye kawan menulis lagi. Sebelum kawan end...nak menulis satu puisi lagi..yang agak menyentuh hati kawan....maklumla orang tengah vulnerable ni...selalu tersentuh hati..hehehe. Kawan mintak maap kalau bahasanya tidak seindah mana. Nanti tengok version puisi bahasa melayu pulak. Kawan takde tajuk lagi utk puisi ni. Kalau rajin sila la kasik tajuk sendiri.

Some place in the distance...so far away that you would laugh...there exists an exciting neverending story that shines brightly...and wipes away all your tears....a place where no heart can be lonely ....and no promises can be betrayed.....a place where these feelings have been longing to be... for not a single day that passes by ....and when nightingale sings a sweet lullaby ....that this heart gone without a dream .. a dream to reach the distance so far away .. a hope ......a wish .. just for one last time .. before this life closes its chapter...and before this journey comes to its end....

Friday, June 27, 2003

Kematian Datang Tanpa Petanda

Semalam kawan dikejutkan dengan kematian seorang pemain bola. Marc Vivien Foe nama dia. Bukannya kawan penyokong dia tapi kawan kenal sebab dia main kat England, kawan tau dia main macam mana semua. Kawan cuma nak bawak ikhwah dan akhawat sumer tengok peringatan yang ALlah tengah kasik kat kita ni. Dia ni tengah main bola, Confederation Cup, dia wakil Cameroon tengah lawan Colombia. Kawan baru hari tu tengok dia main lawan Brazil. Masa kawan tengok video replay tu, dia dok kat tengah padang, bola kat ujung padang. Takde sapa kacau, takde sapa tackle, takde sapa langgar. Tup tup jatuh rebah tak semena-mena. Masa kat tengah padang teman rasa jantung dia dah tak berdenyut. Lepas tu para pegawai perubatan cuba revive balik jantung dia sampai 45 minit....tapi ajalnya telah ditentukan oleh ALlah Ta'ala. Dia meninggal la la tu jugak. Takde tanda-tanda, takde sign, takde sapa2 nak bagitau kat dia, yang ajal dia dah nak tiba.

Berdiri bulu roma kawan bila tengok video replay tu. Kawan pun tiba-tiba tersentak dari lamunan. Kawan tau ajal datang takyah ada sakit, tapi kadang-kadang kawan lupa kita boleh mati bila-bila masa. Takyah eksiden, takyah masuk ospital, tengah main bola pun boleh meninggal. Terus kawan teringat satu tazkirah yang kawan terbaca : Su'ul Khatimah atau Kesudahan yang buruk. Wal 'iyazubillahi min zalik. Antara intipatinya, kita ni kalau nak mati nanti, kita akan dimatikan dengan apa yang kita suka dan selalu buat. Contohnya orang yang suka baca Quran, insyaALlah matinya pun ketika baca ayat-ayat ALlah, ataupun mati dengan sempat menyebut kalimah La Ilaaha Illa ALlah. Kawan teringat lagi satu cerita, tak tau benar atau tidaknya, seorang yang gemar main biola, bila nak mati tangannye terangkat-angkat persis orang bermain biola, seorang yang lain, suka menyanyi lagu-lagu lagha, bila nak mati tak boleh nak mengucap tapi sebaliknya menyanyi-nyanyi lagu yang dia suka tu. Ish, kawan mintak dilindungkan ALlah dari kes-kes macam tu.

Kawan teringat lagi satu khutbah jumaat, pak arab di universiti kawan bagi. Dia kata, di sebuah negara Arab (kawan tak mau sebut nama), benda ni memang benar-benar terjadi, dan baru lagi terjadi. Seorang kawan dia, pegi nasihatkan seorang wanita ni. Wanita ni walaupun orang arab tapi pakai seksi, dedah sana dedah sini. Yang pak arab ni pegi la nasihat, tapi wanita ni kata apa. Dia kata hang jangan sibuk-sibuk aku punya pasal, aku tau apa yang aku buat. Aku punya suka la aku nak buat apa. Hang sibuk apa. Pak arab tadi pun terkedu. Dia pun berpaling...wanita tu pun berpaling. Baru dua tiga langkah jalan, wanita tu rebah, terus meninggal tang tu jugak, dengan keadaannya yang tak menutup aurat dan kata-kata yang baru diucapkannya tu. Berdiri lagi sekali bulu roma kawan

Kisah-kisah yang kawan bawak ni, bukan kawan nak takutkan...tapi kalau dah takut lagi bagus. Kawan nak peringatkan diri kawan dan diri antum sumer, ajal kita bila-bila masa boleh tiba. Jangan la kita nak eksyen kata kita ni sihat takde sakit apa-apa lalu tak ingat mati tu nak datang lagi sesaat dua. Boleh jadi masa kita tengah buat pahala, boleh jadi masa kita tengah buat dosa (Na'uzubillah). Dalam website tazkirah tu dok peringat lagi, jangan la kita dok buat dosa terus terusan, jangan dosa kita jadikan amalan harian. Nanti ditakuti mati kita nanti dalam keadaan tengah buat dosa tu sebab dosa tu dah sebati dalam diri.

Dan jugak kawan nak peringatkan lagi, jadikan amalan harian kita ni...amalan yang dibuat oleh para Nabi. Jadikan lidah kita basah dengan ayat suci al-Quran dan Selawat ke atas Rasul. Mudah-mudahan dah sebati dalam diri, kita dimatikan dengan kalimah-kalimah itu nanti. Dan jagala baik-baik benda-benda yang kita suka buat ni....sebab kita mati nanti boleh jadi dalam keadaan sedang melakukan benda-benda yang kita buat tu. contohnya...suka main bola..mati tengah main bola...suka bukak aurat...mati dalam keadaan bukak aurat...suka semayang malam...mati tengah semayang malam...dan seterusnya. Baik la kita ubah hobi kita, kesukaan kita kepada benda-benda yang...kita pun suka kalau kita mati nanti ...mati tengah buat hobi kita tu.

Semoga peringatan ini dapat meresap masuk dalam hati kawan sendiri dan hati ikhwah dan akhawat sekalian. Berdoalah kepada ALlah agar mati kita nanti..mati yang husnul khatimah dan bukannya mati yang su'ul khatimah

ALlahumma ikhtim lana bi husnil khaatimah wa la takhtim 'alaina bi suu'il khatimah. Aamin ya Rabbal 'aalamiin

Kata kawan...patut kita bila nak buat dosa tu, dok peringat diri kita. Camne la agaknya kalau aku mati time tengah buat dosa ni? Di dunia hina...dalam kubur kena siksa...akhirat sengsara selama-lamanya. Wal 'iyazubillahi min zalik

Meraikan tetamu

Semalam bersungguh-sungguh betul kawan meronda satu London. Meraikan tetamu la katakan. Ada dua orang tetamu yang diraikan, satu dari Birmingham, satu nun jauh dari Malaysia. Depa nak pusing London, kawan pun amik le kesempatan pusing London jugak sebab walaupun kawan duduk London dah dekat 4 taun, banyak lagi tempat tak pergi. Kawan kata kat depa, kawan ni bz stadi sangat sampai takde masa nak meronda. Hehehe. Ye ke tak, tak tau le.

Kawan bangun pagi-pagi pukul 5.30 siap-siap mandi-mandi sebab depa kata sampai London pukul 7 pagi. Dari rumah kawan nak pegi bus station lebih kurang setengah jam so ok la kalau kawan siap-siap awal. Sekali depa kata sampai pukul 7.50 pulak. Ish, biasa ni. Suka kasik false hope ni. Kawan pun berjalan-jalan le sekitar bus station tu nak tunggu pukul 7.50. Bila depa sampai, kawan pun memperkenalkan la diri sebab sebelum ni tak pernah jumpa pun lagi. Banyak borak dgn yg dari Birm tu sebab yg dari M'sia tu senyap je tak join conversation. Dah la dia pun pening2. Amik bas kol 3 pagi, mana tak pening. Bila dah lama2, baru la yg dari Msia tu pun banyak bersuara. Peramah dua-dua ni. Kawan pun meramahkan la diri.

Mula-mula jalan kat Buckhingham Palace, kawan dah baper taun tak pegi. Lepas tu jalan kaki pegi Green Park, terus ke Hyde Park Corner, terus ke Harrods. Kawan kata kat depa, masa first year dulu kawan duduk depan Harrods tu, accommodation hall universiti kawan. Duduk je depan Harrods, nak beli barang Harrods tak mampu le kawan. Lepas tu jalan kaki lagi pegi Natural History Museum dgn Science Museum. Kawan kata lagi, ni dua-dua museum dekat dgn universiti kawan, tapi kawan sampai la ni tak pernah masuk pun lagi walaupun admission dari kena bayar sampai dah free. Pastu kawan bawak la pegi universiti kawan yang tepi jalan tu. Takde la hebat sangat pun rekabentuk dia tapi boleh la. Pada sapa-sapa budak UK yang baca ni. Hangpa semua tau la jauhnya Buckingham Palace dengan Imperial College yakni IC. Tapi kami bantai jalan kaki dari pagi tadi. Hebat tak hebatnya kami ni

Pastu nak bagitau, kawan time tu pakai jersi Real Madrid yang baru dibeli, pastu ada la budak-budak sekolah buat rombongan lalu tepi. Depa semua pakat puji-puji, angkat ibu jari. Terasa bangga la pulak pakai jersi ni. Hehehe.

Kawan pun terus lagi bawak depa jalan kat Royal Albert Hall. Kawan kata, kat sini la nanti kawan punya graduasi. Pastu kami semua pegi balik kat Buckingham Palace sebab ada pertunjukan Changing of Guard. Guard yang membatu kat depan Buckingham Palace tu nak tukar shift. Kawan pun siap dengan kamera kawan amik gambar dua tiga tapi dah lama-lama tempat tu penuh tak nampak apa. Kami pun blah pegi ke station Wesminster tempat Big Ben dgn Houses of Parliament.

Pastu pegi la pulak ke Piccadilly Circus dgn Trafalgar Square. Lama jugak kawan dah tak pegi sini, sejak dari A Level dulu. Amik gambar dengan bendera Malaysia pastu terus pegi makan kat Oxford Street, kedai makanan cina. Chopstix nama dia. Kawan punya la berniat nak belanja depa tapi depa pi hulur duit laju-laju tak kasik kawan belanja. Makanan nampak sikit tapi depa kata jenuh nak habiskan. Kawan memang tengah lapar so takde control punya, laju je makan. Pastu depa pi bershopping beli souvenir, kawan dok melangut je la tak buat apa.

Akhirnya...haaa...baru la akhirnya, kami pun pegi ke area rumah kawan, Finsbury Park, dekat Zone dua, sebab depa nak tengok stadium Arsenal. Kawan tak sokong arsenal so kawan tak pernah le pegi stadium tu. Rupa-rupanya stadium Highbury tu punya la buruk. Kecik dan macam panggung wayang lama kat Jalan Ampas tu. Mana nak dibandingkan dengan Old Trafford yang besar dan lawa tu. Hehehe, ataupun dengan stadium Barnebeu kat Sepanyol tu. Lepas tu sembang sembang kejap, kami pun pegi lepak kat Finsbury Park, I mean, the park itself. Ada la bersembang dalam 15 minit pastu depa dah nak balik, nak jumpa kawan lagi sorang.

Kawan pun pegi hantaq depa kat tube station. Bagitau macam mana nak pegi tempat yang depa nak pegi tu. Kawan nak bayar duit makan tadi tapi depa tak mau amik duit kawan. Isk isk isk. Kecik ati kawan. Tak best la camni. Depa tetamu, depa pulak yang belanja. Takpe le, dah depa nak camtu nak buat camne

Overall, kawan rasa seronok jalan-jalan dgn depa. Banyak jugak bersembang takde le senyap semata-mata. Kawan pun sambil bawak orang, sambil jalan-jalan jugak. Ini le masanya. Bila lagi nak jalan-jalan. Sekarang dah jadi penganggur banyak le masa. Esok kawan dah nak start keja cleaner. Penat berjalan semalam tak abis lagi tapi kawan berpuas hati. Pada tetamu-tetamu kawan tu, kalau ada masa, datang la lagi. Kita boleh ronda-ronda London sambil berjalan kaki, ticket tube takyah beli. Hehehe.

Sunday, June 22, 2003

Sekadar coretan rasa...

Ada suara-suara yang melontarkan pertanyaan pada kawan, "blog ni tempat ko meluahkan perasaan ke?" Kawan kata ada yang ye ada yang tak. Dulu kawan ingat memang nak luah perasaan dalam blog, tapi kawan pikir pikir, baik kawan luah perasaan pada ALlah. Hasbiallahu wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir. Agaknye mungkin la luahkan perasaan tu tak tepat sangat tapi lebih cenderung kepada mengungkapkan serta memperlihatkan suara hati kawan dalam blog ni. Kalau keluar cerita cerita jihad tu tandanya hati kawan tengah bersemangat jihad le tu. Kalau keluar cerita cerita sedih, mungkin la agaknya hati kawan tengah sedih. Tapi kawan lebih suka sekarang ni utk berkongsi ilmu dengan antum semua. Bukan setakat mencoretkan luahan rasa tapi menggilap mutiara ilmu yang lama terpendam tak diambil kira. Dulu kawan suka menulis sajak, lagu pun banyak. Tapi dah lama menyepi, bakat pun ntah ada ke takde lagi. Ada cadangan mintak kawan mula kembali. Kawan kata menulis perlukan suara hati, terungkap kata lahir dari sanubari, bukan dipaksa-paksa dengan situasi. Semenjak dua menjak ni kawan makin minat pulak nak menulis lagi. Banyak kejadian berlaku buat kawan rasa kadang kadang hati ini suka bersendiri dan menyepi. Mula la ungkapan indah madah bermadah menjelma dalam hati. Kawan tunggu je lagi satu dua hari. InsyaALlah hati ini akan kembali melakarkan bait bait puisi...buat kesekian kali....

Kata kawan....teringat nickname kawan dulu...."Sepi itu indah" ^_^

Hadith pilihan

ORANG YANG MUFLIS DI AKHIRAT

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya : Tahukah kamu semua siapakah orang yang muflis itu ? Maka mereka ( para sahabat ) menjawab : orang yang muflis di antara kita adalah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menerangkan : orang yang muflis dari ummatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakatnya, namun dia datang dan (dahulu di dunianya) dia telah mencela akan si polan, menuduh (berzina) akan si polan, memakan harta si polan, menumpahkan darah si polan dan telah memukul orang lain ( dengan tiada hak ), maka diberikan pada si polan tersebut kebaikan orang yang membawa banyak pahala ini, dan si polan yang lain diberikan sedemikian juga, maka apabila kebaikannya sudah habis sebelum dia melangsaikan segala dosanya ( kepada orang lain ), maka kesalahan si polan yang dizalimi di dunia itu dibebankan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke api neraka. HR. Muslim.

PENGAJARAN HADITH

Di dunia ini, mungkin banyak orang-orang yang berasa kuat dapat membebaskan diri mereka dari hukuman akibat perbuatan zalim mereka terhadap orang lain, sama ada berupa hutang, membunuh tanpa alasan yang dibenarkan oleh Allah, mencaci maki orang lain dan sebagainya, namun tidak demikian dengan hukum dan keadilan yang Allah tegakkan di hari kiamat kelak. Pada saat itu tidak seorang pun yang dapat membebaskan diri dari kesalahannya di dunia yang dia tak pernah bertaubat dan menyesalinya. Orang yang mereka zalimi datang di hadapan Allah mengadukan kezaliman orang tersebut sambil berkata : Wahai Tuhanku, tanyakan kepada orang ini ( yang telah membunuhku ) kenapa dia telah membunuhku di dunia ? dan sebagainya, sehingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berwasiat kepada ummatnya dengan sabdanya : Barangsiapa di sisinya ada perbuatan zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan ( maafkan ) sekarang sebelum datang hari yang tidak bernilai pada saat itu emas atau perak. Sebelum diambil darinya kebaikannya untuk membayar kezalimannya terhadap saudaranya, dan jika dia tidak mempunyai kebaikan, maka dibebankan kepadanya keburukan saudaranya itu kepadanya. HR.Bukhari.

Oleh itu, segeralah kita membebaskan diri kita dari menzalimi orang lain, penuhilah hak mereka yang mempunyai haknya, dan jangan menunggu hari esok kerana tidak seorang pun yang mengetahui akan hidup dan matinya pada hari yang bakal datang.

Kata kawan... kawan nak mintak maap la ye pada siapa2 yang ada kawan terambil hak ke, terzalim ke, teraniaya ke, termenyinggung perasaan ke, harap maafkan la ye. Kawan tak nak jadi muflis nanti kat akhirat. Kalau ada terhutang boleh le claim kat kawan. Kawan cuba nak bayarkan jugak ye. Kata budak-budak remaja...kosong kosong kay? ^_^

Cerita pilihan

Kisah Suhaib ar-Rumi

Suhaib ar-Rumi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang berasal dari Rom. Pada suatu hari, Suhaib ar-Rumi berhajat untuk meminang seorang gadis lalu dia pun meminta sahabatnya Sa'ad bin Abi Waqqas untuk meminangkan gadis tersebut utk dia. Saad pun pergi ke rumah gadis tersebut dan berjumpa dengan ayah gadis tadi. Apabila masuk ke dalam rumah, Saad pun bertanya kepada pakcik tersebut, "Wahai pakcik, kenalkah kau akan Suhaib ar-Rumi?". Pakcik tersebut menjawab, "Ya, aku kenal". Saad bertanya lagi, "Apa yang pakcik tau mengenai Suhaib ar-Rumi?". Pakcik tu pun memuji-muji Suhaib tentang kebaikan Suhaib, kewarakan dia dan sebagainya. Takde satu pun keburukan Suhaib yang pakcik tu nampak. Semua baik belaka. Lalu Saad pun mula menyampaikan hajat Suhaib. Saad berkata, "Sebenarnya pakcik, saya ni datang ada hajat. Saya nak meminang anak pakcik untuk Suhaib ar-Rumi". Tiba-tiba muka pakcik tu berubah. Pakcik tu mula nampak tak sedap hati. Kemudian pakcik tu pun berkata, "Wahai Saad, sebagaimana yang kau dah dengar, memang aku tak nampak langsung keburukan Suhaib ni. Memang Suhaib ni seorang yang baik, warak, taat perintah agama dan sebagainya. Tapi sebagaimana yang kau tau jugak, aku ni orang arab, dan aku memang nak anak aku berkahwin dengan orang Arab jugak." Saad pun tersenyap. Kemudian pakcik tu menyambung lagi, "Sebenarnya, aku dah lama berkenan nak kahwinkan anak aku dengan kau Saad." Terkejut terus Saad bila mendengar pelawaan pakcik tu tadi. Akhirnya, pakcik tu pun menawarkan anaknya utk dikahwini oleh Saad dan Saad pun bersetuju.

Di hujung kampung tu, Suhaib sedang menunggu jawapan dari Saad. Kelihatan samar-samar, Saad datang dengan muka berseri-seri. Tersenyum je Saad. Suhaib pun fikir, "Kenapa tersenyum je Saad ni. Jadik le ni agaknya". Bila Saad sampai di tempat Suhaib, Suhaib pun bertanya, "Wahai Saad, macam mana dengan pinangan aku? Adakah diterima ataupun ditolak?" Saad diam je. Suhaib tanya lagi, "Kenapa senyap Saad, bagitau la. Diterima ke ditolak?" Saad pun senyap lagi. Akhirnya Suhaib tanya lagi sekali "Bagitau la Saad. Takpe. Kalau pinangan aku ditolak, aku tak marah" Terus Saad pun bersuara, "Haa..tu yang aku nak dengar tu Suhaib. Sebenarnya, masa aku bertanya perihal diri kau pada pakcik tu, satu kelemahan atau keburukan pun tak disebutnya. Yang disebutnya hanyalah kebaikan kau saja. Tapi pakcik tu nak kahwinkan anak dia dengan orang arab, dan...pakcik tu pilih aku...dan aku telah pun terima pelawaan pakcik tu. Sebab tu aku malu dan takut nak bagitau kat kau Suhaib...."

Suhaib ar-Rumi dengan rasa kasih dan sayangnya pada sahabatnya pun berkata, "Wahai Saad, sesungguhnya aku tak marah pada kau dan aku tak rasa malu pada kau, aku juga tak malu pada pakcik tu kerana pinangan aku ditolak, aku tak malu pada anak gadis yang aku berkenan tu...tapi aku malu pada ALlah, kerana aku menyukai seseorang yang bukan dijodohkan untukku..."

Perghh..amacam? Betapa gentleman nye Suhaib dan betapa cintanya dia kepada sahabatnya lebih dari kasihnye kepada gadis yang diminatinye itu. Kawan masa dengar citer ni, rasa nak menitik ayaq mata mengenangkan sikap Suhaib yang gentleman dan cintakan sahabat. Kalau kita la kat tempat Suhaib, paling tidak kena boh sekali tang muka tu...kita mintak dia pinangkan kat kita...dia pulak yang dapat. Tapi cintanya kepada sahabat lebih dihargai olehnya. Perlu dijelaskan di sini Saad bukan rampas gadis tu dari Suhaib. Jangan salah sangka..nanti sumer ingat Saad ni tak baik. Saad memang ikhlas masa meminangkan anak gadis tu dan Saad takde terasa pun nak pinang anak gadis tu utk diri dia sendiri. Cuma bila dah pakcik tu suka...Saad pun tak menolak. Bukan cam kita skang, ramai yang tolong member tapi dia pun ada hati gak kat pompuan tu....tapi bukan semua la camtu kan? Semoga kita sama-sama dapat pengajaran dari kisah ni dan semoga kita semua dapat mencontohi sifat para Sahabat Rasulullah ini. Allahu a'lam


p/s: Kata kawan...kalau tak dapat jadi Suhaib...jadi Saad pun boleh jugak. Tolong kawan... tengok-tengok jodoh dia kat kita. Terima je la kan? ^_^

Saturday, June 21, 2003

Hadith pilihan

Islam kembali asing

'An Abi Hurairah radhiallahu 'anhu qaala, qaala Rasulullahi Sallallahu 'alaihi wasallam bada'al Islamu ghariban wasaya'udu kama bada'a ghariban, fatooba lil ghurabaa'. (Sahih Muslim bisyarhin Nawawi)

Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana ia bermula (sebagai sesuatu yang) asing; maka berbahagialah bagi kaum ghuraba' (orang-orang yang asing tersebut)". [H.R.Muslim]

TAKRIFAN BAHASA

Lafaz ghariiban ; yang merupakan kata terbitan dari lafaz al-Ghurbah mempunyai dua makna: pertama, makna yang bersifat jelas seperti seseorang hidup di negeri orang lain (bukan negeri sendiri) sebagai orang asing. Kedua, bersifat maknawi -makna inilah yang dimaksudkan di sini- iaitu bahwa seseorang dalam keistiqamahannya, ibadahnya, berpegang teguh dengan agama dan menghindari fitnah-fitnah yang timbul adalah merupakan orang yang asing di tengah kaum yang tidak memiliki prinsip seperti demikian. Keterasingan ini bersifat relatif sebab terkadang seseorang berasa asing di suatu tempat namun tidak di tempat lainnya, atau pada masa tertentu merasa asing namun pada masa lainnya tidak demikian.

Makna kalimah " bada'al Islamu ghariiban [Islam bermula dalam keadaan asing]" : ia dimulai dengan (terhimpunnya) seorang demi seorang (yang masuk Islam), kemudian mula tersebar dan menampakkan diri, kemudian akan mengalami surut hingga tidak ada lagi yang tinggal selain beberapa orang (yang berpegang teguh kepadanya) sebagaimana keadaan ia bermula.

Makna kalimah " fa tooba lil ghurabaa' [maka berbahagialah bagi kaum ghuraba' (orang-orang yang asing tersebut) ] " : Para ulama berbeza pendapat mengenai makna lafaz tooba . Terdapat beberapa makna, diantaranya: fariha wa qurratu 'ain (berbahagia dan menyejukkan pandangan mata); ni'ma maa lahum (alangkah baiknya apa yang mereka dapatkan); ghibtotan lahum (kegembiraanlah bagi mereka); khairun lahum wa karaamah (kebaikan serta kemuliaanlah bagi mereka); al-Jannah (syurga); syajaratun fil jannah (sebuah pohon di syurga). Semua pendapat ini dimungkinkan maknanya dalam pengertian hadith di atas.

PENGAJARAN HADITH

Hadith di atas menunjukkan betapa besarnya keutamaan para Sahabat Radhiallahu 'anhum yang memeluk agama Islam pada permulaan diutusnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kerana sifat mereka yang secocok dgn istilah ghurabaa' itu sendiri. Keterasingan yang mereka alami adalah bersifat maknawi di mana keadaan mereka bertentangan dengan keadaan masyarakat di sekitar mereka yang dipenuhi dengan kesyirikan dan kesesatan

Berpegang teguh kepada Dinullah, beristiqamah dalam menjalankannya serta mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam adalah merupakan sifat seorang mukmin yang sebenar yang mengharapkan pahala sebagaimana yang diraih oleh golongan ghurabaa' tersebut meskipun kebanyakan orang menentang mereka. Yang menjadi kayu ukur adalah sejauh mana kita berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam, bukan mengikut keadaan persekitaran atau mengikut apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang. ALlah Ta'ala berfirman: "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." (Surah al-An'am ayat 116)

Kalau kita renung dan lihat sejenak keadaan ummah pada masa sekarang, dan kalau kita faham erti hadis ini dengan sebenar-benarnya, pasti akan bergenangan air mata di kelopak mata kita kerana mengenangkan bagaimana Islam sudah pun menjadi asing sekarang....begitu asing. Sedih kerana Islam, agama kita, menjadi sesuatu yang asing dan sedih kerana Islam sudah kembali ke penghujungnya atau dengan erti kata lain, jangka hayat bumi ini semakin dekat ke penghujungnya. Keterasingan Islam itu sangat ketara, lihat sahaja di negara kita sendiri, tak payahlah kawan nak cerita keterasingan Islam di bumi UK yang diselimuti dengan pelbagai pesona dunia ni, itu dah memang nyata. Tapi yang lebih menyedihkan ialah Islam itu menjadi asing di kalangan umat Islam itu sendiri. Pernah kawan punya kawan bercerita, dia ketika itu, membaca buku berkenaan Harakah Islamiyyah karangan ustaz Fathi Yakan, tak ingat tajuk dia apa. Tempat dia membaca tu , dalam LRT di Malaysia. Sepanjang perjalanan semua mata memandang dia, dengan pandangan yang pelik. Seolah-olah macam tak pernah nampak orang baca buku pasal Islam. Kemudian kita lihat lagi di sekitar kita, dan dari pengalaman kita sendiri, orang akan rasa pelik dan rasa asing, janggal, kalau kita tengah-tengah mesyuarat, nak mintak keluar kejap pergi solat. Orang akan rasa pelik, janggal dan akan rasa sesuatu yang uncommon, kalau kita berkahwin dengan zaujah kita tanpa kita bertelepon telepon, berjumpa-jumpa, berchatting chatting, bercinta-cinta dan sebagainya. Orang akan rasa pelik kalau budak-budak study engineering kat UK, balik malaysia belajar pasal Islam ataupun mengamalkan Islam dalam kehidupan..orang akan expect budak-budak UK jadi lagi moden, lagi sosial tapi bukannya jadi lagi alim. Orang akan rasa pelik kalau anak-anak tak terer cakap English tapi orang tak rasa pelik kalau anak-anak tak terer baca Quran atapun berbahasa Arab. Orang akan rasa pelik kalau kita kata kita tak pernah tengok wayang. Orang akan rasa pelik kalau kita pakai seluar panjang masa main bola tapi orang tak pelik tengok orang Islam pakai seluar pendek main bola. Orang tak rasa pelik kalau tengok wanita-wanita yang tak bertudung jalan-jalan kat supermarket, tapi orang akan rasa pelik kalau tengok muslimah mukminah pakai niqab, pakai purdah atau pakai tudung labuh jalan-jalan kat supermarket. Betapa terasa sangat keterasingan Islam sekarang ni. Kawan nak bawak contoh kat UK takut tak relevan sebab memang mat saleh pandang apa yang orang Islam buat sebagai something yang pelik sebab itu bukan amalan diorang, tapi hati kita akan terkedu, akan terasa sayu bila kita berada dalam kalangan umat Islam tapi masih lagi Islam menjadi asing di situ.

Dalam beberapa riwayat, dinyatakan bahwa makna al-Ghuraba' adalah orang yang baik/lurus di ketika keadaan manusia sekeliling sudah rosak. Juga terdapat makna; mereka adalah orang yang memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh manusia. Ini menunjukkan bahawa kelurusan jiwa semata-mata tidak cukup akan tetapi harus ada upaya yang dilakukan secara bijak, lemah lembut dan penuh kasih sayang dalam memperbaiki keadaan manusia yang sudah rosak agar panggilan ghuraba' yang dipuji dalam hadith diatas dapat ditempelkan kepada seorang mukmin.

Semoga apa yang kawan bawak ni dapat kita jadikan iktibar bersama-sama. Benarlah kata-kata Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, betapa Islam kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula, tapi ingatlah balasan yang Rasulullah janjikan kepada orang-orang yang asing iaitu orang yang teguh mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dalam keadaan masyarakat yang penuh dgn fitnah. Tooba lil ghurabaa'. Berbahagialah kepada mereka yang asing. Tegap dan teguhkanlah pendirian dan pegangan kita pada tali ALlah.

Allahu a'lam

Sumber rujukan : hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, quran.al-islam.com, alsofwah.or.id

Thursday, June 19, 2003

Alhamdulillah nahmaduhu wanasta'iinuhu wanastaghfiruh. Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu dengan rahmat dan pertolongan dari ALlah, terhantar sudah final report kawan. Kawan pun bersembang dengan kawan punya kawan tadi...what next? Kitorang pun capai satu kata sepakat, sekarang tumpuan untuk Islam patut lagi banyak, bila lagi nak berjuang? Dulu kata study bz sangat sampai masa untuk perjuangan Islam pun kurang. Sekarang dah free, inilah masanya untuk mengerahkan tenaga dan segala jiwa raga mempertingkatkan lagi usaha dan commitment kepada perjuangan Islam. Kalau tidak secara langsung, boleh la mula dengan secara tak langsung, pikir kawan. Buat permulaan, kawan nak mempertingkatkan lagi ilmu Islam kawan terutamanya bab bab sirah dan harakah. Buku bersusun atas rak tapi nak bacanya terasa amatlah payah. Kerja lain dah takde dah. so apa lagi gerakkanlah langkah bida'yah. esok dan esoknya lagi takkan menunggu. waktu yang pergi kan terus berlalu. itu plan kawan nak memantapkan ilmu....

itupun...kiranya masih ada waktu...
I'm seconds away from handing in my final year report. Alhamdulillah, berjaya binding walaupun first timer. terhegeh2 jugak tadi. ^_^. Well..this is it. Sa'abda' bismi Rabbial 'Adzim. Dengan nama-Mu ya ALlah aku mulakan langkah ini....Semoga mereka yang menanda report ni akan berlembut hati dan memberikan markah yang terbaik untukku. Aamin ya Rabbal 'aalamin.

Friday, June 13, 2003

Kawan semalam berjaga malam buat report sampai la ke pukul 8 pagi. Tup tup kawan punya kawan ketuk pintu. "Ko nak interview dgn proton tak?" Hang karut apa pagi2 ni mamat? Kawan baru nak hantar CV kat proton hari ni. Takkan niat nak hantar pun terus dapat interview. "Tadi orang dari proton call, dia ajak sapa2 yang nak apply for proton pegi jumpa member dia kat london". Aik mamat ni tak berjenaka dgn kawan nampaknye. Kawan pun tanya "Bila interview?", dia jawab hari ni. Uiks lagi la kawan tertelan air liur. Dah la kawan tak tido semalam. mata yang kecik dah semakin kecik. lagi mau pegi interview. Bincang punya bincang kawan punya kawan arrange interview kol 4 petang. okeh. sempat gak kawan buat taik mata barang 3-4 jam. Kawan pun sebok mencari suit interview kawan yang macam baju jet li tu. tie pinjam. mousse rambut pinjam. bedal je. asal begaya.

Summer mula memijarkan kulit, dah le kawan pakai suit, nak interview punya pasal. Dalam tube jangan citer. Bahangnye masya-ALlah. Tapi begaya punya pasal. tahan jugak le kawan. Kawan interview kat Marriot Hotel. Best jugak. dah lama tak masuk hotel. tunggu dalam setengah jam, encik penginterview pun datang. Berbangsa cina berbahasa inggeris. Sat lagi kawan kpd encik penginterview pun join. sembang lebih kurang pastu stat interview session. kawan datang dengan 3 orang lagi. kawan punya session yang kedua. kawan sebenonya tak prepare apa2 tapi kawan gamble je. ada rezki ada le. bila turn kawan tiba, berdebar2 jugak jantung di dada. Gaya kena nampak konfiden. Kawan baru nak duduk, encik penginterview menyapa "I like your suit". Ewah kawan pun kembang setaman. tak sia2 jugak kawan begaya. Soalan pertama dia tanya citer pasal diri kawan. kawan pun citer yang tak sampai dua minit sebab kawan dah takde idea. Dia tanya soalan pelik2 jugak tapi kawan alhamdulillah cuba sekonfiden kawan nak jawab soalan dia. kawan tau dia nak rendahkan moral kawan, nak kasik kawan tak konfiden, tapi ALlah kasik kekuatan pada kawan nak balas balik tembakan soalan encik penginterview bedua. Dia tanya pasal camne kawan nak convince orang pasal Islam. Aik kawan pikir ni interview nak jadi mufti kot. Kawan salah hotel ke ni? Kawan pun jwb je dgn ilmu yang ada. kawan memang dah tak prepare nak buat camne. banyak jugak tanyanya pasal macam mana nak defend Islam. Ada masuk soal palestin jugak. ish kawan pikir ni memang sah dah tak jadi interview proton. Tapi kawan agak puas hati sebab dapat jawab balik soalan dia. Kawan cuba tunjuk kawan konfiden walaupun dia macam tak nak kasik kawan konfiden. Interview session dah jadik sembang warung kopi pulak. banyak gelak. banyak lawak. kawan pun sengih manjang. akhir kalam, kawan pun abiskan dengan bersalam salam. fuh...lega satu lobang kerja dah selesai. kawan tunggu la nasib kawan dapat ke tidak masuk second round interview. ada rezki ada le.

minggu ni murah rezki interview. semalam pun kawan interview keja cleaner. hari ni interview keja proton. dua derjat berbeza namun tujuannye mencari rezki yang halal matlamatnye sama. redha ALlah tu yg pentingnya. jangan keja cari duit semata tapi halal haram langsung tak kira.

kawan sambung lagi buat projek nampaknya. nak siapkan weekend ni andai ada tenaga. semoga berjaya dalam projek dan dalam mintak kerja. kawan berdoa.

tu je

Thursday, June 12, 2003

Di malam yang syahdu ni terpanggil diri utk berbicara
tadi kawan tengok rambut di kepala
dah tumbuh uban lagi dua tiga
ish ish ish
dah tua rupanya
teringat kawan kisah saidina Rasulullah
putih rambut Baginda teringatkan perintah istiqamah
dan juga kerana memikirkan masalah ummah
tapi kawan putih rambut agaknya pikir lain2 masalah
pikir pasal nak cari bakal zaujah
atau pun pikir pasal bila nak bernikah
ish ish ish
lain benar dengan akhlak Rasulullah
nampak sangat kawan kena cepat2 berubah
ish ish issshhhh
^_^
This blog looks rather ugly but not so bad. Really need to revamp it after finished writing up my final year report. Wish me luck! Anyway let me start with some explanation of the title, header and description of this blog. See the connection? It's all about time. It's how we value the time that ALlah has given us and how we use it to the way of ALlah. Sometimes we take it for granted. But usually people only appreciate the value of time only after they lost it. Budak buat final year project menyesal sebab tak buat projek awal. Budak nak exam menyesal sebab tak stadi awal2. And na'uzubillah org yang ajalnya berada di celah kerongkong menyesal sebab tak bertaubat awal2. I'd like to repeat my phrase again...most people only appreciate the value of time after they lost it or when they realize it's already too late for them, in other words, when the time given to them is nearly expired. May ALlah grant us with wisdom of managing time and appreciating its priceless value.
Decided to create a blog. Haven't got time to decorate it due to the unbelievable workload and deadline. Will make it prettier insyaALlah during the summer. Anyway, lately I feel I need a space to spill out my feelings and this tiny little voice in my heart kept pestering me to do so and voila! I'll try to make it not too personal but who knows ...a man's heart is full of deep and endless mysteries. Enjoy your stay and ya'tikal 'afiah.

*ya'tikal 'afiah - May ALlah grant you with good health and safety (macam health and safety regulation pulak bunyiknye)