Alhamdulillah dah lebih setahun kawan terlibat dengan perniagaan adsense ni, nampaknya promising juga result dia. Itupun kawan tak buat betul-betul. Buat betul-betul tu maksudnya menggunakan segala teknik dan kerja berat yang diperlukan untuk memastikan income dari adsense ni mencapai ribu-ribu USD sebulan.
Orang selalu tanya betul ke Adsense ni boleh buat duit. Jawapan kawan: Daun serai daun gaharu, belum terai belum tau. Try la dulu, insyaAllah ada hasilnya asalkan kita rajin buat kerja. Mana ada duit free bro! Nak masuk syurga, ada syarat-syaratnya. Nak jadi kaya pun ada syarat-syaratnya. Duduk terkangkang je layan Astro memang la tak dapat
Kalau yang dah start adsense tapi tak dapat hasil yang menyedapkan, ni yang kawan nak share pengalaman kawan kat sini. Mengikut pengalaman kawan, satu benda yang paling penting selain dari pengubahsuaian yang kita buat kat blog kita, the most important thing is to get BACKLINKS
Apa itu backlinks?
Backlinks ni merujuk pada segala pautan yang menuju ke blog kita. Contohnya kata la utusan.com.my letak kat tepi website dia 'Sila la melawat ke blog abuhandzalah kalau nak tau cara buat duit dengan adsense'. Maka disebabkan dia letak link ke blog abuhandzalah, blog abuhandzalah pun dapat satu backlink. Ada paham? Begitu jugak kalau blog saifulislam.com tulis kat tepi blog tu 'Pelajari tips buat duit dengan adsense di blog abuhandzalah', maka dapat la kawan satu lagi backlink disebabkan ada link dari saifulislam.com ke sini.
Kenapa backlinks itu penting?
Backlinks boleh menjadi kayu ukur tentang betapa 'relevant'nya blog atau website kita. Google mesti la ada satu algorithm macam mana dia nak tentukan website apa yang patut keluar sekiranya kita search 'Buat duit dengan adsense'. Jadi salah satu caranya ialah dengan melihat pada backlinks yg terdapat pada satu-satu website tu. Kata la blog abuhandzalah ni, ramai orang linkkan ke sini dengan kata kunci 'buat duit dengan adsense' (macam contoh di atas). Maka google boleh nampak yang blog abuhandzalah ni memang nampaknya sangat berkait rapat dengan topik 'buat duit dengan adsense'. Mana taknya, utusan pun promote, saifulislam pun promote, dah tentu blog abuhandzalah ni memang sah citer pasal buat duit dengan adsense.
Lalu apabila anda search di Google, mungkin blog abuhandzalah yang teratas sekali dalam search result, disebabkan banyaknya backlinks yang menyebut 'buat duit dengan adsense' yang menuju ke blog abuhandzalah.
Peringatan: Kuantiti bukanlah penentu segalanya. contohnya katalah backlinks anda ada 10,000 tapi semuanya dari website2 yang tidak berkaitan dengan blog anda, ataupun website yang takde authority (akan diceritakan lenkali), ataupun backlinks tu datang dari blog yang mempunyai pagerank 0 (kosong), maka 10,000 backlinks pun belum tentu dapat mengalahkan blog yang backlinks nya ada 400 je katakan.
Jadi pastikan anda dapatkan backlinks dari website yang power2, yang pagerank nya tinggi (2 ke atas), baru la berbaloi. InsyaAllah cepat je blog anda naik ranking. Dan bila blog anda keluar di page nombor 1 dalam Google punya search result, ramai la orang yg bertandang ke blog anda. Makin ramai datang, makin tinggilah kebarangkalian pengunjung tersebut klik ads anda
Monday, April 20, 2009
Sunday, April 19, 2009
Lagu Handzalah, Lagu Fidaa', Lagu Ummi.....Abi?
| Haritu sebelum tidur, Ummi ada bagitau Fidaa' dengan Handzalah yang diorang ada lagu sendiri. Lagu Fidaa' - lagu Islami Ya Quds nyanyian Shoutul Harakah. Kenapa lagu tu lagu Fidaa'. Sebab dalam lirik dia kan ada sebut, 'Islami ya qudsu inna lil fidaa' Jadi itu la lagu Fidaa'. Wah sukanya Fidaa' bila tau ada lagu sempena nama dia. Lalu selalulah Fidaa' mintak dinyanyikan dengan lagu tu sebelum tidur Handzalah pun tanya, lagu Handzalah camne pulak. Hehe itu senang je. Lagu tulah yang memberi inspirasi pada Abi untuk menamakan Handzalah tu Handzalah even before Abi mengenal Ummi lagi. Lagu Handzalah sudah semestinya Handzalah nyanyian Rabbani. Maka Abi pun kena la jugak menyanyikan lagu Handzalah sebelum nak tidur Pastu Handzalah tanya, lagu Ummi pulak? Lagu ummi punya la banyak, tapi kitorang pilih lagu Ummi nyanyian Haddad Alwi (rupanya Haddad Alwi ni orang indonesia, ingatkan orang Arab...huhu Abi baru tau). Maka lepas nyanyi lagu Fidaa' dengan Handzalah, ada permintaan pulak nak nyanyi lagu ummi, lalu nyanyilah jugak lagu Ummi Tiba-tiba bila sampai pada Abi, Handzalah pun tanya lagu Abi pulak? Err.... semua terdiam.... Nampaknya belum ada lagi kot lagu Abi..huhuhu. Pasni kena mintak Ummi la buatkan lagu untuk Abi. Abi kan ada buat lagu untuk Ummi, skang ni giliran Ummi pulak nampaknya ;) |
Wednesday, February 11, 2009
Jawapan Ir Nizar Terhadap Isu Tanah di Perak
Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk
ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan
jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri
oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya
tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap
perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses
yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input
tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan,
pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam
membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru
untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin
Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco
sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya
tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak
dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua
institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang
mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang
di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana
UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian
Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan
cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai
kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2. 5,000 ekar di Bruas
3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di
gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di
Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di
beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan
Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil
alih,oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay
jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot
kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan
cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS
dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di
Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak
milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari
3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di
kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi
tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah )
sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan
tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di
tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan
membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka
akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi
kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh
kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian
berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan
" pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak
khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO
sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian
kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Subscribe to:
Posts (Atom)