Saturday, September 25, 2004

MyKad

Hari ni hari mengambik MyKad. akhirnya, setelah berumur menjangkaui lebih 21 tahun, baru ni la nak tukar IC. Heheh. Hari tu masa nak buat MyKad, dah kena kompaun dah sbb abang tu cakap antara 18-25 tahun kena tukar sekali, kalau tak kena denda. Tapi denda pun takde la banyak sangat, nasib baik. Pagi tadi pegi ke JPN kat petaling jaya, sampai sana kol 11.30. letak resit tu kat kotak resit tu pastu duduk aa...sbb dia suh duduk sampai nama dipanggil. Tunggu punya tunggu, tak panggil2 lagi nama kawan. awat la lama sangat? Pastu masuk la dua tiga orang lagi, nak amik MyKad jugak rasanya. Sekali tengok minah tu keluar sambil membawak myKad. Aik, apsal minah tu masuk lambat tapi dapat dulu. Ish, kawan pun tension ni...terus kawan gi kat kaunter tu utk mengetahui cerita sebaliknya. Rupanya ramai lagi orang yg tunggu dari pagi tapi tak dapat2 lagi.

Sekali ada sorang abang tu tunjuk kat meja akak tu

"Tu MyKad saya bleh amik tak?"

Aik...ada atas meja? Apsal tak panggil nama? Pastu akak tu tanya member dia, apa problem myKad ni. Member dia tak tau. Dia pun tak tau jugak. Ish payahnye. Semua pakat2 tak tau pastu tuding2 jari kat orang ni yg melembabkan kerja ni. Pastu makin lama makin ramai orang berlonggok kat depan kaunter tu sebab lama sangat tunggu tak dapat2. Pegawai2 dalam tu dah ramai yang keluar ...balik la tu agaknye. Ni yang kawan hangin ni. Masalah kat kaunter ni tak selesai lagi...suka ati je nak balik. Tolong2 la sikit kalau ada masalah ke...kasik cepat skit kerja. Kalau pasal balik no. 1. Abih yg tunggu ni takkan nak biar je.

Akhirnya setelah sejam menunggu, baru la dia mula bergerak, panggil nama sorang2 yang MyKadnye dah lama terletak kat atas meja pegawai tu tapi tak dipanggil2 nama. Kalau ada problem, at least bagitau la, kad awak ada ni tapi ada problem, tunggu kejap ke apa ke. Ni senyap je. Kita pun tak tau apa citernye.

Kesimpulannya, pejabat2 kerajaan kita masih lagi ada flaw dan kelemahan. patut lebih organize dan lebih cekap dalam pengurusan sbb teknologi kita ada...cuma pengurusan je ada kelam kabut kadang2. problem utamanye ialah, miscommunication antara org dalam office dgn pegawai yg bertugas kat kaunter. bila ada problem kat kaunter, dah terkial2 nak cari pegawai kat office yg tau nak selesaikan. kesian kat akak2 yg ada anak2, nak masak lagi.

kol 12.30 kawan pun keluar, lupa pulak nak isi borang komen. boleh jugak kawan kasik komen2 yang 'bernas' dan 'panas'. heheh.

Friday, September 24, 2004

Program Khidmat Negara vs Orang Murtad

dari http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=5094

Court orders federal counsel to seek clarification on 'Islam' in IC

PUTRAJAYA: The Court of Appeal on Tuesday ordered Senior Federal Counsel Umi Kalthum Abdul Majid to seek clarification from the National Registration Department on the practice of putting the word "Islam" on the identity card.

The order was issued by the head of the three-member panel, Justice Datuk Gopal Sri Ram, as the court questioned whether the word "Islam" on the identity card is mandatory according to Malaysian laws.

Sri Ram, who sat with Datuk Abdul Aziz Mohamed and Datuk Arifin Zakaria, adjourned hearing to Oct 14 the appeal by a woman who is seeking a declaration that she is free to practice the religion of her choice as enshrined in the Federal Constitution.

The appellant, Lina Joy, or her original name Azlina Jailani, is appealing against the High Court decision which rejected her application to drop the word "Islam" in her identity card.

Justice Datuk Faiza Tamby Chik, in rejecting her application, had said as a Malay, she could not renounce Islam.

In his judgment on April 23, 2001, the judge also refused to decide on Lina's wish to renounce Islam on the grounds that the issue should be decided by the Syariah Court.

Before the adjournment, the Court of Appeal heard a submission from Lina's counsel, Datuk C.V. Das, who argued that the High Court judge failed to distinguish between the jurisdiction exercisable by two bodies that played a major role in the Islamic law enactment, namely the Islamic Religious Council and the Syariah Court.

He said the distinction is important as the council is dealing with administrative matters while the Syariah Court deals with legal matters.

Das said except in Kelantan and Pahang, all matters involving the Islamic law enactment are under the jurisdiction of the Islamic Religious Council and not the Syariah Court.

He also told the court that the declaration is important because Lina, who is in her 40s, wants to register her marriage under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976.

In her affidavit, Lina said she became a Christian in 1998

-------------------------------

Dalam bahasa melayunye:

Mahkamah mahu penjelasan perkataan Islam


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mempersoalkan sama ada perkataan Islam menjadi syarat wajib dalam pengeluaran kad pengenalan di negara ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Ariffin Zakaria, berkata Peguam Kanan Persekutuan perlu membantu mahkamah untuk mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama ada perkataan Islam mandatori mengikut undang-undang negara ini.

“Mahkamah memerlukan kedua-dua pihak untuk berusaha menyelesaikan isu yang kecil ini. Oleh itu mahkamah menangguhkan kes ini kepada 14 Oktober depan,” katanya.

Sebelum itu, mereka mendengar hujah peguam bela Datuk C V Das, yang mewakili Lina Joy, yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Pada 23 April 2001, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik, menolak permohonan Lina untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan alasan sebagai seorang Melayu, dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.

Faiza berkata, mengikut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, Lina Joy (perayu) atau nama asalnya Azlina Jailani adalah Melayu dan selagi dia didefinisikan sebagai Melayu, dia tidak boleh meninggalkan Islam sama sekali.

Beliau juga berkata, belum membuat keputusan mengenai pilihan plaintif untuk meninggalkan aga-ma Islam kerana itu sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina mengemukakan saman terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (defendan pertama) dan Kerajaan Malaysia (defendan kedua) yang didakwa enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihannya.

Dalam afidavitnya, Lina menuntut deklarasi bahawa keputusannya untuk mengaku dan mengamalkan agama pilihannya adalah pilihannya sendiri dan bukan oleh pihak lain.

Lina, 40, menuntut peruntukan dalam mana-mana undang-undang Persekutuan atau enakmen negeri atau mana-mana peraturan sebagai tidak sah dan tidak boleh dipakai kepadanya kerana dia mengaku mengamalkan agama Kristian.

Dia mengaku menganut agama Kristian pada 1998.

Plaintif juga memohon defendan memasukkan atau mencatatkan dalam rekod atau buku pendaftaran bahawa dia sudah meninggalkan agama Islam.

Katanya, walaupun dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam sejak awal lagi, beliau tidak benar-benar mempercayai Islam.

Dalam prosiding semalam, Das berkata, Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan bukan untuk menetapkan perundangan tetapi memastikan sama ada perundangan yang ada, terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Bidang kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah perlulah bidang kuasa eksklusif, dan perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah ini dan bukanlah kuasa Mahkamah Syariah untuk mengatakan yang mereka mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan,” katanya.

Das berkata, hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam keputusannya kerana gagal membezakan bidang kuasa antara dua badan yang memainkan peranan utama dalam enakmen undang-undang di negara ini iaitu Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syariah.

-----------------------------------

Semalam tengok berita kat tv, pihak polis nak keluarkan waran tangkap pada budak2 lepasan SPM kat Sabah sebab ramai yang tak pergi program khidmat negara

----------------------------------

kes 1) polis TAK tangkap bahkan mahkamah 'menghalalkan' lina joy murtad sampaikan perkataan Islam pun dipertikaikan perlu ke tak letak dekat IC

kes 2) polis NAK tangkap budak2 tak pergi khidmat negara


Mana satu dosa besar? tak pergi khidmat negara ke murtad? mana satu yg patutnye kena tangkap? Budak2 ke orang tua yang murtad?

Agaknye senang sikit kot tangkap budak2 sebab ye laa..budak2...pastu ada alamat lagi...takyah le susah2 buat gerakan mencarik. nak tangkap orang murtad ni, kang kena saman balik pulak ek?

Islamku yang tercinta diperkotak-katikkan dengan begitu mudah di sebuah negara Islam yg melaksanakan Islam Hadhari...

Thursday, September 23, 2004

Nisfu Sya'ban

Satu perkara yang famous dan sangat digemari oleh umat Islam di nusantara ini khususnya ialah beramal. Contohnya solat, puasa, baca Yasin etc. Lagi satu yg kawan boleh kesan, sukanya rakyat malaysia ni pada fadhail a'mal. Suka sangat2. Di mana2 kuliah atau ceramah2, selalu terdengar hadith2 (tanpa menyebut kedudukan hadith tersebut samada sahih atau dhaif atau maudhu') yg menyebut ganjaran2 yang berlipat2 kali ganda. Bagus la camtu. Sebagai seorang manusia, kita memang suka pada ganjaran2 yang best2. Lebih2 lagi kalau itu kata2 Rasulullah s.a.w. Mesti la kita nak buat kan? Tapi....adakah kita sure betul2 bahawa itu kata2 Rasulullah s.a.w. Adakah kita sure bahawa kebanyakan hadith2 yang kita dengar2 sempena fadhilat bulan Rejab Sya'ban dan Ramadhan ni hadith2 yg sahih/hasan dan bukan dhaif/maudhu? Sepatutnya kita jangan terlalu excited utk terus beramal dgn hadith2 yang disebut2 secara masyhur tanpa melihat kepada fatwa2 ulama' muktabar akan status hadith2 tersebut....apatah lagi menyandarkan hadith2 yg belum tentu sahih itu kepada Rasulullah s.a.w. kerana dibimbangkan kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yg mutawattir :

"Qaala Rasulullah saw: ( Man kazaba 'alayya muta'ammidan fal yatabawwak maq'adahu minan nar) (Rawahul Bukhari wal Muslim)

Lebih kurang maksudnya,Rasulullah bersabda : Sesiapa yang berdusta atasku, maka sediakanlah tempat duduknya di neraka.

Salah satu cara berdusta atas nama Rasulullah ialah mengatakan hadith tersebut dtg dari Rasulullah dengan kata2 kita "Kata Rasulullah....Nabi bersabda" dan seterusnya padahal hadith tersebut bukan datangnya dari Rasulullah. Apabila sesuatu hadith itu dinilai oleh ulama' hadith sebagai maudhu' atau sangat dhaif, maka amat besarlah kemungkinannya bahawa hadith2 tersebut bukan datangnya dari Rasulullah dan amat tak bolehlah kita beramal dengan hadith2 tersebut.

Bagaimana pula dengan hadith2 nisfu sya'ban?

Kawan bawakan petikan dari artikel Ust. Asri Zainul Abidin yg dicopy paste dari al-ahkam.net

Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

Dr. Yusuf Qardhawi dengan tegas mengatakan mengkhususkan amalan amalan tertentu pada malam nisfu sya'ban adalah bid'ah. (utk teks penuh artikel dr. Asri, sila klik di sini)

-------------------------------------------------------

bagaimana pula dgn hadith ini:
"Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."

komentar dari sheikh thtl, salah seorang panel feqh al-ahkam

" Tidak ada satu hadis pun mengenai Fadhilat Sya'ban yg mencapai derjat hasan atau sahih. Ini pendapat alMuhaddith spt Ibn Hajar Asqalani, Tahzib al Tahzib, cet India:12/27-28; Ibn Jawzi, alMudhu'at, cet Beirut: 2/51-52; azZahabi, Mizan alI'tidal, Darul Fikr: 3/420; dan Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 1. Misalnya Hadis Uthman bin Abi alAs itu Dha'ef menurut alMuhaddith Albani dalam Dha'eef alJami' asSagheer: 653/#94). Ada sembilan hadis kesemuanya dalam fadhilat Sya'ban dan kesemuanya Dha'ef. WA "
----------------------------------------

adapun hadith sahih mengenai nisfu sya'ban dinyatakan oleh Dr. Asri dalam notakaki artikelnya :

"Saya katakan: Di sana adanya hadith yang sahih mengenai kelebihan nisfu syaban, iaitu hadith: طلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (3/135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh). Namun hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Justeru itu para ulama seperti al-Imam al-Syatibi ini membantahkan amalan-amalan khas malam tersebut. "

---------------------------------

Kawan personally, seperti yang selalu kawan nyatakan, takkan beramal dengan hadith dhaif sebab kalau kita tengok syarat beramal dengan hadith dhaif seperti yang dinyatakan oleh al-hafiz Ibnu Hajar, kita tokleh beriktikad hadith tu datang dari Rasulullah, pastu hadith tu pulak tokleh dhaif jiddan. Kalau level kita ni, mana kita nak tau hadith tu dhaif jiddan ke dhaif sikit je. Pastu, kalau kita tak beriktikad bahawa hadith tu datang dari Rasulullah, buat apa nak beramal dengan amal yang belum tentu datang dari Rasulullah. Ada beribu ribu lagi hadith sahih yg kita tak amalkan, takyah le pening2 kepala nak beramal dengan hadith dhaif. Sahih Bukhari tu pun tak abis baca lagi.

Pendapat kawan, mengkhususkan amalan pada nisfu sya'ban tu takde nas2 yg qat'ie....jadi takyah la kita mengkhususkan amalan tertentu, doa tertentu yg dibaca/dibuat hanya pada malam nisfu sya'ban. ALlahu a'lam.

Wednesday, September 22, 2004

Ziarah Dr. Abul-Laith

Minggu lepas berkesempatan la melawat lecturer zaujah kawan, namanye Dr. Mohd Abul Laith. Asal dari India tapi kat UIA mengajar Hadith kat zaujah kawan. Dia ni cikgu pada Ust. Asri Zainul Abidin jugak. haa...best ni dapat jumpa cikgu pada Ust. Asri nih. Kawan sebelum masuk rumah dia tu dah agak dah dia ni mesti cakap arab sokmo...camne la agaknye kawan nak bersembang dgn dia ni

Kawan gi dgn zaujah kawan & akak ipar kawan. Sampai je rumah dia, dia pun jemput la masuk dalam bahasa arab. Pastu dia start la cakap arab dgn akak ipar kawan. Kawan duduk senyap je.. tak reti nak membalas. heheh. sekali dia layan cakap arab pulak dgn kawan. errk.. terkesima kejap. tak sempat nak tukar channel jadi channel arab. so agak tersenyap pastu cakap balik kat dia, kawan tak reti sgt cakap arab. tapi kalau dia cakap tu kawan paham la...nak balas balik je tak reti. pastu dia pun cakap, susah jugak sbb dia pun tak reti sgt cakap english. heheh. ni la ayam cakap dgn itik ni. pastu dia sembang2 dgn akak ipar kawan, tapi include kawan sekali aa cuma dia tak tanya soalan2 maut kat kawan. kang terkehel pulak lidah nak jawab

akak ipar kawan cakap, kawan nak belajar hadith, kat mana boleh belajar? kat UIA ada part time ke? Dia cakap bagus la kawan nk belajar hadith ni. Kalau kat India, dia cakap engineer mana nak belajar hadith. Tapi kat UIA takde course part time sbb dia cakap susah nak ajar kot. Dia suruh kawan baca buku Al-Jami' as-Saghir tulisan as-Suyuti dgn Mishkatul Masabih tulisan sapa ek..lupa lak. Dia cakap for a start bagus baca kitab2 tu. Pastu zaujah kawan cakap la, kawan kat rumah belajar dgn zaujah kawan pakai buku dia. Pastu nak beli buku Ulum Hadith yg dia tulis. Sekali dia cakap, awat hang tak habaq? Banyak kat office...kalau tau boleh bawak balik (dlm bahasa arab la). Takpe le, kawan mintak adik ipar kawan amikkan nanti..heheh..bolehkan loy?

Dia ada citer satu cerita pasal rumahtangga, dia cakap ada satu pasangan ni, si isteri komplen kat suami nak upah menyusukan anak...kira dia susukan anak dia tu, dia nak upah la sbb dia kata itu hak dia. so si suami pun bawak la kes ni pada Saidina Umar r.a. Bila citer2 kes ni, Saidina Umar kata, betul la tu memang hak kamu, tapi adakah rumahtangga kamu ni nak dibina dengan peraturan2 dan undang2 sahaja, tak nak ke dengan kasih sayang, tolong menolong, give and take etc.

Moral dpd citer ni : memang la basuh baju, masak nasi tu bukan tanggungjawab isteri & isteri boleh claim, tapi tak boleh ke kalau kita buat tu atas dasar kasih sayang, atas dasar ta'awun bertolong2 sesama suami isteri? bukan atas dasar ni hak aku, tu hak kau, aku tak kira, aku nak jugak dan sebagainye. hehe...lebih kurang camtu la. tak reti la nak translate dalam bahasa melayu. masa dia cakap arab tu paham la kawan.

Bila bersembang2 dengan orang2 yg cakap arab ni, uish terasa bestnye kalau dapat cakap arab. Kawan aritu setakat paham je, nak cakap balik tak reti. tapi memang syok la sebab dengan kita cakap dengan org yg mother tongue dia arab ni, kita boleh belajar sambil mendengar. kita tau kat mana kita patut guna certain word and apa situation yang kita boleh guna tu. baru la sedap ayat kita. kawan pun aritu dapat gak tangkap sikit2 istilah2 yang dia pakai. agaknya kalau kawan tumpang rumah dia sebulan, insyaALlah boleh cakap arab kot . Dia pun pesan, kalau nak belajar hadith, kena la terer arab, sebab kalau hadith ni diterjemah, memang hilang zauq dan feeling hadith tu. jadik kena terer arab jugak.

Nak balik tu, Dr. Abul Laith cakap..."ana abda'u an uhibbahu" (i'm beginning to like him) kat akak ipar kawan. chewah..hehehe. cerah peluang nak berguru dgn tok guru hadith ni. takpe ustat, insyaALlah nanti kawan tererkan arab pastu gi rumah ustat lagi sekali kita diskus2 pasal hadith ye

Tuesday, September 21, 2004

Lukluk's konvo

Bersama-sama ini disertakan gambar lukluk punya konvo, tapi gambar dalam studio je la sbb lukluk tak dapat masuk dalam dewan utk berkonvo gara2 'kebagusan' admin UIAM. Utk mengetahui cerita konvo lukluk yg disekat oleh UIAM, sila ke blog lieawulf. Cari la kat bahagian archive tu sbb leiawulf ni rajin menulis, so citer bulan lepas mmg lama dah takde kat front page blog dia, kena selongkar2 skit baru jumpa. Walau macam mana pun, lukluk kelihatan bergumbira dgn segulung ijazah di tangan, dan pasangannye pun dapat tumpang sekaki amik gambar

http://www.geocities.com/ahmadaffzan/konvo.txt

Saturday, September 18, 2004

Anti hadith

Beberapa hari yang lalu, kawan surf2 la kat internet sebab nak mencari2 buku2 pasal ikhtilaf hadith dan yang sewaktu dengannya...particularly mukhtalaf al-hadith tulisan sapa yek..lupa pulak. kawan pun type la mukhtalaf hadith kat google tu. pastu ada kuar kat satu website...kawan pun tak tengok address dia apa. Sekali tu..kawan baca macam best je website tu....tengok2...dia kritik Abu Hurairah r.a. dengan katanya, Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith palsu. Aikkk!! Mamat ni bior betul. Dia belajo ke tak ilmu riwayat & dirayat hadith. Dia tak tau ke Abu Hurairah tu antara sahabat yang Rasulullah puji pasal kearifannya dalam bidang hadith. Suka2 hati je menisbahkan hadith palsu pada Abu Hurairah. Pastu kawan pun scroll lagi ke bawah. Dia kritik pulak Imam Bukhari! Dia cakap macam2 la imam Bukhari ni salah la..banyak kontradiksi la. Cakap macam orang yg takde ilmu hadith tapi nak cakap pasal ilmu hadith. Kawan ni bukan la pakar hadith tapi tau la sikit2. Imam Bukhari antara yg shaddid ataupun strict/tegas/teliti dalam menilai sesuatu hadith/sanad/perawi tu...sebab tu Sahih Bukhari dan Muslim merupakan sumber rujukan paling sahih selepas al-Quran. Ni main kutuk selamba je

Pastu kawan dah tension, tengok la address dia. Submission.org....hmmm...macam pernah ku dengan nama ini...tapi di mana ya. Kawan pun check2 la balik email/mailing list/website2 yg dipercayai. Rupanya website ni website golongan anti hadith! Cheh! Tu la pasal. Tak heran la kalau abis sumer pakar hadith kena kutuk...dah dia tolak hadith mana taknye. Keluar la hujah2 dia nak kritik ulama2 hadith ni biar kita tolak hadith macam puak2 dia jugak. Ish ish ish. antum semua kalau tak tau lagi...berhati2 la ye dengan website ni. Actually bukan website ni je...banyak lagi website lain yg kununnya Islam ...tapi sebenarnya Islam yang menyeleweng dari ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah. Untuk penjelasan berkenaan anti hadith...boleh la berkunjung ke website ust. Hafiz Firdaus di alamat http://www.al-firdaus.com/20hujah/20hujah.htm. Sebar2kan pada semua. Jangan biarkan Sunnah Rasulullah dihina begitu rupa