Friday, September 24, 2004

Program Khidmat Negara vs Orang Murtad

dari http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=5094

Court orders federal counsel to seek clarification on 'Islam' in IC

PUTRAJAYA: The Court of Appeal on Tuesday ordered Senior Federal Counsel Umi Kalthum Abdul Majid to seek clarification from the National Registration Department on the practice of putting the word "Islam" on the identity card.

The order was issued by the head of the three-member panel, Justice Datuk Gopal Sri Ram, as the court questioned whether the word "Islam" on the identity card is mandatory according to Malaysian laws.

Sri Ram, who sat with Datuk Abdul Aziz Mohamed and Datuk Arifin Zakaria, adjourned hearing to Oct 14 the appeal by a woman who is seeking a declaration that she is free to practice the religion of her choice as enshrined in the Federal Constitution.

The appellant, Lina Joy, or her original name Azlina Jailani, is appealing against the High Court decision which rejected her application to drop the word "Islam" in her identity card.

Justice Datuk Faiza Tamby Chik, in rejecting her application, had said as a Malay, she could not renounce Islam.

In his judgment on April 23, 2001, the judge also refused to decide on Lina's wish to renounce Islam on the grounds that the issue should be decided by the Syariah Court.

Before the adjournment, the Court of Appeal heard a submission from Lina's counsel, Datuk C.V. Das, who argued that the High Court judge failed to distinguish between the jurisdiction exercisable by two bodies that played a major role in the Islamic law enactment, namely the Islamic Religious Council and the Syariah Court.

He said the distinction is important as the council is dealing with administrative matters while the Syariah Court deals with legal matters.

Das said except in Kelantan and Pahang, all matters involving the Islamic law enactment are under the jurisdiction of the Islamic Religious Council and not the Syariah Court.

He also told the court that the declaration is important because Lina, who is in her 40s, wants to register her marriage under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976.

In her affidavit, Lina said she became a Christian in 1998

-------------------------------

Dalam bahasa melayunye:

Mahkamah mahu penjelasan perkataan Islam


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mempersoalkan sama ada perkataan Islam menjadi syarat wajib dalam pengeluaran kad pengenalan di negara ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Ariffin Zakaria, berkata Peguam Kanan Persekutuan perlu membantu mahkamah untuk mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama ada perkataan Islam mandatori mengikut undang-undang negara ini.

“Mahkamah memerlukan kedua-dua pihak untuk berusaha menyelesaikan isu yang kecil ini. Oleh itu mahkamah menangguhkan kes ini kepada 14 Oktober depan,” katanya.

Sebelum itu, mereka mendengar hujah peguam bela Datuk C V Das, yang mewakili Lina Joy, yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Pada 23 April 2001, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik, menolak permohonan Lina untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan alasan sebagai seorang Melayu, dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.

Faiza berkata, mengikut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, Lina Joy (perayu) atau nama asalnya Azlina Jailani adalah Melayu dan selagi dia didefinisikan sebagai Melayu, dia tidak boleh meninggalkan Islam sama sekali.

Beliau juga berkata, belum membuat keputusan mengenai pilihan plaintif untuk meninggalkan aga-ma Islam kerana itu sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina mengemukakan saman terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (defendan pertama) dan Kerajaan Malaysia (defendan kedua) yang didakwa enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihannya.

Dalam afidavitnya, Lina menuntut deklarasi bahawa keputusannya untuk mengaku dan mengamalkan agama pilihannya adalah pilihannya sendiri dan bukan oleh pihak lain.

Lina, 40, menuntut peruntukan dalam mana-mana undang-undang Persekutuan atau enakmen negeri atau mana-mana peraturan sebagai tidak sah dan tidak boleh dipakai kepadanya kerana dia mengaku mengamalkan agama Kristian.

Dia mengaku menganut agama Kristian pada 1998.

Plaintif juga memohon defendan memasukkan atau mencatatkan dalam rekod atau buku pendaftaran bahawa dia sudah meninggalkan agama Islam.

Katanya, walaupun dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam sejak awal lagi, beliau tidak benar-benar mempercayai Islam.

Dalam prosiding semalam, Das berkata, Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan bukan untuk menetapkan perundangan tetapi memastikan sama ada perundangan yang ada, terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Bidang kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah perlulah bidang kuasa eksklusif, dan perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah ini dan bukanlah kuasa Mahkamah Syariah untuk mengatakan yang mereka mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan,” katanya.

Das berkata, hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam keputusannya kerana gagal membezakan bidang kuasa antara dua badan yang memainkan peranan utama dalam enakmen undang-undang di negara ini iaitu Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syariah.

-----------------------------------

Semalam tengok berita kat tv, pihak polis nak keluarkan waran tangkap pada budak2 lepasan SPM kat Sabah sebab ramai yang tak pergi program khidmat negara

----------------------------------

kes 1) polis TAK tangkap bahkan mahkamah 'menghalalkan' lina joy murtad sampaikan perkataan Islam pun dipertikaikan perlu ke tak letak dekat IC

kes 2) polis NAK tangkap budak2 tak pergi khidmat negara


Mana satu dosa besar? tak pergi khidmat negara ke murtad? mana satu yg patutnye kena tangkap? Budak2 ke orang tua yang murtad?

Agaknye senang sikit kot tangkap budak2 sebab ye laa..budak2...pastu ada alamat lagi...takyah le susah2 buat gerakan mencarik. nak tangkap orang murtad ni, kang kena saman balik pulak ek?

Islamku yang tercinta diperkotak-katikkan dengan begitu mudah di sebuah negara Islam yg melaksanakan Islam Hadhari...

No comments: