Wednesday, September 22, 2004

Ziarah Dr. Abul-Laith

Minggu lepas berkesempatan la melawat lecturer zaujah kawan, namanye Dr. Mohd Abul Laith. Asal dari India tapi kat UIA mengajar Hadith kat zaujah kawan. Dia ni cikgu pada Ust. Asri Zainul Abidin jugak. haa...best ni dapat jumpa cikgu pada Ust. Asri nih. Kawan sebelum masuk rumah dia tu dah agak dah dia ni mesti cakap arab sokmo...camne la agaknye kawan nak bersembang dgn dia ni

Kawan gi dgn zaujah kawan & akak ipar kawan. Sampai je rumah dia, dia pun jemput la masuk dalam bahasa arab. Pastu dia start la cakap arab dgn akak ipar kawan. Kawan duduk senyap je.. tak reti nak membalas. heheh. sekali dia layan cakap arab pulak dgn kawan. errk.. terkesima kejap. tak sempat nak tukar channel jadi channel arab. so agak tersenyap pastu cakap balik kat dia, kawan tak reti sgt cakap arab. tapi kalau dia cakap tu kawan paham la...nak balas balik je tak reti. pastu dia pun cakap, susah jugak sbb dia pun tak reti sgt cakap english. heheh. ni la ayam cakap dgn itik ni. pastu dia sembang2 dgn akak ipar kawan, tapi include kawan sekali aa cuma dia tak tanya soalan2 maut kat kawan. kang terkehel pulak lidah nak jawab

akak ipar kawan cakap, kawan nak belajar hadith, kat mana boleh belajar? kat UIA ada part time ke? Dia cakap bagus la kawan nk belajar hadith ni. Kalau kat India, dia cakap engineer mana nak belajar hadith. Tapi kat UIA takde course part time sbb dia cakap susah nak ajar kot. Dia suruh kawan baca buku Al-Jami' as-Saghir tulisan as-Suyuti dgn Mishkatul Masabih tulisan sapa ek..lupa lak. Dia cakap for a start bagus baca kitab2 tu. Pastu zaujah kawan cakap la, kawan kat rumah belajar dgn zaujah kawan pakai buku dia. Pastu nak beli buku Ulum Hadith yg dia tulis. Sekali dia cakap, awat hang tak habaq? Banyak kat office...kalau tau boleh bawak balik (dlm bahasa arab la). Takpe le, kawan mintak adik ipar kawan amikkan nanti..heheh..bolehkan loy?

Dia ada citer satu cerita pasal rumahtangga, dia cakap ada satu pasangan ni, si isteri komplen kat suami nak upah menyusukan anak...kira dia susukan anak dia tu, dia nak upah la sbb dia kata itu hak dia. so si suami pun bawak la kes ni pada Saidina Umar r.a. Bila citer2 kes ni, Saidina Umar kata, betul la tu memang hak kamu, tapi adakah rumahtangga kamu ni nak dibina dengan peraturan2 dan undang2 sahaja, tak nak ke dengan kasih sayang, tolong menolong, give and take etc.

Moral dpd citer ni : memang la basuh baju, masak nasi tu bukan tanggungjawab isteri & isteri boleh claim, tapi tak boleh ke kalau kita buat tu atas dasar kasih sayang, atas dasar ta'awun bertolong2 sesama suami isteri? bukan atas dasar ni hak aku, tu hak kau, aku tak kira, aku nak jugak dan sebagainye. hehe...lebih kurang camtu la. tak reti la nak translate dalam bahasa melayu. masa dia cakap arab tu paham la kawan.

Bila bersembang2 dengan orang2 yg cakap arab ni, uish terasa bestnye kalau dapat cakap arab. Kawan aritu setakat paham je, nak cakap balik tak reti. tapi memang syok la sebab dengan kita cakap dengan org yg mother tongue dia arab ni, kita boleh belajar sambil mendengar. kita tau kat mana kita patut guna certain word and apa situation yang kita boleh guna tu. baru la sedap ayat kita. kawan pun aritu dapat gak tangkap sikit2 istilah2 yang dia pakai. agaknya kalau kawan tumpang rumah dia sebulan, insyaALlah boleh cakap arab kot . Dia pun pesan, kalau nak belajar hadith, kena la terer arab, sebab kalau hadith ni diterjemah, memang hilang zauq dan feeling hadith tu. jadik kena terer arab jugak.

Nak balik tu, Dr. Abul Laith cakap..."ana abda'u an uhibbahu" (i'm beginning to like him) kat akak ipar kawan. chewah..hehehe. cerah peluang nak berguru dgn tok guru hadith ni. takpe ustat, insyaALlah nanti kawan tererkan arab pastu gi rumah ustat lagi sekali kita diskus2 pasal hadith ye

No comments: