Thursday, September 23, 2004

Nisfu Sya'ban

Satu perkara yang famous dan sangat digemari oleh umat Islam di nusantara ini khususnya ialah beramal. Contohnya solat, puasa, baca Yasin etc. Lagi satu yg kawan boleh kesan, sukanya rakyat malaysia ni pada fadhail a'mal. Suka sangat2. Di mana2 kuliah atau ceramah2, selalu terdengar hadith2 (tanpa menyebut kedudukan hadith tersebut samada sahih atau dhaif atau maudhu') yg menyebut ganjaran2 yang berlipat2 kali ganda. Bagus la camtu. Sebagai seorang manusia, kita memang suka pada ganjaran2 yang best2. Lebih2 lagi kalau itu kata2 Rasulullah s.a.w. Mesti la kita nak buat kan? Tapi....adakah kita sure betul2 bahawa itu kata2 Rasulullah s.a.w. Adakah kita sure bahawa kebanyakan hadith2 yang kita dengar2 sempena fadhilat bulan Rejab Sya'ban dan Ramadhan ni hadith2 yg sahih/hasan dan bukan dhaif/maudhu? Sepatutnya kita jangan terlalu excited utk terus beramal dgn hadith2 yang disebut2 secara masyhur tanpa melihat kepada fatwa2 ulama' muktabar akan status hadith2 tersebut....apatah lagi menyandarkan hadith2 yg belum tentu sahih itu kepada Rasulullah s.a.w. kerana dibimbangkan kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yg mutawattir :

"Qaala Rasulullah saw: ( Man kazaba 'alayya muta'ammidan fal yatabawwak maq'adahu minan nar) (Rawahul Bukhari wal Muslim)

Lebih kurang maksudnya,Rasulullah bersabda : Sesiapa yang berdusta atasku, maka sediakanlah tempat duduknya di neraka.

Salah satu cara berdusta atas nama Rasulullah ialah mengatakan hadith tersebut dtg dari Rasulullah dengan kata2 kita "Kata Rasulullah....Nabi bersabda" dan seterusnya padahal hadith tersebut bukan datangnya dari Rasulullah. Apabila sesuatu hadith itu dinilai oleh ulama' hadith sebagai maudhu' atau sangat dhaif, maka amat besarlah kemungkinannya bahawa hadith2 tersebut bukan datangnya dari Rasulullah dan amat tak bolehlah kita beramal dengan hadith2 tersebut.

Bagaimana pula dengan hadith2 nisfu sya'ban?

Kawan bawakan petikan dari artikel Ust. Asri Zainul Abidin yg dicopy paste dari al-ahkam.net

Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

Dr. Yusuf Qardhawi dengan tegas mengatakan mengkhususkan amalan amalan tertentu pada malam nisfu sya'ban adalah bid'ah. (utk teks penuh artikel dr. Asri, sila klik di sini)

-------------------------------------------------------

bagaimana pula dgn hadith ini:
"Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."

komentar dari sheikh thtl, salah seorang panel feqh al-ahkam

" Tidak ada satu hadis pun mengenai Fadhilat Sya'ban yg mencapai derjat hasan atau sahih. Ini pendapat alMuhaddith spt Ibn Hajar Asqalani, Tahzib al Tahzib, cet India:12/27-28; Ibn Jawzi, alMudhu'at, cet Beirut: 2/51-52; azZahabi, Mizan alI'tidal, Darul Fikr: 3/420; dan Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 1. Misalnya Hadis Uthman bin Abi alAs itu Dha'ef menurut alMuhaddith Albani dalam Dha'eef alJami' asSagheer: 653/#94). Ada sembilan hadis kesemuanya dalam fadhilat Sya'ban dan kesemuanya Dha'ef. WA "
----------------------------------------

adapun hadith sahih mengenai nisfu sya'ban dinyatakan oleh Dr. Asri dalam notakaki artikelnya :

"Saya katakan: Di sana adanya hadith yang sahih mengenai kelebihan nisfu syaban, iaitu hadith: طلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (3/135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh). Namun hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Justeru itu para ulama seperti al-Imam al-Syatibi ini membantahkan amalan-amalan khas malam tersebut. "

---------------------------------

Kawan personally, seperti yang selalu kawan nyatakan, takkan beramal dengan hadith dhaif sebab kalau kita tengok syarat beramal dengan hadith dhaif seperti yang dinyatakan oleh al-hafiz Ibnu Hajar, kita tokleh beriktikad hadith tu datang dari Rasulullah, pastu hadith tu pulak tokleh dhaif jiddan. Kalau level kita ni, mana kita nak tau hadith tu dhaif jiddan ke dhaif sikit je. Pastu, kalau kita tak beriktikad bahawa hadith tu datang dari Rasulullah, buat apa nak beramal dengan amal yang belum tentu datang dari Rasulullah. Ada beribu ribu lagi hadith sahih yg kita tak amalkan, takyah le pening2 kepala nak beramal dengan hadith dhaif. Sahih Bukhari tu pun tak abis baca lagi.

Pendapat kawan, mengkhususkan amalan pada nisfu sya'ban tu takde nas2 yg qat'ie....jadi takyah la kita mengkhususkan amalan tertentu, doa tertentu yg dibaca/dibuat hanya pada malam nisfu sya'ban. ALlahu a'lam.

No comments: