Friday, October 17, 2003

dan aku pun masih lagi...

aku masih lagi punya hati
yang mungkin kau sangka
sudah tidak aku miliki
cuma
aku simpan suaranya
kedap dari dunia luar
kau takkan dengar lagi
suara yang sumbang ini
menerjah masuk ke dalam hidupmu
bakal bikin susah segalanya

aku masih lagi punya ingatan
mungkin aku simpan di sana
mungkin aku bisa lupa
mungkin juga...

aku juga masih punya mesin ini
butang-butangnya ku tekan
tercatat segalanya
disusun rapi
tak perlu ku suarakan
sekadar menekan-nekan
sekadar membiar otak
menghantar isi hati ke jari jemari

namun
aku tidak punya kawan yang bisa mendengar
seperti ratusan yang kau ada
yang bisa kau kongsi perasaanmu
yang bisa kau bercerita dengannya
kisah peribadimu
aku?
aku masih lagi seperti ini
punya cerita namun simpan sendiri saja
punya rasa
namun pasti tak ingin kau dengarinya
aku hanya buka pekung di dada
aku hanya bakal mengundang tawa ejekan semua
biarlah aku dengan hatiku
dengan ingatanku
dengan mesin ini
atau
masihkah ingin kau dengari?

Wednesday, October 15, 2003

Cuti cuti malaysia

Penat betul dua tiga hari ni. Asik drive keta je kejanya. dari muar sampai la ke kajang sampai la ke kl sampai la ke....dot dot dot ^_^. mula2 bawak abang kawan balik ke kajang, tapi dia suruh bawak dia pegi ke site dia la pulak. satu kat batu pahat. kat situ buat projek nak buat jeti untuk nelayan + warong2 tepi laut. lepas tu satu lagi kat mana ntah kat kl tu, kawan drive, abang kawan tunjuk jalan, yang ingat ada ikut jln kuching je..heheh. rasanya pegi ke kepong,ntah le. site yang kat kl tu nak buat kawasan perumahan tapi tepi tasik bekas lombong. pun kompleks jugak nak buat projek tu sebab nak kekalkan keaslian bentuk muka bumi + flora + fauna tapi ada taman perumahan pulak. Tak gemor le kawan jadi civil engineer ni. asik kena tengok site je...letih. ni baru dua site kawan pegi dah letih dah. lagi pun kawan tak suka sangat design benda besar2 cthnya bangunan2, rumah2 ni. kawan design website boleh le. hehehe.

pehtu jalan2 kat kajang. pegi supermarket warta dgn pegi xtra kat mines (luar skit dari kajang ^_^). kat mines tu best la tapi pegi dgn anak sedara apa bestnye. asik kena belikan aiskrim dgn coklat je. kalau pegi dgn zaujah ke, shopping baju ke best jugak. kat warta best sebab jumpa benda yang dicari cari selama ini. Teka apa?hehehe. Jumpa kaset2 nasyid yang lama2 dulu. Tu le. Dulu masa sekolah taknak dengo nasyid, kan dah rugi. skang baru terkial2 nak mencarik. carik punya carik kat satu kedai ni, jumpa kaset the zikr yang pilihan terbaik tu. tanya kat abang kedai tu, ada cd dia tak? pastu dia cari jumpa, alhamdulillah. kawan bukan apa, nak dengar dalam keta je. sebab kat komputer dah ada. pehtu abang tu tanya, suka nasyid lama ke? kawan jawab, a'ah tapi sekarang ni susah nak cari ek? abang tu cakap...tu la. dah jarang keluar dah. pehtu kawan beli kaset nada murni arabic nasyid punya..best gak...ada dua lagu yang kawan minat..aiyu zikra dgn maulana ya rasulallah. pehtu beli kaset hijjaz yang baru..dan barang terakhir yang kawan beli kat kedai tu..jenjejeng...CD in team...sbb ada lagu nur kasih (favourite), damba kasih, ratu syahadah, dgn banyak lagu2 pasal suami isteri. oops terjiwang pulak ^_^.

pastu satu kedai lagi kawan pegi lagi banyak kaset2 nasyid lama. Fuh, rambang mata kawan dibuatnya. kawan pun cari la punya cari. sekali tu terjumpa satu kaset ni, tajuk dia kasih mesra. nada murni nyanyi tapi nasyid2 pilihan. ada satu lagu tu yang memang kawan lamaaaaa dah cari. Tajuk nasyid tu Apa Sudah Terjadi. Nak denga? meh kawan nyanyi ^_^

APA SUDAH TERJADI

apa sudah terjadi
manusia di hari ini
nilai insan sudah hilang tiada lagi
identiti sebagai manusia
lenyap sama sekali
kerana duit dijual apa sahaja

ilmu dijual untuk mendapatkan gaji
iman dan islam dikorbankan
untuk kesenangan diri
badan diserahkan kepada
binatang-binatang jalang
yang berupa manusia
yang bernafsu rakus

kerana wang
rupa yang cantik
diiklankan bersama barang
kerana kemewahan untuk
kapitalis yang mencari kekayaan
yang tidak puas dengan cara halal
yang tidak berperikemanusiaan
yang ingin untung dengan sebanyaknya
tanpa memikirkan maruah orang

siapakah yang akan menyedarkan mereka
siapakah yang akan membimbing mereka
siapakah yang akan membetulkan mereka
siapa oh siapa

moga ALlah datangkan seorang pembela
moga ALlah datangkan seorang pembela



haa...sedap tak kawan nyanyi. hehehe. kalau ada sapa2 nak buat walimah tu, takyah le jemput unic ke, rabbani ke, jemput kawan nyanyi pun boleh. ^_^

Lagi satu peringatan nak share skit dgn sumer. Masa kawan bawak keta jauh2 ni kan...kawan realize something. Masa memandu ni, kita (esp. kawan) terdedah sangat2 kepada penyakit2 hati. Yang kawan nampak sangat ada tiga....'ujub, takabbur dgn hasad. Haa...jangan memain. bawak keta pun boleh timbul penyakit2 hati kita ni.

'UJUB - bila kita dapat potong keta banyak2 + dapat cilok celah2 keta + drive laju2 tinggalkan sumer keta kat belakang. fuh...terasa kita ni hebat sgt sbb boleh jadi raja di jalanan. konon aku la yang paling terer bawak keta sbb abis sumer keta kena potong. konon kita la yang paling cekap sebab boleh cilok2.

TAKABBUR - susulan dari 'ujub. bila kita rasa kita dah best, konon kita yg paling terer bawak keta, kita rasa orang lain ni sumer tak reti bawak keta. haa..mula la. bila ada keta bawak slow je, pastu kita pun takleh potong sbb keta arah bertentangan tu banyak, mula la kita bercakap2 dalam hati."hampeh betul drebar depan ni, bawak keta pun tak reti. slow cam ni baik bawak beca roda tiga. kalau aku, dah lama berdesup kat depan tu. potong keta pun takut. baik takyah. aku lima bijik keta sekali potong tak heran pun"

HASAD - bila ada keta nak potong kita selepas kita rasa kita ni terer. maka kita pun terasa keta lain sumer takleh dan tak sepatutnya potong keta kita. so bila ada keta nak potong je, kita pun tekan minyak...tak kasik keta belakang potong. takpun masa keta tu tengah potong..kita himpit pulak, tak kasik dia potong jugak. dalam hati kata "haa amik ko, nasib la. takde pasal aku nak kasik ko potong. padan muka ko"


Begitu la sedikit sebanyak peringatan yang kawan boleh share yang kawan dapat masa jenjalan bawak keta lama2 ni. Alhamdulillah, cuti cuti malaysia bukan cuti cuti kosong tapi dapat jugak pengajarannye ye? Lenkali kalau bawak keta tu, ingat2 la skit apa kawan cakap ni (esp kawan le). Jangan sampai timbul perasaan 'ujub, takabbur & hasad dalam hati kita insyaALlah.

Friday, October 10, 2003

Duhai bonda...

Selalu baca blog baiti, mesti bergenang je air mata. ish..baiti ni biasa ni. suka buat orang nangis. nanti kabo kat syah baru tau. hehehe. tapi bagus la baiti suruh nangis sebab kenangkan jasa ibu. ye la dia pun bakal jadi ibu insyaALlah, tu yang promote tu.

bila terkenangkan jasa ibu ni, teringat kawan satu pengalaman masa kat uk dulu. Kawan tengah naik tube aka underground aka lrt bawah tanah. pastu kawan duduk kat satu seat ni. depan seat kawan ni kosong. time tu tgh rush hour, so bersesak2 le + berebut2 org nak duduk. tetiba kawan nampak sorang mak dgn anak masuk tube tu. anak dia dlm darjah satu camtu la umur dia. kawan ingatkan mak dia nak duduk, pastu anak duduk la atas riba kan, sekali mak dia suruh anak dia duduk. mak dia terus berdiri. nak offer seat pun dia tak nak. dia nak diri sebelah anak dia. Bergenang air mata kawan tengok camne pengorbanan sorang mak demi anak dia. biar la mak berdiri, asalkan anak dapat duduk sedap2 atas kerusi.

Teringat kawan masa kecik2 dulu, mak kawan dukung kawan kat belakang dia. Jalan gi rumah jiran. pastu mak kawan tersilap langkah lalu terjatuh...kawan pun terjatuh sekali. Pastu tengah2 terduduk tu, kawan gelak pulak (ish apa la punya anak). Mak kawan tanya, nanti bila mak dah tua, nak dukung mak camni tak?sampai jatuh2 mak nak dukung awak. kawan cakap tak nak..berat.

hampes betul kawan punya mulut time tu. tapi time tu kawan kecik lagi, belum tadika lagi pun. jangan la marah kat kawan ye. kalau sekarang ni kawan cakap camtu, memang nak kena penampo jepun lapan juta kali. kesian kat mak. sampai jatuh2 bawak anak dia sorang ni

teringat lagi satu peristiwa masa kawan form 1...kena chickenpox (betul ke eja). punya la seksa kena penyakit ni, badan panas, pastu pedih kalau biji2 tu pecah..adus. malam tu kawan tido, mak temankan kat sebelah. kawan pun tak ingat pukul berapa kawan terjaga tengah2 malam tu. kawan tengok kat sebelah, mak kawan tengah kipaskan kawan. pastu makin lama, kipas tu makin slow, makin slow, pastu terhenti atas dada kawan, pastu tiba2 dia kipas balik. kawan tau mak kawan kipas kawan sampai tertidur, pastu bila dia terjaga, dia sambung balik kipas. bergenang lagi air mata kawan tengah2 terbaring tu...mak sampai tak tido nak kipaskan kawan..kawan sedap je tido kat sebelah tu.

hmm...kadang2 bila kita fikir balik kan, pengorbanan mak pada kita ni banyak sangat. Agaknye kalau kita la, boleh ke kita buat camtu kat mak kita. Sanggup ke kita tak tido malam nak jaga mak kita yang sakit? Ada yang boleh , ada yang kata, tido dgn bini lagi best. Sanggup ke kita nak dukung mak kita kalau dia takleh jalan? ada yang kata berat la, susah la, macam2. Padahal mak berkorban utk kita,biar dia sakit, biar dia susah, biar dia penat, dia tak pernah pedulikan pasal diri dia pun, yang dia pentingkan hanyalah kesenangan kita, kesihatan kita, kebahagiaan kita. Kita ada ke pernah buat camtu kat mak? yang selalunya, kita lepaskan diri kita dulu, agak2 tak susah baru tolong mak. Kalau penat skit tu, dah malas nak tolong, biar mak sorang2 buat kerja. Sian kat mak. Apakah terbalas segala jasanya...

JANGAN PERGI DULU IBU

Jangan pergi dulu ibu
Tangan ini masih lagi dingin
dari hangat memapah tubuh sucimu
keringat ini masih belum menitis
dari penatku membanting tulang
mencari rezki buat membalas
tiap suapan nasi yang kau isikan ke dalam hidupku

Jangan pergi dulu ibu
Air mata ini belum puas lagi mengalir
Hati ini masih belum puas lagi merintih
Di kesepian gelap malam
Munajat mengharapkan keampunan dosamu
Mengharapkan kesihatan dirimu
Menginginkan kebahagiaan dirimu

Jangan pergi dulu ibu
kerna tiap kasih yang kau curahkan
tiap cinta yang kau hamparkan
redup damai mesra yang kau teduhkan
masih belum dapat ku balas
masih belum terlaksana tugasku
masih terhutang lagi diri ini padamu wahai ibu

Tuhan
izinkan dia menghuni hati ini sehingga ke akhirnya
izinkan amanah ini kulaksanakan sepenuhnya
izinkan aku menjadi anak
yang sentiasa menggembirakan hatinya
dan andai kau ingin menjemputnya
izinkan dia pergi
dalam dakapan kasihku
dalam kehangatan pelukanku
di atas ribaan manjaku
seperti dia mendakap aku
seperti dia memelukku
seperti dia meriba diriku
dengan kasih, cinta dan sayangnya
yang tak pernah terurai
dan tak pernah terungkai

Jangan pergi dulu ibu...




DUHAI BONDA

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Dia dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti
kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Sunday, October 05, 2003

Tazkiratul maut

Semalam, another person dearest to me passed away, pulang ke rahmatuLlah, menuju ke negeri abadi. Semoga ALlah menempatkan rohnya bersama para syuhada' dan solihin dan bersama mereka yang dikurniakan nikmat syurga dari ALlah. Ameen ya Rabbal 'Aalameen.

Kalau nak membicarakan bab peringatan2 kematian ni, agaknya kawan ni orang yang paling hampeh sekali kalau tak nak beringat pasal kematian, sebab almost every year, ada je someone dearest to me yang passed away. Form 2-pak sedara belah mak, form 3-atuk belah ayah, form 4-nenek sedara, form 5-nenek belah ayah, first year a level-nenek sedara, second year a level-nenek belah mak, first year-exclassmate/partner beregu badminton wakil sekolah, second year-nenek sedara, fourth year-sepupu & pak sedara belah ayah, taun ni, dia pulak.

hmm....dia dapat penyakit sebulan yang lalu. Bila nak meninggal tu, suami dia ada sebelah. Dikhabarkan, mata dia selalu sangat pandang ke atas, seolah2 nampak pengunjung2 yang datang ketika maut mulai hampir. Kemudian bila dah dekat tu, dia melambai2 tangan. Dia kata "Orang tu ajak saya balik, orang tu suruh saya salin baju baru" Kemudian alhamdulillah, segala lafaz La Ilaaha IllaLlah dapat dilafazkan dengan sempurna dan dengan keinginan dirinya sendiri, suami dia pun tak susah2 nak ajarkan...dan dia pergi dengan penuh ketenangan.

Kita tak tau apa amalan dia kan? dan kita tak boleh judge apa kesudahan dia...tapi kita memandang pada yang zahir....apa yang ALlah tunjukkan di saat2 akhir kehidupan dia. Dia memang rapat dengan kawan, dan yang kawan respek dia ni is dia selalu melazimkan membaca al-Quran, in fact dia selalu ajar kawan baca dgn bacaan yang betul & dgn lagu2 sekali, cam musabaqah tu. Mungkin dgn lidah yang basah dgn KalamuLlah itu, ALlah kurniakan dia kemudahan di akhir kehidupan dia.

Ujian kehidupan dia dah sudah, masa dia utk mengabdikan diri pada ALlah kat dunia ni dah tamat, dia dah menuju ke negeri abadi, tempat yang takleh patah balik, selesailah sudah tanggungjawab dia kat dunia ni

KITA MACAM MANA?
BILA PULAK MASA KITA YE?
DAH SELESAI KE SEMUA TANGGUNGJAWAB?

DAH READY KE?

Friday, October 03, 2003

Memaafkan dan tidak menghiraukan orang-orang yang jahil

Sekadar memetik bab 75 dari kitab Riyadhus Shalihin susunan Imam Nawawi. Peringatan untuk diri sendiri.

ALlah berfirman

Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah engkau menghiraukan tindakan orang-orang yang jahil (al A'raf : 199)

Berilah orang-orang itu kemaafan yang baik (al Hijr : 85)

Hendaklah mereka memberikan pengampunan dan kelapangan dada. Tidakkah engkau semua senang jika ALlah memberikan pengampunan pula kepadamu? (an Nur : 22)

Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali 'Imran : 134)

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (as Syura : 43)

Hadith Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda "Bukanlah orang yang gagah (yang terpuji menurut syara') itu ialah orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah" (Muttafaq 'alaih)

Thursday, October 02, 2003

Secebis kisah

Ada satu cerita mengenai seorang ayah, seorang anak dan seekor keldai. Menurut satu riwayat, dikatakan mereka ni ialah Luqman al hakim dan anaknya tapi ada riwayat lain tak menyebutkan nama. Kawan rasa baik kawan cerita balik kisah ni tanpa menyebut nama, so citer ni pasal sorang ayah dan sorang anak.

Satu hari ayah ni cakap kat anak dia, "Wahai anakku, hari ni aku nak kasik kau satu pelajaran dalam hidup. Aku nak tunjukkan kat kau yang manusia ni macam2 kerenah dan perangai dan kalau kau nak ikut semua cakap manusia ni, tak terikut punya + tak boleh nak satisfy semua orang. So jom kita keluar, bawak keldai kita tu, kita pegi bandar"

Ayah ni pun naik atas keldai, sementara anak jalan kaki pegang tali keldai tu bawak ayah dia gi bandar. Sampai kat sekumpulan orang ni, ayah dgn anak ni kena sound "Cuba kau tengok tu, apa le punya takde hati perut betul orang tua tu. Dia senang lenang duduk atas keldai. Anak dia yang kecik tu disuruhnya tarik keldai tu. Tak patut betul. Mendera anak betul orang tua ni"

Lepas lalu kat manusia2 tadi, ayah ni pun cakap kat anak dia "Betul jugak cakap diorang ni. Oklah nak. Kau pulak naik keldai ni, biar ayah pulak tarik tali keldai" Anak ni pun ikut cakap ayah dia. Dia naik keldai, ayah jalan kaki

Sampai kat satu group manusia ni pulak, kena sound lagi "Anak ni betul la tak mengenang budi. Ayah dia yang tua tu disuruhnya jalan kaki. Dia yang sihat tubuh badan, kaki kuat lagi, duduk atas keldai pulak."

Bila jauh skit dari group of people tadi, ayah pun cakap kat anak dia "Betul jugak kata orang2 tu. Hmm...oklah. Senang citer camni la. Kita dua2 naik keldai ni, so takde diskriminasi. Dua2 dapat senang lenang naik keldai." So ayah ni pun naik keldai tu sekali.

Sampai kat satu tempat ni, jumpa lagi beberapa orang manusia yang duduk kat tepi2 jalan tu....kena sound jugak "Sampai hati betul ayah dgn anak ni, keldai tu dah la tua, tak larat jalan, dia berdua duduk atas keldai tu pulak. Abis patah pinggang keldai tu nanti. Ish, kesian betul kat keldai tu"

Ayah tu pun cakap kat anak dia..."Betul jugak ye kata diorang tu. Oklah, camni. Kita sama2 turun jalan kaki tarik keldai ni gi bandar" So dua dua pun turun dari keldai...jalan kaki je

Dekat2 nak sampai bandar tu, jumpa lagi manusia2 kat tepi2 jalan tu. Kena sound jugak "Ni dua orang ni betul la punya pandai. Dah ada keldai, boleh naik keldai, dia pegi jalan kaki pulak heret keldai tu pegi bandar. Kan ke menyusahkan diri sendiri tu"

Akhirnya bila sampai kat bandar, ayah tu cakap kat anak dia "Cuba kau tengok wahai anakku. Betul tak apa yang aku bagitau kau kat rumah tadi? Kalau kita nak ikut semua cakap manusia yang sound kita tadi, teruk kita dibuatnya. Buat tu salah, buat ni salah. Lama2 tak kemana kita. Memang kita takleh nak satisfykan semua orang kat dunia ni"


Begitu la secebis kisah yang boleh kawan citerkan. Pengajarannya (actually pengajaran utk diri kawan sendiri..saja nak share) hidup kita ni, let us decide ourselves berdasarkan Quran dan Sunnah. Tu je panduan yang betul. Ikut cakap manusia...bukannya semua manusia betul. Lepas tu setiap manusia ni ada pandangan masing2 tapi at the end of the day, it is our lives not theirs. Apa consequences daripada tindakan kita, kita yang tanggung bukan mereka. Dengar pendapat boleh, tapi nak ikut tu, pikirkan diri kita sendiri, pikirkan apa yang KITA akan hadapi lepas ni, jangan pikirkan nak sedapkan hati orang lain sedangkan diri kita sendiri tersiksa jiwa raga. Of course kalau boleh nak satisfykan semua, tapi for me (based on my horrid experience), my priority is still my own life. Sebab bila kita menanggung penyeksaan dari tindakan kita based on dengar cakap orang ni, takde sapa yang boleh meringankan beban kita ni kecuali ALlah. Kalau kita fail exam, ada orang lain boleh pass kan kita? mana ada. Kalau kita tersiksa sampai eksiden, ada orang boleh amik skit sakit eksiden tu share ramai2 biar tak sakit kita ni? takde. We will be left alone, cuma ALlah je yang ada dgn kita. Yang ramai2 dok cakap2 kat kita tu, bukannya boleh tolong apa pun. At the end of the day, kita sorang2 jugak. So think wisely before listening to others. Macam citer tadi la...orang boleh cakap macam2 tapi yang naik keldai turun keldai kita jugak.....ada orang tepi2 jalan tu nak offer naik keta? mana ada. Itu je le nak cakapnye. Tapi ni personal opinion...terpulang pada masing2...ada orang suka ikut cakap orang. Kawan dah letih dah ikut cakap orang ni sampai kawan pun terlingkup. So i've decided to choose my own path in life bukan dari cakap2 orang. Tak terpengaruh dan tak nak dipengaruh pun. ^_^