Friday, October 10, 2003

Duhai bonda...

Selalu baca blog baiti, mesti bergenang je air mata. ish..baiti ni biasa ni. suka buat orang nangis. nanti kabo kat syah baru tau. hehehe. tapi bagus la baiti suruh nangis sebab kenangkan jasa ibu. ye la dia pun bakal jadi ibu insyaALlah, tu yang promote tu.

bila terkenangkan jasa ibu ni, teringat kawan satu pengalaman masa kat uk dulu. Kawan tengah naik tube aka underground aka lrt bawah tanah. pastu kawan duduk kat satu seat ni. depan seat kawan ni kosong. time tu tgh rush hour, so bersesak2 le + berebut2 org nak duduk. tetiba kawan nampak sorang mak dgn anak masuk tube tu. anak dia dlm darjah satu camtu la umur dia. kawan ingatkan mak dia nak duduk, pastu anak duduk la atas riba kan, sekali mak dia suruh anak dia duduk. mak dia terus berdiri. nak offer seat pun dia tak nak. dia nak diri sebelah anak dia. Bergenang air mata kawan tengok camne pengorbanan sorang mak demi anak dia. biar la mak berdiri, asalkan anak dapat duduk sedap2 atas kerusi.

Teringat kawan masa kecik2 dulu, mak kawan dukung kawan kat belakang dia. Jalan gi rumah jiran. pastu mak kawan tersilap langkah lalu terjatuh...kawan pun terjatuh sekali. Pastu tengah2 terduduk tu, kawan gelak pulak (ish apa la punya anak). Mak kawan tanya, nanti bila mak dah tua, nak dukung mak camni tak?sampai jatuh2 mak nak dukung awak. kawan cakap tak nak..berat.

hampes betul kawan punya mulut time tu. tapi time tu kawan kecik lagi, belum tadika lagi pun. jangan la marah kat kawan ye. kalau sekarang ni kawan cakap camtu, memang nak kena penampo jepun lapan juta kali. kesian kat mak. sampai jatuh2 bawak anak dia sorang ni

teringat lagi satu peristiwa masa kawan form 1...kena chickenpox (betul ke eja). punya la seksa kena penyakit ni, badan panas, pastu pedih kalau biji2 tu pecah..adus. malam tu kawan tido, mak temankan kat sebelah. kawan pun tak ingat pukul berapa kawan terjaga tengah2 malam tu. kawan tengok kat sebelah, mak kawan tengah kipaskan kawan. pastu makin lama, kipas tu makin slow, makin slow, pastu terhenti atas dada kawan, pastu tiba2 dia kipas balik. kawan tau mak kawan kipas kawan sampai tertidur, pastu bila dia terjaga, dia sambung balik kipas. bergenang lagi air mata kawan tengah2 terbaring tu...mak sampai tak tido nak kipaskan kawan..kawan sedap je tido kat sebelah tu.

hmm...kadang2 bila kita fikir balik kan, pengorbanan mak pada kita ni banyak sangat. Agaknye kalau kita la, boleh ke kita buat camtu kat mak kita. Sanggup ke kita tak tido malam nak jaga mak kita yang sakit? Ada yang boleh , ada yang kata, tido dgn bini lagi best. Sanggup ke kita nak dukung mak kita kalau dia takleh jalan? ada yang kata berat la, susah la, macam2. Padahal mak berkorban utk kita,biar dia sakit, biar dia susah, biar dia penat, dia tak pernah pedulikan pasal diri dia pun, yang dia pentingkan hanyalah kesenangan kita, kesihatan kita, kebahagiaan kita. Kita ada ke pernah buat camtu kat mak? yang selalunya, kita lepaskan diri kita dulu, agak2 tak susah baru tolong mak. Kalau penat skit tu, dah malas nak tolong, biar mak sorang2 buat kerja. Sian kat mak. Apakah terbalas segala jasanya...

JANGAN PERGI DULU IBU

Jangan pergi dulu ibu
Tangan ini masih lagi dingin
dari hangat memapah tubuh sucimu
keringat ini masih belum menitis
dari penatku membanting tulang
mencari rezki buat membalas
tiap suapan nasi yang kau isikan ke dalam hidupku

Jangan pergi dulu ibu
Air mata ini belum puas lagi mengalir
Hati ini masih belum puas lagi merintih
Di kesepian gelap malam
Munajat mengharapkan keampunan dosamu
Mengharapkan kesihatan dirimu
Menginginkan kebahagiaan dirimu

Jangan pergi dulu ibu
kerna tiap kasih yang kau curahkan
tiap cinta yang kau hamparkan
redup damai mesra yang kau teduhkan
masih belum dapat ku balas
masih belum terlaksana tugasku
masih terhutang lagi diri ini padamu wahai ibu

Tuhan
izinkan dia menghuni hati ini sehingga ke akhirnya
izinkan amanah ini kulaksanakan sepenuhnya
izinkan aku menjadi anak
yang sentiasa menggembirakan hatinya
dan andai kau ingin menjemputnya
izinkan dia pergi
dalam dakapan kasihku
dalam kehangatan pelukanku
di atas ribaan manjaku
seperti dia mendakap aku
seperti dia memelukku
seperti dia meriba diriku
dengan kasih, cinta dan sayangnya
yang tak pernah terurai
dan tak pernah terungkai

Jangan pergi dulu ibu...




DUHAI BONDA

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Dia dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti
kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

No comments: