Tuesday, December 02, 2003

PEMBERITAHUAN

opp..bukan nak bagitau kawan nak kawin ke apa...tapi nak bagitau....kawan dah berhijrah ke alamat baru. sila la berkunjung ke http://abuhandzalah.sodeeq.com ataupun http://www.sodeeq.com/abuhandzalah. Buat la macam rumah sendiri ye ^_^
Baca-baca blog org hari ni. Dah lama tak meronda ke blog sahabat2 sumer nih. ari ni ada kelapangan skit + komputer kurang kesemputan, maka bolehlah meronda2 + conteng2 blog orang. Baca blog akim dgn syahida, teringat beberapa ayat dalam Kitabullah.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan ALlah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk" - al Qasas ayat 56

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka ...(hingga akhir ayat) at Taubah ayat 41-42


"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan." at Taubah ayat 16

Point yang nak cakapnya:

1) Tugas berdakwah + menegakkan Islam ni bukannya senang ek? ALlah pasti akan menguji kita untuk membuktikan keteguhan iman kita dan keikhlasan niat kita yang kata nak jadi pejuang agama ALlah ni. Ibaratnya ujian-ujian ni macam proses tapisan...nak menapis dan menyaring pejuang-pejuang yang betul-betul pure dan betul-betul akan mempertahankan Islam walau dalam apa jua keadaan pun. Kira sapa yang tak pas ujian ni, baik check diri + iman + niat, betul ke kita ni nak perjuangkan Islam?

2) Bila dah pas preliminary test ni pulak, dalam kita berdakwah/berjihad tu, ALlah ingatkan, time senang ke susah ke, kena keluar berjihad. Maksudnya ALlah dah sebut, memang akan datang satu masa pada kita, di mana masa tu kita dalam kesusahan/kesempitan yg amat sangat...tapi kena jugak keluar berjihad/berdakwah. Kadang-kadang kita free, takde keja dok rumah je kan....tapi kadang-kadang, macam-macam tanggungjawab la, macam-macam ujian la...external dan internal, yang kita rasa susah sangat...tapi still tugas kita tu kena buat jugak.

3) Pastu ALlah dah cakap dah, dakwah/jihad/perjuangkan Islam ni....tak ramai atau susah orang nak ikut punya. Memang ALlah dah sound kita awal2....supaya kita tau betapa susahnya keja ni kan? ALlah cakap kalau jalan ni senang + dekat memang ramai ikut...tapi jalan dakwah/jihad/perjuangkan Islam/kemenangan Islam ni susah + lama nak sampai hujung. Peringatan utk kita yang ada kesedaran ni bahawa jalan yang kita pilih ni MEMANG SUSAH. So bagi kawan aa...ni macam motivation jugak ALlah nak kasik (dunno bout anyone else but it works for me). Sebab kan...bila kita ingat perjuangan ni senang je....kita akan mudah terasa lemah semangat, down, tak bermaya, malas dan sebagainya bila kita dapat macam2 kesusahan dan ujian kan? Tapi bila kita dah set dalam kepala kita, yang benda ni susah sesangat...macam2 ujian yang datang nanti...insyaALlah, bila datang ujian tu, takde le tekejut sangat rasanya...kita akan lebih bersedia dgn ujian2 tu sumer...sebab memang kita tau, kita akan kena uji punya..dan memang ALlah dah janji akan uji pun kan?

4) Akhir sekali, setelah kita bersusah payah berusaha, ALlah ingatkan bahawa yang kasik hidayah hanyalah ALlah. Kita sebagai hamba...adab kita ialah berusaha sedaya upaya utk menyampaikan Islam dengan hikmah dan uslub2 yang sesuai kepada semua...tak kira la family ke masyarakat ke. Anugerah hidayah yang tinggi nilainya tu adalah haq ALlah semata-mata. Kita perlu susuli usaha kita dengan doa setiap hari setulus hati, agar org2 yang kita dakwahkan tu akan menerima hidayah dari ALlah utk kembali kepada Islam seluruhnya. Ada ustaz cakap kat kawan dulu, hidayah ni sumer orang dah dapat...tapi iradah (keinginan) tu yang ada org ada, tapi ada yang takde....ertinya keinginan utk berubah....hidayah atau petunjuk tu ALlah dah kasik depan2 mata....tapi ramai yang ALlah cakap...manusia yang ada mata tapi takmo melihat...ada telinga takmo mendengar. Rasulullah s.a.w sendiri doa pada ALlah biar bapa saudaranya Abu Talib jadi org Islam dan selamat dari api neraka kan....tapi ALlah dah cakap..kita takleh kasik hidayah pada org yang kita nak/suka...tapi sumer tu anugerah ALlah. Bab hidayah ni kompleks skit kalau nak bincang, cuma apa yang kita boleh buat ialah berusaha dengan kuasa/lidah/doa yang kita termampu semoga sedara mara seislam kita kembali pada Islam seluruhnya.


Nak citer pengalaman kawan pun....beh kurang cam ida jugak...dulu-dulu jenis hu ha hu ha jugak. tapi ntah la ye...hidayah ni satu anugerah yang tak ternilai dan takleh tergambar/terucap dgn kata-kata. Tak tau nak explain, tak tau nak ucap apresiasi camne. Cuma syukur tak terhingga dan doa mintak istiqamah selamanya. Terasa terharu, ALlah pilih kita utk jadi lebih baik....daripada dulu yang ntah apa apa. Teringat satu hadeeth...bila ALlah nakkan kebaikan pada diri kita, diberikan dia kefahaman dalam agama. Alhamdulillahi hamdan katheera....syukur tak terhingga pada ALlah yang mengeluarkan dari dalam kegelapan ke dalam cahaya petunjuk-Nya. Tapi tu la kan...kita dah rasa, mesti kita nak orang lain rasa jugak kan...biar ramai2 rasa kemanisannya. Tapi kalau kita tak usaha dakwah tokleh gak kan? Takpe takpe....jom kita usaha + doa semoga lebih ramai lagi yang dipilih oleh ALlah utk menjadi mereka yang mempunyai kefahaman + keimanan yang teguh pada agama-Nya, insyaALlah.

Monday, December 01, 2003

Apsal senyum je tu ^_^?

Apsal ek? Ntah. Pastu nak tidur malam pun susah gak...lambat je mata tu nak pejam ;). Haaa...mesti ada apa2 ni. Tau tau...ALlah kasik anugerah lagi kat dalam hati kawan, kasik hati ni rasa tenang, rasa seronok, rasa gumbira dan macam2 rasa yang best lagi, kan kan? Alhamdulillahi hamdan katheera. Rasa nak paste balik sajak dulu2 tu...ok ah. kawan paste balik yek?

HARI INI

Hari ini aku gembira
Kenapa?
Sebab aku rasa ALlah kasik aku kurnia
Yang aku tak sangka sangka
Yang aku rasa aku tak layak terima
Sebab aku tengok diri cermin muka
Aku rasa aku hina disisi-Nya
Aku dulu selalu abaikan suruhan-Nya
Aku dulu selalu lupa pada-Nya
Aku lupa Dia sentiasa ingatkan aku
Dia sentiasa sayangkan aku
Dia sentiasa berikan yang terbaik untuk aku
Aku pernah teruji, aku pernah derita
Dengan ujian yang hampir tak mampu aku terima
Tapi dia tak biarkan aku terus sengsara
Dia kutip aku kembali dari lembah yang hina
Dia bawa aku ke persada singgahsana yang mulia
Dia sucikan aku dari segala kotoran dunia
Dia ubah aku menjadi kekasih yang dia suka
Kemudian bila aku rasa aku masih lagi tak sempurna
Bila aku rasa aku masih lagi terkial-kial nak bina semula
Aku diberikan-Nya dengan senikmat-nikmat kurnia
Berlipat kali ganda lebih nikmat dari ujian yang aku terima
Aku pun kata :
"Baiknya Kau pada aku
"Sayangnya Kau pada aku"
Sambil menitiskan air mata
Aku rasa nikmat ini aku tak layak terima
Tapi aku jugak tak sanggup nak lepas begitu saja
Dan aku pun tak nak lepaskan begitu saja
Aku nak jadi hamba yang bersyukur kepada-Nya
Nikmat ini aku takkan lupa
Aku takkan lupa sampai bila-bila
Nikmat ini akan aku jaga
Akan aku gunakan dengan cara yang aku tahu Dia suka
Akan aku jaga amanah ini dengan penuh sempurna
Kerna aku tahu dia sayang padaku
Aku tahu dia kasih padaku
Aku tahu dia sentiasa janjikan yang terbaik untukku
"I love ALlah
I love ALlah
I love ALlah...."
Lafazku, ikrarku, janjiku...
Hanya untuk-Mu...Tuhanku yang Satu.


080803 18:55


Pastu hari ni gambar graduasi baru sampai dari UK, ni yang gambar pro, bukan yang kawan amik aritu. Seronok gak masukkan dalam frame. Aritu gi beraya tengok kat rumah member2 ni sumer ada gambar graduasi..skang kawan pun ada gak. heheh. nak tengok? Ah..tak kira. Tak nak tengok pun kawan nak tunjuk jugak ^_^

Suasana di Royal Albert Hall
Depan Prayer Room Imperial College
Dengan Mak kat depan Royal Albert Hall
Dalam Imperial College Union Shop
Depan Imperial College Sports Centre
Dengan Mak lagi
Dengan Akak, Mak & Akak Ipar

Sunday, November 30, 2003

Baru nak buat photoblog

Selamat berkunjung ke photoblog abuhandzalah di alamat http://abuhandzalah.buzznet.com. Website ni ada limit pulak baper gambar boleh post sehari, so sabo je le kalau nak tengok gambo kawan banyak2. sehari tengok skit je ye ^_^. insyaALlah akan dipost setiap hari, so sapa2 nak melapangkan minda tengok gambar2 pemandangan alam ciptaan ALlah tu boleh le selalu2 jengok.

Cuti puasa + raya punya pasal

Alhamdulillah, syukur sesangat sebab dapat tengok balik website abuhandzalah ni seperti dulu. kalo tak, macam pelik je ye....tulisan je, gambo pun takde, nak komen pun tokleh. Mintak maap le pada sumer yang tertanya2 tu, actually cenggini citer dia.

Aritu sebelum 10 terakhir ramadhan tu, kawan ingat nak join le exodus bloggers ni sumer ke sodeeq. hijrah sempena raya la kata org pun. so buat le macam yang dah ditunjukajarkan oleh muntalaq...hasilnya terpapar la text semata2 kat blog ni ...sbb mmg tu pun yang akan terjadi bila kita dah buat sumer2 tu kan. pastu, kawan pun agak bz skit dalam 10 malam terakhir ramadhan tu, tak sempat nak membetulkan balik blog ni ke bentuk asal dia. bila kawan nak betulkan balik aritu...sekali komputer rosak la pulak. hard disk rosak (memang dah lama nazak komputer ni, sampai ajal bulan ramadhan rupanya). dah le nak dekat raya...kedai sumer kalau boleh buat pun, lepas raya baru siap...sumer nak beraya le katakan. so terpaksa la kawan tak update sumer benda. baru la dua tiga hari lepas komputer dah dapat hard disk baru + OS baru...boleh la kawan main internet balik. sekali terlupa, file template lama yang kawan save dulu tu, ada kat hard disk lama, dah terkubur le jawabnya dgn hard disk tu sekali. pastu pulak, yahoo mail cam jeles dgn komputer kawan ni...asik tokleh bukak je. baru hari ni la boleh retrieve balik file template yang antor kat muntalaq tu. Maka dapatlah kawan restore balik muka blog ni ke muka asal. Tak larat la pulak nak ganti baju baru cam missapple tu. komputer semput lagi...heheh..nanti tengah ubah2 sekali hang...tak ke tension. takpe2..nanti le bila komputer kawan kat uk tu dah sampai, nanti kawan ganti baju raya haji pulak ye.

So harapnya sumer org takde yang rindu rinduan dgn blog pak abu (perasan la tu...hehehe) Actually banyak benda nak menulis time2 dekat nak raya + raya aritu. tapi dah lama sangat simpan dalam otak ni, dah tak best dah...nak perangatkan pun tak sama dengan yang baru lepas masak ye tak ^_^. Takpe le...citer skit2 mana yang teringat

Raya tahun ni alhamdulillah seronok sangat2 sebab first time raya kat sini selama 4 taun. dulu2 ada la balik msia tapi duluuuu sgt. Taun ni org kata raya sakan le. Abis sumer jenis kuih try, sumer rumah sedara pi, tak kira le yang kenal ke yang tak kenal ke. Yang best tu, dah tua2 ni pun dapat lagi duit raya, lagi banyak lak tu dari anak sedara kawan dapat..heheheh. Sumer pakat jeles dgn kawan. Rezki ALlah, terima + syukur je la kan? nikmat muka babyface kata sorang tu ^_^, dah tua pun muka cam budak2, tu yang dapat duit raya lagi tu.

Semalam gi konvoi beramai-ramai ke rumah ex-classmates kat Maahad Muar dulu. Bestnyeeee tak terkata. Kadang2 raya rumah kengkawan lagi seronot dari raya rumah sedara...sbb wavelength sama...nak lepak sampai maghrib pun takpe. Mula2 diorang la raya rumah kawan, tiga buah keta datang...best best. Laki ada pompuan pun ada. Yang laki sumer single...yang pompuan....sumeeeeeernya dah nak kawin. kemain lagi dia yeee. lama tak jumpa alih2 nak kawin dah sumer. muka pun dah lain...ye le..dah beso le katakan. ada yang jadi cikgu, ada yang jadi doktor...dah kaya2 dah sumer...kawan je miskin lagi. sempat le mengimbas balik memori zaman budak2 sekolah dulu...seronot ooo. Rasa cam nak jadi budak sekolah balik. Lawak jugak kadang2 citer2 pasal member2 yang dah kawin, pastu tanya kawin dgn sapa...tengok2 kawin dgn senior la, dgn kawan sekampung la...tapi sumer tak kawin dgn pasangan masing2 masa kat sekolah dulu..heheheh. tu le org suruh belajo tu pi le belajo...gi couple2 wakpe...kan dah..bukannya kawin pun...hehehe. Topik perbincangan hangat biasa le, tanya dah keja ke belum dgn tanya dah kawin ke belum. masing2 tunjuk cincin...cess, saja la tu. pegi beraya nak tunjuk cincin rupanya. pastu ramai ramai kasik kad jemputan nak kawin. takpe le...kawan pegi le nanti kalau sempat. best gak tengok org kawin ni, amik berkat , pastu leh belajar2...kos berapa, pakaian camne, posing2 nak bergambo camne, penting tu, nanti kang nak kawin dah tak reti susah jugak.

semalam beraya rumah budak2 pompuan je sbb budak2 pompuan ni dah nak kawin dah sumer. sementara lum kawin ni, gi beraya dulu. Nanti dah kawin, payah skit sbb suami ada...takut la kalau ada yang jeles2 nanti...kitorang ni kepala gila2 skit, nanti gurau lebih2 kang terus takleh datang rumah, suami tak kasik ^_^. Member kawan cakap, sementara lum kawin ni, nak amik gambo dgn budak2 pompuan ni, nanti dah kawin, badan dah naik, takmo amik gambo..hehehe (ye ke pompuan lepas kawin badan naik?)

Tapikan, di samping kawan hepi member2 kawan nak kawin, ada gak terasa kesedihan + kehilangan. Ntah la ye, kawan ni tak ramai member2 yang betul2 rapat. So bila hilang sorang tu terasa jugak kesedihan dia. Bukan la hilang tak jumpa gi nyorok kat hutan ke...tapi terasa cam terkurang rapat skit aa. Contohnya semalam gi rumah sorang tu yang dah kawin, budak pompuan le ni. Bila kat rumah dia tu, dulu ramai2 pegi, agak bising la jugak tapi sejak dia dah kawin ni, sumer takde idea nak sembang apa....satu sebab suami dia duk dgn kitorang sekali, so kitorang pun segan le nak cakap lebih2 takut suami dia tak biasa lagi dgn perangai budak2 cam kitorang ni. maka cakap pun adalah amat skema sekali sungguh. menyebabkan terasa tak best sesangat sbb tak semeriah dulu. yang pompuan tu pun kureng skit cakapnye..takut suami jeles kot. nak gurau2 sindir2 pun tak berani takut suami dia takleh terima. ish pendek kata serba tak kena le. kalau suami dia gi tido ke, gi main sepak takraw kat bawah ke ok skit...hehehe. Tapi tu le kan, that is the fact that we have to accept, bila kawan kita dah kawin ni, memang kita kena redi utk berenggang skit dgn kengkawan kita sbb maybe diorang ada tanggungjawab + kepentingan lain nak didulukan berbanding dengan layan member2 lama.

Ada sorang kawan tu lagi pulak, belum kawin lagi..baru tunang. dah siap jalan2 sumer ramai2...tengah2 jenjalan tu tunang call. terus gostan balik sbb tunang dia panggil tu. ceh..tension tul. Tunang tu pun satu, tak paham ke org tengah nak jenjalan dgn member. bukannye kawin lagi pun, baru bertunang. ish tak best le camtu. Kita kalau nak kawan ni kan, kawan bior rapat sampai akhirat, jangan lepas kawin dah hilang lesap terus. Tapi memang banyak member2 kawan yang hilang lepas kawin. seblum kawin riuh rendah, selalu jumpa, main badminton sekali. lepas kawin....terus menyepikan diri. Kalo ye pun best kawin tu jangan la bertapa pulak dalam rumah.

Hmm...takpe le. Cam kawan cakap tadi, orang dah kawin ni ada benda lain yang diorang pikir lagi penting gaknya selain dari kengkawan kan? nak buat camne. kita tak kawin lagi ni boleh le komplen. Nanti dah kawin sok baru tau. Tapi kawan berazam taknak buat camtu, kalo kawan buat camtu, piat skit tinge kawan ni ye. Kawan kalau dah kawin pun tak nak makin jauh dgn member2 lama, tapi nak stay jugak macam zaman sebelum kawin....tak nak bertapa dalam rumah berdua je. Zaujah zaujah jugak tapi member pun nak jugak bercontact2 cam dulu2. Doakan kawan biar tak lupa member2 lama yang makan setalam tido lain2 katil ye ^_^

Tuesday, November 11, 2003

IZINKAN AKU PULANG....

Sudah terlalu lama aku di sini
dalam gelap
mencari-cari
teraba-raba
bertemu jalan yang tidak kemana
Di heret serakah nafsu
dan syaitan yang memujuk rayu
tersasar dari landasan suci
terhumban ke daerah ini

dalam dingin hembusan angin malam
bersama deraian air mata
yang tak kunjung reda
hati ini bertanya lagi
untuk apa kita ke sini?
berulang kali, kisahnya masih sama
takkan ku jumpa titik penyudahnya
hanya jalan mati menanti
dalam selut dan kemelut kefasikan
bergelumang dengan noda kemunafikan
tercela dan mencela diri penuh kezaliman

Tuhan...
sucikan aku dari kekotoran ini
keluarkan aku dari kehinaan ini
bebaskan aku dari belenggu ini
demi setiap air mata yang menitis
takkan dapat membersihkan
diri yang telah ternoda
tanpa rahmat dan kasih sayang Mu
Bimbinglah aku ke jalan Mu
Pimpinlah aku ke pintu MaghfirahMu

Biar setiap urat nadi ku direntap
biar setiap butir nyawa ku dicabut
takkan ku jemu mencari jalan pulang
takkan ku jemu kembali padaMu
sungguh aku takkan jemu mengenalMu
dan aku takkan jemu mengetuk pintu taubatMu
walau mungkin terkadang
keikhlasan jarang Kau ketemu dalam diriku
namun takkan ku berhenti
dari terus mengharap cintaMu
demi Engkaulah Tuhanku
dan hidup dan mati ini hanya untukMu
takkan ku sekutukan cintaku padaMu
dengan cinta dunia yang palsu...

AKU SUDAH BOSAN DI SINI!
AKU TAK MAHU LAGI HIDUP DI SINI!
HANCURKANLAH FATAMORGANA DUNIA YANG MASIH MEMBELENGGU!
tanpa MardhiahMu
tiada erti setiap hari yang berlalu
kosong, sepi, hambar, mati...

Izinkan aku pulang
Keluarkan aku ya ALlah...
Bebaskan aku ya ALlah...
Aku ingin kembali ke lindungan kasih sayangMu
Aku mahu pulang ke dalam kemanisan cintaMu
Aku ingin bersama-sama mereka
yang merindukan pertemuan denganMu

Tuhan...
AKU INGIN PULANG!
AKU INGIN PULANG!
AKU INGIN PULANG!

sungguh...aku ingin pulang...


"yaa ayyatuhan nafsul mutma'innah....irji'iee ilaa rabbiki raadhiyatammardhiyyah....fadkhulee fee 'ibaadi....wadkhulee jannati...."

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! .....Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!....Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia..... Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!



'abdin dzolimin
16 Ramadhan 1424
111103 1804

Monday, November 10, 2003

Peringatan untuk para pendakwah

Adakah engkau semua memerintahkan kepada kebaikan, sedangkan engkau semua melalaikan dirimu sendiri, padahal engkau semua juga membaca al-Kitab, apakah engkau semua tidak menggunakan akal? - al-Baqarah:44

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan?Besar sekali dosanya di sisi ALlah, jikalau engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan. - as-Sof:2-3

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah radhiaLlahu 'anhuma katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
"Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya (usus-ususnya), terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keldai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: "Mengapakah engkau ini hai Fulan?Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?" Orang tersebut menjawab "Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran tetapi saya sendiri mengerjakannya" (Muttafaq 'alaih)



Dalam kawan tulis-tulis blog ni kan, ada diselitkan unsur-unsur dakwah,mengajak kepada kebaikan dan menegah kemungkaran....tiba-tiba satu malam tu terbaca ayat-ayat + hadith ni, lalu kawan pun terpikir..ish, kawan ni cakap + bagitau kat orang...takuuut sangat kalau kawan tak buat apa yang kawan cakap. Terasa berat sangat tanggungjawab tu, terasa macam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya apa-apa yang dicakapkan. Malam-malam sebelum tidur kadang2 teringat balik, ish..dah buat ke belum ni ye..semua yang dicakapkan dalam blog...ke sama je...cakap tapi tak buat..ish na'uzubillah.

Kadang-kadang bila terpikir, tugas berdakwah ni berat sangat nak pikul. Rasa cam tak terdaya nak buat. Tapi ingat-ingat balik pesan senior kawan, dia cakap, kita kena cakap kat orang dan kita kena buat...dua dua tu kena dilaksanakan serentak. Tak boleh cakap je tapi tak buat (as mentioned in the aayahs and hadeeth) dan tak boleh jugak tak cakap (meaning biarkan je orang sekeliling kita nak buat kemungkaran ke kealpaan ke keterlupaan ke). So tugas amar ma'ruf nahi mungkar tu memang dah kena buat.....dan susulan dari itu pulak datang lagi satu tanggungjawab yang tak kurang besarnya...iaitulah melaksanakan apa-apa yang kita dah cakapkan. Semoga kawan dapat laksanakan semua yang kawan cakapkan ni. Doakan ye utk semua. Kalau ada yang kawan cakap tak serupa bikin tu, tegur2 le. Jazakumullahu khayran katheera.

Sambung skit...

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya - aali Imran:104

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar ni bukannya senang kan? Pada kawan ...pendapat sendiri aa ni...amar ma'ruf ramai orang boleh buat, tapi nahi mungkar ni....tricky sikit and tak ramai orang sanggup buat. Ramai orang boleh ajak buat kebaikan, contohnya "Mat, jom gi masjid", "Awang, jom kita gotong-royong kat surau tu" dan sebagainya. Tapi nak tegur + tegah orang biar jangan buat kemungkaran ni...agak tricky dan complicated skit. Memerlukan kebijaksanaan dalam berhujah + berdakwah. Kadang2 yang kita nak tegur tu, kawan kita ke, keluarga kita ke.....nanti tegur takut ada yang kecik ati...takut putus kawan, takut lepas ni masam muka, ye tak? So in a way, dalam dilemma jugak. Tak tegur, dosa, tegur kang, takut tersilap tegur, putus kawan. So ramai yang master bab amar ma'ruf tapi tak ramai master bab nahi mungkar ni. Kawan pun tak tau sangat camne nak nahi mungkar ni ye...cuma yang sebolehnya, kita belajar dari sirah Rasulullah, camne Rasulullah tegur sahabat2...ada caranya, dgn sahabat yang paham Islam, Rasulullah tegas...dgn sahabat yang kurang skit, Rasulullah lembut skit, dengan orang-orang yang terkenal buat maksiat, Rasulullah cakap indirectly...kasik terasa skit etc. Belajar dgn ulama' + ustaz2 yang ramai kat msia ni pun salah satu cara jugak...sbb diorang lagi arif pasal hal2 ni kan? pengalaman tu pun penting jugak bagi kawan. Sebab dari pengalaman, kita tau camne nak handle different type of people. Macam kawan, kalau sahabat yang paham Islam, kasik ayat Quran + hadeeth amaran sekali, insyaALlah leh paham ^_^. Tak susah2 sgt insyaALlah. Tapi kalau yang lain2 tu yang susah skit rasanya. tapi jangan tak tegur pulak..main biar je. orang yang main biar je ni, ALlah dan Rasul-Nya dah kasik peringatan banyak

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. - al Maidah:78-79

Dari Abu Said al Khudri r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak dapat, maka dengan lisannya (nasihat), jikalau tidak dapat juga, maka dengan hatinya (hati yang tidak redha dengan kemungkaran tersebut). Yang demikian itu, iaitu dengan hatinya sahaja, adalah selemah-lemah keimanan (Muslim)

Teringat satu kisah, Sayyidina Hassan dan Hussain, cucu Rasulullah s.a.w membetulkan sorang tua yang amik wudhu' tak betul. Diorang tak tegur directly cakap "Pakcik amik air semayang tu salah tu pakcik. Tak sah! Abis la semayang pakcik selama ni kena qadha' balik. Camne ni pakcik?!" heheh...kalau camtu alamat kena penampo jepun sebijik gaknye dgn pakcik tu. kecik2 dah cakap banyak pulak. Tapi diorang dgn kebijaksanaan diorang, buat cenggini...sorang amik air semayang gaya2 pakcik tu....sorang lagi tegur, salah tu, camni cara amik wudhu' yang betul....pakcik tu pun tengok..eh..budak ni amik air semayang cam aku...tapi budak lagi sorang tu tegur....agaknya aku amik air semayang ni salah ni. baik aku tengok camne budak tu amik air semayang yang betul. haa..kan bagus gitu. pakcik tu pun tak sakit hati.

Lagi satu kisah Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ni cakap...Wahai Rasulullah...izinkan aku berzina. aik...apa ke pelik mamat ni. nak kena sebat ke? selamba je nak berzina siap mintak izin lagi dgn rasulullah. Tapi Rasulullah relaks je...takde marah2...bukan cam kita. Rasulullah dgn tenangnya jawab balik...
"Wahai orang muda, sukakah kamu kalau ibu kamu berzina?"
Lelaki tu jawab...tidak ya Rasulullah.
"Sukakah kamu kalau saudara perempuan kamu berzina?"
"Tidak ya Rasulullah"
Haa...Kalau kamu tak suka mereka berzina...kenapa kamu pulak nak berzina? macam mana pulak agaknye perasaan sedara mara perempuan yang kamu nak berzina dengannya tu?Tentu tak suka jugak kan?
Akhirnya lelaki tu pun tak berzina sejak dari itu sampai ke akhir hayatnye.

Kesimpulannya, menyuruh berbuat baik pun kena buat, mencegah kemungkaran pun kena buat tapi perlu kena dengan cara-caranya agar matlamat tercapai insyaALlah. dan lanjutan dari itu, sesudah amar ma'ruf dan nahi mungkar telah dilaksanakan...kenalah pulak yang bercakap tu, buat apa yang dilakukan. jangan hentam orang je tau tapi diri sendiri lupa. Mudah-mudahan kawan terselamat dari jadi golongan2 macam tu...doa2 la ye. ^_^

Saturday, November 08, 2003

Cinta dan pengharapan

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup ku teruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaranMu
Ya ALlah Tuhanku bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini...



KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum kutemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
APAKAH KAU AKAN MENERIMA PENYERAHAN INI
APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU DALAM KEADAAN BEGINI...



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit pun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit pun
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


balik terawih, dengar lagu ratu syahadah, syahdu dan terharu mendengarkan cinta umat zaman dulu pada ALlahu rabbi. Adakah cinta kita pada ALlah dah sampai ke tahap itu? Sedangkan cinta ALlah pada kita melangkaui seluruh langit dan bumi....

Dari Abu Dzar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda, Allah azzawajalla berfirman - dalam hadith Qudsi: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, maka baginya adalah pahala sepuluh kali ganda atau Aku tambahkan lagi, dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan, maka balasannya ialah keburukan yang seperti itu atau Aku ampunkan dosanya. Barangsiapa yang mendekati Aku sejengkal, maka Aku mendekatinya sehasta, barangsiapa yang mendekati Aku sehasta, maka aku mendekatinya sedepa. Barangsiapa yang datang padaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang padanya dengan bergegas-gegas. Barangsiapa yang menemui Aku dengan membawa kesalahan hampir sepenuh bumi, asalkan ia tidak menyengutukan sesuatu denganKu, tentu Aku akan menemuinya dengan pengampunan sebanyak kesalahan yang dilakukan olehnya." (Riwayat Muslim)

Tuhan, LERAIKANLAH DUNIA YANG MENDIAM DI DALAM HATIKU INI...kerana di situ, tidak mampu untukku kumpul dua cinta. Hanya cintaMu yang ku harap tumbuh, dibajai bangkai dunia yang ku bunuh...

Tuesday, November 04, 2003

Peringatan besar untuk kaum wanita

Forwarded email... bagus jugak utk peringatan semua

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Allahu A'lam

Monday, November 03, 2003

8 ke 20?

Bila terawih kat malaysia ni (selepas sekian lama), tiap2 taun mesti ada isu yang sama yang tak abis2 nak dibahaskan. Nak semayang terawih 8 rakaat ke 20 rakaat? Hmm.. isu sensitip ni. Ada yang sampai boikot2 lagi...tak pegi masjid tu sebab semayang 8 rakaat je, tak suka imam tu sebab semayang 20 rakaat dan macam macam lagi.
Kawan bukan la mufti/ulama' nak bahaskan pasal isu ni cuma kawan nak quote kata2 as syaheed imam Hassan al Banna bila mana orang2 di kawasan beliau bertelagah pasal nak semayang 8 rakaat ke 20 rakaat. Bila mereka bertanya pada as syaheed imam, beliau menjawab

"solat terawih itu sunat, sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat, tapi perpaduan sesama saudara seislam itu adalah wajib. Adakah kamu nak mengorbankan perkara yang wajib (tak bersatu padu, bertelagah pasal isu ni) semata2 kerana nak buat yang sunat?"

maka kesimpulannya, sapa yang nak buat 8 rakaat, buat la 8 rakaat, dan sapa yang nak buat 20 rakaat, buat la 20 rakaat. takyah nak bising2. 8 rakaat pun boleh, 20 rakaat pun boleh. bergantung pada kemampuan + maslahah masing2. Baca buku sirah, tengok balik bila yang umat Islam solat 8 rakaat, bila yang solat 20 rakaat, bila yang berjemaah dan bila yang tak berjemaah. Jangan main hentam je ikut2 orang ie. taqlid membabi buta. Yg pentingnya, walaupun ada yang buat 8 rakaat/20 rakaat, sahabat2 takde pun gaduh2 zaman Rasulullah dulu. Apsal la kita lak nak bising2 skang ni ye? ^_^

Muhasabah seminggu Ramadhan

Ramadhan dah berlalu seminggu. Jom kita check2 balik apa kita dah buat sepanjang seminggu dalam institut Ramadhan Kareem ni. Semoga kita semua grad dgn cemerlang di penghujung Ramadhan nanti.

- puasa tu adakah puasa seperti para Nabi dan Rasul, puasa seperti para Sahabat, puasa seperti para wali, puasa seperti para ulama'..atau puasa kita hanya setakat lapar dan dahaga sahaja

- puasa tu tahan mulut dari makan saje ke atau tahan mata dari pandang benda2 yang maksiat, tahan mulut dari bercakap perkara yang maksiat + lagha, tahan kaki dari pergi tempat2 maksiat, tahan tangan dari buat benda2 maksiat, tahan telinga dari dengar perkara2 maksiat?

- dah berapa ayat Quran agaknya kita baca sepanjang seminggu ni? dapat ke satu juzuk sehari atau pun masih berabuk lagi al Quran atas almari tu?

- baper banyak duit dah disedekahkan sepanjang seminggu ni? Rasulullah s.a.w bersedekah paling banyak bulan ni. kita takkan nak simpan dalam bank je duit tu. Dah sedekah kat masjid? dah sedekah kat faqir miskin? dah beri makan untuk orang2 yang berpuasa? tinggal 3 minggu je lagi ni

- baper banyak kali dah bangun tengah malam munajat pada ALlah? ke bangun malam nak tengok bola je lebih? Dah cukup ke kita hidupkan malam2 dalam seminggu ni? dah solat tasbih, solat hajat, solat tahajjud, solat taubat banyak2? ke tarawih pun asik miss je?

- berapa banyak air mata dah dititiskan kerana mengenang + menyesali dosa kita yang banyak tu? dah taubat ke belum? ataupun sama je macam dulu, tak kisah pun pasal dosa sumer?

- dah lepas seminggu ni, sedih ke happy? happy ke sebab tinggal 3 minggu lagi nak raya? tak sabar2 ke kita nak abiskan puasa? ataupun sedih sebab seminggu dah abis....sedih sebab tinggal 3 minggu je lagi sebelum berpisah dgn kekasih kita Ramadhan ni. Taun depan baru nak jumpa balik...itupun kalau jumpa...


bukanlah kawan nak mengajak kita semua ni menghitung amalan satu satu tapi cuma nak buat wakeup call bak kata omputih pun. seminggu dah berlalu...adakah kita puas dengan seminggu yang berlalu ni, ataupun kita rasa sedih sebab seminggu yang berlalu tu rasa macam takde apa sangat yang kita dah buat pun utk dipersembahkan pada ALlah. Tinggal 3 minggu je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita lagi. Adakah peluang yang ALlah dah beri pada kita taun ni, nak kita sia-siakan macam tu je? Semoga baki 3 minggu ni lebih baik dari seminggu yang telah berlalu...dan semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari Ramadhan taun lepas...sebab kita tak tau, adakah sempat utk kita bertemu kembali dgn Ramadhan pada taun hadapan. Ramai sedara mara kawan yang taun lepas sama2 menyambut Ramadhan tapi taun ni tak jumpa lagi Ramadhan. Rebutlah peluang sementara ada. Gunakan masa yang ALlah kasik ni secukup2nya. Taqabbalallahu minna wa minkum insyaALlah

Friday, October 17, 2003

dan aku pun masih lagi...

aku masih lagi punya hati
yang mungkin kau sangka
sudah tidak aku miliki
cuma
aku simpan suaranya
kedap dari dunia luar
kau takkan dengar lagi
suara yang sumbang ini
menerjah masuk ke dalam hidupmu
bakal bikin susah segalanya

aku masih lagi punya ingatan
mungkin aku simpan di sana
mungkin aku bisa lupa
mungkin juga...

aku juga masih punya mesin ini
butang-butangnya ku tekan
tercatat segalanya
disusun rapi
tak perlu ku suarakan
sekadar menekan-nekan
sekadar membiar otak
menghantar isi hati ke jari jemari

namun
aku tidak punya kawan yang bisa mendengar
seperti ratusan yang kau ada
yang bisa kau kongsi perasaanmu
yang bisa kau bercerita dengannya
kisah peribadimu
aku?
aku masih lagi seperti ini
punya cerita namun simpan sendiri saja
punya rasa
namun pasti tak ingin kau dengarinya
aku hanya buka pekung di dada
aku hanya bakal mengundang tawa ejekan semua
biarlah aku dengan hatiku
dengan ingatanku
dengan mesin ini
atau
masihkah ingin kau dengari?

Wednesday, October 15, 2003

Cuti cuti malaysia

Penat betul dua tiga hari ni. Asik drive keta je kejanya. dari muar sampai la ke kajang sampai la ke kl sampai la ke....dot dot dot ^_^. mula2 bawak abang kawan balik ke kajang, tapi dia suruh bawak dia pegi ke site dia la pulak. satu kat batu pahat. kat situ buat projek nak buat jeti untuk nelayan + warong2 tepi laut. lepas tu satu lagi kat mana ntah kat kl tu, kawan drive, abang kawan tunjuk jalan, yang ingat ada ikut jln kuching je..heheh. rasanya pegi ke kepong,ntah le. site yang kat kl tu nak buat kawasan perumahan tapi tepi tasik bekas lombong. pun kompleks jugak nak buat projek tu sebab nak kekalkan keaslian bentuk muka bumi + flora + fauna tapi ada taman perumahan pulak. Tak gemor le kawan jadi civil engineer ni. asik kena tengok site je...letih. ni baru dua site kawan pegi dah letih dah. lagi pun kawan tak suka sangat design benda besar2 cthnya bangunan2, rumah2 ni. kawan design website boleh le. hehehe.

pehtu jalan2 kat kajang. pegi supermarket warta dgn pegi xtra kat mines (luar skit dari kajang ^_^). kat mines tu best la tapi pegi dgn anak sedara apa bestnye. asik kena belikan aiskrim dgn coklat je. kalau pegi dgn zaujah ke, shopping baju ke best jugak. kat warta best sebab jumpa benda yang dicari cari selama ini. Teka apa?hehehe. Jumpa kaset2 nasyid yang lama2 dulu. Tu le. Dulu masa sekolah taknak dengo nasyid, kan dah rugi. skang baru terkial2 nak mencarik. carik punya carik kat satu kedai ni, jumpa kaset the zikr yang pilihan terbaik tu. tanya kat abang kedai tu, ada cd dia tak? pastu dia cari jumpa, alhamdulillah. kawan bukan apa, nak dengar dalam keta je. sebab kat komputer dah ada. pehtu abang tu tanya, suka nasyid lama ke? kawan jawab, a'ah tapi sekarang ni susah nak cari ek? abang tu cakap...tu la. dah jarang keluar dah. pehtu kawan beli kaset nada murni arabic nasyid punya..best gak...ada dua lagu yang kawan minat..aiyu zikra dgn maulana ya rasulallah. pehtu beli kaset hijjaz yang baru..dan barang terakhir yang kawan beli kat kedai tu..jenjejeng...CD in team...sbb ada lagu nur kasih (favourite), damba kasih, ratu syahadah, dgn banyak lagu2 pasal suami isteri. oops terjiwang pulak ^_^.

pastu satu kedai lagi kawan pegi lagi banyak kaset2 nasyid lama. Fuh, rambang mata kawan dibuatnya. kawan pun cari la punya cari. sekali tu terjumpa satu kaset ni, tajuk dia kasih mesra. nada murni nyanyi tapi nasyid2 pilihan. ada satu lagu tu yang memang kawan lamaaaaa dah cari. Tajuk nasyid tu Apa Sudah Terjadi. Nak denga? meh kawan nyanyi ^_^

APA SUDAH TERJADI

apa sudah terjadi
manusia di hari ini
nilai insan sudah hilang tiada lagi
identiti sebagai manusia
lenyap sama sekali
kerana duit dijual apa sahaja

ilmu dijual untuk mendapatkan gaji
iman dan islam dikorbankan
untuk kesenangan diri
badan diserahkan kepada
binatang-binatang jalang
yang berupa manusia
yang bernafsu rakus

kerana wang
rupa yang cantik
diiklankan bersama barang
kerana kemewahan untuk
kapitalis yang mencari kekayaan
yang tidak puas dengan cara halal
yang tidak berperikemanusiaan
yang ingin untung dengan sebanyaknya
tanpa memikirkan maruah orang

siapakah yang akan menyedarkan mereka
siapakah yang akan membimbing mereka
siapakah yang akan membetulkan mereka
siapa oh siapa

moga ALlah datangkan seorang pembela
moga ALlah datangkan seorang pembela



haa...sedap tak kawan nyanyi. hehehe. kalau ada sapa2 nak buat walimah tu, takyah le jemput unic ke, rabbani ke, jemput kawan nyanyi pun boleh. ^_^

Lagi satu peringatan nak share skit dgn sumer. Masa kawan bawak keta jauh2 ni kan...kawan realize something. Masa memandu ni, kita (esp. kawan) terdedah sangat2 kepada penyakit2 hati. Yang kawan nampak sangat ada tiga....'ujub, takabbur dgn hasad. Haa...jangan memain. bawak keta pun boleh timbul penyakit2 hati kita ni.

'UJUB - bila kita dapat potong keta banyak2 + dapat cilok celah2 keta + drive laju2 tinggalkan sumer keta kat belakang. fuh...terasa kita ni hebat sgt sbb boleh jadi raja di jalanan. konon aku la yang paling terer bawak keta sbb abis sumer keta kena potong. konon kita la yang paling cekap sebab boleh cilok2.

TAKABBUR - susulan dari 'ujub. bila kita rasa kita dah best, konon kita yg paling terer bawak keta, kita rasa orang lain ni sumer tak reti bawak keta. haa..mula la. bila ada keta bawak slow je, pastu kita pun takleh potong sbb keta arah bertentangan tu banyak, mula la kita bercakap2 dalam hati."hampeh betul drebar depan ni, bawak keta pun tak reti. slow cam ni baik bawak beca roda tiga. kalau aku, dah lama berdesup kat depan tu. potong keta pun takut. baik takyah. aku lima bijik keta sekali potong tak heran pun"

HASAD - bila ada keta nak potong kita selepas kita rasa kita ni terer. maka kita pun terasa keta lain sumer takleh dan tak sepatutnya potong keta kita. so bila ada keta nak potong je, kita pun tekan minyak...tak kasik keta belakang potong. takpun masa keta tu tengah potong..kita himpit pulak, tak kasik dia potong jugak. dalam hati kata "haa amik ko, nasib la. takde pasal aku nak kasik ko potong. padan muka ko"


Begitu la sedikit sebanyak peringatan yang kawan boleh share yang kawan dapat masa jenjalan bawak keta lama2 ni. Alhamdulillah, cuti cuti malaysia bukan cuti cuti kosong tapi dapat jugak pengajarannye ye? Lenkali kalau bawak keta tu, ingat2 la skit apa kawan cakap ni (esp kawan le). Jangan sampai timbul perasaan 'ujub, takabbur & hasad dalam hati kita insyaALlah.

Friday, October 10, 2003

Duhai bonda...

Selalu baca blog baiti, mesti bergenang je air mata. ish..baiti ni biasa ni. suka buat orang nangis. nanti kabo kat syah baru tau. hehehe. tapi bagus la baiti suruh nangis sebab kenangkan jasa ibu. ye la dia pun bakal jadi ibu insyaALlah, tu yang promote tu.

bila terkenangkan jasa ibu ni, teringat kawan satu pengalaman masa kat uk dulu. Kawan tengah naik tube aka underground aka lrt bawah tanah. pastu kawan duduk kat satu seat ni. depan seat kawan ni kosong. time tu tgh rush hour, so bersesak2 le + berebut2 org nak duduk. tetiba kawan nampak sorang mak dgn anak masuk tube tu. anak dia dlm darjah satu camtu la umur dia. kawan ingatkan mak dia nak duduk, pastu anak duduk la atas riba kan, sekali mak dia suruh anak dia duduk. mak dia terus berdiri. nak offer seat pun dia tak nak. dia nak diri sebelah anak dia. Bergenang air mata kawan tengok camne pengorbanan sorang mak demi anak dia. biar la mak berdiri, asalkan anak dapat duduk sedap2 atas kerusi.

Teringat kawan masa kecik2 dulu, mak kawan dukung kawan kat belakang dia. Jalan gi rumah jiran. pastu mak kawan tersilap langkah lalu terjatuh...kawan pun terjatuh sekali. Pastu tengah2 terduduk tu, kawan gelak pulak (ish apa la punya anak). Mak kawan tanya, nanti bila mak dah tua, nak dukung mak camni tak?sampai jatuh2 mak nak dukung awak. kawan cakap tak nak..berat.

hampes betul kawan punya mulut time tu. tapi time tu kawan kecik lagi, belum tadika lagi pun. jangan la marah kat kawan ye. kalau sekarang ni kawan cakap camtu, memang nak kena penampo jepun lapan juta kali. kesian kat mak. sampai jatuh2 bawak anak dia sorang ni

teringat lagi satu peristiwa masa kawan form 1...kena chickenpox (betul ke eja). punya la seksa kena penyakit ni, badan panas, pastu pedih kalau biji2 tu pecah..adus. malam tu kawan tido, mak temankan kat sebelah. kawan pun tak ingat pukul berapa kawan terjaga tengah2 malam tu. kawan tengok kat sebelah, mak kawan tengah kipaskan kawan. pastu makin lama, kipas tu makin slow, makin slow, pastu terhenti atas dada kawan, pastu tiba2 dia kipas balik. kawan tau mak kawan kipas kawan sampai tertidur, pastu bila dia terjaga, dia sambung balik kipas. bergenang lagi air mata kawan tengah2 terbaring tu...mak sampai tak tido nak kipaskan kawan..kawan sedap je tido kat sebelah tu.

hmm...kadang2 bila kita fikir balik kan, pengorbanan mak pada kita ni banyak sangat. Agaknye kalau kita la, boleh ke kita buat camtu kat mak kita. Sanggup ke kita tak tido malam nak jaga mak kita yang sakit? Ada yang boleh , ada yang kata, tido dgn bini lagi best. Sanggup ke kita nak dukung mak kita kalau dia takleh jalan? ada yang kata berat la, susah la, macam2. Padahal mak berkorban utk kita,biar dia sakit, biar dia susah, biar dia penat, dia tak pernah pedulikan pasal diri dia pun, yang dia pentingkan hanyalah kesenangan kita, kesihatan kita, kebahagiaan kita. Kita ada ke pernah buat camtu kat mak? yang selalunya, kita lepaskan diri kita dulu, agak2 tak susah baru tolong mak. Kalau penat skit tu, dah malas nak tolong, biar mak sorang2 buat kerja. Sian kat mak. Apakah terbalas segala jasanya...

JANGAN PERGI DULU IBU

Jangan pergi dulu ibu
Tangan ini masih lagi dingin
dari hangat memapah tubuh sucimu
keringat ini masih belum menitis
dari penatku membanting tulang
mencari rezki buat membalas
tiap suapan nasi yang kau isikan ke dalam hidupku

Jangan pergi dulu ibu
Air mata ini belum puas lagi mengalir
Hati ini masih belum puas lagi merintih
Di kesepian gelap malam
Munajat mengharapkan keampunan dosamu
Mengharapkan kesihatan dirimu
Menginginkan kebahagiaan dirimu

Jangan pergi dulu ibu
kerna tiap kasih yang kau curahkan
tiap cinta yang kau hamparkan
redup damai mesra yang kau teduhkan
masih belum dapat ku balas
masih belum terlaksana tugasku
masih terhutang lagi diri ini padamu wahai ibu

Tuhan
izinkan dia menghuni hati ini sehingga ke akhirnya
izinkan amanah ini kulaksanakan sepenuhnya
izinkan aku menjadi anak
yang sentiasa menggembirakan hatinya
dan andai kau ingin menjemputnya
izinkan dia pergi
dalam dakapan kasihku
dalam kehangatan pelukanku
di atas ribaan manjaku
seperti dia mendakap aku
seperti dia memelukku
seperti dia meriba diriku
dengan kasih, cinta dan sayangnya
yang tak pernah terurai
dan tak pernah terungkai

Jangan pergi dulu ibu...




DUHAI BONDA

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Dia dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti
kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Sunday, October 05, 2003

Tazkiratul maut

Semalam, another person dearest to me passed away, pulang ke rahmatuLlah, menuju ke negeri abadi. Semoga ALlah menempatkan rohnya bersama para syuhada' dan solihin dan bersama mereka yang dikurniakan nikmat syurga dari ALlah. Ameen ya Rabbal 'Aalameen.

Kalau nak membicarakan bab peringatan2 kematian ni, agaknya kawan ni orang yang paling hampeh sekali kalau tak nak beringat pasal kematian, sebab almost every year, ada je someone dearest to me yang passed away. Form 2-pak sedara belah mak, form 3-atuk belah ayah, form 4-nenek sedara, form 5-nenek belah ayah, first year a level-nenek sedara, second year a level-nenek belah mak, first year-exclassmate/partner beregu badminton wakil sekolah, second year-nenek sedara, fourth year-sepupu & pak sedara belah ayah, taun ni, dia pulak.

hmm....dia dapat penyakit sebulan yang lalu. Bila nak meninggal tu, suami dia ada sebelah. Dikhabarkan, mata dia selalu sangat pandang ke atas, seolah2 nampak pengunjung2 yang datang ketika maut mulai hampir. Kemudian bila dah dekat tu, dia melambai2 tangan. Dia kata "Orang tu ajak saya balik, orang tu suruh saya salin baju baru" Kemudian alhamdulillah, segala lafaz La Ilaaha IllaLlah dapat dilafazkan dengan sempurna dan dengan keinginan dirinya sendiri, suami dia pun tak susah2 nak ajarkan...dan dia pergi dengan penuh ketenangan.

Kita tak tau apa amalan dia kan? dan kita tak boleh judge apa kesudahan dia...tapi kita memandang pada yang zahir....apa yang ALlah tunjukkan di saat2 akhir kehidupan dia. Dia memang rapat dengan kawan, dan yang kawan respek dia ni is dia selalu melazimkan membaca al-Quran, in fact dia selalu ajar kawan baca dgn bacaan yang betul & dgn lagu2 sekali, cam musabaqah tu. Mungkin dgn lidah yang basah dgn KalamuLlah itu, ALlah kurniakan dia kemudahan di akhir kehidupan dia.

Ujian kehidupan dia dah sudah, masa dia utk mengabdikan diri pada ALlah kat dunia ni dah tamat, dia dah menuju ke negeri abadi, tempat yang takleh patah balik, selesailah sudah tanggungjawab dia kat dunia ni

KITA MACAM MANA?
BILA PULAK MASA KITA YE?
DAH SELESAI KE SEMUA TANGGUNGJAWAB?

DAH READY KE?

Friday, October 03, 2003

Memaafkan dan tidak menghiraukan orang-orang yang jahil

Sekadar memetik bab 75 dari kitab Riyadhus Shalihin susunan Imam Nawawi. Peringatan untuk diri sendiri.

ALlah berfirman

Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah engkau menghiraukan tindakan orang-orang yang jahil (al A'raf : 199)

Berilah orang-orang itu kemaafan yang baik (al Hijr : 85)

Hendaklah mereka memberikan pengampunan dan kelapangan dada. Tidakkah engkau semua senang jika ALlah memberikan pengampunan pula kepadamu? (an Nur : 22)

Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali 'Imran : 134)

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (as Syura : 43)

Hadith Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda "Bukanlah orang yang gagah (yang terpuji menurut syara') itu ialah orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah" (Muttafaq 'alaih)

Thursday, October 02, 2003

Secebis kisah

Ada satu cerita mengenai seorang ayah, seorang anak dan seekor keldai. Menurut satu riwayat, dikatakan mereka ni ialah Luqman al hakim dan anaknya tapi ada riwayat lain tak menyebutkan nama. Kawan rasa baik kawan cerita balik kisah ni tanpa menyebut nama, so citer ni pasal sorang ayah dan sorang anak.

Satu hari ayah ni cakap kat anak dia, "Wahai anakku, hari ni aku nak kasik kau satu pelajaran dalam hidup. Aku nak tunjukkan kat kau yang manusia ni macam2 kerenah dan perangai dan kalau kau nak ikut semua cakap manusia ni, tak terikut punya + tak boleh nak satisfy semua orang. So jom kita keluar, bawak keldai kita tu, kita pegi bandar"

Ayah ni pun naik atas keldai, sementara anak jalan kaki pegang tali keldai tu bawak ayah dia gi bandar. Sampai kat sekumpulan orang ni, ayah dgn anak ni kena sound "Cuba kau tengok tu, apa le punya takde hati perut betul orang tua tu. Dia senang lenang duduk atas keldai. Anak dia yang kecik tu disuruhnya tarik keldai tu. Tak patut betul. Mendera anak betul orang tua ni"

Lepas lalu kat manusia2 tadi, ayah ni pun cakap kat anak dia "Betul jugak cakap diorang ni. Oklah nak. Kau pulak naik keldai ni, biar ayah pulak tarik tali keldai" Anak ni pun ikut cakap ayah dia. Dia naik keldai, ayah jalan kaki

Sampai kat satu group manusia ni pulak, kena sound lagi "Anak ni betul la tak mengenang budi. Ayah dia yang tua tu disuruhnya jalan kaki. Dia yang sihat tubuh badan, kaki kuat lagi, duduk atas keldai pulak."

Bila jauh skit dari group of people tadi, ayah pun cakap kat anak dia "Betul jugak kata orang2 tu. Hmm...oklah. Senang citer camni la. Kita dua2 naik keldai ni, so takde diskriminasi. Dua2 dapat senang lenang naik keldai." So ayah ni pun naik keldai tu sekali.

Sampai kat satu tempat ni, jumpa lagi beberapa orang manusia yang duduk kat tepi2 jalan tu....kena sound jugak "Sampai hati betul ayah dgn anak ni, keldai tu dah la tua, tak larat jalan, dia berdua duduk atas keldai tu pulak. Abis patah pinggang keldai tu nanti. Ish, kesian betul kat keldai tu"

Ayah tu pun cakap kat anak dia..."Betul jugak ye kata diorang tu. Oklah, camni. Kita sama2 turun jalan kaki tarik keldai ni gi bandar" So dua dua pun turun dari keldai...jalan kaki je

Dekat2 nak sampai bandar tu, jumpa lagi manusia2 kat tepi2 jalan tu. Kena sound jugak "Ni dua orang ni betul la punya pandai. Dah ada keldai, boleh naik keldai, dia pegi jalan kaki pulak heret keldai tu pegi bandar. Kan ke menyusahkan diri sendiri tu"

Akhirnya bila sampai kat bandar, ayah tu cakap kat anak dia "Cuba kau tengok wahai anakku. Betul tak apa yang aku bagitau kau kat rumah tadi? Kalau kita nak ikut semua cakap manusia yang sound kita tadi, teruk kita dibuatnya. Buat tu salah, buat ni salah. Lama2 tak kemana kita. Memang kita takleh nak satisfykan semua orang kat dunia ni"


Begitu la secebis kisah yang boleh kawan citerkan. Pengajarannya (actually pengajaran utk diri kawan sendiri..saja nak share) hidup kita ni, let us decide ourselves berdasarkan Quran dan Sunnah. Tu je panduan yang betul. Ikut cakap manusia...bukannya semua manusia betul. Lepas tu setiap manusia ni ada pandangan masing2 tapi at the end of the day, it is our lives not theirs. Apa consequences daripada tindakan kita, kita yang tanggung bukan mereka. Dengar pendapat boleh, tapi nak ikut tu, pikirkan diri kita sendiri, pikirkan apa yang KITA akan hadapi lepas ni, jangan pikirkan nak sedapkan hati orang lain sedangkan diri kita sendiri tersiksa jiwa raga. Of course kalau boleh nak satisfykan semua, tapi for me (based on my horrid experience), my priority is still my own life. Sebab bila kita menanggung penyeksaan dari tindakan kita based on dengar cakap orang ni, takde sapa yang boleh meringankan beban kita ni kecuali ALlah. Kalau kita fail exam, ada orang lain boleh pass kan kita? mana ada. Kalau kita tersiksa sampai eksiden, ada orang boleh amik skit sakit eksiden tu share ramai2 biar tak sakit kita ni? takde. We will be left alone, cuma ALlah je yang ada dgn kita. Yang ramai2 dok cakap2 kat kita tu, bukannya boleh tolong apa pun. At the end of the day, kita sorang2 jugak. So think wisely before listening to others. Macam citer tadi la...orang boleh cakap macam2 tapi yang naik keldai turun keldai kita jugak.....ada orang tepi2 jalan tu nak offer naik keta? mana ada. Itu je le nak cakapnye. Tapi ni personal opinion...terpulang pada masing2...ada orang suka ikut cakap orang. Kawan dah letih dah ikut cakap orang ni sampai kawan pun terlingkup. So i've decided to choose my own path in life bukan dari cakap2 orang. Tak terpengaruh dan tak nak dipengaruh pun. ^_^

Monday, September 29, 2003

Coretan perjalanan

Hari tu jenjalan gi kl..jenjalan naik waja jugak mcm missapple. mula2 gi kajang hari jumaat lepak rumah abang. best jugak bawak keta sorang2, dah lama tak bawak laju2 kat highway ni...tapi hari tu ada speed trap sampai dua. Alhamdulillah kawan tak kena saman. ^_^

Hari sabtu jenjalan ke rumah missapple kat Bandar Tun Hussein Onn. Tak pernah pegi pun sebelum ni. nekad je le meredah kawasan tu. dari kajang senang je rupanya nak pegi...ikut highway kajang-cheras tu. pastu call missapple mintak alamat dgn cara2 nak gi sana. Tapi kawan ikut jalan lain..hehehe. tak ikut panduan yang diberikan, tu le melawan cakap cikgu. kawan pun ikut papan tanda, actually ada dua jalan yang boleh sampai ke rumah missapple tu so takleh la kata sesat ye tak. follow punya follow papan tanda tu, sekali makin lama makin tak macam kawasan perumahan lak kat situ, pastu masuk ke taman seri taming. eh, kawan kata, ni dah taman lain lak ni. macam dah salah je. pastu call missapple, dia pun tak tau camne nak bagitau direction rumah dia dari situ. cet. memang kena guna skill survival kawan la nampak gayanye ni. kawan pun trace balik jalan yang kawan lalu tadi. habis sumer simpang kiri kanan kawan masuk nak carik jalan suadamai. macam macam sua jumpa. sua sue kemuning je tak jumpa lagi.

lastly, jumpa la jugak suadamai tu, nak mencari jalan 4/1 la pulak. kawan masuk 2/1..ingat kan lepas 2/1 ada la 4/1..sekali jalan terus, melompat ke 6/1 la pulak. ceh. apa la sistem pernomboran dia. complex betul. pusing ke depan skit baru la jumpa 4/1. alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak rumah missapple ni. main sorok2 pulak.

gi rumah dia ada dia, adik dia duorang dgn sepupu dia. gi sembang2, dah lama tak berbual dan dah lama tak jumpa. pastu dah penat berbual, gi makan2 pulak. lunch. best2. tapi biasa la, kena control makan kat rumah orang..heheheh. pastu tengok garden yang diusahakan oleh missapple and co. lawa dah garden tu, walaupun tak siap lagi. kebanyakannya missapple la yang buat kan sebab dia tengah cuti....hehehe.lepas semayang, mak missapple i.e sepupu kawan pun balik dari kerja. berbual lama la jugak dgn dia diselangi oleh missapple kejap2 masuk dalam conversation...best gak perbincangan hari tu kan missapple? ^_^

dalam kol 5 petang kawan pun balik la ke rumah abang kawan tu. malamnye gi makan sate kajang...fulamak best nye. dah lama tak pekena...diselangi pulak dengan roti bakar dan tayangan bola live chelsea lwn aston villa..fuh..class gitu.

esoknye gi kl naik komuter + putra. komuter delay lak aritu...dia cakap harap maaf, keretapi akan/sampai lewat...hehehe. nak tergelak lak dengar bila translate jadi melayu. sampai kat sana, jumpa la kawan2 ex-students uk. best best. walaupun tak sampai sebulan tak jumpa, tapi macam2 updates dapat haritu, ada senior yang dapat anak kembar la, ada yang dah kawin la, ramai pulak yang dijangkakan single tapi sekarang dah nak tunang la....best2...seronok dengar berita kemaskini sahabat2 sumer. lama jugak berbual dgn senior2 yang dah kerja. banyak dapat insight dari diorang pasal situation kerja dan profession masing2 yang pelbagai. ada engineer, ada lecturer.

petang tu gi jenjalan dgn beberapa orang sahabat pegi CM, petaling st dgn puduraya. actually nak hantar diorang balik utagha, so terlanjur kat puduraya tu, singgah le kejap kat kedai2 buku kat situ. sempat la jugak beli kaset2 nasyid the zikr & nada murni yang lama2 tu. seronok jugak. ingatkan diorang dah tak produce lagi nasyid2 lama tu. pastu beli bahan bacaan nak tambah ilmu skit. dekat kol 6 camtu pulang la kawan ke kajang balik.

lepas sembang2 dgn diorang tu, teringin pulak kawan nak sambung buat PhD kat UK/US. most likely kat UK kot sbb kawan pun dah familiar dgn negara tu. boleh gi europe sekali..hehehe. Hmm....plannya macam tu la setakat ni. maybe nak keja kat KUITTHO, jadi lecturer, walaupun takde skil mengajar, tapi insyaALlah boleh kot. At the same time, kawan boleh keja part time bukak company sendiri, itu plan kawan setakat ni. Apa yang kawan terpikir, nak buat IT consultancy apart from giving out lectures. Camtu la insyaALlah. Tapi kena la kawin sebelum fly sambung phd, sbb kawan plan nak bawak zaujah sekali....hopefully dia nak ikut, leh honeymoon sekali...tempat honeymoon rahsia, tapi kawan dah pikir dah nak gi mana..hehehe. insyaALlah semoga hajat kawan ni dimakbulkan. ^_^

Wednesday, September 24, 2003

Gembira ada, tension pun ada

Tadi tengah berchatting2, tiba2 dapat phone call dari sorang sahabat ni. Alaa...yang offer kawan kerja dgn dia aritu. Aritu kawan dah turn down offer dia. Sekali hari ni dia call, dia cakap bila yang kawan boleh kerja dgn dia, dia memang reservekan post tu utk kawan. Alhamdulillah, kawan pun cakap maybe after next month kot. Pastu dia pun explain la serba sedikit pasal tugas kawan nanti tu, pasal company etc etc. Kawan plan memang nak visit pun company tu, tengok camne. Gaji standard aa, takde la macam multinational companies sumer tu. Company tu kat Subang Square, dekat dgn Subang Parade. Naik komuter pun boleh kalau dari kl. tapi kawan ingat kalau keja dgn dia, nak tinggal subang aa....tak nak travel jauh2.

Lagi satu shocking news, (cis jeles jeles), dia kata dia nak kawin ujung taun ni. Arghhhh!!! KINAPA KAO SINGAJA MENJELESKAN AKU! kawan kenal sangat dia ni, one of my friends yang kawan tak rasa akan settle down cepat2. cis, rupanya dia settle down lagi cepat dari kawan. Jelesnye jelesnya. dah le bakal isteri dia tu, kerja sekali dgn dia bukak company tu. Fuh, senang hidup, keja sekali dgn isteri, memang memahami pasal company dan memahami hidup. My jeles-o-meter is rising and rising and rising....Tapi alhamdulillah kawan tumpang gembira utk dia...seronok tengok orang nak kawin ni. Cumanye.....eeeee jelesnyeee tengok orang dapat kawin awal2 ni!

Tuesday, September 23, 2003

Ubat penyakit takbur

Jumpa artikel ni kat majalah Anis (bukan kawan beli ye, jumpa kat rumah). Best gak share ngan sumer orang

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri iaitu:

1. Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita

2. Apabila bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada ALlah

3. Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah beliau leibh mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya

4. Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu

5. Apabila bersua dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh ALlah s.w.t. Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahal tidak mampu kita pastikan
seminggu dah duduk kat malaysia ni. dah puas sangat dah menjamu selera. cukup la tu rehat2 ye abuhandzalah. gi gerak2 kan tulang tu. jangan jadi kentang kerusi malas (couch potato - betul ke translation tu...heheh). Actually takde benda yang happening pun duduk kat rumah ni so takde benda nak tulis kat blog especially bila computer kat rumah ni computer zaman p.ramlee baru nak belajar merangkak dulu. tapi lebih baik ada daripada takde. nak tunggu komputer kawan yang kat uk tu, lagi tiga bulan le baru sampai.

hari tu baru turn down satu offer kerja. sorang sahabat ni offer kawan kerja dgn dia, tapi disebabkan ayah kawan pun tak berapa sihat lately...kawan cakap kat dia, takpe la, cari la orang lain dulu, kawan maybe takleh join until after 2/3 months kot sebab nak jaga rumah. kawan tak menyesal sangat pun, best keja dgn dia tu, tapi kawan rasa baik la kawan menceriakan rumah parents kawan ni dulu. parents pun dah rindu agaknya anak dia ni lama dah tak balik. lagipun ayah kawan tu dah agak tua dah, so sekarang ni kawan jadi drebar tak bertauliah, bawak dia gi mesjid, bawak gi bandar, bawak gi pasar (provided kawan tak tidur..hehehe). sebulan lepak dgn parents ok kot. kasik sampai terubat rindu, lepas tu baru kawan keja. kalau sahabat kawan tu nak orang lagi, boleh la kawan keja dgn dia, tapi kalau dia dah takde kekosongan, kawan carik je la keja tempat lain, insyaALlah kawan yakin rezki ALlah tu ada di mana-mana. Cuma nak kena usaha skit nak carik ni.

weekend ni nak gi KL/S'gor. Nak gi melawat rumah missapple. First sebab dah lama tak jumpa family missapple. Second sebab missapple ni dah pindah rumah so rumah baru dia ni kawan tak penah pegi lagi (punya la lama tak jumpa sampai dah pindah rumah baru nak jumpa). Aritu dah call dah mak missapple merangkap sepupu kawan. dapat sembang 5 minit je agaknya sebab dia pun bz nak gi JB. Dia kata before sunday, hopefully saturday ok kot kalau nak jumpa. Actually kawan boleh je jumpa weekdays ye tak....terlupa pulak kawan ni masih lagi penganggur sepenuh masa. tapi weekdays orang sumer bz nak keja. missapple je tak bz sebab tengah cuti katanya. tapi dok mencangkul tanah je dengar hari2. apa kata missapple jadi penggali kubur kejap. duit dapat. pahala dapat. peringatan mati pun dapat..apa lagi. dah ada experience cangkul2 tu....pegi le apply. hehehehe. anyway, looking forward to meeting my long lost relatives (tak lost pun sebenarnya, lama tak jumpa je) banyak nak dibualkan dgn mak missapple ni....dgn missapple takleh sembang banyak2, nanti terkantoi...hehehe. Ada ajak sorang tu datang rumah missapple sekali, tapi dia tak nak pulak. takpe takpe. orang tak nak, nak buat camne ye tak. ^_^

esok ada kursus haji peringkat daerah muar. seluruh muar ni datang ni. mesti ramai...tapi kalau gi haji, seluruh dunia datang makkah, lagi la ramai. best best. boleh ingatkan balik rukun2 haji & wajib2 haji. dah lama tak revise balik. last belajar time SPM dulu kot. actually banyak lagi urusan nak pegi haji yang belum diselesaikan sebenarnya, ni yang takut kelam kabut ni. medical checkup tak buat lagi, borang tak sign lagi...yang borang2 ni kejap je. medical check up tu yang malas..hehehe. takut jarum. sakit aa kena amik darah. bila yang missapple nak abis belajar ni? senang je nanti takyah gi sepital, gi rumah missapple je dah siap checkup.

malam ni malam isra' mikraj. kenangkan peristiwa bersejarah dalam hidup Rasulullah s.a.w. ni. Macam2 pengajaran boleh dapat dari peristiwa ni. Banyak sangat kawan nak listkan kat sini tapi nak mention satu je. Malam isra' mikraj ALlah turunkan perintah sembahyang kat kita. Bayangkan betapa susah payah Rasul kita yang tercinta kena travel dari masjidil haram ke masjidil aqsa kemudian naik ke langit teratas nak jumpa ALlah nak dapatkan perintah tu direct dari ALlah. Lepas tu ALlah awal2nya perintahkan 50 kali sembahyang sehari semalam, Rasulullah sayangkan kita semua, dia tau kita ni mesti susah nak buat 50 kali, Rasulullah ulang alik jumpa ALlah nak mintak kurang sampai la jadi 5 waktu je sehari semalam. Begitu tingginya darjat ibadat sembahyang ni sampai Rasulullah kena jumpa ALlah sebab ALlah nak kasik perintah sembahyang ni direct bukan thru Jibril a.s. Dan betapa susah payahnya Rasulullah nak mintak kurangkan daripada 50 waktu ke 5 waktu je. Tapi kalau kita ni masih lagi buat endah tak endah je dgn solat kita, punya la tak mengenang budi dan tak menghargai ketinggian darjat ibadat solat fardhu yang diwajibkan ke atas kita ni. So apa lagi? Jom jom, hayya 'alas-solah!

Wednesday, September 17, 2003

Pengajaran dalam flight

Alhamdulillah, lepas 12 jam dalam kapal terbang, sampai jugak kawan kat Msia ni. dah dekat seminggu dah duduk kat rumah tapi jet lag tak abis2 lagi. malas nak paksa2. biar la dia hilang sendiri. ^_^

Just nak share beberapa pengajaran yang kawan dapat masa dalam flight balik msia haritu...lama tu...12 jam. kalau tido je memang la rugi. mari kita amik iktibar masa kita duduk dalam kapal terbang ni.

Salah satu benda yang kawan kagum sangat2 ialah masa kapal terbang tu baru lepas take off...kira dia tengah terbang rendah la lagi kiranya. kawan pun menjenguk la ke luar tingkap (kawan duduk kat window seat, walaupun kawan mintak duduk kat aisle seat. ada hikmahnye tu). Bila tengok ke luar tu kan, time tu pukul 12 tengah hari, cuaca kat uk pulak time tu cerah (selalu mendung je), kawan nampak la kepulan kepulan awan yang kecik2 dan bulat2. yang cantiknya, masa tu tengah terbang atas laut. nampak kapal/feri kecik je kat laut tu...peh tu nampak awan tu terapung2 atas kapal tu...dan kawan tengah terbang atas awan tu pulak. lepas tu nampak pulak bayang2 awan tu atas permukaan laut tu...seolah2 macam awan tu raksasa yg tengah terbang atas feri tu. subhanallah, kawan terpikir...camne ye...awan tu terbentuk dari air je....pastu ALlah kumpulkan titisan2 air tu...sampai jadi kepul kepul awan tu....pastu ALlah jadikan awan tu cantik je duduk atas feri tu...terapung apung. Cuba kita pikir, camne la air leh terapung2 atas kepala kita. pastu daripada titis2 air tu, boleh jadi awan yang opaque sampai ada bayang2. opaque ni tak transparent aa. kalau kita la kan....titisan2 air mana la nak nampak bayang2 dia. Tapi ALlah jadikan awan ni opaque, supaya ada bayang2, supaya kita leh berteduh bawah awan ni kan?

Lepas tu, awan ni pulak, ALlah tak letakkan tinggiiiii sangat2 sampai bayang2 dia takleh menaungi kita. Tak tinggi sangat sampai kapal terbang takleh terbang tinggi2 sebab kena tutup dgn awan. Tak tinggi sangat sampai air hujan tak sempat cecah bumi dah tersejat.

Awan jugak ALlah jadikan tak rendah sangat sampai takleh buat bangunan tinggi sebab terhalang pemandangan dgn awan. Tak rendah sangat sampai mendung je selalu sebab awan dekat sangat dengan kepala. Tak rendah sangat sampai kalau kalau ada kilat...abis sumer bangunan kena.

ALlah terapung kan awan tu cantik cantik je kat ketinggian dia tu. Subhanallah, ALlah memang Maha Bijaksana mengatur perjalanan alam. Memang nampak lawa sangat kalau tengok dari atas kapal terbang....cam kapas melayang2 atas kepala je. Kagum sangat dengan ciptaan yang ALlah cipta ni.

Disebalik tu, hmm....ada satu perkara yang masih lagi kawan sedih. Masa time makan, pramugara tu ulur2 la tray makanan tu. Sekali dia tanya, "sir, would you like to have some wine?" sambil memegang dua botol wine di kiri dan kanan tangannya. Tergamam kejap kawan. Memang la muka kawan ni tak muka melayu...so tu pasal la agaknya dia offer tu kot. pastu kawan balas balik kat dia "mintak maaf bang, saya tak minum air tu" sambil senyum. pramugara tu berubah muka dia...agaknya segan. kesian jugak kat dia. terasa cam terkasar pulak kat pramugara tu. dia tak tau kawan ni org melayu gaknye..hehehe.

hmm...tapi bila dia tanya tu...kawan rasa sedih yang teramat sangat. bukan sebab dia tanya kawan....tapi the fact yang dia kerja macam tu...dan jadikan benda tu sumber rezeki dia. Kawan terpikir je dalam flight, apa agaknya diorang rasa bila diorang bukak gabus wine tu, tuangkan wine dalam gelas, hulurkan gelas wine kat org sumer....adakah diorang rasa bersalah ataupun diorang rasa biasa je. Kawan sedih sebab sedara2 seislam kawan kena buat benda2 camtu. Kawan harap diorang sumer ada kesedaran yang benda yang diorang buat tu salah. Ada sorang pemimpin PAS citer kat kawan, masa dia dalam flight, ada sorang pramugari cakap kat dia, Ustazah, tolong bentuk negara Islam/perundangan Islam kat Msia tu sebab saya tak nak lagi kerja macam ni (i.e serve arak). Alhamdulillah, at least ada jugak yang tak nak buat kerja macam tu tapi terpaksa. Kesian memikirkan diorang semua. Kenapa MAS takleh hapuskan arak dalam flight. Emirates, airline company utk UAE, kawan rasa tak serve arak langsung, tapi emirates is one of the luxurious airlines jugak. mahal betul tiket flight emirates, dengar citer, service dia pun tip top. plus, dia tak serve arak. tapi boleh je maju. kenapa MAS tak leh nak buat camtu? hmmm.... semoga satu hari nanti, takkan ada lagi saudara2 kita yang kena buat kerja2 mcm tu. Semoga Islam akan memerintah dan bukan diperintah.

Friday, September 12, 2003

Hari ni hari last le nampaknya kawan nak update blog dari UK. pehni dah update dari m'sia je. sedih pulak bunyiknya. ntah bila la kawan nak datang UK balik ye. oo ye.. kawan datang balik 24/10 nanti sebab nak konvo. tapi tak sempat le pulak nak update blog time tu. hehehe. Sempena ke'balik'an kawan ke malaysia ni, terasa nak memberikan kata2 perpisahan pulak pada beberapa org yang sahabat

Syah + Baiti : Nice knowing you two, walaupun kenal baru nak dekat setaun. Selamat berjuang di UK. Selamat menyambut kelahiran mujahid/mujahidah alaf baru. Semoga menjadi parents yang cemerlang. Doakan ana semoga berjaya dalam 'segala2nya' ^_^

Sahabat2 lain di UK: Bertaun2 kita bersama, hari ini berpisah jua. Namun perjuangan ini takkan terhenti di sini saja. Bersama2 kita sambungkan mata rantai perjuangan ini yang telah diusahakan oleh mereka yang terdahulu dari kita. Ingatlah kita pernah berbaiah bersama2, semoga ALlah memberkati perjuangan ini dan tidak menjadikan kita dari golongan2 yang gugur dalam perjalanan dakwah. Seeru 'ala barakatillah. Semoga bertemu kembali di mana jua di bumi ALlah ini.

Sahabat2 di m'sia : Kepulanganku tak usahlah dinanti, aku hanyalah insan biasa. Kehadiranku tak memberi erti melainkan sedikit cuma. Perjuangan dalam kehidupan masih lagi baru kupelajari. Ilmu didada tak sampai ke mana. Namun kita punya usaha, dan usaha itulah yang akan kukerahkan insyaALlah setibanya di negara tercinta. Tegurlah aku andai aku terleka, berpesan-pesanlah kita kerana sesungguhnya pesanan-pesanan itu memberi kebaikan dan keberkatan. Perjuangan di sini telah sampai ke penghujungnya, perjuangan di sana baru nak bermula. Ilmu yang ditimba, kefahaman yang digarap bakal kujadikan bekalan dalam kehidupan yang penuh pancaroba. ALa kulli haalin wa fii kulli haalin, ingatkan aku pada ALlah sentiasa.

kinanah: InsyaALlah, sama2 kita jaga kampung kita yang tercinta tu. Hang nak balik bila sheikh? Kita gempur satu kampung. hehehe. Sementara hang tak balik ni, aku cuba sedaya termampu.

missapple: xcited nampak kita nak balik. ^_^. banyak nak bincang ni kan? nak kena belanja makan lagi...hehehe. nanti bincang bila nak datang rumah

Sebelum mengundurkan diri....ingin disampaikan serangkap pepatah arab...yang dah ditranslatekan dalam bahasa melayu:

Jangan selamat tinggal yang kau ucapkan
Tapi katakanlah semoga bertemu kembali
Kalau tidak di bumi Tuhan
InsyaALlah kita bertemu di syurga nanti


dan dua buah nasyid, doa perpisahan dan selamat berjuang

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


SELAMAT BERJUANG

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Ilal liqaa', semoga bertemu kembali. Semoga kalian semua sentiasa dalam jagaan ALlah dan dinaungi dgn rahmat, hidayah serta 'inayah-Nya.

hati ini telah bersatu
berkumpul di perut bumi Mu
hati ini telah berpadu
bersatu memikul beban dakwah Mu
hati ini telah mengikat setia
utk mendaulat utk mendokong
syariat Mu di alam maya
maka ya Allah eratkanlah
ikatan yg ada
maka ya Allah eratkanlah
ikatan yg ada
kekalkan kemesraan yg ada
tunjukkanlah jln yg benar
teguhkanlah dgn cahaya Mu
tika mlm terangi alam Mu
hidup suburkanlah dgn ma'rifat Mu
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sebagai syuhada
dlm perjuangan menegakkan
agama yg mulia
dlm perjuangan menegakkan
agama yg mulia

Wednesday, September 10, 2003

Istiqamah

Dalam surah Hud ayat 112-114 ALlah berfirman:

[112] Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

[113] Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan menyambar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

[114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.



Di sini ALlah bukan setakat memerintahkan RasuluLlah agar beristiqamah (yang menyebabkan berubahnya fizikal RasuluLlah sampai beruban dan nampak tua dari pandangan para sahabat) tetapi juga ALlah mengajarkan kita, apakah cara2 dan petua2 untuk kita beristiqamah

1. Jangan melampaui batas

Jangan melampaui batas ni selain dari maksud tidak melanggar batas2 hukum ALlah, dimaksudkan jugak supaya tidak berlebihan daripada apa yang ALlah perintahkan, yang kadang2 diluar kemampuan fizikal dan mental kita. Contohnya, kita nak buat semua sembahyang sunat yang ada setiap hari, padahal kita tak pernah buat semayang sunat sebelum ni. Tiba2 kita nak buat semua la la tu jugak. Kalau boleh alhamdulillah...tapi disebabkan kemampuan fizikal kita tak terlarat nak buat camtu, akhirnya kita burnout, boring, lemah semangat...lalu tak istiqamah. Kesudahannya, kita tak buat semua, back to square one. Kesimpulannya, jangan buat kerja berdasarkan semangat yang meluap2 seolah2 semua kerja kita boleh buat tapi perlulah setiap amalan itu dilakukan dengan kefahaman yang jitu dan faham tentang apa yang dituntut oleh ALlah serta melihat kepada kemampuan diri kita.

2. Jangan cenderung kepada orang zalim

Ada dua golongan zalim, satu yang bukan islam, dan satu lagi yang islam. Orang zalim yang bukan Islam, kita katakan zalim kerana mereka tak mau terima Islam dan mereka zalim kepada diri mereka sendiri disebabkan perbuatan mereka itu. Maka janganlah kita cenderung kepada cara hidup orang bukan Islam. Kadang2 kita ni (especially kat UK ni) tengok mat saleh pakai baju camni, kita nak tiru, kaler rambut camni, kita nak tiru, cara hidup yang enjoy life while you still can, kita pun nak tiru. Sedangkan kita ada cara hidup Islam yang begitu indah dan cantik. Petua untuk kita mendidik hati kita agar tidak terasa nak ikut2 cara hidup orang bukan Islam ialah...katakan pada diri kita, ingatkan diri kita akan ayat dalam surah al-Kafiruun "Lakum diinukum walia diin" Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.

Golongan zalim yang Islam pulak ialah golongan yang zalim kerana tidak melaksanakan perintah ALlah walaupun mereka tahu, golongan yang tak melaksanakan syariat ALlah, tak meletakkan yang haq pada tempat yang sepatutnya. Kita jangan cenderung kepada mereka sampai satu tahap kita rasa...takpe la diorang tu...jangan la kacau hidup diorang. Golongan zalim perlu kita dekati dan dinasihati agar kembali pada ajaran Islam tapi jangan sampai kita selalu sangat bergaul sampai terikut2 perangai mereka ataupun jangan sampai kita redha dan tak kisah mereka nak buat kezaliman tu. Cenderung macam ni yang akan menyebabkan kita tak istiqamah dalam perbuatan kita. Orang yang cenderung camni ni...api neraka tu sambar kat dia...kalau orang kafir dia masuk dalam api neraka, tapi orang yang cenderung ni....api tu yang sambar dia. pastu kat dunia....takde sapa nak tolong dia. Kalau kita orang yang beriman, nikmatnya kita ni, walaupun sumer orang maybe tak sokong kita, tapi ALlah insyaALlah sentiasa bersama2 kita. Bila kita dah cenderung pada orang2 zalim ni, bukan setakat orang tak nak tolong, ALlah pun takkan tolong kita.

3. Dirikan sembahyang pagi dan petang, dan jugak solat malam.

Fadhilat sembahyang dan juga bangun malam. Fadhilat sembahyang ni memang banyak, kita sumer ni tau belaka. Dan salah satu dari fadhilat sembahyang dan qiamullail ni ialah ALlah pelihara kita agar kita sentiasa istiqamah dalam amalan kita. Kalau kita jaga sembahyang kita, dan lazimkan qiamullail, kekuatan tu ALlah kasik dan ALlah jaga kita agar tak tersasar dari jalan yang diredhai-Nya.

ALlahu a'lam

Monday, September 08, 2003

Niqab

Jalan jalan ke blog orang, terbaca artikel menarik kat blog amoi pasal wanita2 berniqab dan sindiran2 yang dilemparkan pada mereka. Kebetulan ada sorang ustaz ni lepak bilik kawan dalam seminggu ni. So kawan pun sembang la dengan dia pasal isu niqab ni.

Kawan cakap kat dia, kawan impress la dengar budak2 malaysia ni, muda-muda tak kawin lagi dah berniqab...biasanya kawan selalu nampak yang dah kawin berniqab (maybe sebab kawan duduk UK kot). Pastu ustaz tu cakap la, sebenarnya, kalau kat msia ni, sapa yang berniqab memang respek aa...sebab dgn pressure yang banyak dari family, kawan-kawan (peer pressure), environment, orang sekeliling...memang banyak sangat cabaran nak berniqab ni...tapi diorang boleh istiqamah pakai jugak...memang leh tabik spring aa.

Ustaz cerita, kalau student oversea berniqab, tak banyak sangat cabaran, sebab kita jauh dari parents, lepas tu kita foreigner, so nak buat apa pun orang tak kisah, nak berniqab ke, nak pakai jubah ke...orang bukan peduli pun. Kalau kat jordan tu, lagi la..environment memang menarik dan cantik je nak berniqab...sebab masyarakat sekeliling pun takde la rasa pelik atau pandang semacam pada orang yang berniqab ni. Sebab tu memang ustaz tu respek wanita2 berniqab kat msia ni.

Kawan pun cakap kat dia pasal ada orang claim, kalau pakai niqab ni susah nak makan, pastu makanan sumer kena kat niqab tu..pastu berbau la etc. Dia cakap orang yang berniqab ni...bukannya jenis makan warung tepi2 jalan tu. Diorang biasanya kalau nak makan, makan dalam bilik...atau tempat2 yang takde non mahram tengok aa..kalau tak 'aib la dia. Bila diorang nak makan...diorang bukak la niqab tu. Ada je alasan orang tak nak pakai niqab. Pastu kawan cakap lagi pasal isu pakai sarung lengan tu, ada orang cakap panas la itu la ini la. Ustaz tu cakap, sebenarnya pakai sarung lengan ni, advantage dia ialah, kulit kita terselamat dari kena radiation matahari. Kalau la kita tak pakai, baju kurung kat msia tu kan ke nipis jugak....pastu baju tu tak cukup ketebalan nak screenkan radiation tu dari kena kulit kita. kalau kita pakai sarung lengan, memang la macam panas tapi kulit kita terselamat skit sebab lagi banyak lapis cahaya matahari tu nak masuk kena kat kulit. haa...kan ke advantage tu? Ini pikir panaaas je.

Ustaz citer lagi pasal akhawat berniqab kat jordan. Ustaz cakap, kalau la sorang akhawat tu kan....dia tak berniqab...tiba2 dia berniqab je hari ni...haaa...tau la tu...dia dah bertunang. hehehehe. Sebab ustaz cakap, dia dah ada orang, so dia savekan wajah dia utk bakal suami dia je. Banyak jugak cerita orang2 berniqab kat jordan. Ada tu yang tak istiqamah, kat jordan berniqab tapi balik msia bukak niqab..sebab macam2 sebab la....family la, kawan2 la. Ustaz cakap, bukan yang muka cantik je kena pakai niqab, tapi yang rasa tak cantik pun patut pakai sebab nak mengelakkan fitnah. nanti orang cakap muka dia buruk la, mulut senget la etc. Daripada biar orang mengata, baik pakai, kita pun tak sakit hati.

Kawan pun cakap la, kawan personally memang suka orang yang berniqab ni...tapi kawan paham aa pressure yang diorang rasa dari pelbagai sudut sebab pakai niqab...so paham aa kalau tak pakai tu...memang susah nak start tu....nak start pakai satu hal...pastu nak istiqamah lagi satu hal. ustaz cakap bagus la pakai niqab tapi jangan tak istiqamah, itu lagi jadi fitnah pada Islam. so kalau nak pakai tu..istiqamah la ye...insyaALlah, kalau pakai tu dgn niat ikhlas, ALlah kasik kekuatan utk istiqamah. Sebenarnya dalam apa2 pun ibadat & amalan kita memang selalu kena uji...dan ujian paling susah ni nak istiqamah le. Tapi bak kata iblis sepertimana yang tercatat dalam Quran pun, dia nak sesatkan kita, nak datang dari depan belakang kiri kanan sumer, tapi dia tak kaco orang yang ikhlas. InsyaALlah, kalau kita ikhlas, Iblis tak kaco or at least...payah sesangat dia nak kaco kita...dan itu akan mendorong kita untuk terus beristiqamah dalam menuju redha ALlah kan?

Sunday, September 07, 2003

Perpisahan...

Hari ni last day kawan keja as a cleaner. Ditegur tadi oleh makcik cleaner...

Makcik Cleaner (mc) : So today is your last day?
Kawan (k) : yeah
mc: Oh, I'm gonna miss my friend so much. It's hard to find a good person like you
k : (senyum). I'm gonna miss you lot as well. It's been a nice summer for me.
mc: Are you coming tomorrow?
k : Maybe. I've to give my resignation letter and return my uniform
mc: ok ahmad, if i don't see you, good luck in your life. Remember, make a choice in your life at your own will. Learn to make a choice yourself. Listen to your heart. You're a man now, you've got a future to think about, your family, your wife....you have to make the choice yourself. You're not a boy, you're not a child anymore, you're a graduate, you're a grown man, learn to become a man.


SubhanaLlah. Rupanya makcik cleaner ni ALlah datangkan utk bagitau kawan benda yang kawan nak dengar selama ni. ALlah has already answered my prayer rupanya

mc : Make a careful choice of your future wife. I've told you before, men can go down because of their wives, men can become nobody because of their wives. Remember to choose a good wife for you and your family.

mc: It's been a great time working with you. I hope I can see you again in the future. Maybe I'm coming to Malaysia to visit my friends. Maybe I can see you there.
k: Nice meeting you too. Hopefully we can meet again someday...and maybe at that time, I'll show you my good wife that I chose. (senyum)


Pesanan terakhir dari makcik cleaner. SubhanaLlah. Memang ALlah menjawab segala permintaan dan persoalan kita....we only have to ask and pray. Sebagaimana yang seseorang pernah katakan pada kawan

"selalu kita mintak ALlah tunjuk kita terang2, sbb takutla kita ni rabun, bila terlalu terang, kita takut silau....mengada2" ^_^

Friday, September 05, 2003

Bulan Rejab

Forward email dari seorang kawan...bagus jugak utk renungan

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang
Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari
tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa
bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw.
Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu
bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya
ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara
terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat
beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-
buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris
dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini
(ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut &
paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata
tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik
kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi
faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya
Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati
kita:
-mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah
atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah
(exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?
Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas
dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita
ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan
kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu
sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam
Islam.
Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah
ayat 9:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua
belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati
itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat
bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-
bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan
pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka
diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan
(Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak
menunaikan haji melakukan ibadat puasa.
Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada
hari Asyura' (10 hb Muharam).


Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan
Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat
Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah
dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat
sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau
melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam
bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan
tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat
melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga
tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis
timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if
dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan
didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam
Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-
Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai
Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg
lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram
sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga
Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama
bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan
yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan
kezaliman, pep! ! !
erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya
didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja
[berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu
Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis
mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau
Hasan'. "

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i.

"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab,
warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu,
barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan
memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii.

"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka
akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari
maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa
10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini
Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :

:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -
Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :


"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian
diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap
rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam
kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya,
hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan
perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu
adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-
Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam
Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-
sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu,
mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab,
tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada
ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam
bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya
seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan
Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).
Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan
Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu
pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam
bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."


2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama
seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan
salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut
didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu
Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg
mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus
mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya
Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat
khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah
tarafnya:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat
Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan
umatku"..... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan
beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka
bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai
agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada
sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg
meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran
begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan
semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan
didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu
adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg
amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah
setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas
perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil?
Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib
mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan
yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran
mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong
ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang
hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia
menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam
muqadimahnya yg Sahih),
tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia
wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka
disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk
mengetahui Hadis Palsu,
contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."


3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu
hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat
di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan
memetik kata-kata Ibnu Hajar:

"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat
hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau
berkata :
Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan
Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan
menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia
berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau
percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg
baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika
ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH
(Mahzhur), dan makna
penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari
Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya
berqiamullail". !
! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih
baik
dari puasa lainya yg didalamnya terkandung
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari
kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat
sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu
Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat
berpuasa
didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg
dinaqalkan
oleh Ibnu Hajar."


4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab
puasa sunat, mengatakan bahawa :

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-
bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat
yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan
menetapkan
bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan
dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab
kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah
dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia
memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa
ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata
hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat
dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20
kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3
kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat
keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30
kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama
dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia
adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis
telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin
As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan
baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari
pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api
neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka
Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan
barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di
hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi
yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka
memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada
malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan
dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas
sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi
yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab
mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah
memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa
hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan
bahawa hadis ini Mawdhu'.


Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan
mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa
selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh
Musnad Ahmad :

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana
kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw
berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan
Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu
kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan
juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.


b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila
ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan
begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada
dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA
ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi
masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda :
((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-
Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10
dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw
berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini,
Dr
Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab
(Syafiie,
Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya
amalan
berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat
mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab
Maliki dan
Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya
memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg
afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat
ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan
ialah di
bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-
Asyura',
sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa
didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya
iaitu :-
Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."


d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab
[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-
bulan haram,!
! ! kata nya:

"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini
telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan
hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh,
melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka
tidaklah
Makruh."


e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika
diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu
sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua
perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau
berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak
berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan
itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap
bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami
mengatakan beliau tidak
berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak
berpuasa))
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia
berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini,
Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban,
Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam
Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg
ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 b

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-
bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana
ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya
ataupun para ulama' Salaf.


Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab
persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8
jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan
bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):

"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10
Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari ke
13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga
9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa
sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia
mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka
hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]



Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu'
(Palsu).
Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja
untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma
fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)


4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr,
Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan
Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)


6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin
Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh
bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9
Zulhijjah).


7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali
kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)


8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-
bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa
(MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan
Rejab mempunyai kelebihannya.


10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana
ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah
saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali
kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak
fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg
sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat
Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab
atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau
contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt
didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram
sebagaimana yg
telah diajarkan oleh Rasulullah saw.



Rujukan :

1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor
Setar :
Muzakkir Enterprise, 1990.

2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al! ! !
-islam.com/arb/Default.asp

3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=10249

4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=1308

5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=10249

6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi,
1995
(cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:

7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis
lemah
& palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.

8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-
A'lam
Al-Arabi, 2000. ms. 371.

9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan,
1996
ms. 269.

10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar
Al-Fikr, 1989. ! ! ! ms 591.

11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-
Arba'ah.
Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448

12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab.
URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=1310

13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-
A'lam
Al-Arabi, 2000. ms 415

14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-
Fikr,
1989. ms 595.

WALLAHU A'LAM BISSOWAB

DISUSUN SEMULA OLEH :

USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI

PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR

KUB MALAYSIA