Monday, November 10, 2003

Peringatan untuk para pendakwah

Adakah engkau semua memerintahkan kepada kebaikan, sedangkan engkau semua melalaikan dirimu sendiri, padahal engkau semua juga membaca al-Kitab, apakah engkau semua tidak menggunakan akal? - al-Baqarah:44

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan?Besar sekali dosanya di sisi ALlah, jikalau engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua lakukan. - as-Sof:2-3

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah radhiaLlahu 'anhuma katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
"Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya (usus-ususnya), terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keldai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: "Mengapakah engkau ini hai Fulan?Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?" Orang tersebut menjawab "Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran tetapi saya sendiri mengerjakannya" (Muttafaq 'alaih)



Dalam kawan tulis-tulis blog ni kan, ada diselitkan unsur-unsur dakwah,mengajak kepada kebaikan dan menegah kemungkaran....tiba-tiba satu malam tu terbaca ayat-ayat + hadith ni, lalu kawan pun terpikir..ish, kawan ni cakap + bagitau kat orang...takuuut sangat kalau kawan tak buat apa yang kawan cakap. Terasa berat sangat tanggungjawab tu, terasa macam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya apa-apa yang dicakapkan. Malam-malam sebelum tidur kadang2 teringat balik, ish..dah buat ke belum ni ye..semua yang dicakapkan dalam blog...ke sama je...cakap tapi tak buat..ish na'uzubillah.

Kadang-kadang bila terpikir, tugas berdakwah ni berat sangat nak pikul. Rasa cam tak terdaya nak buat. Tapi ingat-ingat balik pesan senior kawan, dia cakap, kita kena cakap kat orang dan kita kena buat...dua dua tu kena dilaksanakan serentak. Tak boleh cakap je tapi tak buat (as mentioned in the aayahs and hadeeth) dan tak boleh jugak tak cakap (meaning biarkan je orang sekeliling kita nak buat kemungkaran ke kealpaan ke keterlupaan ke). So tugas amar ma'ruf nahi mungkar tu memang dah kena buat.....dan susulan dari itu pulak datang lagi satu tanggungjawab yang tak kurang besarnya...iaitulah melaksanakan apa-apa yang kita dah cakapkan. Semoga kawan dapat laksanakan semua yang kawan cakapkan ni. Doakan ye utk semua. Kalau ada yang kawan cakap tak serupa bikin tu, tegur2 le. Jazakumullahu khayran katheera.

Sambung skit...

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya - aali Imran:104

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar ni bukannya senang kan? Pada kawan ...pendapat sendiri aa ni...amar ma'ruf ramai orang boleh buat, tapi nahi mungkar ni....tricky sikit and tak ramai orang sanggup buat. Ramai orang boleh ajak buat kebaikan, contohnya "Mat, jom gi masjid", "Awang, jom kita gotong-royong kat surau tu" dan sebagainya. Tapi nak tegur + tegah orang biar jangan buat kemungkaran ni...agak tricky dan complicated skit. Memerlukan kebijaksanaan dalam berhujah + berdakwah. Kadang2 yang kita nak tegur tu, kawan kita ke, keluarga kita ke.....nanti tegur takut ada yang kecik ati...takut putus kawan, takut lepas ni masam muka, ye tak? So in a way, dalam dilemma jugak. Tak tegur, dosa, tegur kang, takut tersilap tegur, putus kawan. So ramai yang master bab amar ma'ruf tapi tak ramai master bab nahi mungkar ni. Kawan pun tak tau sangat camne nak nahi mungkar ni ye...cuma yang sebolehnya, kita belajar dari sirah Rasulullah, camne Rasulullah tegur sahabat2...ada caranya, dgn sahabat yang paham Islam, Rasulullah tegas...dgn sahabat yang kurang skit, Rasulullah lembut skit, dengan orang-orang yang terkenal buat maksiat, Rasulullah cakap indirectly...kasik terasa skit etc. Belajar dgn ulama' + ustaz2 yang ramai kat msia ni pun salah satu cara jugak...sbb diorang lagi arif pasal hal2 ni kan? pengalaman tu pun penting jugak bagi kawan. Sebab dari pengalaman, kita tau camne nak handle different type of people. Macam kawan, kalau sahabat yang paham Islam, kasik ayat Quran + hadeeth amaran sekali, insyaALlah leh paham ^_^. Tak susah2 sgt insyaALlah. Tapi kalau yang lain2 tu yang susah skit rasanya. tapi jangan tak tegur pulak..main biar je. orang yang main biar je ni, ALlah dan Rasul-Nya dah kasik peringatan banyak

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. - al Maidah:78-79

Dari Abu Said al Khudri r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak dapat, maka dengan lisannya (nasihat), jikalau tidak dapat juga, maka dengan hatinya (hati yang tidak redha dengan kemungkaran tersebut). Yang demikian itu, iaitu dengan hatinya sahaja, adalah selemah-lemah keimanan (Muslim)

Teringat satu kisah, Sayyidina Hassan dan Hussain, cucu Rasulullah s.a.w membetulkan sorang tua yang amik wudhu' tak betul. Diorang tak tegur directly cakap "Pakcik amik air semayang tu salah tu pakcik. Tak sah! Abis la semayang pakcik selama ni kena qadha' balik. Camne ni pakcik?!" heheh...kalau camtu alamat kena penampo jepun sebijik gaknye dgn pakcik tu. kecik2 dah cakap banyak pulak. Tapi diorang dgn kebijaksanaan diorang, buat cenggini...sorang amik air semayang gaya2 pakcik tu....sorang lagi tegur, salah tu, camni cara amik wudhu' yang betul....pakcik tu pun tengok..eh..budak ni amik air semayang cam aku...tapi budak lagi sorang tu tegur....agaknya aku amik air semayang ni salah ni. baik aku tengok camne budak tu amik air semayang yang betul. haa..kan bagus gitu. pakcik tu pun tak sakit hati.

Lagi satu kisah Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ni cakap...Wahai Rasulullah...izinkan aku berzina. aik...apa ke pelik mamat ni. nak kena sebat ke? selamba je nak berzina siap mintak izin lagi dgn rasulullah. Tapi Rasulullah relaks je...takde marah2...bukan cam kita. Rasulullah dgn tenangnya jawab balik...
"Wahai orang muda, sukakah kamu kalau ibu kamu berzina?"
Lelaki tu jawab...tidak ya Rasulullah.
"Sukakah kamu kalau saudara perempuan kamu berzina?"
"Tidak ya Rasulullah"
Haa...Kalau kamu tak suka mereka berzina...kenapa kamu pulak nak berzina? macam mana pulak agaknye perasaan sedara mara perempuan yang kamu nak berzina dengannya tu?Tentu tak suka jugak kan?
Akhirnya lelaki tu pun tak berzina sejak dari itu sampai ke akhir hayatnye.

Kesimpulannya, menyuruh berbuat baik pun kena buat, mencegah kemungkaran pun kena buat tapi perlu kena dengan cara-caranya agar matlamat tercapai insyaALlah. dan lanjutan dari itu, sesudah amar ma'ruf dan nahi mungkar telah dilaksanakan...kenalah pulak yang bercakap tu, buat apa yang dilakukan. jangan hentam orang je tau tapi diri sendiri lupa. Mudah-mudahan kawan terselamat dari jadi golongan2 macam tu...doa2 la ye. ^_^

No comments: