Saturday, September 18, 2004

Anti hadith

Beberapa hari yang lalu, kawan surf2 la kat internet sebab nak mencari2 buku2 pasal ikhtilaf hadith dan yang sewaktu dengannya...particularly mukhtalaf al-hadith tulisan sapa yek..lupa pulak. kawan pun type la mukhtalaf hadith kat google tu. pastu ada kuar kat satu website...kawan pun tak tengok address dia apa. Sekali tu..kawan baca macam best je website tu....tengok2...dia kritik Abu Hurairah r.a. dengan katanya, Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith palsu. Aikkk!! Mamat ni bior betul. Dia belajo ke tak ilmu riwayat & dirayat hadith. Dia tak tau ke Abu Hurairah tu antara sahabat yang Rasulullah puji pasal kearifannya dalam bidang hadith. Suka2 hati je menisbahkan hadith palsu pada Abu Hurairah. Pastu kawan pun scroll lagi ke bawah. Dia kritik pulak Imam Bukhari! Dia cakap macam2 la imam Bukhari ni salah la..banyak kontradiksi la. Cakap macam orang yg takde ilmu hadith tapi nak cakap pasal ilmu hadith. Kawan ni bukan la pakar hadith tapi tau la sikit2. Imam Bukhari antara yg shaddid ataupun strict/tegas/teliti dalam menilai sesuatu hadith/sanad/perawi tu...sebab tu Sahih Bukhari dan Muslim merupakan sumber rujukan paling sahih selepas al-Quran. Ni main kutuk selamba je

Pastu kawan dah tension, tengok la address dia. Submission.org....hmmm...macam pernah ku dengan nama ini...tapi di mana ya. Kawan pun check2 la balik email/mailing list/website2 yg dipercayai. Rupanya website ni website golongan anti hadith! Cheh! Tu la pasal. Tak heran la kalau abis sumer pakar hadith kena kutuk...dah dia tolak hadith mana taknye. Keluar la hujah2 dia nak kritik ulama2 hadith ni biar kita tolak hadith macam puak2 dia jugak. Ish ish ish. antum semua kalau tak tau lagi...berhati2 la ye dengan website ni. Actually bukan website ni je...banyak lagi website lain yg kununnya Islam ...tapi sebenarnya Islam yang menyeleweng dari ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah. Untuk penjelasan berkenaan anti hadith...boleh la berkunjung ke website ust. Hafiz Firdaus di alamat http://www.al-firdaus.com/20hujah/20hujah.htm. Sebar2kan pada semua. Jangan biarkan Sunnah Rasulullah dihina begitu rupa

No comments: