Sunday, June 22, 2003

Cerita pilihan

Kisah Suhaib ar-Rumi

Suhaib ar-Rumi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang berasal dari Rom. Pada suatu hari, Suhaib ar-Rumi berhajat untuk meminang seorang gadis lalu dia pun meminta sahabatnya Sa'ad bin Abi Waqqas untuk meminangkan gadis tersebut utk dia. Saad pun pergi ke rumah gadis tersebut dan berjumpa dengan ayah gadis tadi. Apabila masuk ke dalam rumah, Saad pun bertanya kepada pakcik tersebut, "Wahai pakcik, kenalkah kau akan Suhaib ar-Rumi?". Pakcik tersebut menjawab, "Ya, aku kenal". Saad bertanya lagi, "Apa yang pakcik tau mengenai Suhaib ar-Rumi?". Pakcik tu pun memuji-muji Suhaib tentang kebaikan Suhaib, kewarakan dia dan sebagainya. Takde satu pun keburukan Suhaib yang pakcik tu nampak. Semua baik belaka. Lalu Saad pun mula menyampaikan hajat Suhaib. Saad berkata, "Sebenarnya pakcik, saya ni datang ada hajat. Saya nak meminang anak pakcik untuk Suhaib ar-Rumi". Tiba-tiba muka pakcik tu berubah. Pakcik tu mula nampak tak sedap hati. Kemudian pakcik tu pun berkata, "Wahai Saad, sebagaimana yang kau dah dengar, memang aku tak nampak langsung keburukan Suhaib ni. Memang Suhaib ni seorang yang baik, warak, taat perintah agama dan sebagainya. Tapi sebagaimana yang kau tau jugak, aku ni orang arab, dan aku memang nak anak aku berkahwin dengan orang Arab jugak." Saad pun tersenyap. Kemudian pakcik tu menyambung lagi, "Sebenarnya, aku dah lama berkenan nak kahwinkan anak aku dengan kau Saad." Terkejut terus Saad bila mendengar pelawaan pakcik tu tadi. Akhirnya, pakcik tu pun menawarkan anaknya utk dikahwini oleh Saad dan Saad pun bersetuju.

Di hujung kampung tu, Suhaib sedang menunggu jawapan dari Saad. Kelihatan samar-samar, Saad datang dengan muka berseri-seri. Tersenyum je Saad. Suhaib pun fikir, "Kenapa tersenyum je Saad ni. Jadik le ni agaknya". Bila Saad sampai di tempat Suhaib, Suhaib pun bertanya, "Wahai Saad, macam mana dengan pinangan aku? Adakah diterima ataupun ditolak?" Saad diam je. Suhaib tanya lagi, "Kenapa senyap Saad, bagitau la. Diterima ke ditolak?" Saad pun senyap lagi. Akhirnya Suhaib tanya lagi sekali "Bagitau la Saad. Takpe. Kalau pinangan aku ditolak, aku tak marah" Terus Saad pun bersuara, "Haa..tu yang aku nak dengar tu Suhaib. Sebenarnya, masa aku bertanya perihal diri kau pada pakcik tu, satu kelemahan atau keburukan pun tak disebutnya. Yang disebutnya hanyalah kebaikan kau saja. Tapi pakcik tu nak kahwinkan anak dia dengan orang arab, dan...pakcik tu pilih aku...dan aku telah pun terima pelawaan pakcik tu. Sebab tu aku malu dan takut nak bagitau kat kau Suhaib...."

Suhaib ar-Rumi dengan rasa kasih dan sayangnya pada sahabatnya pun berkata, "Wahai Saad, sesungguhnya aku tak marah pada kau dan aku tak rasa malu pada kau, aku juga tak malu pada pakcik tu kerana pinangan aku ditolak, aku tak malu pada anak gadis yang aku berkenan tu...tapi aku malu pada ALlah, kerana aku menyukai seseorang yang bukan dijodohkan untukku..."

Perghh..amacam? Betapa gentleman nye Suhaib dan betapa cintanya dia kepada sahabatnya lebih dari kasihnye kepada gadis yang diminatinye itu. Kawan masa dengar citer ni, rasa nak menitik ayaq mata mengenangkan sikap Suhaib yang gentleman dan cintakan sahabat. Kalau kita la kat tempat Suhaib, paling tidak kena boh sekali tang muka tu...kita mintak dia pinangkan kat kita...dia pulak yang dapat. Tapi cintanya kepada sahabat lebih dihargai olehnya. Perlu dijelaskan di sini Saad bukan rampas gadis tu dari Suhaib. Jangan salah sangka..nanti sumer ingat Saad ni tak baik. Saad memang ikhlas masa meminangkan anak gadis tu dan Saad takde terasa pun nak pinang anak gadis tu utk diri dia sendiri. Cuma bila dah pakcik tu suka...Saad pun tak menolak. Bukan cam kita skang, ramai yang tolong member tapi dia pun ada hati gak kat pompuan tu....tapi bukan semua la camtu kan? Semoga kita sama-sama dapat pengajaran dari kisah ni dan semoga kita semua dapat mencontohi sifat para Sahabat Rasulullah ini. Allahu a'lam


p/s: Kata kawan...kalau tak dapat jadi Suhaib...jadi Saad pun boleh jugak. Tolong kawan... tengok-tengok jodoh dia kat kita. Terima je la kan? ^_^

No comments: