Friday, June 27, 2003

Kematian Datang Tanpa Petanda

Semalam kawan dikejutkan dengan kematian seorang pemain bola. Marc Vivien Foe nama dia. Bukannya kawan penyokong dia tapi kawan kenal sebab dia main kat England, kawan tau dia main macam mana semua. Kawan cuma nak bawak ikhwah dan akhawat sumer tengok peringatan yang ALlah tengah kasik kat kita ni. Dia ni tengah main bola, Confederation Cup, dia wakil Cameroon tengah lawan Colombia. Kawan baru hari tu tengok dia main lawan Brazil. Masa kawan tengok video replay tu, dia dok kat tengah padang, bola kat ujung padang. Takde sapa kacau, takde sapa tackle, takde sapa langgar. Tup tup jatuh rebah tak semena-mena. Masa kat tengah padang teman rasa jantung dia dah tak berdenyut. Lepas tu para pegawai perubatan cuba revive balik jantung dia sampai 45 minit....tapi ajalnya telah ditentukan oleh ALlah Ta'ala. Dia meninggal la la tu jugak. Takde tanda-tanda, takde sign, takde sapa2 nak bagitau kat dia, yang ajal dia dah nak tiba.

Berdiri bulu roma kawan bila tengok video replay tu. Kawan pun tiba-tiba tersentak dari lamunan. Kawan tau ajal datang takyah ada sakit, tapi kadang-kadang kawan lupa kita boleh mati bila-bila masa. Takyah eksiden, takyah masuk ospital, tengah main bola pun boleh meninggal. Terus kawan teringat satu tazkirah yang kawan terbaca : Su'ul Khatimah atau Kesudahan yang buruk. Wal 'iyazubillahi min zalik. Antara intipatinya, kita ni kalau nak mati nanti, kita akan dimatikan dengan apa yang kita suka dan selalu buat. Contohnya orang yang suka baca Quran, insyaALlah matinya pun ketika baca ayat-ayat ALlah, ataupun mati dengan sempat menyebut kalimah La Ilaaha Illa ALlah. Kawan teringat lagi satu cerita, tak tau benar atau tidaknya, seorang yang gemar main biola, bila nak mati tangannye terangkat-angkat persis orang bermain biola, seorang yang lain, suka menyanyi lagu-lagu lagha, bila nak mati tak boleh nak mengucap tapi sebaliknya menyanyi-nyanyi lagu yang dia suka tu. Ish, kawan mintak dilindungkan ALlah dari kes-kes macam tu.

Kawan teringat lagi satu khutbah jumaat, pak arab di universiti kawan bagi. Dia kata, di sebuah negara Arab (kawan tak mau sebut nama), benda ni memang benar-benar terjadi, dan baru lagi terjadi. Seorang kawan dia, pegi nasihatkan seorang wanita ni. Wanita ni walaupun orang arab tapi pakai seksi, dedah sana dedah sini. Yang pak arab ni pegi la nasihat, tapi wanita ni kata apa. Dia kata hang jangan sibuk-sibuk aku punya pasal, aku tau apa yang aku buat. Aku punya suka la aku nak buat apa. Hang sibuk apa. Pak arab tadi pun terkedu. Dia pun berpaling...wanita tu pun berpaling. Baru dua tiga langkah jalan, wanita tu rebah, terus meninggal tang tu jugak, dengan keadaannya yang tak menutup aurat dan kata-kata yang baru diucapkannya tu. Berdiri lagi sekali bulu roma kawan

Kisah-kisah yang kawan bawak ni, bukan kawan nak takutkan...tapi kalau dah takut lagi bagus. Kawan nak peringatkan diri kawan dan diri antum sumer, ajal kita bila-bila masa boleh tiba. Jangan la kita nak eksyen kata kita ni sihat takde sakit apa-apa lalu tak ingat mati tu nak datang lagi sesaat dua. Boleh jadi masa kita tengah buat pahala, boleh jadi masa kita tengah buat dosa (Na'uzubillah). Dalam website tazkirah tu dok peringat lagi, jangan la kita dok buat dosa terus terusan, jangan dosa kita jadikan amalan harian. Nanti ditakuti mati kita nanti dalam keadaan tengah buat dosa tu sebab dosa tu dah sebati dalam diri.

Dan jugak kawan nak peringatkan lagi, jadikan amalan harian kita ni...amalan yang dibuat oleh para Nabi. Jadikan lidah kita basah dengan ayat suci al-Quran dan Selawat ke atas Rasul. Mudah-mudahan dah sebati dalam diri, kita dimatikan dengan kalimah-kalimah itu nanti. Dan jagala baik-baik benda-benda yang kita suka buat ni....sebab kita mati nanti boleh jadi dalam keadaan sedang melakukan benda-benda yang kita buat tu. contohnya...suka main bola..mati tengah main bola...suka bukak aurat...mati dalam keadaan bukak aurat...suka semayang malam...mati tengah semayang malam...dan seterusnya. Baik la kita ubah hobi kita, kesukaan kita kepada benda-benda yang...kita pun suka kalau kita mati nanti ...mati tengah buat hobi kita tu.

Semoga peringatan ini dapat meresap masuk dalam hati kawan sendiri dan hati ikhwah dan akhawat sekalian. Berdoalah kepada ALlah agar mati kita nanti..mati yang husnul khatimah dan bukannya mati yang su'ul khatimah

ALlahumma ikhtim lana bi husnil khaatimah wa la takhtim 'alaina bi suu'il khatimah. Aamin ya Rabbal 'aalamiin

Kata kawan...patut kita bila nak buat dosa tu, dok peringat diri kita. Camne la agaknya kalau aku mati time tengah buat dosa ni? Di dunia hina...dalam kubur kena siksa...akhirat sengsara selama-lamanya. Wal 'iyazubillahi min zalik

No comments: