Monday, August 18, 2003

Hadith pilihan

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Sesungguhnya orang mukmin berjihad dengan pedang dan lidahnya.Demi Allah, sesungguhnya serangan kamu terhadap mereka (golongan kafir)dengan sajak-sajakmu laksana lemparan panah yang tajam.’’ Hadith riwayat Ahmad

Penerangan Hadith:
Pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang kafir quraisy mencipta sajak untuk menghina Rasulullah dan Islam yang dibawa oleh baginda. Namun begitu, ada di kalangan sahabat yang memeluk Islam mahir di dalam bidang penulisan, syair, sajak dan pidato. Justeru itu mereka menggunakan kemahiran mereka untuk menjulang Islam dan mempertahankan Rasulullah. Mereka telah dihargai Allah dan Rasul seperti yang disebut dalam hadis di atas.

Bidang penulisan, sajak, pidato bukanlah bidang baru. Sejak zaman Rasulullah lagi, orang kafir telah menggunakannya untuk menyerang Islam. Tidak hairanlah pada zaman sekarang kaedah yang serupa juga digunakan oleh golongan yang tidak senang dengan Islam.

Kesimpulannya, segala kemahiran yang kita ada hendaklah digunakan untuk menjulang Islam kembali ke tempatnya, kerana ia dikira sebagai jihad di jalan Allah. Mulalah mengenali poteensi diri dari sekarang dan gunakan ia untuk kebaikan Islam.

No comments: