Sunday, October 24, 2004

Fight Back to School Part VI

Semalam bermulalah era jadi student balik untuk kawan. Sebabnya kawan mendaftar kat UM untuk buat course sijil pengajian syariah secara part time every saturday. Maknanye travel ke kl lah setiap minggu dari batu pahat. takpe2...kat batu pahat takde org ajar syariah, kalau tak boleh buat kat sana je.

So semalam pagi2 pegi ke BCB nak bayar yuran. Sekali punya la ramai orang. Pegi BCB kelana jaya, dapat nombor peserta yang ke 30, pegi kat BCB taman tun dapat nombor peserta yang ke 20 lebih. Jam dah pukul 11.30. bank pun dah nak tutup. Pastu kawan talipon la UM, cakap tak sempat nak masukkan yuran. Sekali dia cakap, boleh bayar cash masa daftar. Laaa...penat je pegi bank jauh2.

Dalam pukul 12 lebih, sampai la ke Akademi Pengajian Islam UM. Pegi ke blok A, tengok senyap je. Cari2 tangga, naik la ke tingkat 3 dekat kaunter UMCCed. Kat kaunter tu, bayar yuran pastu dapat notes. Abis. Kejap je rupanya, ingatkan kena beratur panjang. Dah dapat notes tu, kawan suh zaujah kawan balik dulu, kawan tunggu la sampai kelas start. petang tu ada kelas kol 3 sampai kol 5. Pukul 2.15 pergi ke DK1 untuk sesi taklimat.

Cari punya cari, jumpa la jugak DK1. Tengok dalam tu, alamak...semuanya dah berumur. Memang pun, dah namanye pengajian awam. Adala jugak jumpa dua tiga orang yang lebih kurang baya kawan. duduk sebelah sorang tu, tetiba dia tanya kawan....buat syariah ke. Kawan cakap a'ah. Pastu dia tanya, stadi kat UPM? Err...kawan cakap dah kerja dah. Kawan cakap keja kat KUiTTHO pastu ulang alik la tiap2 minggu. Dia cakap uih...abis tu tinggal kat mana? Kawan cakap stay kat rumah mak mentua. Dia cakap ooo dah kawin dah....nampak muda lagi. Heheh...ingat muda2 tokleh kawin ke

Lepas taklimat tu, berpecah la pulak mencari bilik kuliah. Dah la taklimat tu abis lambat. kelas stat kol 3 tapi taklimat abis kol 3.15. Cari punya cari, jumpa la bilik seminar 4 untuk syariah modul 3. Masuk dalam tu dah ramai ada kat dalam. errk...terpaksa la malukan muka amik seat kat belakang. Tapi susunan kerusi tu agak kurang menarik la sebab makcik2 duk kat depan sampai full seat pastu pakcik2 kena duduk belakang pulak. tu yg kurang best sgt tu. Ceh mula la teringat zaman muda2 dulu stadi kat U. Semalam punya topik was Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia. Utk intro, citer pasal syariah dan kepentingannya je...tak banyak citer pasal masyarakat msia.

kesimpulannya, stat jadi student balik la kawan. best ni. dah lama tak jadi student balik. pegi kelas, amik notes, stadi, exam. best2. lepas ni ada masa lapang kena revise le..hehe. tapi apa2 pun yang penting ialah niat belajar. bukan nak dapat sijil, bukan nak dipuji, bukan nak dapat nama dll. tapi kena ikhlaskan niat kerana ALlah...baru best stadi ye tak

No comments: