Monday, July 14, 2003

Madah dan Syair Para Mujahid

Madah dan syair para syuhada' Mu'tah.

Syair Abdullah bin Rawahah sewaktu melangkah pergi ke medan Mu'tah, tempat syahidnya beliau Radhiallahu 'anhu. Syair ini jawapan beliau kepada laungan kaum Muslimin "ALlah menemani kamu dan mempertahankan kamu dan memulangkan kamu kepada kami dalam keadaan yang baik"...

Tetapi aku memohon keampunan dari ar-Rahman
Di samping sebilah pedang yang memancungku
Memancutkan darahku
Atau sebatang tombak menusuk dadaku
Mengoyak dadaku, mengoyak hati jantungku

Supaya orang yang melintasi atas pusaraku berkata:
Wahai ALlah, pejuang-Mu telah menempah kejayaan
ALlah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang
Pejuang-Mu telah mendapat hidayat dari-Mu



Madah Ja'far bin Abi Talib ketika berjuang dan bergelut di medan Mu'tah, selepas turun dari kudanya, dan selepas kudanya dibunuh supaya tidak terganggu. Dengan suara yang tinggi, Ja'far bermadah

Alangkah indahnya syurga
Nah, kita telah hampir kepadanya
Syurga yang serba baik isinya
Sejuk nyaman airnya
Enak minumannya
Tibalah sudah
Azab ke atas bangsa Rome
Rome bangsa kafir
Yang memeranginya pasti saya


Ja'far kemudiannya gugur syahid dengan lima puluh bekas tikaman yang semuanya di bahagian hadapan badannya


Madah Abdullah bin Rawahah selepas mengambil panji Islam dari Ja'far yang gugur syahid. Dengan suara yang lantang, beliau bermadah...

Oh hatiku, oh diriku
Engkau harus mara, samada dipaksa atau rela
Hidupku yang tenang telah ke belakang
Kenanglah
Engkau sebenarnya berasal dari setitis mani
Lihat di sana musuh-musuh kafir yang sedang mara
Ke arah muslimin, seolah-olah ditarik
Apakah engkau tidak rindukan Syurga?
Andainya engkau tidak dibunuh
Mati juga engkau akhirnya


Abdullah bin Rawahah juga akhirnya syahid di medan Mu'tah bersama-sama Zaid bin Harithah dan Ja'far bin Abu Talib. Panji Islam kemudiannya diserahkan kepada Pedang ALlah - Khalid bin Al-Walid.


Best tak? Nak tunjukkan yang bakat bersyair dan bermadah pun boleh digunakan ke jalan yang baik dan terpuji. Abdullah bin Rawahah r.a memang terkenal sebagai penyair....memang hebat bakat dia ni. Dan yang bestnye, bakat beliau digunakan semasa jihad utk merangsang dan menaikkan semangat para pejuang Islam supaya terus bertempur sehingga syahid atau menang. Lihatlah betapa indahnya Islam, sedangkan sekecik2 perkara hatta bersyair dan bermadah sekalipun, boleh digunakan utk tujuan berjuang menegakkan kalam ALlah di muka bumi ini. So sapa2 yang terer bersyair, bermadah, bergurindam, berpuisi, bersajak dan bersastera tu, gunakan la bakat tu utk tulis sajak2 jihad pulak..hehehe.

Bercakap pasal sajak jihad ni, teringat seorang mujahid yang juga seorang ulama'..namanya Abdullah ibnul Mubarak. Beliau menulis sepucuk surat yang juga sebuah sajak kepada mufti Makkah pada masa tu dan juga seorang ulama', Fudhail bin 'Iyaad. Beliau ketika itu sedang berjihad, kalau tak silap di Afghanistan. Surat tersebut berbunyik :


Wahai orang yang beribadat di Haramain (Mekkah dan Madinah)
Seandainya kamu melihat kami di sini (di medan jihad)
Pasti kamu akan mengetahui
sesungguhnya kamu dengan amal ibadat kamu
adalah bermain-main sahaja

Versi arab :
Ya 'aabidal haramaini
Lau absortana
La'alimta annaka bil 'ibadati tal'abu

Seandainya pipi-pipi kamu
dibasahi dengan air mata
Maka leher-leher kami
Dibasahi dengan darah-darah kami...

Versi arab:
Lau kana yakhdibu khaddabu bidumu'ihi
Fanuhuuruna bi dimaa'ina tatakhaddabu



Fudhail bin Iyaad mengalirkan air mata dan menangis mengenangkan betapa benarnya kata Abdullah ibnul Mubarak lalu dia pun meninggalkan jawatan mufti tersebut dan turut serta berjuang di Afghanistan (menurut cerita sorang ust. Jordan). Syair ni kawan tau secara lengkapnye cakap arab, tapi tak tangkap lagi maknanye. Tak sempat berguru lagi. Syair ni dah pun dinasyidkan dalam bahasa arab. Sapa-sapa nak dengar, sila klik link kat kanan tu....nasyid-nasyid arab. Cari tajuk Ya 'abidal haramain. Sedih oo dengar. Especially bila imam tu baca ayat ni. Surah Aali Imran ayat 169 & 170 (jazakillahu khairan kathira pd lukluk sebab carikan)

[169] Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

[170] (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita


Dengar la lagi nasyid-nasyid arab yang ada dalam link tu. Semuanya syair dan puisi utk para mujahid samada di Palestin, Chechnya, Afghanistan dan lain2. InsyaALlah nanti lepas ni banyak syair dan madah utk para mujahid dalam bahasa Melayu pulak...kan kita ramai bakat menulis kat Msia skang ni...yang melawat blog ni pun ramai yang berbakat sebenarnya...saja je merendah diri..kan kan?

Kata kawan....zaman berpuisi sedih mungkin menghampiri noktah hentinya. Kini zaman berpuisi dan bermadah umpama Abdullah bin Rawahah pula memulakan noktah bida'yahnya. Semoga semangat jihad ini kan mekar subur semekar dan sesubur wangian harum kasturi di pusara seluruh para mujahid yang telah gugur syahid. Aamin ya Rabbal 'alamiin.

1 comment:

Unknown said...

salam perjuangan...

usaha yang bagus...ana minta izin utk link kan blog ni dgn blog ana ya ?