Tuesday, July 15, 2003

Cerita pilihan

Kisah Fudhalah ibn Umair

Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Fudhalah ibn Umair al Laits telah cuba hendak membunuh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang sedang bertawaf di Ka'bah pada hari pembukaan Mekah. Manakala ia hampir kepada Rasulullah, tiba tiba baginda berkata, "Kamu Fudhalah?" Jawabnya, "Ya saya Fudhalah wahai Rasulullah" Kata Rasulullah "Apa yang kamu bisikkan dalam hati kamu wahai Fudhalah?" Jawabnya "Tak ada apa apa, saya cuma mengingati ALlah" Lalu baginda pun tertawa dan berkata "Pohonkan ampun dari ALlah.." Kemudian baginda meletakkan tangannya ke atas dada Fudhalah, maka tenanglah perasaannya. Fudhalah sendiri menceritakan "...belum pun sempat Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya dari dadaku, sudahpun terasa padaku tidak ada makhluq ALlah yang lebih kukasihi selain darinya"

Maka pulanglah Fudhalah ke rumahnya. Dalam perjalanan, bertemulah dia dengan seorang wanita yang meminatinya. Kata wanita itu "Marilah kita berbual". Fudhalah menceritakan peristiwa itu melalui syairnya, mafhumnya :

Dia berkata: Marilah kita berbual, maka tidak! kata saya
Kerana ALlah dan Islam telahpun melarang saya
Saya telah melihat Muhammad baru sekejap sebelum ini
Muhammad dengan kemenangannya memusnahkan semua patung dan berhala
jelaslah agama ALlah itu terang dan nyata
Sedangkan syirik membawa kegelapan menutupi muka


Menurut sumber-sumber yang kawan baca, Fudhalah ni salah seorang daripada org Munafiq masa dia nak bunuh Rasulullah tu tapi selepas peristiwa ini, dia berubah menjadi orang yang kuat pegangan Islamnya dan tidak lagi menjadi orang yang Munafiq. Ada dua pengajaran yang boleh diambik dari kisah ni. Pertamanya bagaimana teknik Rasulullah tekel orang-orang yang munafiq ni hatta sampai orang yang nak membunuh baginda sendiri pun, Rasulullah boleh lagi tertawa dan dengan tenang berbual dengan Fudhalah. Rasulullah tau Fudhalah tu nak bunuh baginda tapi baginda tak pun datang marah Fudhalah pastu tangkap ke apa ke. Dengan tenang Rasulullah tanya Fudhalah, apa yang dia tengah pikir sekarang, bukannya tanya, hang mai ni nak bunuh aku ka? lepas tu dengan senyuman dan tawa baginda, dengan tenang baginda meletakkan tangan pada Fudhalah dan menasihatinya supaya mintak ampun pada ALlah. Betapa indah dan bijaksananya teknik dakwah Rasulullah. Inilah antara satu sikap yang perlu kita asimilasikan dalam hidup kita sebagai pendakwah bukan main hentam keromo je, ye tak? Kalau tak nanti sapa pun tak nak dengar cakap kita, lagi la haru.

Pengajaran kedua, kita boleh nampak macam mana keteguhan iman para sahabat melalui syair-syair yang diucapkan oleh mereka semua. Lagi sekali peranan syair dan puisi tu digunakan utk mendekatkan diri pada ALlah. Dalam syair ni, Fudhalah menceritakan macam mana perempuan yang minat kat dia tu ajak dia berbual-bual. Uih, kalu kita sekarang ni...pompuan tu minat kat kita...pastu kita pun syok kat pompuan tu...mesti kita layan gak pompuan tu kan? Tapi disebabkan cintanya kepada ALlah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam walaupun baru kejap berjumpa dengan Rasulullah, dia tolak pelawaan pompuan tu bulat-bulat sampai ada syair lagi yang dia buat disebabkan peristiwa ni. Semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah ini utk kita gunakan dalam kehidupan kita seharian...(dan juga dalam menulis puisi, sajak dan syair ^_^)

No comments: