Di malam yang syahdu semalam, terasa tak nak bersyahdu pulak, lalu kawan pun klik kat lagu sanakhudu dgn lagu ayna jundul muslimeen. Winamp pun terus la memutarkan lagu-lagu tu tadi. Diiringi dgn muzik background ni, bersemangat pulak kawan nak tulis satu puisi pasal jihad....dan satu lagi...kawan dah lama terpikir tapi baru semalam tulis....pandai-pandai la tafsir sendiri yek? ^_^
AKUKAH YANG TERLUPA...?
Tangis itu kian mendesah
Jerit itu kian nyaring
Tangan-tangan kotor itu mula menjalar
Rakus menjangkau
merentap, mencengkam
Ibu tua itu hanya mampu merayu
Derai air matanya disambut hilai tawa menggila
"Bahasamu apa?!!"
"Darah ini ganti air matamu!!"
Si ibu rebah bersama titis darah anak kecilnya
Binatang bertopeng manusia kembali sibuk
Laras senjatanya masih dingin
Masih belum panas
Masih belum membara
Masih kurang kepul asap yang dilepaskan
Masih banyak lagi kelongsong peluru yang berisi
Belum puas lagi darah Ummah ini mereka alirkan
Masih ramai anak kecil yang punya keluarga
Masih ramai gadis belum diperkosa
Derap langkah sepatu kafir itu mencemar bumi al-Quds
Sayup sayup kian menghilang... jauh
Ibu tua perlahan bangkit
Air mata itu telah kering
Namun tangisnya tak pernah reda
Jari jemari lemah itu diangkat
Titis darah menitik dari siku-siku tuanya
"Ayna jundul muslimeen....
"Ayna jundul muslimeen....
Ibu tua merintih....mengadu
"Wahai Tuhan yang memiliki jasad ini
Di manakah tentera tentera Islam yang akan menyelamatkan kami
Kala ummat ini dihina
Maruah kami diperkosa
Di manakah mereka???!!"
Ibu tua menekup muka
Darah bercampur air mata mengalir dari celah jemarinya
yang kian lesu ..rebah...tak bermaya
Maafkan aku wahai ibu tua
Maafkan aku wahai saudara saudaraku
Sahutanmu belum kusambut
dengan laungan takbir meruntuh kaum durjana itu
Jeritanmu belum kubalas
Dengan jeritan kafir itu dihujani peluru membara
Di kala engkau sedang tersiksa
Di kala engkau menongkah derita
Aku masih lagi leka dengan tipu daya dunia
Pun terkadang aku lupa sengsara yang kau tanggung
Jarang sekali lidah ini melafaz doa
Meminta pada Tuhan yang Maha Perkasa
Agar mati mereka tersiksa
Mati mereka dihina
Kehancuran mereka segera tiba
Nantikan aku wahai saudara-saudaraku
Ingin aku syahid bersama-samamu
Bersama Islam kita
Bersama Iman kita
Bersama Agama kita
Bersama al-Quds yang tercinta
Tuhan...
Izinkan Kalam-Mu aku tegakkan
selagi Islam terus diperintah
selagi Ummah terus dijajah
jangan hentikan gelombang kebangkitan
Naungkan aku bersama mereka
Pandukan aku agar turut serta
Kurniakan daku....anugerahkan daku
Mati syahid yang mulia
atau kemenangan yang pasti tiba...
LADANG PAK TANI (RAUDHAH)
Fajar menjelma
Pak Tani bangkit dari tidur yang lama
Terkial-kial tak tau segala
Payah diajar, ditunjuk semua
Pak Tani mengulang
Pak Tani mengingat
Pak Tani mahir, pandai sendiri, tak perlu ajar lagi
Mentari kian cerah
Pak Tani turun berladang
Awal usahanya, Pak Tani gigih
Segenap ceruk habis diteroka
Hingga akhirnya Pak Tani berjaya
Ladang itu ladang yang indah
Di sana semua hasilnya bercambah
Mentari condong sedikit
Ada hasil yang tidak menjadi
Pak Tani usaha lagi
Fikir memikir apa kurangnya kerahan diri
Pak Tani akhirnya lupa
Pak Tani akhirnya leka
Pak Tani mula tak peduli apa yang mau jadi
Mentari condong lagi
Pak Tani pergi
Tidur tak sedarkan diri
Ladang itu terbiar sepi
Usaha Pak Tani bagai debu ditiup bayu
Pak Tani tak mau fikir lagi
Mentari itu kian lenyap
Tiba tiba Pak Tani
Bagai dikejut dari mimpi
Pantas pergi membanting tulang
Ladang itu lantas dibaja
Ladang itu tak mau dipersia
Ladang itu habis dikerjakan semula
Pak Tani belum mau pulang
Meskipun mentari sudah mulai hilang
"Aku mau tebus masa terbuang
Aku mau usaha walaupun hilangnya siang
Ladang ini takkan ku biar usang"
Mentari hilang terus
Malam gelap menjelma
Pak Tani lesu, pejamkan matanya
Untuk kesekian waktu
Esok pun datang
Bawa fajar baru
Pak Tani tak berada lagi di situ
Pak Tani pergi ke kampung baru
Tak sempat melihat kurniaan ALlah
Tak sempat melihat segala Rahmah
Kerna ladang Pak Tani sudah berubah
Ladang Pak Tani bertukar wajah
Ladang Pak Tani...
... kini Raudhah
070803 12.31 am
Thursday, August 07, 2003
Tuesday, August 05, 2003
Jemari ini menulis lagi
Dah lama kawan tak tulis puisi/sajak so ada yang tertanya-tanya bila kawan nak menulis lagi. Semalam lepas semayang subuh tengah duduk-duduk tu terasa nak menulis pulak. So ni la hasilnya pukul 5 pagi semalam...puisi ni rentetan dari puisi yang duluuuuuuu kawan tulis.
Teman...ada hari harinya, ada detik waktunya, hati ini cetuskan rasa. Tiap waktu tiap ketika, tak henti henti berbicara, tak henti bertanya tanya, tak henti henti menduga. Lumrah insan hidup berjiwa...^_^
"ANDAI INGIN KAU TERUSKAN..."
Andai hati ingin mengadu
Apakah mahu engkau dengarkan?
Andai hati ingin merintih
Apakah mahu engkau tenangkan?
Andai hati rapat terkunci
Apakah mahu engkau leraikan?
Wahai hati yang merintih sayu
Titipkan rindumu pada Yang Satu
Daerah usang yang kau diami
Tinggalkan ia jauh menyendiri
Resah
Gelisah
Ceria
Gembira
Senyum
Tawa
Tangis
Duka
Untuk siapa?
Untuk apa?
Andai hati pernah terluka
Andai hati pernah dikecewa
Apa mungkin ada penawarnya?
Masih sempat untuk kau ubati?
Masih sempat untuk kau cari ganti?
Wahai hati yang merintih sepi
Rindu, pilu, ratap, hiba
Segala duka yang kau rasa
Pasti takkan terusan sengsara
Resah akan Dia tenangkan
Ratap akan Dia keringkan
Hiba akan Dia ceriakan
Pahit akan Dia maniskan
Wahai hati yang ingin mengadu
Wahai hati yang ingin merintih
Wahai hati yang rapat terkunci
Apa masih kau tunggu jawapan?
Apa masih ingin kau teruskan...?
050803 5.10 a.m
Begitulah ceritanya. Tak paham maksudnya? Tanya kat missapple...dah explain kat dia dah. Lukluk mesti pahamnye..dia lagi terer dari kawan. ^_^.
Pastu masa kawan d/l nasyid kat kazaa dulu...ada terd/l lagu ni....kuntum kasih. Sedap gak lagu dia tapi tak tau sapa nyanyi. Sapa-sapa tau leh bagitau kawan?
KUNTUM KASIH
Kuntum kasih berserakan
Daun daun berguguran
Gemeningan suasana
perpisahan yang menjelma
Betapa hatiku ini sedih pilu
Ku tatapi ku renungi
Kilas wajah kesayangan
Gemersik suaramu itu
Tak mungkin aku dengari
Bila tibanya suria pagi
Esok akan tiba menjemput engkau dan aku
Meleraikan kemesraan dua insan
Keluh dan kesahku mengorakkan langkah kaki
Berguguran air mata pilu hati
Biar jauh jarak itu
Kuntum kasih takkan layu
Andai ditakdirkan nanti
Tuhan menjemputku dulu
Titipkanlah doamu di pusaraku...
Pastu (baper banyak pastu aa), kawan tengok kan....ramai jugak yang dok copy paste lagu Nur Kasih kat blog diorang. Hehehe...kawan pun ingat nak copy paste jugak. Saja je...takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Just take it as a du'aa.....untuk mereka yang belum berumah tangga...semoga dapat serikandi penyejuk di mata penawar di hati. ^_^
NUR KASIH
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih
Ya ALlah kurniakanlah daku
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami nur kasih
Di Tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukkku
Relaku menjadi miliknya
Teman...ada hari harinya, ada detik waktunya, hati ini cetuskan rasa. Tiap waktu tiap ketika, tak henti henti berbicara, tak henti bertanya tanya, tak henti henti menduga. Lumrah insan hidup berjiwa...^_^
"ANDAI INGIN KAU TERUSKAN..."
Andai hati ingin mengadu
Apakah mahu engkau dengarkan?
Andai hati ingin merintih
Apakah mahu engkau tenangkan?
Andai hati rapat terkunci
Apakah mahu engkau leraikan?
Wahai hati yang merintih sayu
Titipkan rindumu pada Yang Satu
Daerah usang yang kau diami
Tinggalkan ia jauh menyendiri
Resah
Gelisah
Ceria
Gembira
Senyum
Tawa
Tangis
Duka
Untuk siapa?
Untuk apa?
Andai hati pernah terluka
Andai hati pernah dikecewa
Apa mungkin ada penawarnya?
Masih sempat untuk kau ubati?
Masih sempat untuk kau cari ganti?
Wahai hati yang merintih sepi
Rindu, pilu, ratap, hiba
Segala duka yang kau rasa
Pasti takkan terusan sengsara
Resah akan Dia tenangkan
Ratap akan Dia keringkan
Hiba akan Dia ceriakan
Pahit akan Dia maniskan
Wahai hati yang ingin mengadu
Wahai hati yang ingin merintih
Wahai hati yang rapat terkunci
Apa masih kau tunggu jawapan?
Apa masih ingin kau teruskan...?
050803 5.10 a.m
Begitulah ceritanya. Tak paham maksudnya? Tanya kat missapple...dah explain kat dia dah. Lukluk mesti pahamnye..dia lagi terer dari kawan. ^_^.
Pastu masa kawan d/l nasyid kat kazaa dulu...ada terd/l lagu ni....kuntum kasih. Sedap gak lagu dia tapi tak tau sapa nyanyi. Sapa-sapa tau leh bagitau kawan?
KUNTUM KASIH
Kuntum kasih berserakan
Daun daun berguguran
Gemeningan suasana
perpisahan yang menjelma
Betapa hatiku ini sedih pilu
Ku tatapi ku renungi
Kilas wajah kesayangan
Gemersik suaramu itu
Tak mungkin aku dengari
Bila tibanya suria pagi
Esok akan tiba menjemput engkau dan aku
Meleraikan kemesraan dua insan
Keluh dan kesahku mengorakkan langkah kaki
Berguguran air mata pilu hati
Biar jauh jarak itu
Kuntum kasih takkan layu
Andai ditakdirkan nanti
Tuhan menjemputku dulu
Titipkanlah doamu di pusaraku...
Pastu (baper banyak pastu aa), kawan tengok kan....ramai jugak yang dok copy paste lagu Nur Kasih kat blog diorang. Hehehe...kawan pun ingat nak copy paste jugak. Saja je...takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Just take it as a du'aa.....untuk mereka yang belum berumah tangga...semoga dapat serikandi penyejuk di mata penawar di hati. ^_^
NUR KASIH
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih
Ya ALlah kurniakanlah daku
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami nur kasih
Di Tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukkku
Relaku menjadi miliknya
Sunday, August 03, 2003
An-Nasheedul Islami : Sanakhudu Translation
Nasheed yang juga digelar Palestinian Liberation Anthem, menceritakan perjuangan mujahideen di Palestin untuk membebaskan bumi suci al-Quds daripada penjajahan Yahudi laktanullah 'alaihim. Kalau semangat jihad tak naik bila dengar nasheed ni dan tengok gambar budak lawan keta kebal ni...kena check balik nampaknya diri kita ni...
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Subscribe to:
Posts (Atom)