Friday, May 23, 2008

Kisah Handzalah 1

Handzalah on Eid
Handzalah sekarang dah mula berjinak-jinak pergi surau dengan Abi. Mula-mula pergi surau, Handzalah tiba-tiba tak nak masuk, mungkin sebab dia tak biasa lagi dengan crowd yang ramai, lepas tu semua berjanggut-janggut pulak. Hehe. Tapi lepas Abi pujuk dia dengan jellybean, Handzalah setuju juga untuk masuk. Handzalah memang tau semua rukun fi'liyah solat, tapi masa pergi surau first time, Handzalah cuma berdiri tegak sebelah Abi. Mungkin culture shock agaknya, takpun segan. Mana la tau, dia ingat pak imam kat depan tu ambik markah kot.

Lepas solat, ramai tegur Handzalah dan Abi. Semuanya mengusap-usap kepala Handzalah sambil mendoakan dia agar diberkati Allah. Alhamdulillah, segan pulak Abi dan Handzalah jadi tumpuan lepas solat. Alhamdulillah, dengan adanya Handzalah, ramai pulak pak arab nak bersembang dengan Abi. Memang nampak pak arab sukakan budak-budak, dan dengan budak-budak jugalah ukhuwwah boleh terbina. Tak sangka pulak gitu. Rupanya bawa Handzalah ke surau, bukan setakat ada faedah untuk Handzalah insyaAllah, tapi Abi juga dapat meluaskan network dengan orang Islam yang lain. Selama ni, Abi tegur-tegur gitu-gitu je, tapi sekarang pak arab pun dah banyak bersembang dengan Abi.

Handzalah pun suka nak ikut Abi pergi surau. Bila Abi nak keluar rumah je, mula la dia tanya Abi nak pergi mana. Lepas tu dah merancang-rancang dengan Ummi nak ikut Abi pergi surau. Handzalah pun dah tak takut dengan uncle-uncle yang selalu ada kat surau. Alhamdulillah, mudah-mudahan Abi dengan Handzalah dapat istiqamah pergi surau hari-hari. Cuma kalau Abi pergi surau dari ofis, Handzalah tak dapat la nak ikut, ataupun kalau Abi pergi ofis lepas ke surau, pun Handzalah tak dapat ikut jugak.

Bila Handzalah solat dengan Abi di rumah, alhamdulillah Handzalah bukan setakat buat rukun fi'liyah, tapi Handzalah ikut juga Abi baca Fatihah. Masa first time Handzalah baca Fatihah serentak dengan Abi, nak tergelak juga rasanya, sampai Abi terpaksa pause kejap sebab takut tergelak..hehe. Mana taknya, selama ni Handzalah prektis baca Fatihah di luar solat, tapi tak sangka dia boleh ingat dan aplikasikan dalam solat. Sebut Allahu akbar pun Handzalah boleh, Sami'allahu liman hamidah pun dah boleh, walaupun tak ajar, dia main ikut Abi je.

Masa solat dengan Handzalah, Abi memang tak panjangkan solat sangat, takut dia boring. Kalau tahiyyat tu, Abi boleh perasan dia tak boleh duduk lama sangat, senang distracted. Kalau baca fatihah secara sirr (perlahan), Handzalah berdiri jugak tapi nampak macam nak lari-lari..hehe. Jadi Abi baca surah pendek-pendek bila solat dengan dia, supaya dia tak boring dan biasa dengan solat. Selalunya Handzalah boleh ikut juga kalau baca surah al Ikhlas. Credits goes to Ummi yang selalu melatih Handzalah baca Fatihah dan surah al Ikhlas.

Bila tak pergi surau, Handzalah selalu request nak solat dengan Abi, alhamdulillah. Dulu kena bersuruh jugak, sekarang ni dia yang request. Abi letakkan dia solat sebelah kanan Abi, tapi semalam, dia dah berdiri dulu tunggu Abi, tapi dia berdiri kat sebelah kiri sejadah. Pastu dia kata, 'Handzalah nak solat kat sini', Abi balas, 'Mana boleh sebelah kiri, tak ikut sunnah tu'. Handzalah pun mengeluh, 'Alaaa...'...hehehe comel sungguh. Tapi Handzalah tak tanya pulak sunnah tu apa, kalau tak boleh juga Abi bagi tazkirah sikit. Camne pun, Handzalah pindah jugak solat sebelah kanan Abi macam biasa.

Mudah-mudahan dapatlah Abi dengan Ummi terus wujudkan bi'ah solehah dalam rumah dan dalam kehidupan Handzalah dan Fidaa'. Walaupun bi'ah di luar rumah tu nampaknya tak solehah, sekurang-kurangnya sepanjang Handzalah dan Fidaa' bersama-sama Abi dan Ummi, kami akan cuba semaikan bi'ah solehah dalam kehidupan mereka, insyaAllah. Moga ianya sebati dalam diri mereka sampailah bila-bila.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...

terhibur hati sya apbila membca post saudara. trhibur dgn telatah ank2 saudara. smg saudara sekeluarga sntiasa dlm lindungan rahmat dan kasih sayangNya. doakn sya agr sya mmproleh kebahagian dlm berkeluarga nti, dikurniakn suami yg soleh srta ank2 yg mjdi penwr di hati abah dan umminya.. insyaAllah