Sempena menyambut Ramadhan yang mulia esok, mari kita start dengan imbasan peristiwa2 jihad di bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat mencontohi semangat dan kekentalan iman mereka dalam menempuh Ramadhan yang diberkati ini.
------------------------------------------------
JIHAD RAMADHAN DI SEPANJANG SEJARAH MUSLIMIN
oleh : Hasrizal Abdul Jamil
Kedatangan Ramadhan sentiasa mengingatkan kita kepada kejayaan-kejayaan generasi Islam yang awal. Sebagai menggambarkan betapa kekuatan umat Islam yang sebenar adalah pada iman dan komitmennya terhadap perintah Allah, bulan Ramadhan terus menggagahi mereka untuk mara menempa kecemerlangan, sama ada dalam rangka usaha menyampaikan risalah Islam ke kawasan-kawasan baru, mahu pun mempertahan diri dari ancaman musuh dan penjajahan kufar. Renungilah catatan-catatan di bawah, semoga pulih kembali semangat kita untuk bangkit mengibarkan panji Rasulullah SAW, bersesuaian dengan tema utama Perhimpunan Musim Sejuk 2000 kita kali ini, “Jihad Menjana Kekuatan Ummah!”
Pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfudz ke Baitul ‘Izzah (Langit Pertama), Hal ini dijelaskan oleh firmanNya di dalam surah Al-Qadr. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Abbas RA : “"Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun."
Al-Quran seterusnya diturunkan buat kali pertama kepada junjungan mulia Rasulullah SAW oleh Jibrail AS pada bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah iaitu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5. Pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah RA telah kembali ke rahmatullah. Manakala pada tahun 1H, Rasulullah SAW menghantar Hamzah bin Abd Muttalib RA bersama 30 orang pengiring ke Saif Al-Bahr menyiasat 300 tentera Quraish yang berhimpun di sana. Baginda juga telah memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh kaum Munafiq dirobohkan. Pada tahun 2H, Zakat fitrah mula disyariatkan. 17 Ramadhan 2H Peperangan Badar Al-Kubra terjadi. Ia merupakan pertempuran besar-besaran pertama kaum muslimin menentang kufar. 5H persiapan dimulakan untuk menghadapi serangan yang kemudiannya berlaku pada bulan Syawal iaitu Peperangan Khandaq (Al-Ahzab).
Pada tahun 6H, Zaid bin Harithah RA dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, permaisuri di kawasan berkenaan. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid RA sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadhan semasa berhadapan dengan tentera muslimin ini. Ramadhan 7H pula, Ghalib bin Abdullah Al-Laithi RA mengepalai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani 'Awâl dan Bani 'Abd bin Tha'lbah.
10 Ramadhan 8H, Nabi SAW mula melancarkan tentera untuk membebaskan Mekah dari kekufuran dan syirik, ekoran dari pencabulan perjanjian Hudaibiyah. 20 Ramadhan tahun itu, Mekah akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Nabi SAW. Peristiwa Futuh Al-Makkah ini memberikan anjakan paradigma kepada Islam dan kekuasaannya. Sejurus selepas itu, Baginda SAW mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.
Manakala pada bulan Ramadhan tahun 9H, Baginda SAW telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda SAW. Delegasi Tsaqif kemudiannya bertemu dengan Nabi SAW sekembalinya Baginda SAW dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keIslaman mereka. Pada bulan itu juga Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.
Pada tahun 10H, Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari. Ramadhan tahun itu juga Baginda SAW telah mengasingkan dirinya selama 20 hari, tidak 10 hari sebagaimana kebiasaan yang Baginda SAW lakukan pada Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah petanda utama kembalinya Baginda SAW ke rahmatullah beberapa bulan berikutnya.
Tahun 53H, pejuang Arab Islam telah berjaya menakluki pulau Rudes. 2 Ramadhan 2H, Al-Maghreeb Al-Awsath telah menerima Islam. 7 Ramadhan 89H, Daher King of Sind terbunuh. Pada tahun 91H, Pejuang Islam di bawah kepimpinan Tariq ibn Ziyad mula mendarat di Selatan Andalus. 28 Ramadhan 92H, Tariq bin Ziyad dan tenteranya dapat mengalahkan King Roderic of the Visigoths di dalam satu peperangan sengit. Pada 1 Ramadhan 114H, Peperangan Balat Asy-Syuhada berlaku. Ramadhan 132H, berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyyah. Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama. 6 Ramadhan 222H, merupakan tarikh pembukaan Islam di kawasan Amouriah. Universiti Al-Azhar telah siap dibina pada Ramadhan 361H. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya membebaskan Palestin dan Syam amnya dari penguasaan tentera Salib pada Ramadhan 585H. Tentera Islam pula telah berjaya mengalahkan tentera Perancis yang dipimpin oleh Louis the 9th. Louis telah dipenjarakan di Mansurah pada tahun 647H. 25 Ramadan 658H, Peperangan Ain Jalut berlaku. Saifuddin Al-Qatz berjaya mengalahkan tentera Tatar yang telah menghancurkan Baghdad daripada bergerak ke Mesir bagi menawan Kaherah. 14 Ramadhan 666H, kawasan Antakya yang menjadi pusat Kristian telah berjaya ditawan.
Sesungguhnya masih banyak lagi cacatan mengenai peristiwa-peristiwa seumpama ini yang boleh dicatatkan, terutamanya di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah sendiri. Walau bagaimana pun, apabila penggunaan kalender Islam mengalami perubahan, catatan juga telah dilakukan dengan menggunakan taqwim yang berbeza. Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam secara rasminya mula menggunakan kalender Gregorian dan meninggalkan kalendar Islam mahu pun kalender Othmaniyyah sendiri. Namun Insya Allah, masalah ini boleh diatasi dengan usaha gigih kita untuk mengembalikan identiti Islam di dalam segenap aspek kehidupan, individu, keluarga, masyarakat mahu pun negara.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi pemangkin yang membarakan semangat jihad di dalam diri kita. Sesungguhnya mereka yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad atau memasang niat untuk berjihad, maka matinya adalah di atas salah satu cabang nifaq!
dipetik dari website www.saifulislam.com
Thursday, October 14, 2004
Wednesday, October 06, 2004
Haji Kambing
Hari ni mak dgn ayah mertua kawan baru balik dari menunaikan ibadah umrah di tanah haram. Alhamdulillah semuanya sihat2 cuma dapat selsema dalam kapal terbang. Macam2 cerita la yang didengar. Antaranya ialah sikap sesetengah jemaah haji yang cuba meringan2kan wajib2 haji...kita panggil dia ni Haji Kambing. Mak mertua kawan dah kasik authority suh publish kat blog pasal kisah haji kambing ni.
Nak tau apsal panggil haji kambing? Dia ni semua (atau hampir semua) perkara2 wajib haji dia macam amik endah tak endah je...sama ada dia malas nak buat atau pun dia tak ambik berat sampai tak sempat nak buat. Contohnya, dia tak pakai ihram, pastu semelih kambing...senang citer. Dia tak nak gi muzdalifah...semelih kambing. Dia tak nak gi melontar..semelih kambing. Di sebabkan sikap dia, dok tinggal wajib pastu pakat semelih kambing je, maka dapatlah gelaran dia haji kambing.
Mungkin dia ni orang yang kaya sangat menyebabkan dia tak kisah semelih kambing banyak2...satu kambing lebih kurang harganya 200-300 riyal...lebih kurang 200-300 ringgit jugak. Kalau kita ni org takde duit sangat, takkan la kita nak semelih kambing je ye tak? berapa banyak la dam nak kena bayar tu. Tapi sebab dia ni kaya, no hal la setakat berapa ratus je bayar upah semelih kambing. Perlu lah kita ingat, bahawa wajib2 haji ni, walaupun ada rukhsah, tapi tak bolehlah kita bersikap acuh tak acuh ...seolah2 kita cakap "alaaa takpe...bukan rukun pun, wajib haji je....nanti bayar je la dam tu...bukan susah pun". Setiap wajib2 haji tu, mesti ada hikmahnye. Setiap ibadat tu bukan ALlah nak susahkan tapi ada unsur2 tarbiyah yang ALlah nak terapkan dalam diri kita. Kalau dah semua tak nak buat, amenda la nikmat dan zauqnye buat ibadah haji kalau setakat nak lepaskan rukun je, yang wajib tak nak buat. Seolah2 macam orang yang puasa tapi dapat lapar dan dahaga je. Apakah kemanisannya kita buat ibadat haji tu kalau semua tak nak buat? Apa ke niat dia buat ibadat haji? adakah semata2 sebab nak lepaskan rukun Islam je? Ataupun betul2 nak menyambut panggilan ALlah dan kembali kepada fitrah kita yang sejati? Ataupun setakat nak dapat title al-Haj atau Pak Aji je?
Kesimpulannya, buat haji tu biar la betul2 ikut sunnah, jangan complacent, jangan take wajib haji for granted, mentang2 mampu nak bayar dam..eksen pulak tak nak buat wajib haji...unless uzur syar'ie ok la. Mari la kita berazam utk mendapat Haji Mabrur dan tidak menjadi Haji Kambing

Monday, October 04, 2004
Kejor yob kejor
Aghi ahad aghitu, beghangkat la kawan ke Peghak ziaghah sedagha magha belah zaujah kawan. Idok le jauh sangat, ke chemor je, tapi dapat le jugok kawan tidoq dalam kegheta. akak ipor kawan yg membawaknye. apa idoknye, malam nanti kawan yg bawok kegheta tu balik ke pj. pejam celik pejam celik, sampe le jugok kawan ni ke chemor nun. first time nih, tak peghenoh sampe lagi ke chemor. nak sampe ke kampung pisang tempat tok kawan tu, lalu le jugok kat stesen keghetapi chemor....ala yang deme masukkan dalam iklan ktm tu. lepaih tu, sampe le ke ghumah tok. seghonok jugok kawan pegi ke kampung balik ni. kampung kawan kat muor tu dah ada projek buat jematan baghu, dah tak seghopa kampung dah...boring tul. ghumoh tok dekat2 dengan ghumah tok ngah, tok cik & tok su. ewah meghiah bebeno le ye. semua dekat2 belaka. sampe kat ghumah tok ada tok, cik na & the children, pak ngah and the sleeping cik tapa. makan pulut dua tiga suap, lepaih tu pegi ke ghumah tok cik sambil diiringi oleh "tok ketua kampong pisang" aka tok kawan la tu . isteri tok cik buatkan kerabu utk pengantin je, katenye. jalan kaki lagi, pegi pulok ke ghumah tok su....sambil lalu sebelah angsa. tapi angsa la ni baik, tak kaco pun kami lalu sebeloh tu. kalau idok, asik nak menyudu je keghojenye. lepaih tu ke ghumah tok ngah, tok ngahnye takde, lepak kl. dah penat bejalan, balik ke ghumah tok balik. redi utk fasa kedua penjelajahan.
bertolak la pulak ke kedai pak long naik kegheta le sebab kedai tu kat town. kat kedai makan pak long, tu la first time kawan nak kenei pak long. kemaghin masa kawan nikoh, tak jumpe ghasenye. pak long belanja mee gogheng. haa tu dia. lepaih makan pulut, melantok mee gogheng la pulok. dah pueh menjamu selegha, pegi pulok ke kedai cik joi. kedai cik joi menjual baghang2 ghuncit untuk penduduk sekitar2 situ. cik joi ada jumpa masa nikah so kawan dah kenei doh la. sembang2 lebih kughang, pegi pulok ghumah mak uda....tapi cik joi kasik makanan ringan for free sebelum pegi ghumah mak uda. hehe. sampe kat ghumah mak uda, ada mak uda & anak dia, diana (betul ke eja). sambey2 tengok melodi, menjamu selera dengan buah2an malaysia dan luaq negeghi...buah ciku ada..buah epal ada...ayaq anggur ada. lepaih sembang2 skit....balik le kami ni ke ghumah tuk balik.
selesei je kawan sembahyang, datang mak uda dengan mak teh ke ghumah tok. elok le tu. sembang2 kat meja makan, cik dah pun sampei. haa tu dia. meghiah sungguh la suasana. macam beghaya sakan la pulak kami. semua pakat2 datang. cik tapa pun dah bangun lama dah. begelak sakan menyakat2 adik beghadik sedagha magha le jawabnye. tapi...tunggu dulu. we're missing somebody.... cu an lum jumpa lagi . jenjejeng...bincang punya bincang...cik dah cakap deme pun nak pegi ke ghumah cu. cantek la tu. kami pun decide nak ikut ke ghumah cu la jugak. apa ke nama tempat dia ye..yang kawan ingat, intan suraya je. heheh.
tok pun ikut kami balik sekali naik kegheta. tamat la pengembaraan di kampung pisang. seghonok sungguh la. ghaya nanti nak mai lagi insyaALlah . anyway, nak sampei ke ghumah cu tu, jalannya macam nak ke genting highland. berbelit2. seghiau kawan dibuatnye sbb takde penghalang kat tepi jalan tu. agak2 dalam setengah jam, sampei le ke sana. ghupanya cu nak pegi ke kuak (betul ke eja), peh tu, suaminya nak ke kl naik beih pukoi 6. time tu dah pukoi 5. uih bior betoi cu ni, sempat ke nak ke kuak pehtu ke ipoh nak amik beih tu. last2 pak cu tak naik beih tu, kami pun offer la pak cu ikut kami balik kl. nak completekan lagi pengembaraan, kami pun decide nak ke ghumah mak teh pulak kat gunung rapat (?)
by maghrib, sampei le ke ghumah mak teh. kawan sempat le lelap kejap. saje je paksa lelap. nnt nak drive takut ngantuk pulak. makan malam spesel mak teh ala ala london gitu. ada frankfurter, baked beans, scrambled eggs...tapi kawan makan nasik jugak. dalam pukoi 10 gitu, lepaih kenyang semua, bertolak la balik ke kl...bawak pak cu & tok the ketua kampung sebagai wakil peghak ke kl.
aa begitu le ceghitenye kawan ke peghak. dulu kawan pegi peghak pun setakat lata kinjang (sbb ada program dgn org asli) dgn pulau pangkor je. tak ingat pulak ada ke idok ke chemor ye. tapi tak sempat le pulak kawan beli limau bali ipoh mali. heheh
yes, my dialect sux big time, i noticed

Subscribe to:
Posts (Atom)