Wednesday, September 10, 2003

Istiqamah

Dalam surah Hud ayat 112-114 ALlah berfirman:

[112] Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

[113] Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan menyambar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

[114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.



Di sini ALlah bukan setakat memerintahkan RasuluLlah agar beristiqamah (yang menyebabkan berubahnya fizikal RasuluLlah sampai beruban dan nampak tua dari pandangan para sahabat) tetapi juga ALlah mengajarkan kita, apakah cara2 dan petua2 untuk kita beristiqamah

1. Jangan melampaui batas

Jangan melampaui batas ni selain dari maksud tidak melanggar batas2 hukum ALlah, dimaksudkan jugak supaya tidak berlebihan daripada apa yang ALlah perintahkan, yang kadang2 diluar kemampuan fizikal dan mental kita. Contohnya, kita nak buat semua sembahyang sunat yang ada setiap hari, padahal kita tak pernah buat semayang sunat sebelum ni. Tiba2 kita nak buat semua la la tu jugak. Kalau boleh alhamdulillah...tapi disebabkan kemampuan fizikal kita tak terlarat nak buat camtu, akhirnya kita burnout, boring, lemah semangat...lalu tak istiqamah. Kesudahannya, kita tak buat semua, back to square one. Kesimpulannya, jangan buat kerja berdasarkan semangat yang meluap2 seolah2 semua kerja kita boleh buat tapi perlulah setiap amalan itu dilakukan dengan kefahaman yang jitu dan faham tentang apa yang dituntut oleh ALlah serta melihat kepada kemampuan diri kita.

2. Jangan cenderung kepada orang zalim

Ada dua golongan zalim, satu yang bukan islam, dan satu lagi yang islam. Orang zalim yang bukan Islam, kita katakan zalim kerana mereka tak mau terima Islam dan mereka zalim kepada diri mereka sendiri disebabkan perbuatan mereka itu. Maka janganlah kita cenderung kepada cara hidup orang bukan Islam. Kadang2 kita ni (especially kat UK ni) tengok mat saleh pakai baju camni, kita nak tiru, kaler rambut camni, kita nak tiru, cara hidup yang enjoy life while you still can, kita pun nak tiru. Sedangkan kita ada cara hidup Islam yang begitu indah dan cantik. Petua untuk kita mendidik hati kita agar tidak terasa nak ikut2 cara hidup orang bukan Islam ialah...katakan pada diri kita, ingatkan diri kita akan ayat dalam surah al-Kafiruun "Lakum diinukum walia diin" Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.

Golongan zalim yang Islam pulak ialah golongan yang zalim kerana tidak melaksanakan perintah ALlah walaupun mereka tahu, golongan yang tak melaksanakan syariat ALlah, tak meletakkan yang haq pada tempat yang sepatutnya. Kita jangan cenderung kepada mereka sampai satu tahap kita rasa...takpe la diorang tu...jangan la kacau hidup diorang. Golongan zalim perlu kita dekati dan dinasihati agar kembali pada ajaran Islam tapi jangan sampai kita selalu sangat bergaul sampai terikut2 perangai mereka ataupun jangan sampai kita redha dan tak kisah mereka nak buat kezaliman tu. Cenderung macam ni yang akan menyebabkan kita tak istiqamah dalam perbuatan kita. Orang yang cenderung camni ni...api neraka tu sambar kat dia...kalau orang kafir dia masuk dalam api neraka, tapi orang yang cenderung ni....api tu yang sambar dia. pastu kat dunia....takde sapa nak tolong dia. Kalau kita orang yang beriman, nikmatnya kita ni, walaupun sumer orang maybe tak sokong kita, tapi ALlah insyaALlah sentiasa bersama2 kita. Bila kita dah cenderung pada orang2 zalim ni, bukan setakat orang tak nak tolong, ALlah pun takkan tolong kita.

3. Dirikan sembahyang pagi dan petang, dan jugak solat malam.

Fadhilat sembahyang dan juga bangun malam. Fadhilat sembahyang ni memang banyak, kita sumer ni tau belaka. Dan salah satu dari fadhilat sembahyang dan qiamullail ni ialah ALlah pelihara kita agar kita sentiasa istiqamah dalam amalan kita. Kalau kita jaga sembahyang kita, dan lazimkan qiamullail, kekuatan tu ALlah kasik dan ALlah jaga kita agar tak tersasar dari jalan yang diredhai-Nya.

ALlahu a'lam

No comments: