Makin bz pulak dgn urusan nak balik for good ke Malaysia. Hari ni baru pegi STA Travel, book tiket dgn beli tiket sekali. Kawan ingat semalam nak balik msia hari rabu 10/9/2003. Tapi kawan takut tak sempat nak shipping barang2 sumer...dgn komputer la, macam2. Sebab takut company shipping tu lambat amik kotak kawan utk dihantar pulang. So kawan pikir..hmm..hari khamis...sampai hari jumaat. susah pulak nanti nak semayang jumaat takut tak sempat ke. pastu kalau balik hari jumaat...kawan pulak susah...takut tak sempat semayang jumaat kat sini...hmm....so...balik hari sabtu lah. Sabtu 13/09/2003. pukul 12 tengah hari. sampai msia insyaALlah 14/09/2003 pukul 7.30 pagi. perjalanan dijangka mengambil masa 12 jam setengah. banyak masa tu..kena manfaatkan baik2. jangan berangan je ye. ^_^
Alhamdulillah urusan tiket dah selesai. Tapi minah yang issue tiket tu cakap, kawan kena kasik gambar saiz passport kat dia sebab dia kata dia nak simpan dalam beg duit dia..nak berkenalan...hehehe..melawak je. Dia nak buatkan student card kat kawan...so dapat discount. harga tiket tu £325 pound single. Takpe takpe..JPA cakap boleh claim. Adake pejabat JPA kena virus ..so takleh belikan tiket utk kawan balik. tak kisah la. asalkan boleh claim ok la tu. Esok kawan nak kena bergambar la pulak...kalau tak, tak dapat tiket. Nak kena gunting rambut lagi...takkan amik gambar rambut panjang..hehehe. Lagipun memang kena gunting rambut pun... ada 'meeting'. First impression penting ooo...kalau tak nanti saham jatuh. ^_^
Pastu plan2 family kawan nak datang graduation ni..dgn kawan sekali. Hmm...tengah plan nak bawak diorang jalan kat mana ye. Kawan plan tak nak bawak diorang jalan ke tempat2 yang kena berjalan kaki banyak sangat. Kawan tak nak parents kawan nanti penat berjalan....tak pasal2 demam pulak nanti. Biar la pegi tempat2 yang boleh duduk2, makan2, minum2, amik2 gambar ye tak? takde le diorang penat lak nanti. Family member yang muda2 boleh le pegi bershopping, biar kawan bawak parents kawan je gi amik2 gambar. Ehem..kawan pun bukan tau sangat berjalan ni...aritu nasib baik la ada dua orang akhawat tu datang melawat london...kawan pun tumpang jalan sekali...dah tau la skit2 mana nak pegi nanti.
For graduation pulak, tengah plan nak beli suit. Suit jet li tu nampak macam tak sesuai lak pakai masa graduation. Kawan usya2 kat sini...adala dalam 100 pound. mahal jugak. tapi nak grad punya pasal ...takpe le kot. lagi pun kalau kawan keja kat msia nanti...besar kemungkinan kena pakai suit jugak...so berbaloi la suit tu. Asal jangan boroi sudah le..nanti tak muat pulak nak kancing butang..heheheh. Peh tu plan nak buat last minute shopping....beli la skit2 souvenir kat orang kampung.
Hmm....i'm gonna miss this country. Walaupun tak sebest m'sia tapi kenangan 6 tahun duduk sini memang best...dgn member2 A Level, member2 IC. ish ish ish...banyak sungguh kenangan manis dan pahit. Rindu le pulak nanti. Boleh la kawan citer nanti kat zaujah kawan pasal pengalaman kat UK ni. Tapi nak datang balik kena kumpul duit banyak2 dulu, baru bleh jalan2. Nak mengucapkan selamat tinggal kat Imperial College ni pun rasa sebak je..isk isk isk. Takpe takpe...life goes on. Nanti dah dapat zaujah seronok balik...dah ada orang teman kat sebelah..hehehehe.
Wednesday, September 03, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment