Friday, September 05, 2003

Bulan Rejab

Forward email dari seorang kawan...bagus jugak utk renungan

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang
Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari
tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa
bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw.
Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu
bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya
ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara
terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat
beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-
buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris
dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini
(ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut &
paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata
tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik
kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi
faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya
Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati
kita:
-mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah
atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah
(exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?
Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas
dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita
ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan
kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu
sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam
Islam.
Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah
ayat 9:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua
belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati
itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat
bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-
bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan
pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka
diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan
(Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak
menunaikan haji melakukan ibadat puasa.
Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada
hari Asyura' (10 hb Muharam).


Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan
Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat
Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah
dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat
sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau
melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam
bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan
tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat
melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga
tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis
timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if
dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan
didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam
Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-
Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai
Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg
lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram
sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga
Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama
bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan
yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan
kezaliman, pep! ! !
erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya
didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja
[berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu
Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis
mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau
Hasan'. "

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i.

"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab,
warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu,
barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan
memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii.

"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka
akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari
maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa
10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini
Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :

:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -
Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :


"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian
diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap
rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam
kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya,
hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan
perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu
adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-
Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam
Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-
sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu,
mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab,
tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada
ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam
bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya
seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan
Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).
Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan
Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu
pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam
bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."


2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama
seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan
salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut
didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu
Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg
mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus
mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya
Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat
khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah
tarafnya:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat
Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan
umatku"..... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan
beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka
bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai
agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada
sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg
meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran
begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan
semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan
didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu
adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg
amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah
setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas
perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil?
Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib
mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan
yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran
mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong
ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang
hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia
menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam
muqadimahnya yg Sahih),
tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia
wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka
disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk
mengetahui Hadis Palsu,
contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."


3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu
hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat
di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan
memetik kata-kata Ibnu Hajar:

"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat
hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau
berkata :
Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan
Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan
menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia
berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau
percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg
baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika
ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH
(Mahzhur), dan makna
penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari
Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya
berqiamullail". !
! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih
baik
dari puasa lainya yg didalamnya terkandung
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari
kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat
sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu
Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat
berpuasa
didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg
dinaqalkan
oleh Ibnu Hajar."


4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab
puasa sunat, mengatakan bahawa :

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-
bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat
yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan
menetapkan
bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan
dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab
kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah
dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia
memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa
ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata
hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat
dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20
kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3
kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat
keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30
kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama
dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia
adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis
telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin
As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan
baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari
pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api
neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka
Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan
barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di
hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi
yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka
memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada
malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan
dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas
sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi
yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab
mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah
memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa
hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan
bahawa hadis ini Mawdhu'.


Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan
mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa
selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh
Musnad Ahmad :

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana
kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw
berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan
Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu
kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan
juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.


b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila
ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan
begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada
dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA
ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi
masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda :
((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-
Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10
dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw
berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini,
Dr
Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab
(Syafiie,
Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya
amalan
berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat
mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab
Maliki dan
Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya
memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg
afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat
ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan
ialah di
bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-
Asyura',
sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa
didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya
iaitu :-
Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."


d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab
[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-
bulan haram,!
! ! kata nya:

"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini
telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan
hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh,
melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka
tidaklah
Makruh."


e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika
diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu
sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua
perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau
berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak
berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan
itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap
bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami
mengatakan beliau tidak
berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak
berpuasa))
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia
berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini,
Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban,
Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam
Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg
ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 b

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-
bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana
ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya
ataupun para ulama' Salaf.


Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab
persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8
jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan
bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):

"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10
Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari ke
13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga
9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa
sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia
mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka
hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]



Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu'
(Palsu).
Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja
untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma
fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)


4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr,
Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan
Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)


6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin
Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh
bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9
Zulhijjah).


7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali
kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)


8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-
bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa
(MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan
Rejab mempunyai kelebihannya.


10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana
ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah
saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali
kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak
fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg
sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat
Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab
atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau
contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt
didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram
sebagaimana yg
telah diajarkan oleh Rasulullah saw.



Rujukan :

1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor
Setar :
Muzakkir Enterprise, 1990.

2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al! ! !
-islam.com/arb/Default.asp

3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=10249

4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=1308

5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=10249

6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi,
1995
(cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:

7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis
lemah
& palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.

8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-
A'lam
Al-Arabi, 2000. ms. 371.

9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan,
1996
ms. 269.

10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar
Al-Fikr, 1989. ! ! ! ms 591.

11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-
Arba'ah.
Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448

12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab.
URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID
=1310

13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-
A'lam
Al-Arabi, 2000. ms 415

14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-
Fikr,
1989. ms 595.

WALLAHU A'LAM BISSOWAB

DISUSUN SEMULA OLEH :

USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI

PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR

KUB MALAYSIA

No comments: