Sekadar berkongsi khutbah jumaat yang kawan dengar kat IC. Tak dapat nak bagi full text tapi kawan nak ceritakan point point penting yang telah disampaikan oleh Brother Babar (budak-budak IC mesti kenal nye)
Manhood and Maturity
* Zaman sekarang ni umat Islam ramai tapi ramai yang tak berkualiti, umpama buih-buih di lautan yang dibawak ke persisiran pantai, mengaut debu-debu dan kotoran-kotoran.
* Kualitinya umat Islam zaman dulu sampaikan kuantiti yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang kuantitinya lebih ramai. ALlah menceritakan hal ni dalam al Quran mafhumnya (kawan lupa surah apa) "Berapa banyak telah kami tunjukkan bagaimana tentera Islam yang bilangannya sedikit telah dapat mengalahkan tentera kafir yang bilangannya lebih ramai...(hingga akhir ayat)
* Bila ALlah menyebut perihal responsibility, ALlah mention perkataan "men" tanpa perkataan "women" sedangkan dalam ayat-ayat berkenaan iman dan amal ALlah mention lelaki dan wanita menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab lelaki untuk membela nasib umat Islam dan agama Islam itu sendiri.
* Zaman sekarang ni.. we have thousands of "males" but we have no "men" and we have thousands of "females" but we have no "women". Harapnya boleh bezakan antara male dgn men dan female dgn women. Nak menunjukkan kualiti umat Islam yang berada di tahap kurang power.
* Maturity bukan diukur dari segi usia, tak semestinya orang yang lebih tua tu lebih mature dan tak semestinya orang muda tu tak mature. Berapa ramai kita tengok sekarang orang yang dah berumur tapi perangai macam budak-budak dan berapa ramai orang-orang muda belasan tahun tapi perangai, tingkah laku dan speech nye menunjukkan kematangannya.
* Anak kepada az-Zubair bin Awwam, iaitu Abdullah bin Zubair, pada suatu hari bermain-main dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba kawan-kawannya nampak Saidina Umar berjalan ke arah mereka lalu sumer cabut lari sebab takutkan saidina Umar kecuali Abdullah, yang terus bermain. Bila saidina Umar tanya kenapa tak lari mcm kawan-kawan kamu? Abdullah menjawab, "Saya tak takut sebab saya tak buat salah pada Saidina Umar dan kalau Saidina Umar nak lalu ikut jalan ni pun...silakan..banyak lagi space kat jalan ni untuk Saidina Umar lalu, saya tak payah lari dari jalan ni dan berhenti bermain. Kematangan speech Abdullah ni menunjukkan bahawa budak-budak yang masih lagi keluar bermain-main dgn kawan-kawan pun boleh jadi lebih matang dari orang yang dah berumur.
* Satu lagi kisah, semasa zaman pemerintahan bani Umaiyyah, Amir pada ketika itu menjemput wakil-wakil dari setiap jajahan/kampung untuk datang menceritakan problems diorang. Tiba-tiba dari satu jajahan tu datang sorang budak, wakil jajahan tu. Time tu tempat tu tengah penuh dengan perwakilan-perwakilan yang dijemput oleh amir tu. Pastu amir tu cakap, "wahai budak, kenapa kau datang ni?" Budak tu cakap "Aku mewakili orang-orang di kawasanku" Amir tu cakap "Pergilah kau balik dan mintaklah orang yang lebih tua utk jadik wakil tempat kamu" Budak tu cakap "Wahai Amir, andainya kelayakan itu dari sebab tuanya seseorang itu, maka ketahuilah bahawa RAMAI lagi orang yang lebih tua dari kamu yang boleh menjawat jawatan Amir" Oops..betul jugak cakap budak tu....kalau nak kira tua...ramai lagi orang yang lagi tua dari amir tu...tapi apsal org2 tua tu tak jadi amir? Matang tak matangnye budak tu.....kita ada ke agaknye camtu ye?
* Manhood bukan diukur dari susuk tubuh badan, bukan dengan tinggi, tegap dan sasanye seseorang itu, bukan dengan muscle yang macam Malik Noor. Orang yang badannya tegap, tinggi tapi penuh dengan dosa...di padang mahsyar nanti dia tu lebih ringan daripada seekor nyamuk (tak sure hadith ke ayat Quran)
* Seorang sahabat Rasulullah ni, Abdullah bin Mas'ud, badan dia memang kurus sangat. Satu hari dia jalan kat bandar (ke kat mesjid..tak sure), tiba-tiba angin tiup jubah dia...terselak la jubah dia nampak kaki dia yang kurus tu. Orang sumer pakat gelak kat dia. Sekali Rasulullah tegur dgn sabdanya yang lebih kurang maksudnya "Demi ALlah yang memiliki diriku, di akhirat kelak, kaki Abdullah yang kurus ni lebih berat dari Gunung Uhud". So jangan kita ingat org kurus ni not man enough (kawan pun kurus gak, so jgn nak kata kawan ni tak kuat...hehe..ingat citer p ramlee tu..urat dawai tulang besi) dan jgn kita ingat orang yang tegap,sasa tu memang lelaki sejati aa. Uih kat sini berlambak orang macho-macho...tapi gay. Haaa..jangan ingat orang macho tu manhood dia dah tahap gaban.
* Brother Babar sebelum tamatkan khutbah dia....berpesan pada kaum lelaki ni...ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan supaya kita jadi "men" bukan "male". Antaranya yang kawan ingat lagi :
- jangan banyak sangat main
- jangan dilalaikan dgn urusan dunia
- jangan banyak sangat masa kosong dan lepak2...sebab saidina Umar pesan, biasakan diri dengan kehidupan yang rough sebab kesenangan yang kita dapat ni tak lama.
- jangan dengar lagu yang melalaikan (kalau nak lagi tegas...jangan dengar lagu langsung ^_^)
- jangan melibatkan diri dalam perhimpunan yang lagha (dgn muzik, campur gaul lelaki pompuan etc)
Begitulah kesudahannye khutbah semalam. Seronok dengar kalau Brother Babar yang kasik khutbah. Dia banyak kasik khutbah pasal masalah ummat dan kisah jihad. Peringatan pada kita yang "male" ni...jom la kita ramai-ramai ubah jadi "men". Ingatlah....Tentera Islam takkan kalah disebabkan oleh kekuatan musuh, tapi tentera Islam kalah kerana banyaknya dosa mereka sendiri. Pikir-pikir balik....ye tak ye jugak kan? Kalau perangai kita sama je ngan perangai musuh, camne ALlah nak kasik kemenangan. Camne nak bela nasib sedara mara kita yang kena tindas hari hari ni....kalau kita tak berubah sekarang?
Ingat citer burung dengan Nabi Ibrahim. Masa Nabi Ibrahim kena bakar, sekor burung ni (tak sure burung apa) curah air dari paruh dia....baper mililiter sangat laaa dia dapat curah sekali lalu kan? pastu dah abis curah...dia pegi balik kat sumber air tadi...pastu amik air...pastu terbang balik kat api yang marak menyala tu...pastu curah balik. Kalau ikut logiknye...mana nak padam api yang luasnya ada riwayat menceritakan sampai berbatu-batu. Pastu bila tanya kat burung tu....awat haaaanggg.....hang buat apa ni? mana nak padam api tu kalau curah pakai paruh je ni? Pastu burung tu balas balik "Kalau ALlah tanya aku kat akhirat nanti...apa usaha aku nak selamatkan nabi Ibrahim, at least aku boleh cakap...aku dah usaha setakat kemampuanku sebagai seekor burung dgn amik air pakai paruh aku..pastu curah kat api tu.....daripada tak usaha langsung....duduk ramai-ramai tengok je nabi Ibrahim kena bakar...baik aku usaha mana yang aku boleh." Haa...kan dah kena.....kena kat batang idung sendiri. Kalau ALlah tanya kita kat akhirat nanti...apa usaha kita nak selamatkan sedara mara kita yang kena siksa tu...agak-agaknye la...dah ada jawapan ke belum? Tepuk dada tanya la iman tu....(kawan le especially).
Saturday, August 02, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment