Tuesday, November 04, 2003

Peringatan besar untuk kaum wanita

Forwarded email... bagus jugak utk peringatan semua

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Allahu A'lam

Monday, November 03, 2003

8 ke 20?

Bila terawih kat malaysia ni (selepas sekian lama), tiap2 taun mesti ada isu yang sama yang tak abis2 nak dibahaskan. Nak semayang terawih 8 rakaat ke 20 rakaat? Hmm.. isu sensitip ni. Ada yang sampai boikot2 lagi...tak pegi masjid tu sebab semayang 8 rakaat je, tak suka imam tu sebab semayang 20 rakaat dan macam macam lagi.
Kawan bukan la mufti/ulama' nak bahaskan pasal isu ni cuma kawan nak quote kata2 as syaheed imam Hassan al Banna bila mana orang2 di kawasan beliau bertelagah pasal nak semayang 8 rakaat ke 20 rakaat. Bila mereka bertanya pada as syaheed imam, beliau menjawab

"solat terawih itu sunat, sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat, tapi perpaduan sesama saudara seislam itu adalah wajib. Adakah kamu nak mengorbankan perkara yang wajib (tak bersatu padu, bertelagah pasal isu ni) semata2 kerana nak buat yang sunat?"

maka kesimpulannya, sapa yang nak buat 8 rakaat, buat la 8 rakaat, dan sapa yang nak buat 20 rakaat, buat la 20 rakaat. takyah nak bising2. 8 rakaat pun boleh, 20 rakaat pun boleh. bergantung pada kemampuan + maslahah masing2. Baca buku sirah, tengok balik bila yang umat Islam solat 8 rakaat, bila yang solat 20 rakaat, bila yang berjemaah dan bila yang tak berjemaah. Jangan main hentam je ikut2 orang ie. taqlid membabi buta. Yg pentingnya, walaupun ada yang buat 8 rakaat/20 rakaat, sahabat2 takde pun gaduh2 zaman Rasulullah dulu. Apsal la kita lak nak bising2 skang ni ye? ^_^

Muhasabah seminggu Ramadhan

Ramadhan dah berlalu seminggu. Jom kita check2 balik apa kita dah buat sepanjang seminggu dalam institut Ramadhan Kareem ni. Semoga kita semua grad dgn cemerlang di penghujung Ramadhan nanti.

- puasa tu adakah puasa seperti para Nabi dan Rasul, puasa seperti para Sahabat, puasa seperti para wali, puasa seperti para ulama'..atau puasa kita hanya setakat lapar dan dahaga sahaja

- puasa tu tahan mulut dari makan saje ke atau tahan mata dari pandang benda2 yang maksiat, tahan mulut dari bercakap perkara yang maksiat + lagha, tahan kaki dari pergi tempat2 maksiat, tahan tangan dari buat benda2 maksiat, tahan telinga dari dengar perkara2 maksiat?

- dah berapa ayat Quran agaknya kita baca sepanjang seminggu ni? dapat ke satu juzuk sehari atau pun masih berabuk lagi al Quran atas almari tu?

- baper banyak duit dah disedekahkan sepanjang seminggu ni? Rasulullah s.a.w bersedekah paling banyak bulan ni. kita takkan nak simpan dalam bank je duit tu. Dah sedekah kat masjid? dah sedekah kat faqir miskin? dah beri makan untuk orang2 yang berpuasa? tinggal 3 minggu je lagi ni

- baper banyak kali dah bangun tengah malam munajat pada ALlah? ke bangun malam nak tengok bola je lebih? Dah cukup ke kita hidupkan malam2 dalam seminggu ni? dah solat tasbih, solat hajat, solat tahajjud, solat taubat banyak2? ke tarawih pun asik miss je?

- berapa banyak air mata dah dititiskan kerana mengenang + menyesali dosa kita yang banyak tu? dah taubat ke belum? ataupun sama je macam dulu, tak kisah pun pasal dosa sumer?

- dah lepas seminggu ni, sedih ke happy? happy ke sebab tinggal 3 minggu lagi nak raya? tak sabar2 ke kita nak abiskan puasa? ataupun sedih sebab seminggu dah abis....sedih sebab tinggal 3 minggu je lagi sebelum berpisah dgn kekasih kita Ramadhan ni. Taun depan baru nak jumpa balik...itupun kalau jumpa...


bukanlah kawan nak mengajak kita semua ni menghitung amalan satu satu tapi cuma nak buat wakeup call bak kata omputih pun. seminggu dah berlalu...adakah kita puas dengan seminggu yang berlalu ni, ataupun kita rasa sedih sebab seminggu yang berlalu tu rasa macam takde apa sangat yang kita dah buat pun utk dipersembahkan pada ALlah. Tinggal 3 minggu je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita lagi. Adakah peluang yang ALlah dah beri pada kita taun ni, nak kita sia-siakan macam tu je? Semoga baki 3 minggu ni lebih baik dari seminggu yang telah berlalu...dan semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari Ramadhan taun lepas...sebab kita tak tau, adakah sempat utk kita bertemu kembali dgn Ramadhan pada taun hadapan. Ramai sedara mara kawan yang taun lepas sama2 menyambut Ramadhan tapi taun ni tak jumpa lagi Ramadhan. Rebutlah peluang sementara ada. Gunakan masa yang ALlah kasik ni secukup2nya. Taqabbalallahu minna wa minkum insyaALlah