Monday, July 14, 2003

Madah dan Syair Para Mujahid

Madah dan syair para syuhada' Mu'tah.

Syair Abdullah bin Rawahah sewaktu melangkah pergi ke medan Mu'tah, tempat syahidnya beliau Radhiallahu 'anhu. Syair ini jawapan beliau kepada laungan kaum Muslimin "ALlah menemani kamu dan mempertahankan kamu dan memulangkan kamu kepada kami dalam keadaan yang baik"...

Tetapi aku memohon keampunan dari ar-Rahman
Di samping sebilah pedang yang memancungku
Memancutkan darahku
Atau sebatang tombak menusuk dadaku
Mengoyak dadaku, mengoyak hati jantungku

Supaya orang yang melintasi atas pusaraku berkata:
Wahai ALlah, pejuang-Mu telah menempah kejayaan
ALlah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang
Pejuang-Mu telah mendapat hidayat dari-Mu



Madah Ja'far bin Abi Talib ketika berjuang dan bergelut di medan Mu'tah, selepas turun dari kudanya, dan selepas kudanya dibunuh supaya tidak terganggu. Dengan suara yang tinggi, Ja'far bermadah

Alangkah indahnya syurga
Nah, kita telah hampir kepadanya
Syurga yang serba baik isinya
Sejuk nyaman airnya
Enak minumannya
Tibalah sudah
Azab ke atas bangsa Rome
Rome bangsa kafir
Yang memeranginya pasti saya


Ja'far kemudiannya gugur syahid dengan lima puluh bekas tikaman yang semuanya di bahagian hadapan badannya


Madah Abdullah bin Rawahah selepas mengambil panji Islam dari Ja'far yang gugur syahid. Dengan suara yang lantang, beliau bermadah...

Oh hatiku, oh diriku
Engkau harus mara, samada dipaksa atau rela
Hidupku yang tenang telah ke belakang
Kenanglah
Engkau sebenarnya berasal dari setitis mani
Lihat di sana musuh-musuh kafir yang sedang mara
Ke arah muslimin, seolah-olah ditarik
Apakah engkau tidak rindukan Syurga?
Andainya engkau tidak dibunuh
Mati juga engkau akhirnya


Abdullah bin Rawahah juga akhirnya syahid di medan Mu'tah bersama-sama Zaid bin Harithah dan Ja'far bin Abu Talib. Panji Islam kemudiannya diserahkan kepada Pedang ALlah - Khalid bin Al-Walid.


Best tak? Nak tunjukkan yang bakat bersyair dan bermadah pun boleh digunakan ke jalan yang baik dan terpuji. Abdullah bin Rawahah r.a memang terkenal sebagai penyair....memang hebat bakat dia ni. Dan yang bestnye, bakat beliau digunakan semasa jihad utk merangsang dan menaikkan semangat para pejuang Islam supaya terus bertempur sehingga syahid atau menang. Lihatlah betapa indahnya Islam, sedangkan sekecik2 perkara hatta bersyair dan bermadah sekalipun, boleh digunakan utk tujuan berjuang menegakkan kalam ALlah di muka bumi ini. So sapa2 yang terer bersyair, bermadah, bergurindam, berpuisi, bersajak dan bersastera tu, gunakan la bakat tu utk tulis sajak2 jihad pulak..hehehe.

Bercakap pasal sajak jihad ni, teringat seorang mujahid yang juga seorang ulama'..namanya Abdullah ibnul Mubarak. Beliau menulis sepucuk surat yang juga sebuah sajak kepada mufti Makkah pada masa tu dan juga seorang ulama', Fudhail bin 'Iyaad. Beliau ketika itu sedang berjihad, kalau tak silap di Afghanistan. Surat tersebut berbunyik :


Wahai orang yang beribadat di Haramain (Mekkah dan Madinah)
Seandainya kamu melihat kami di sini (di medan jihad)
Pasti kamu akan mengetahui
sesungguhnya kamu dengan amal ibadat kamu
adalah bermain-main sahaja

Versi arab :
Ya 'aabidal haramaini
Lau absortana
La'alimta annaka bil 'ibadati tal'abu

Seandainya pipi-pipi kamu
dibasahi dengan air mata
Maka leher-leher kami
Dibasahi dengan darah-darah kami...

Versi arab:
Lau kana yakhdibu khaddabu bidumu'ihi
Fanuhuuruna bi dimaa'ina tatakhaddabu



Fudhail bin Iyaad mengalirkan air mata dan menangis mengenangkan betapa benarnya kata Abdullah ibnul Mubarak lalu dia pun meninggalkan jawatan mufti tersebut dan turut serta berjuang di Afghanistan (menurut cerita sorang ust. Jordan). Syair ni kawan tau secara lengkapnye cakap arab, tapi tak tangkap lagi maknanye. Tak sempat berguru lagi. Syair ni dah pun dinasyidkan dalam bahasa arab. Sapa-sapa nak dengar, sila klik link kat kanan tu....nasyid-nasyid arab. Cari tajuk Ya 'abidal haramain. Sedih oo dengar. Especially bila imam tu baca ayat ni. Surah Aali Imran ayat 169 & 170 (jazakillahu khairan kathira pd lukluk sebab carikan)

[169] Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

[170] (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita


Dengar la lagi nasyid-nasyid arab yang ada dalam link tu. Semuanya syair dan puisi utk para mujahid samada di Palestin, Chechnya, Afghanistan dan lain2. InsyaALlah nanti lepas ni banyak syair dan madah utk para mujahid dalam bahasa Melayu pulak...kan kita ramai bakat menulis kat Msia skang ni...yang melawat blog ni pun ramai yang berbakat sebenarnya...saja je merendah diri..kan kan?

Kata kawan....zaman berpuisi sedih mungkin menghampiri noktah hentinya. Kini zaman berpuisi dan bermadah umpama Abdullah bin Rawahah pula memulakan noktah bida'yahnya. Semoga semangat jihad ini kan mekar subur semekar dan sesubur wangian harum kasturi di pusara seluruh para mujahid yang telah gugur syahid. Aamin ya Rabbal 'alamiin.

Tuesday, July 08, 2003

Result is out!

Alhamdulillah. Selepas berhempas pulas selama lebih kurang 4 taun kawan belajar kat Imperial College yang tercinta ni, akhirnya semalam keluar pun result kawan. Kawan berjaya grad dan lulus dengan pangkat 2:1 ataupun Second Class Upper ataupun ....err...apa ek cakap melayunye...tak reti kawan nak translate. takpe le. Basically tu le. Kawan bersyukur banyak-banyak sebab dekat dekat nak exam hari tu..banyak masalah yang menimpa kawan...tapi alhamdulillah...kawan berjaya lepas test tu dengan rahmat dan bantuan ALlah....dan resultnye...dapat la 2:1. Kawan memang la mengharapkan miracle utk dapat first class tapi bagi kawan, 2:1 tu pun dah bagus. Dah le kawan ni tak stadi. Asik main game je. Dekat-dekat nak exam hari tu lagi la teruk, final year project kawan hampir-hampir fail sebab computer kawan buat hal pulak...abis sumer data hilang. Tinggal sebulan lebih skit je nak deadline. Alhamdulillah ALlah banyak kasik bantuan sampai akhirnya kawan dapat jugak siapkan project tu dalam tempoh yang agak impossible jugak nak siap.

So sekarang ni kawan punya next step in life, bertungkus lumus pulak mintak keja. Kawan punya target nak keja bidang kawan le...ICT, telecommunication, computing, electrical/electronic engineering etc. Sekarang ni hari-hari abis keja cleaner je terus gi main internet nak mintak keja. Malam-malam, duduk kat bilik sorang-sorang, stadi buku-buku pasal mintak keja, tips-tips interview dan sebagainya. Kawan berharap sangat dapat keja kat sini sebab kawan nak dapat experience keja dgn mat saleh kat sini. Mat saleh punya style keja kan lain dgn malaysian ye tak? Tu yang kawan nak sangat pengalaman tu. Boleh jugak kawan improve kawan punya English.

Sambil-sambil seronok mintak keja ni, kawan still tak lupa cita-cita kawan nak tingkatkan ilmu agama. Alhamdulillah dah banyak jugak buku Fiqh Sirah dgn Raheeq al Makhtum tu yang kawan baca. Seronok sangat, especially bila dia citer every details....contohnya masa perang. Fuh...meremang bulu roma. Hehe. Lagi satu kitab yang sedang dikaji ...Riyadhus Salihin (Taman Orang-orang Saleh) yang mengumpulkan hadith-hadith yang bermanfaat dalam kehidupan seharian. Nak carik fadhilat-fadhilat amalan sumer banyak dalam kitab tu. Sila le baca. Tafsir Quran pun kawan tengah stadi jugak...especially Tafsir Fi Zilalil Quran tulisan As Syahid Syed Qutb. Kawan suka baca tafsir ni sebab bahasa dia mudah...dan banyak membincangkan bab haraki. Tafsir Ibnu Kathir best jugak tapi tinggi sangat level dia...belum termampu lagi kawan nak capai. Biar kawan abis baca Tafsir Fi Zilalil Quran ni dulu.

Semalam kawan try try cari basketball court. Dah bergoncang dah tulang-tulang sebab dah lama tak bersenam. asik cuci jamban je tak best gak. So kawan pun meronda-ronda sekitar hall yang kawan baru duduk ni. Jumpa la satu kawasan permainan budak-budak...ramai la budak-budak main kat situ. Siap ada sand pit lagi....err...apa ek dlm bahasa melayu....cam tempat berpasir utk budak-budak main pasir...konon macam kat pantai la. Lepas tu kawan nampak satu basketball court cum futsal court. On one side, budak-budak main bola, on the other side ada basketball rim. Kawan pun tunjuk la macho ngan budak-budak tu...main basketball dgn skill kawan yang ada ni. Hehehe. Sekali diorang sumer punya la peramah. Kawan dapat tiga orang kawan budak2 semalam. Igor, Nello dgn Christopher. Sumer comel-comel. Bising pulak mulut diorang. Seronok main. Diorang tak shoot, diorang pakat main passing kat kawan je. Kawan je yang tukang shoot. Kawan pun tunjuk la skill skit2. Sekali kena puji...hehehe. Diorang cakap "You're good, man!", "Nice jump!", "You can jump so high!"....hehehe. Kawan setakat mengembangkan diri je le. Kawan rasa umur diorang dalam umur budak2 darjah satu darjah dua je camtu. Teringat anak-anak sedara kawan kat Msia. Rindu pulak kat diorang....err...anak sedara yang kecik2 je ye...hehehe. Yang besar cam missapple tak masuk list. Kawan main basketball sampai dekat-dekat nak terbenam matahari. Kadang-kadang tu main kejar-kejar bola dgn diorang. Ada sekali tu kawan peluk Christopher pastu dukung dia...hehehe...sebab tak kasik dia amik bola. Rasa cam main ngan anak sedara sendiri lak. Diorang pun baik2 sumer. Masa kawan nak balik tu Christopher tu siap nak ikut kawan lak..hehehe. Kang bawak jadi adik angkat kang baru tau. Hari ni rasa cam nak main lagi...tapi tengok le...kalau penat kawan malas nak main. Nak prepare minda utk keja esok lak.

Tima kasih la kat sumer ye sebab menggalakkan lagi kawan tulis puisi. Ala...bukan hebat sangat pun...tengok lukluk balas balik tu..Fuh....macam berbalas pantun pulak. Bila kawan nak jawab balik puisi dia pun tak tau. Nanti le. Bila kawan duduk sensorang dalam bilik nanti kawan tulis lagi. Lukluk...bersedia utk round kedua...sesi berbalas puisi..hehehe.

Sebelum terlupa...kawan ada satu pantun ...tetiba je teringat pantun ni. Pemberi semangat...dan jugak susulan dari puisi di bawah ni.

Apa diharap padi seberang
Entah berisi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entah sudi entahkan tidak


chewah...jawab jawab jangan tak jawab. Nanti kawan menulis lagi. Hati ini makin meronta-ronta untuk mempersembahkan segala yang telah terakam dari pengalaman hidupnya yang sepi. ^_^

Wednesday, July 02, 2003

Interview proton dan puisi

Syukurku pada-Mu ya ALlah

Semalam kawan macam biasa surf internet lepas keja cleaner. Tengah boring boring surf..tiba-tiba member sebelah tanya dengan excitednye sekali, "Wei aku lepas interview proton? Ko dapat tak?" Aik, kawan pun mula rasa excited jugak. Uish best nih. Kalau dia dapat, takkan kawan tak dapat. Kawan pun cepat cepat pegi bukak e mail. Sekali tengok ada e mail dari manager HR proton tu. Kawan pun berdebar-debar jugak bukak attachment dia. Alhamdulillah...kawan punya interview aritu succesful. Tak sia sia kawan dressing macam jet li. hehe. Kawan dapat masuk second round interview..tapi kawan rasa mesti lagi susah punya. Kali ni kawan try nak prepare dulu sebelum pegi. Nanti kang terkantoi tgh2 interview susah pulak.

Petang ni kawan nak packing barang2. Ada yang nak dihantar balik msia...ada yang nak dipindahkan pegi hall yang kawan dapat masuk tu. Jenuh jugak nak packing. Kawan pasal bab pindah randah ni memang malas skit. tapi takpe le. kawan ingat nak cuti hari jemaat ni sebab khamis petang tu pindah...takut nanti penat berpindah tak abis pulak sampai ke hari jumaat. nak rest skit la. penat jadi cleaner ni sebenonya. Tapi bila dapat gaji nanti best skit kot.

Semalam kawan ada buat satu lagi puisi...tapi puisi ni agak jiwang jugak. Tapi takpe le...kawan try je post kat sini....nak tengok antum sumer komen apa..heheheh. Here goes..


wahai hati yang mengemis sepi
semadikan cinta ini dalam lipatan memori
simpul matikan ia dalam suratan abadi
kuncikan resah gelisahmu yang meronta-ronta
mimpi ini bakal berakhir tak lama lagi
sedarlah kamu wahai hati yang mengemis
andai esok bakal kita lewati
mungkin...hanya mungkin
ada lagi bibit bibit kasih
yang menitis
dari hati kekasihmu yang kau tagih
selama ini
namun esok dan esok lagi
hanya mimpi yang bakal menghanyutkan
mendamparkan kau di persada derita
wahai hati yang merintis sayu
apa mungkin ada lagi peluang buatmu
atau matimu dibelenggu
rindu yang bertaut sendu....


amacam...ok dak? kawan ada lagi satu puisi.....tapi lum siap...tak tau bila nak siapnye...esok kawan nak pindah....lagi la busy...tunggu weekend la yek...nanti kawan tulis puisi jiwang maut lagi.